Thursday, November 8, 2012

Cerpen : Stronger (full)


            Kita selalu tak sedar bahawa ada yang menyayangi kita seadanya dan bila dia menghilang, barulah kita sedar yang kita juga menyayangi dia seadanya.
***
Dikecewakan oleh cinta. Disakiti oleh kekasih hati sampaikan aku rasa macam sampai sudah aku takkan berkahwin sebab tak ada lelaki yang jujur sayangkan aku seadanya. Yelah, siapalah yang sukakan perempuan yang tak pandai bergaya macam aku ni? Dahlah aku pakai cermin mata yang tak berapa tebal tapi agak besar saiz dia sampaikan batang hidung aku yang mancung ni boleh tenggelam. Rambut pulak ikat tocang je sebab Airil cakap comel buat macam ni. Ohh, sebut pasal Airil! Dia tu best friend aku! Satu-satunya kawan aku yang terima aku seadanya. Kami dah kawan sejak dari umur aku 7 tahun dan dia 10 tahun. Sekarang ni aku dah 25 tahun dan dia dah 28 tahun. Dia pun sama je single dengan aku. Dua-dua tak berpunya tapi aku pelik sebenarnya. Airil tu sebenarnya handsome tau. Macho pun macho. Gentleman pun gentleman tapi sampai sekarang single. Bila aku tanya kenapa dia single, dia diam je dan cepat-cepat ubah topik. Serius aku menyampah bila dia buat macam tu tau!
            Tapi ni kisah setahun yang lepas. Sekarang ni aku dah tak single lagi. Di saat-saat aku percaya bahawa takde lelaki yang akan menyayangi aku seadanya, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang membuktikan yang aku ni salah. Hehehe… hidup aku sekarang ni dah berwarna-warni macam pelangi bila dia muncul.
Nak tahu nama dia yang berjaya ambik hati aku tu? Nama dia Ikhmal. Dia baik, sweet dan sangat pandai jaga hati aku. Kami jarang gaduh sebab dia pandai beralah. Dan sekarang ni aku tengah tunggu dia dekat airport. Dah dekat sebulan aku tak jumpa dia sejak dia pergi berkursus dekat Amerika. Sibuk sangat kekasih hati aku tu tapi takpelah. Nak cari rezeki bukannya senang.
Tiba-tiba alunan lagu tema cerita korea yang menjadi kegemaran aku sekarang yang menjadi ringtone handphone aku berbunyi. Cepat-cepat aku menggeledah beg sandang aku. Orang lain sibuk pakai beg tangan, aku masih lagi setia dengan beg sandang aku ni. Dah dekat empat tahun dah umur beg ni. Hadiah dari Airil sempena hari lahir aku yang ke 21 tahun.
“Assalamualaikum Yuna. Awat?”
“Waalaikumussalam.. takde apa. Lambat lagi ke balik?”
“Entahlah. Aku rasa dah dekat dah Ikhmal nak sampai…”
“Ohh... okey. Kirim salam dekat Ikhmal nanti. Bye!”
“Bye…”
“Siapa call?”
Aku mengangkat muka sambil tersenyum dan menyambut air minuman dari tangan Airil. Airil ni sebenarnya nak hantar aku kat sini je tapi memandangkan flight Ikhmal lambat lagi nak sampai, aku mintak dia temankan aku kejap. Takdelah bosan sangat duk sini sorang-sorang.
“Yuna.”
“Ohh…” Airil diam sekejap. “Mana buah hati kau ni? Aku dah lapar ni. Nak balik rumah…”
“Ala, tunggulah kejap. Nanti dia sampai, kau boleh balik dan boleh melantak nasi. Takkan kau nak tinggal aku sorang-sorang kat sini?” Ikatan rambut yang semakin longgar buat aku rimas. Terus aku suruh Airil pegang air minuman aku sebelum aku lepaskan ikatan rambut aku dan ketika aku tengah sibuk nak mengikat rambut, tiba-tiba aku nampak Ikhmal yang tengah berjalan keluar dari balai ketibaan sambil memegang tangan seorang perempuan cantik. Tangan perempuan tu peluk elok je terletak dekat pinggang Ikhmal. Eh, apa ni?
Aku pandang Airil yang dah terlopong mulutnya sebelum dia memandang aku dengan riak muka terkejut.
“Tu Ikhmal kan?”
Aku teragak-agak nak mengangguk. Nak angguk ke tak nak tapi aku yakin tu memang Ikhmal. Aku kenal lagi dengan Ikhmal walaupun dekat sebulan tak jumpa dia.
“Jom ikut aku!” Laju aku tarik lengan Airil dan berjalan menghampiri Ikhmal yang tengah membetulkan rambut perempuan tu yang berjuntai dekat dahi. Haa… menyampah aku tengok dan aku yakin 80% daripada apa yang aku fikir sekarang ni adalah betul. Kalau Ikhmal cakap perempuan tu kawan dia, aku lempang Ikhmal tu laju-laju. Kawan jenis apa kalau pegang-pegang macam tu? Kawan jenis apa yang sibuk bergurau senda sambil cuit-cuit hidung? Aku dengan Airil tak pernah tau macam tu!
“Hi Ikhmal!” Tegurku berpura-pura teruja. Dia yang tengah bergelak ketawa dengan perempuan tu terus berpaling ke arah aku. Hilang terus senyuman dekat bibir dia dan diganti dengan riak bersalah. Airil yang berdiri di sebelah aku hanya mendiamkan diri.
“Amani, you buat apa dekat sini?” Soal Ikhmal perlahan. Perlahan-lahan dia cuba meleraikan genggaman perempuan tu dekat lengan dia tapi nampaknya perempuan tu memang jenis tak faham bahasa sangat, jadi perempuan tu makin mengeratkan pelukannya pulak. Serius, aku rasa macam nak cincang-cincang tangan perempuan tu tapi kalau bertepuk sebelah, takkan berbunyi… ni sebab dua-dua bertepuk tanganlah jadi macam ni!
“Datang jemput you but I guess you tak perlukan I.” Aku senyum sinis sebelum menarik nafas dalam-dalam. “Mind to explain? Who is she?”
“Err… dia…”
“I’m Melissa. Girlfriend Ikhmal.” Perempuan tu pulak memperkenalkan diri sambil tersenyum manja dekat Ikhmal. Siap mengusap pipi Ikhmal lagi tau! Nasib baik Airil dari tadi pegang beg sandang aku ni. Kalau tak, rasanya aku dah pergi terkam perempuan tu. Girlfriend Ikhmal konon! Habis aku ni apa?
“I tak tahu yang Ikhmal ada girlfriend baru. Haa… sebulan telah mengubah segalanya.” Aku tersenyum sinis apabila muka Ikhmal berubah.
“Jomlah Ril, kita balik… Ikhmal boleh balik dengan Melissa, girlfriend dia tu.”
Baru je aku nak melangkah, tiba-tiba Ikhmal pegang lengan aku dan kemudiannya dia tarik aku jauh dari Melissa dan Airil. Aku nampak Airil macam nak datang dekat tapi aku gelengkan kepala.
 “I… it’s very difficult, Amani. You tahu kan I sayang you tapi…”
“Tapi apa?”
“Tapi hati I dah berubah. I sayangkan Melissa, I cintakan dia dan I tak nak kehilangan dia. I’m so sorry, Amani. I… she…”
Pang!
Laju je tangan aku hinggap dekat pipi Ikhmal walaupun sedaya upaya aku tahan tangan aku ni dari tadi. Ikutkan hati, aku dah tarik-tarik rambut Ikhmal tu, biar sampai dia botak tapi aku tahankan diri. Aku tak nak malukan diri aku. Cukuplah dia dapat penampar sulung aku tu. Ingat senang ke aku nak tampar orang?
“I tahu I salah, Amani…”      
“Baik you pergi dekat dia sebelum I tampar you sekuat hati sekali lagi sekarang ni,” ucapku tenang sebelum aku melangkah pergi dari situ sambil diekori oleh Airil dari belakang. Sedaya upaya aku tahan rasa sebak tapi lama-lama hati yang sakit ni buat air mata aku mengalir laju jugak. Airil masih lagi diam di belakang aku sambil menghulurkan sapu tangannya.
“Airil… aku…”
“Alya… tunggu kejap.” Airil menarik beg sandangku sebelum berpaling ke belakang dan menghampiri Ikhmal. Hampir nak tercabut mata aku ni bila tiba-tiba Airil tumbuk Ikhmal sampai terteleng kepala Ikhmal. Apa yang Airil cakap dekat Ikhmal langsung aku tak dengar tapi aku tahu hidung Ikhmal mesti berdarah tu. Jangan main-main dengan Airil. Jaguh silat sekolah tu! Airil kembali pada aku dengan muka yang tegang tapi kembali lembut apabila aku memandangnya dengan muka risau.
“Takpe Alya. Aku ada… aku sentiasa ada untuk kau…”
Aku hanya mengangguk kecil dan perlahan-lahan aku mengenggam hujung baju t-shirt Airil dan membiarkan dia bawak aku ke kereta. Memang setiap kali aku sedih, aku akan buat macam ni. Pegang baju dia macam budak kecil dan dia tak pernah kisah. Kalaulah ada lelaki lain yang macam Airil, aku rasa aku dah jatuh cinta berkali-kali agaknya.
***
“Kau bawak aku datang sini buat apa?” Soal Airil dengan muka tegang. Mana tak tegang. Dia baru balik dari outstation dan aku terus ajak dia datang sini tapi dalam membebel-bebel tu, dia ikut jugak aku datang sini.
“Hari ni aku nak make over!”
“Hah?”
“New clothes, new shoes, new hair, new make-up and new Alya Amani!” Aku senyum lebar. Sekarang ni aku dah bertekad. Aku nak ubah penampilan aku sebab aku rasa lelaki hanya sukakan perempuan yang cantik dan bergaya. Kalau aku terus macam ni, alamatnya sampai ke tua la aku membujang melainkan Airil tiba-tiba cakap dia nak kahwin dengan aku. Erk, kahwin dengan Airil? Macam tak best je bunyinya.
“Untuk?”
“Hmm… saja.”
“Jangan nak tipu akulah. Aku kenal kau, Alya Amani. Apa yang kau nak cuba buktikan sebenarnya? Kau nak tunjuk dekat Ikhmal yang kau jauh lebih cantik dari Melissa tu?”
Aku gigit bibir dengan kata-kata Airil. Kenapalah Airil ni tahu semua benda pasal aku?
“Aku cuma nak ubah diri aku.”
“Aku suka kau macam ni.”
“Kau suka nak buat apa? Bukannya kau nak kahwin dengan aku pun…” Aku mencebik. Dia tu cakap senanglah! Airil tu handsome. Petik jari, sepuluh datang. Aku ni kalau petik jari, sorang pun belum tentu datang tau.
“Kalau kau nak, aku boleh hantar rombongan meminang sekarang jugak.”
“Blahlah kau. Suka main-main… Dah-dah, yang penting sekarang ni, jom teman aku beli baju.”
Airil tarik nafas panjang tapi dia tetap jugak mengikut aku masuk ke dalam sebuah butik. See, kalaulah ada lelaki lain macam Airil ni… aku memang dah jatuh cinta!
“Kau rasa mana yang cantik?” Aku tayang dua helai blouse bercorak vintage dekat Airil. Satu warna hitam dengan bunga kecik-kecik warna merah putih dan satu lagi warna putih dengan bunga warna merah dan sedikit warna hijau.
“Dua-dua cantik.”
“Hmm… aku beli dua-dualah.” Laju je aku suruh salesgirl tu buat resit dan selepas tu aku terus pergi bayar. Bukan aku sebenarnya sebab time aku nak hulur duit tu Airil dah hulur dulu duit dia. Nyaris-nyaris kitaorang nak bertumbuk dekat situ sebab aku bertegas yang aku nak bayar tapi Airil tetap jugak suruh akak kaunter tu ambik duit dia.
Nak je aku pelengkung kepala Airil ni tapi disebabkan dia kawan baik aku yang paling aku sayang, aku tahan jelah perasaan geram aku ni. Kalau tak, dah lama dah benjol kepala dia!
            “Jom makan dulu…”
            “Baru setengah jam kot?”
            “Aku lapar okay! Balik-balik je terus aku datang sini. Nak minum pun tak sempat…” adunya sambil mengusap perut. Nak tunjuk dia lapar sangat la tu.
            “Yelah-yelah. Kita makan dulu. Kau nak makan apa?”
            Dia tersenyum lebar sebelum menarik tangan aku untuk mengikutnya. Aku pulak tak banyak cakap terus ikut je langkah dia tapi serius aku rasa macam nak pengsan bila dia bawak aku masuk dalam restoran makanan Cina.
            “Kau tahu kan yang aku tak boleh telan makanan Cina. Tak kena dengan tekak aku!”
            Dia sengih sebelum menyuruh aku duduk dekat atas kerusi. Dia buat derk je bila aku pandang dia macam nak telan. Bila dia sibuk order makanan, aku diam je. Tak nak aku makan, buat membazir je kalau tak habis tapi bila dia suruh pelayan tu bungkus semua makanan yang dia order tadi, terus aku pandang dia dengan kening terjungkit.
            “Tu untuk Wawa la. Bukan untuk aku…” Dia macam tahu-tahu je apa yang aku tengah fikir sekarang.
            “So, kau nak makan apa sekarang ni?”
            “Nasi goreng cili padi!”
            “Hmm… perut tu dah la tak tahan makan pedas.”
            “Aku dah berlatih makan pedas. Perut ni dah kuat dah.” Airil sengih sebelum mengenyit matanya.
            “Kononlah kau. Lepas makan, kita cari kasut, beg dengan make-up pulak ye?” Aku buat muka comel dengan mata yang sengaja dikelip-kelipkan. Dia menjulingkan matanya ke atas tanda bosan tapi aku terus senyum bila tengok dia mengangguk. Sayanglah Airil!
            ***
            Aku mengusap kedua-dua belah tapak tangan sambil menunggu hasil daripada make-over Hannah dan Maya. Nyaris-nyaris aku nak kena debik dengan diorang berdua ni tadi sebab suruh diorang make-over tapi disebabkan aku ni baik dengan kakak diorang, mereka nak la jugak tolong aku. Airil pulak duduk dekat luar sambil bersembang dengan Adam dan Harraz.
            “Kak, kalau tak cantik jangan marah ye?” ucap Hannah sambil membetulkan solekan di mata aku.
            “Eh, tak marah tapi akak debik je korang…”
            “Apa ni kak?”
            Aku terus ketawa. Main-main je pun. Kalau aku debik diorang ni, aku pulak yang kena debik dengan Liya.
            “Kak, kenapa tiba-tiba nak berubah ni?”
            Aku diam. Nak cakap apa ni? Takkan nak cakap sebab akak nak buktikan dekat Ikhmal yang akak jauh lebih cantik daripada Melissa tu. Takkan nak cakap yang akak nak tunjuk dekat Ikhmal yang akak boleh dapat lelaki yang lebih baik daripada dia?
            “Saja…”
            Alasan lapuk!
            “Ke akak nak cantikkan diri untuk Abang Airil?”
            Nasib baik la Hannah tengah sibuk meletakkan eyeshadow dekat mata dia kalau tak, mau tangan dia mencubit pipi Maya.
            “Takde maknanya la…”
            “Akak, Abang Airil tu baik. Handsome pulak tu… takkan akak tak berkenan dekat dia?” Tanya Maya yang sibuk menguruskan rambut aku. Aku mendiamkan diri. Berkenan dekat Airil? Rasanya dulu masa sekolah menengah, aku pernah tersuka dekat Airil tapi sekejap jelah sebab masa tu aku dapat tahu Airil ada minat seorang junior ni. Junior tu pulak nak dijadikan cerita satu kelas dengan aku. Cantik budaknya. Baik pun baik jadi memang padanlah dengan Airil tapi bila aku tanya Airil pasal budak perempuan tu, dia cakap dia tak kenal pun. Aku pun tak faham kadang-kadang tu dengan perangai Airil. Boleh pulak dia cakap dia tak kenal dengan budak perempuan tu sedangkan semua orang duk gosipkan diorang berdua?
            “Kami bestfriend forever.”
            “Manalah tahu nanti tetiba jadi husband and wife. Cuba tengok Kak Liya dengan Abang Zaf?”
            “Abang kau dengan Kak Liya tu lain. Akak dengan Abang Airil tu lain…”
            “Yelah kak. Okey, dah siap. Bukak mata slow-slow…” Arah Hannah sambil memusingkan kerusi supaya berhadapan dengan cermin. Perlahan-lahan aku membuka mata dengan jantung yang berdebar-debar. Agak-agaknya macam manalah muka aku lepas kena solek? Buruk ke? Cantik ke?
            “Haaaa…. tu akak ke?” Aku terus pegang pipi aku dengan mulut yang terlopong. Kenapa nampak lain sangat ni? Tak nampak macam aku pun?
            “Yelah… cantik tak?”
            Aku mengangguk laju. Cantik okey! Cantik sangat-sangat. Rambut yang dulunya lurus dan berombak-rombak di bahagian hujungnya. Sepit rambut berwarna putih menjadi penyeri rambut aku. Nasib baik mekap ni tak keterlaluan sangat. Memang tip top la hasil kerja Hannah dengan Maya.
            “Thanks Hannah! Thanks Maya. This is beyond my imagination.” Aku peluk Hannah dan Maya sambil melompat-lompat kecil.
            “Abang Airil mesti terlopong nanti…”
            “Jom kita surprisekan dia!” ucap aku teruja.
            Hannah dan Maya mengangguk serentak sebelum berjalan di hadapan aku. Nasib baiklah aku ni takdelah tinggi mana sangat jadi senanglah aku nak bersembunyi di belakang diorang berdua ni. Airil yang masih lagi rancak berbual dengan Adam dan Harraz buat aku rasa malu la pulak. Buatnya kalau Airil gelakkan aku macam mana?
            “Abang…” Ketiga-tiga berpaling memandang Hannah, Maya dan aku yang masih lagi bersembunyi.
            “Kami mempersembahkan Kak Alya Amani yang gorgeous!!!” Terus mereka berdua melangkah ke tepi dan aku yang masih belum bersedia hanya mampu tersenyum sambil melambai kecil. Aku pandang muka Airil yang nampak terkejut. Tu reaksi muka terkejut sebab aku nampak buruk sangat ke sebab aku nampak cantik?
            “Airil?”
            “You look beautiful,” puji Airil sambil tersenyum. Aku membalas senyuman dia dengan senyuman riang. Walaupun heels aku ni menyakitkan kaki aku tapi heels ni buat aku yakin. Yakin untuk membuktikan dekat Ikhmal, siapa sebenarnya Alya Amani!
            ***
            Airil daripada tadi hanya mendiamkan diri bila aku suruh dia bawak aku ke pejabat Ikhmal. Walaupun aku dah cakap dengan dia yang aku cuma nak pulangkan hadiah-hadiah yang pernah Ikhmal kasi tapi dia tak percaya. Dia cakap aku nak pergi tunjuk dekat Ikhmal The New Alya Amani. Walaupun betul apa yang dia cakap tapi aku diam je. Gila nak mengaku? Confirm la dia tak datang teman aku datang sini. Paling teruk, dia banned aku dari datang sini. Airil tu nama je kerja engineer tapi dah macam spy dah. Aku pergi mana semuanya dia tahu.
            “Aku pergi sorang-sorang eh?”
            “Takde maknanya. Aku ikut…” Dia terus keluar dari kereta dan menutup pintu dengan muka serius. Takut pulak aku nak tengok. Dia capai kotak yang berisi hadiah Ikhmal dari dalam bonet dan terus mencapai tangan aku menggunakan tangan kirinya. Macamlah aku tak boleh nak jalan sendiri!
            Bila kami berdua sampai dekat pejabat Ikhmal, orang pertama yang aku nampak adalah Melissa yang tengah berbual dengan seorang lelaki. Melissa yang nampak aku dan Airil terus melangkah menghampiri kami berdua sebelum memandang aku dari atas ke bawah.
            “Ugly duck dah jadi beautiful swan…” sindir Melissa selamba. Ikutkan hati dah lama aku cili-cili bibir merah yang dicalit lipstick tu. Dahlah bibir tak original merah! At least aku ni pakai lip balm je tau. Dah semulajadi pinknya! No wonderlah Ikhmal boleh terpikat dengan si Melissa ni. Kerja dekat pejabat pun pakai baju macam nak pergi jalan-jalan. Dahlah ketat dengan seksi. Huh, sangatlah tak mengejutkan!
            “I nak jumpa Ikhmal. Dia ada?”
            “Ada tapi dia busy.”
            “We don’t care…” Airil menolak Melissa ke tepi dan kami berdua terus melangkah ke bilik Ikhmal. Berdebar-debar pulak jantung aku nak jumpa Ikhmal dengan penampilan baru aku ni.
            “Mel… kan I dah…” Ikhmal mengangkat muka dan seperti yang aku agak, dia terkejut melihat aku. Alya Amani yang baru. Airil pulak masih lagi tak lepas dari memegang tangan aku. Gaya macam dia dah jadi boyfriend aku dan dia sekarang ni tengah berhadapan dengan ex-boyfriend aku.
            “You look different.”
            “I datang nak bagi balik hadiah-hadiah yang you kasi dekat I.”
            Airil meletakkan kotak tu dekat atas meja Ikhmal sebelum dia memandang Ikhmal dengan pandangan tak puas hati.
            “Jom balik…” ajak aku sambil menarik Airil keluar dari bilik tu. Langsung aku tak peduli dengan panggilan Ikhmal. Aku dah puas sekarang ni. Puas bila Ikhmal dah tengok aku yang baru sekarang ni.
            “Puas hati dah?”
            “Puas!”
            “Kalau dia datang balik, jangan kembali pada dia…” pesan Airil tanpa memandang aku.
            Aku pandang Airil dengan dahi berkerut.
            “Kenapa tak?”
            “Let just say, kita tak bermain dengan anak patung yang di bagi pada orang lain and anggap Ikhmal tu macam dessert. Sedap tapi tak necessary, ” kata Airil sambil tersenyum.
            “I hope so, Airil.”
            Really hope so sebab Ikhmal… walaupun dia bukan yang pertama tapi dia yang paling memberi kesan dalam hidup aku dan sekarang ni, agak susah untuk aku melupakan dia. That’s the truth.
            ***
            Memang sepatutnya aku halau Ikhmal dari muncul dekat pejabat aku tapi entah kenapa aku rasa lega bila nampak dia dekat sini. Walaupun aku tahu yang Airil pasti akan marah bila aku terima pelawaan Ikhmal untuk keluar makan dengan dia tapi aku tetap jugak setuju. Susah untuk aku tolak sedangkan hati aku masih ada pada dia.
            “You sihat?” Tanyanya lembut. Aku hanya mengangguk kecil sambil bermain dengan tali beg tangan. Beg sandang pemberian Airil dah lama aku tak pakai sejak aku mula mengubah cara pemakaian aku.
            “So, how’s your life?”
            “So far, so good. Thanks to you of course. Thank you for breaking my heart. You’ve only made me stronger,” balas aku dengan senyuman sinis. Muka Ikhmal terus berubah. Tahu pun nak sentap segala kan?
            “Look Amani, I’m so sorry. I betul-betul menyesal sebab buat you macam tu.”
            “What do you mean?”
            “Sejak kita berpisah, I asyik ingatkan you. I baru sedar yang I perlukan you bukannya Melissa. I love you, Amani. Let’s start all over again…”
            Aku pandang Ikhmal tanpa berkelip. Masa tu, perasaan aku bercampur-aduk. Ada rasa gembira, ada rasa sedih dan ada rasa marah.
            “Ikhmal… I…”
            “What are you doing here, Alya?” Terkejut aku apabila Airil muncul dengan pakaian kerjanya. Aku yang baru nak cakap terus tertutup mulut dan Ikhmal pun turut terdiam.
            “Aku…”
            “Jom balik.” Airil tarik tangan aku tanpa sempat aku nak buat apa-apa. Ikhmal pun terkejut bila Airil buat macam tu dan entah kenapa aku rasa bengang dengan Airil. Dia buat aku macam budak kecik. Siapa dia nak tentukan hala hidup aku? Kalau aku nak baik semua dengan Ikhmal, so what? Kenapa dia nak peduli sangat?
            “Let me go!” Aku tarik tangan aku sekuat hati dan Airil terus lepaskan tangan aku dengan muka merah. 
            “Kau gila ke apa? Kau nak balik semula dengan dia lepas apa yang dia dah buat? Dia nak kau balik sebab kau dah cantik la, Alya!”
            “Memang aku nak balik semula dengan dia! I did all of this because of him! Aku nak jadi cantik supaya dia sedar bahawa dia dah terlepas sesuatu yang berharga! Kau siapa nak halang aku?” Marah aku dengan tangan menggigil menahan marah.
            Airil terus terdiam sebelum meraup mukanya. Kemudian dia datang dekat dengan aku sebelum menarik nafasnya perlahan.
            “I’m the one who is going to love you without any reason, Alya…”
            Dan dia terus pergi dari situ meninggalkan aku yang terkedu.
            ***
            Dari semalam aku tak boleh tidur mengenangkan luahan hati Airil. Dari semalam jugak aku tak dengar langsung khabar berita dari dia tapi mak ada cakap yang Airil call tanya dia dah balik ke belum. Sedih pulak aku bila dia buat macam ni.
            Nak call dia ke tak nak? Tapi kalau call, aku rasa malulah pulak.
And you throw your head back laughing
Like a little kid
I think it's strange that you think I'm funny cause
He never did
            Terus aku capai telefon bimbit yang ada dekat tepi meja. Bila nampak nama Airil, terus aku gelabah. Nak cakap apa ni? Macam mana kalau Airil cakap pasal benda tu tadi? Tapi kalau tak angkat, aku pulak yang serba-salah. Angkat jelah…
            “Alya…”
            “Hmm?”
            “I’m sorry. Aku tak patut marah kau macam tu tadi.”
            Aku diam sekejap. Tiba-tiba mulut ni dah tak tahu nak cakap apa.
            “Alya… aku betul-betul maksudkan apa yang aku cakap tadi.”
            Kali ni aku tarik nafas. Tangan mula berpeluh-peluh. Nak cakap apa ni?
            “Tapi aku tak paksa. Kalau kau yakin yang Ikhmal memang betul-betul nak berbaik dengan kau, aku doakan yang terbaik but please… jangan jauhkan diri dari aku.”
            Sebak pulak bila dengar dia cakap macam tu.
            “Maaf Airil sebab tak boleh nak balas perasaan kau but not to worry, kau bestfriend aku sampai bila-bila,” ucap aku perlahan dan teratur. Takut jugak kalau aku kecikkan hati Airil. Airil kawan baik aku dan kalau boleh, aku langsung tak nak sakitkan hati dia tapi untuk terima dia lebih daripada seorang kawan, itu agak susah.
            “Takpe Alya. Aku faham… Cakap dengan Ikhmal, aku mintak maaf. Good night, Alya. Assalamualaikum.”
            “Waalaikumussalam. Aku pun mintak maaf jugak.”
            Selepas Airil menamatkan panggilan, aku rasa lebih tenang dan lega. Sekurang-kurangnya takdelah aku dengan Airil bergaduh ke apa. Mana nak cari kawan macam Airil. One in a million! Kadang-kadang aku rasa aku ni bodoh jugak sebab tak terima Airil. Tolak tuah betul!
            ***
            “You nak makan apa?” tanya Ikhmal ketika kami keluar bersama untuk makan tengah hari.
            “Apa-apa pun boleh. You orderkan ye. I nak pergi toilet kejap.” Aku senyum sebelum bangkit menuju ke tandas. Ya, sekarang ni aku dah berbaik dengan Ikhmal. Setakat ni takde masalah lagi antara kami. Dia pun layan aku baik sangat. Baik daripada dulu dan masa yang aku luangkan bersama-sama Airil pun dah berkurang. Airil pun dah lama tak telefon aku. Mungkin dia sibuk ataupun mungkin dia perlukan masa. Tapi takpelah asalkan kami tak putus kawan.
            Aku kembali ke meja dan Ikhmal yang tengah berbual di telefon terus mematikan talian apabila aku selamat duduk dekat depan dia.
            “Cakap dengan siapa?”
            “Staff I. Dia nak inform dekat I pasal mesyuarat esok.” Ikhmal tersenyum manis. Aku hanya mengangguk kecil sebelum melihat akuarium yang dekat dengan meja yang kami duduk sekarang ni.
            Aku dengan Airil selalu jugak makan dekat sini dan setiap kali ke sini, dia akan belanja aku ais krim tapi Ikhmal tak pernah belanja aku ais krim. Eh, apa ni Alya?! Kenapa nak bandingkan Airil dengan Ikhmal ni? Tak baik, Alya… tak baik!
            “You dengan Airil macam mana sekarang?”
            “Okey je.”
            “Baguslah kalau macam tu.”
            Aku hanya tersenyum dan bila makanan sampai, kami berdua terus senyap. Dan sekali lagi aku mula membandingkan Ikhmal dan Airil. Kalau makan dengan Airil, tak bosan macam ni. Dan sekali lagi jugak, aku mengutuk diri sendiri. Jangan nak banding-banding dah. Terima jelah Ikhmal seadanya!
            ***
            Sebulan dah berlalu tapi Airil masih lagi macam dulu. Tak berapa nak bercakap dengan aku padahal dia yang beria-ia suruh aku buat macam biasa je. Ni siapa yang dah lain macam sekarang? Aku ke dia? Patutnya aku yang rasa macam nak menjauhkan diri sebab aku tak nak buat Airil menaruh harapan lagi tapi ni dah terbalik pulak!
            Apa sebabnya Airil buat macam ni? Aku call tak berangkat. Aku mesej pun dia cakap simple gila. Macam ayat-ayat orang malas nak balas mesej. Kadang-kadang menyampah jugak aku.
            Tok! Tok!
            “Alya…”
            Aku tersenyum bila nampak mama di sebalik pintu. Mama datang menghampiri aku yang dah bersila dekat atas katil sebelum mengusap rambut aku.
            “Kenapa mama?”
            “Hmm… mama dengan papa ada hal penting nak bincang dengan Alya. Alya turun bawah ye?”
            Aku hanya mengangguk sebelum mengambil getah rambut dan mengikut mama turun ke ruang tamu. Pelik jugak bila aku tengok mama macam serius je. Bila dah sampai ruang tamu, aku tengok muka papa pulak. Muka papa pun nampak serius. Kenapa pulak ni?
            “Kenapa papa, mama?”
            Mama memandang papa sebelum memandang aku. “Err… Alya dah kenal lama kan dengan Airil?”
            Aku mengangguk. Kenapa mama dengan papa tiba-tiba sebut pasal Airil ni?
            “Keluarga Airil datang semalam,” kata papa perlahan.
            “Buat apa keluarga dia datang?”
            “Diaorang datang nak pinang Alya untuk Airil.”
            Terus mulut aku terlopong luas. Pinang aku untuk Airil? Tak faham! Apa maksud pinang Alya untuk Airil? Airil tahu yang aku bersama Ikhmal sekarang ni. Takkan tetiba dia nak keluarga dia pinang aku?
            “Alya tak faham…”
            “Airil sukakan Alya. Memang mama dengan papa dah tahu lama pasal hal ni. Mama yakin yang Airil boleh jaga Alya jadi mama dengan papa dah terima pinangan tu.”
            Serius aku rasa nak pengsan dengan apa yang mama baru cakap tadi. Mama terima pinangan tu? Tapi takde siapa pun yang bincang hal ni dengan aku? Aku dah ada Ikhmal. Macam mana aku nak kahwin dengan Airil? Aku tak suka Airil. Kami kawan baik je. Tiba-tiba aku rasa nak menangis sekarang ni!
            “Tapi pa…”
            “Alya, papa tak mintak banyak dari Alya. Cuma kali ni, please terima Airil. Papa tahu susah untuk Alya tapi papa tahu dia memang yang terbaik untuk Alya.”
            Aku mengelap air mata yang mengalir. Nampak gayanya memang aku langsung tak boleh nak menolak. Papa dengan mama dah tekad dengan keputusan mereka nak kahwinkan aku dengan Airil. Sebab ni ke Airil mengelak dari aku? Sebab dalam diam, dia dah buat rancangan nak pinang aku dan jauhkan aku dari Ikhmal. Saat ni, kalau Airil ada dekat mata aku, dah lama aku tumbuk dia sepuas hati aku!
            “Alya… Alya nak naik dulu.” Terus aku berlari masuk ke dalam sebelum merebahkan tubuh badan dekat atas katil. Aku capai telefon bimbit dan terus dail nombor Airil. Tak sabar aku nak tahu apa penjelasan dia. Aku nak tahu kenapa dia buat aku macam ni? Apa motif dia sebenarnya?
            “Hello…”
            “Aku benci kau!”
            “Alya… Dengar dulu apa aku nak cakap.”
            “No! Kau kejam, Airil! Aku benci kau. Sampai hati kau buat aku macam ni kan? Kau saja nak buat aku terseksa kan? Kau dah tahu yang aku dah baik dengan Ikhmal tapi kenapa kau hantar pinangan kau hah?!”
            Aku dengar Airil menarik nafas.
            “Aku ada sebab aku sendiri, Alya. Kau akan tahu lepas kita kahwin nanti.”
            “Aku tak nak kahwin dengan kau!”
            “Alya… please. Kau tahu kan apa yang aku buat selama ni memang untuk kebaikan kau? Percayalah cakap aku. Aku akan bahagiakan kau.”
            Aku menggigit bibir. Menyampah bila aku dengar alasan Airil.
            “No Airil! Aku tak cintakan kau.”
            “Aku akan buat kau jatuh cinta dekat aku and when that time comes, kau takkan nak jauh dari aku!” tiba-tiba suara Airil naik seoktaf dan terus buat aku terdiam.
            “See you masa akad nikah nanti. Assalamualaikum…”
            Airil terus matikan talian tanpa sempat aku nak balas apa-apa tapi ayat terakhir Airil tadi buat aku serba tak kena.
            ***
            “Apa maksud you, Amani?!” Aku jauhkan handphone dari telinga. Kuat gila suara Ikhmal!
            “I akan kahwin dengan pilihan keluarga I.”
            “Habis tu kita macam mana?”
            Aku menarik nafas. Bukan senang aku nak buat keputusan ni tapi disebabkan mama dan papa, aku terima pinangan Airil.
            “Kita dah takde apa-apa lagi, Ikhmal. I’m so sorry…”
            “How could you, Amani? You tahu kan yang I sayangkan you…” Lirih je suara Ikhmal ketika ni. Aku menahan sebak. Memang aku tahu dia sayangkan aku tapi aku nak buat apa lagi sekarang ni? Takkan demi cinta, aku nak lawan mama dan papa? Tak sanggup aku nak lukakan hati mama dan papa.
            “I’m sorry, Ikhmal. I pun sayangkan you tapi I sayangkan family I lagi. Take care…” Tanpa menunggu kata-kata Ikhmal yang seterusnya, aku terus matikan talian dan menangis. Menangis sampai mata aku bengkak!
            ***
            Lagi beberapa minit sebelum majlis akad nikah aku. Aku sekarang ni dah siap disolek oleh mak andam dan hanya menanti untuk dipanggil oleh mama. Sekarang ni aku tak tahu apa perasaan aku yang sebenarnya. Nak kata happy, entahlah. Aku pun tak tahu sama ada aku happy ke tidak sekarang ni. Mungkin happy sikit sebab mama dan papa nampak bahagia sekarang ni tapi sedih tu memang banyak! Sedih bila mengenangkan Ikhmal yang terluka dan aku yang sedih dengan keputusan sendiri.
            “Alya… jom turun.”
            Aku hanya mengangguk dan sambil diiringi oleh mama, perlahan-lahan kami turun ke tingkat bawah. Orang pertama yang aku nampak adalah Airil tapi dia langsung tak pandang aku. Sejak dari hari aku gaduh dengan dia, kami langsung tak bercakap. Jumpa pun masing-masing buat derk tapi dalam hati, aku mengaku yang dia nampak sangat kacak bila pakai baju melayu warna putih tu.
            Selepas siap tandatangan semua borang yang diperlukan, sekarang tibalah saat-saat yang mendebarkan. Aku pandang Airil yang nampak agak gelabah tapi masih lagi tenang.
            “Muhammad Airil Mukhlis…”
            “Saya…”
            “Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Nur Alya Amani binti Hashim dengan mas kahwin lapan puluh ringgit tunai.”
            “Aku terima nikahnya Nur Alya Amani binti Hashim dengan mas kahwin lapan puluh ringgit tunai.” Lancar Airil melafazkan akad dan air mata aku terus mengalir apabila saksi menyebut sah. Akhirnya aku dah jadi isteri orang. Isteri kepada Airil, kawan baik aku sendiri dan aku tak tahu nak tafsirkan sama ada air mata aku ni air mata gembira ataupun sedih. Bercelaru betul perasaan aku!
            Airil menunaikan solat sunat terlebih dahulu manakala aku menarik nafas dari tadi untuk mengurangkan rasa berdebar. Takut menanti Airil datang menghampiri aku.
            “Alya… Airil dah datang…” Tegur Yuna yang sejak dari tadi duk genggam tangan aku.
            “Aku nampak…” Maunya aku tak nampak. Bau minyak wangi Airil pun aku dah kenal walaupun dia duduk jauh dari aku.
            “Assalamualaikum…”
            “Waalaikumussalam…”
            Ketika Airil memegang jari aku untuk menyarung cincin, mesti dia perasan yang tangan aku sejuk sebab dia genggam tangan aku agak erat. Seolah-olah nak menenangkan aku.
            Aku pandang cincin yang dah selamat bersarung dekat jari aku sekarang ni. Rasanya aku macam pernah tengok cincin ni sebelum ni. Bukan ke ni cincin yang pernah aku nak beli masa zaman sekolah menengah dulu? Cincin yang aku tengok dengan Airil.
            “Cincin ni?”
            Airil mengangguk seolah memahami apa yang aku nak tanya. Dia tersenyum sebelum mengusap kepalaku lembut.
            “Saya ingat design dia je so saya tempah. Hope you like it…” ucap Airil perlahan. Ketika tu jurugambar sibuk menangkap gambar kami berdua. Kami berdua menolak nak tangkap gambar dengan aksi-aksi manja. Setakat pegang tangan sambil berdiri macam statue tu aku terima tapi nak peluk-peluk manja, please aku tak nak.
            “Saya suka. Thanks…” Takkan la nak guna ‘aku’ ‘kau’ lagi bila dah jadi suami isteri. Sopan la sikit rasanya kalau guna ‘saya’ ‘awak’.
            “You’re welcome.” Airil tersenyum senang. Aku kerling dia melalui ekor mata. Suka pulak aku tengok dia berbaju Melayu. Bukan tak pernah tengok tapi hari ni serinya nampak lain. Seri pengantin baru agaknya!
            “Awak nampak cantik hari ni…”
            “Awak pun nampak handsome…”
            Takkan nak tipu kan? Dah memang handsome jadi kenalah cakap handsome.
            “I know this is hard but let’s work this out together,” ucap Airil sambil mengenggam tangan aku. Aku pandang dia lama sebelum mengangguk kecil. Walaupun payah tapi apa salahnya mencuba kan?
            ***
            “AIRIL!”
            Betapa bengangnya aku bila aku bangun pagi tadi, muka aku penuh dengan kesan contengan. Ni tak lain tak bukan kerja Airil! You’re going to pay for this, Mister Airil!
            “Yes, sayang?” Dia yang baru muncul dari dapur tersenyum sambil memegang mug.
            “Tengok ni!” Aku hala jari telunjuk dekat muka aku sendiri.
            “Comelnya isteri saya,” Dia gelak sebelum menghampiri aku. Mug tadi diletakkan di meja makan.
            “Takde kerja kan?” Marah aku sambil mencebik. Dah hampir dua setengah bulan kami berkahwin dan aku masih dalam proses untuk menerima Airil sepenuhnya. Memang kami tidur sebilik tapi Airil langsung tak ambik kesempatan selain aku tak izinkan. Mama dengan papa dah banyak kali tanya bila mereka nak dapat cucu dan Airil akan bantu aku dengan memberitahu mereka yang kami ingin hidup berdua dulu sebelum mula memikirkan pasal anak tapi aku tahu, sampai bilalah kami nak bagi alasan macam tu kan?
            “Sorry sayang but you do look cute!” Dia mengelap kesan cat air di pipi aku sambil ketawa kecil. Sejak kami berkahwin, aku perasan yang dia lain daripada Airil yang aku kenal. Airil yang ni lebih romantik dan sangat sweet. Kadang-kadang aku rasa aku boleh kena kencing manis  bila Airil mula jadi sweet.
            “Yelah tu. Saya nak pergi mandi dulu.” Aku tolak tangan dia yang masih mengelap pipi aku guna tisu dan mula naik mendaki tangga ke tingkat atas.
            “Awak…”
            “Hmm?”
            “Jom dating hari ni.”
            “Dating pergi mana?”
            “Hmm… berkelah.”
            Dahi aku berkerut. Pergi berkelah? Tapi aku tak masak apa-apa lagi.
            “Tapi saya tak masak apa-apa lagi.”
            Airil tersenyum. “Not to worry. Saya dah masak dah.”
            “What?! Sepatutnya saya yang masak…” Aku mula muram. Sepatutnya aku sediakan makanan untuk dia tapi dia pulak yang masak untuk aku. Tak patutnya! Kalau mama tahu, mau aku kena bebel sampai esok pagi.
            “Laaa… kan memang selalunya awak yang masak untuk saya? This time, saya masaklah untuk awak.” Airil cuit hidung aku sebelum mengusap pipi aku lembut. Pandai betul dia memujuk. Agaknya inilah untungnya kahwin dengan kawan baik sendiri. Dia tahu macam mana nak pujuk time kita tengah sedih.
            “Okey. Saya mandi dulu ye…”
            Airil mengangguk sebelum mengucup dahi aku dan berlalu ke dapur. Aku masih di tangga sambil menyentuh dahi sendiri dan tiba-tiba aku rasa muka aku panas.
            ***
            “Puan Amani. Ada orang nak jumpa…”
            Aku pandang Tina sebelum mengangguk kecil. Siapalah agaknya yang datang jumpa aku waktu-waktu macam ni? Rasanya Airil takkan datang sebab dia cakap dia ada meeting hari ni.
            “Hai…”
            “Err… Ikhmal… what are you doing here?” Aku terus bangkit dari duduk sambil tersenyum sumbing.
            “I datang jumpa you. How are you?”
            “Alhamdulillah sihat. You?”
            “Fine…”
            “Eh, jemputlah duduk. Tina, bawakkan air ye.” Pintaku pada Tina sebelum Tina menutup pintu dan aku mula diam balik. Tak tahu nak cakap apa bila setelah lama tak berjumpa dengan Ikhmal.
            “Airil sihat?”
            Aku mengangguk kecil.
            “Seronok kahwin?”
            Aku baru nak mengangguk lagi sekali tapi tiba-tiba Ikhmal pegang tangan aku dan secara automatik aku terus tarik balik tangan aku. Eh, apa kes main sentuh-sentuh isteri orang ni?
            “Amani… I tahu you tak bahagia. I tahu you masih sayangkan I kan?”
            Aku terdiam sebab terkejut. Apa yang patut aku cakap? Aku bahagia tapi untuk mengaku yang aku dah lupakan dia, memang susah sebab aku tahu yang aku masih sayangkan dia  tapi takdelah sebagai kekasih. Sayang aku pada dia cuma sebagai kawan sebab  Airil mula mendapat tempat di hati aku sebagai seorang suami. Sekarang ni, Airil hilang sekejap pun, bukan main sasau aku cari dia!
            “I memang sayangkan you tapi tak lebih dari kawan…”
            “You sayangkan Airil?”
            Aku mengangguk laju. “I love him.”
            “Walaupun dia hancurkan hubungan kita?”
            “Mal, kita dah ditakdirkan untuk tak bersama. Jodoh I adalah Airil dan jodoh you adalah orang lain dan bukannya I,” ucapku lembut.
            “Amani, I masih cintakan you and andai kata Airil tinggalkan you, I masih ada di sini untuk you…”
            Aku telan air liur. Scary je bunyinya!
            “Insya-Allah Airil takkan tinggalkan I. Dia sayangkan I sama macam I sayangkan dia. Don’t you worry about me.”
            Ikhmal hanya mengangguk dengan wajah kecewa. Kalaulah dia bersungguh-sungguh macam ni sebelum dia kecewakan aku dulu, pasti kami berdua dah berbahagia sekarang tapi nak buat macam mana? Semua ini telah ditetapkan oleh Allah.
            “Kita kawan kan?”
            “Sure!” Aku tersenyum manis dan aku tak sedar yang rupanya Airil nampak aku bersembang dengan Ikhmal sehinggalah aku baca surat yang Airil tinggalkan dekat atas meja solek untuk aku.
            ***
            “Mama… Airil dah tinggalkan Alya…” Aku menangis teresak-esak sambil memeluk mama. Dah beberapa hari Airil tinggalkan aku sendirian dekat rumah. Aku call, dia tak angkat. Aku mesej, lagilah dia tak balas. Aku nak terangkan apa sebenarnya yang berlaku tapi macam mana aku nak terangkan kalau dia langsung tak nak angkat call?!
            “Cuba relaks, Alya. Airil nak tenangkan fikiran dia tu.”
            “Alya nak Airil, ma.”
            “Tu la kamu. Time dia ada, kamu buat derk je. Sekarang ni baru nak sedih-sedih,” sindir papa dengan tajamnya sampaikan aku terasa sakit sampai ke jantung!
            “Papa…” Aku menangis lagi teruk. Airil, baliklah… saya perlukan awak.
            “Kalau papa cakap Airil ada dekat mana, papa nak Alya janji sesuatu dengan papa.”
            Aku terus pandang papa dan cepat-cepat aku duduk di sebelah papa dengan muka teruja. Tangan papa aku genggam kuat-kuat.
            “Suami Alya ada dekat mana?”
            Papa menarik nafas sebelum mengusap rambut aku. “Papa nak Alya janji dengan papa yang Alya akan jaga Airil elok-elok. Sama macam Airil jaga Alya. Jangan sakitkan hati dia. Jangan buat dia kecewa. Dia dah banyak berkorban untuk Alya. Dari dulu sampailah sekarang…”
            “Insya-Allah pa. Alya akan sayang Airil sama macam dia sayang Alya. Malah lebih dari tu lagi.”
            Papa tersenyum lega. “Dia ada dekat tempat yang Alya paling suka.”
            Aku pandang papa dengan dahi berkerut. Tempat yang aku paling suka? Banyak tempat yang aku suka tapi…
            That’s it! Terus aku peluk papa dan kemudiannya mama sebelum mencapai kunci kereta.
            Airil, I’m coming for you!
            ***
            Dari tadi aku dah macam Charlie’s Angel dah. Kerja aku sejak dua hari ni adalah menjadi spy. Bukan tak nak pergi dekat Airil tapi aku malu.
            Aku tersenyum bila nampak Airil duduk bersendirian dekat kafe. Tu la… bercuti tak ajak aku! Kan dah bosan duduk sorang-sorang!
            Lama aku merenung Airil sebelum tiba-tiba aku menghela nafas panjang. Memang betullah cakap orang. Bila dah hilang, barulah kita nak sedih. Barulah kita sedar betapa pentingnya dia dalam hidup kita. Walaupun macam mana pun, aku tetap marah dekat Airil! Dia patutnya tanya dulu apa yang aku cakap dengan Ikhmal sebelum pergi bawak diri. Ni tetiba suruh aku kembali pada Ikhmal kalau aku memang sayangkan Ikhmal. Kalau macam tu, kenapa dia pergi pinang aku dulu?! Emo pulak aku bila fikir pasal benda ni.
            “Arghhh!” Aku menjerit apabila tiba-tiba pinggang aku dipeluk oleh seseorang. Baru aku nak bukak langkah silat, tiba-tiba aku dapat mengesan bau minyak wangi yang sangatlah aku kenal.
            “Airil…”
            Airil ketawa kecil tapi masih lagi memeluk pinggang aku. “Awak buat apa dekat sini? Rindu saya ye?” Bisiknya lembut di telinga aku.
            Perlahan-lahan aku mengangguk sambil cuba menahan air mata dari mengalir. “Macam mana awak tahu saya ada dekat sini?”
            “Saya nampak seorang perempuan asyik ikut saya ke sana ke mari dengan baju sweater besar gedabak walaupun sini panas. Dengan snow capnya lagi… Lagipun mama dengan papa dah call cakap yang awak cari saya dekat Terengganu ni…”
            Aku senyum sebelum menepuk tangannya supaya melepaskan pelukannya. Tak best nak bercakap kalau aku tak nampak muka dia.
            Sebaik saja dia lepaskan pelukannya, aku terus pusing menghadap dia. Pipi dia aku usap perlahan sebelum aku peluk tubuhnya erat. Rindunya aku dengan dia!
            “Awak ni kejam!”
            “Kejam?”
            “Lain kali kalau nak merajuk pun, dengar dulu apa saya nak cakap. Ni tak! Terus bawak diri.”
            Airil ketawa sebelum meleraikan pelukan kami. “Bukan nak bawak diri sangat pun sebenarnya. Saja je nak suruh awak pujuk…”
            “Eleh…”
            “Alya…”
            Aku mula rasa lain macam. Bila dia guna nada suara romantik macam tu, memang mudah je aku nak cair.
            “Yes?”
            “Do you love me?”
            Aku pandang dia sebelum tertunduk malu. “Yes.”
            “Serius?”
            Aku angguk kepala. Muka dah makin merah. Sudah-sudahlah tu. Malu okey! Malu!
            “I love you more.” Dia ketawa sebelum mengusap kepala aku yang kini dah dilitupi tudung. Ye, sekarang ni aku dah mula bertudung. Mekap di muka pun dah lama aku tinggalkan. Heels yang menyakitkan kaki tu pun dah takde. Yang ada sekarang hanyalah Alya Amani yang dulu.
            “You look beautiful now. Tanpa mekap dengan heels semua tu and of course sebab bertudung. Sejuk hati saya…”
            “I’m sorry. Banyak dosa saya dengan awak. Tayang aurat saya dekat orang ramai padahal awak je yang patut nampak.”
            Dia menggeleng kecil sebelum tersenyum. “Let bygone be bygone ye, sayang…”
            Aku turut tersenyum dan mengangguk dengan muka ceria. “By the way, from now on… no more ‘saya’ ‘awak’.”
            “Dah tu nak panggil apa?”
            “Abang dan sayang.”
            “Really?”
            “Yup! Abang kena panggil Alya, sayang! Panggil Alya pun boleh.” Aku peluk lengan dia sebelum ketawa kecil.
            “Hahaha! Baiklah Puan Alya Amani aka sayang. Hmm… alang-alang kita dah ada dekat sini, kita bercuti dekat sini jelah ye. Manalah tahu kalau mama, papa, mak dengan ayah dapat cucu tak lama lagi,” ucap Airil sambil tersenyum nakal dan laju je jari aku cubit perut dia. Amboi, kemain gatalnya! Dan tiba-tiba aku teringat sesuatu.
            “Abang…”
            “Hmm?”
            “Kenapa abang pinang Alya dulu?”
            “Hmm… sebab abang pernah nampak Ikhmal dengan perempuan lain lepas dia berbaik dengan Alya.”
            “What?!” Mata aku terbuntang luas. Sempat lagi Ikhmal curang dengan aku! Alhamdulillah Airil datang pinang aku. Kalau tak mau kena tipu lagi aku ni haa! Konon je sayangkan aku lagi.
            “And then?” Soalku lagi.
            “Abang tahu abang ni tak baik mana tapi lepas abang jauhkan diri dari Alya, abang pergi belajar dengan seorang ustaz. Lepas tu abang buat solat istikharah. Abang nampak Alya dalam mimpi abang dan abang tak nak Alya terus terluka lagi kena tipu dengan Ikhmal. Sekarang ni, abang nak perbaiki diri abang lagi supaya abang mampu nak bimbing Alya dan anak-anak kita nanti…” Airil senyum dan sekali lagi aku malu bila dia sebut pasal anak.
            “Dan abang lega bila tengok Alya dah bertudung dan pakai baju menutup aurat. Cantik dan manis.”
            “Terima kasih abang and sorry again.”
            Airil mengangguk dan dia mengucup dahi aku sebelum kami berjalan beriringan ke pantai. Pantai cinta! Okey, tetiba panggil pantai cinta!
            ***
            Ni kisah aku dan Airil. Kisah kawan baik aku yang akhirnya jadi suami aku dan aku sayang dia sangat-sangat. Dialah kawan, dialah suami, dialah peneman dan dia membantu aku menjadi lebih kuat dan dia mencintai aku seadanya. Tak perlu mekap, tak perlu heels yang menyakitkan kaki.
            And by the way, you are perfect just the way you are with all your flaws and problems, there’s no need to change anything.
           
           
p/s : Apa yang baik, jadikan iktibar. Apa yang buruk, jadikan sempadan :D Enjoy! ♥
           

           


            


Photobucket

38 comments:

  1. kak bulannnn demi u i sngp jejak tanah nak komen * sila terharu * :D

    aril yg sweet . romantik . caring . penyayang . setia . sabar . baik . --- > buat hati i dup dap dua dap dup dap :) <3 <3

    # tolong engatkan i pasal mamat bajet cool :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! terharu sungguh ni. hehehe! sape mamat bajet cool? macehh biey :D

      Delete
  2. masih lagi berfikir, the funny thing is, dia boleh petik jari 10 dtg, aku ni petik 10 kali jari pun tak tentu lagi org yg datang. hahahaha!
    Good job moon, i wonder if ada airil di luar sana untuk kita ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe! kak rin suka eh ayat tu? hahaha! insya-Allah ada :D maybe bukan airil tapi lebih kurang mcm airil :D thanks kak rin

      Delete
  3. waduh kak.. sweet..airil2.. sukaaaaa.. =D <3

    ReplyDelete
  4. ok ini sangattt sweeet dan ohsemmm!!! nak airil satu boleyyy? hewhewhew... :3

    ReplyDelete
  5. Airil yg sngt2 memahami,sngt2 menjaga.such a sweet guy.bertuah amani dpt dye.Ikhmal yg xth m'hargai n talam dua muka pun ada plus dia llki yg mmg konpem xleh buat laki.jln cter best tp scra jujur akk rs ni bukn krya liya yg terbest.liya boleh buat yg lebih lebih lebih best dr ni.plot dia agk xsmooth.a bit.nmpk ada gaya rushing ckit,susunn dye ada kacau ckit tp still menarik n boleh senyum bc.tq sbb bg peluang kat akk bc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak :D terharu bca komen akak. hehehe.. akak suka cerpen liya yang mana satu? :D teringin nak tahu. sama-sama kak :D

      Delete
  6. Replies
    1. terima kasih yani :D hehehe! comel mcm kak mun kan? ngehngeh! *pengsan*

      Delete
  7. Kak Liya !
    Dari awal baca sampai ayat terakhir kita senyum je :3 . Keep writting kak . Hehe ><

    ReplyDelete
  8. Auww~~~~~menawan betul sifat Airil nie...buat emi jd tertawan jer..huhu

    ReplyDelete
  9. best sngat2.... uat lgi cerpen mcm ni ya..
    sweet sngat2

    ReplyDelete
  10. Awes0me and w0nderful ,, i like this story . ^_^

    ReplyDelete
  11. Klau wujud manusia mcm Aril kat dunia ni..jdi rebutan ni..Dah romantik,baik pula tu..sweetnya.

    ReplyDelete
  12. Wahh . Sweet sgt sgt . Oh I melting !! Cair kuasa dua tiga empat lima enam . Hahaha .

    ReplyDelete
  13. Airilllll nak you hahaha.plssss hopefully ade airil macm ni in real life omggg i think i will crying kalau jumpa

    ReplyDelete
  14. Best... airil and alya.. soooo sweet

    ReplyDelete
  15. saya pon pernah suka kat bff saya...tp kena buang perasaan tu sbb x nk rosak kan persahabatan kami...

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers