Assalamualaikum semua :) Jemput baca cerpen baru saya. Ni baru part 1. Macam Jalan Cinta dulu, ingat nak update part by part :) Enjoy!
“Irdina, ada orang nak jumpa dekat bawah...”
Aku angkat muka daripada timbunan assignment sebelum memandang Aisyah yang dah
duduk bersila dekat atas katil.
“Siapa?”
“Entah.
Aku tak pernah tengok dia pun sebelum ni...”
Dahi
aku dah mula berkerut. Siapalah agaknya yang datang jumpa aku ni? Selalunya
orang yang datang jumpa aku dekat sini, mesti Aisyah kenal tapi kali ni Aisyah
tak kenallah pulak. Mesti someone yang baru first time nak menjejak kaki ke
sini.
Terus
aku capai tudung lalu berjalan turun ke bawah. Bila aku nampak seorang lelaki
yang bersandar di kereta, terus jantung aku berdegup kencang. Patutlah Aisyah
tak kenal dia!
“Awak
buat apa dekat sini?” Mulut aku terlopong luas bila nampak dia dekat depan mata
aku. Sempat jugak aku pandang sekeliling. Takut kalau ada yang nampak aku
dengan dia dekat sini. Setelah sekian lama, kenapalah dia muncul sekarang?
“Salah
ke kalau saya nak jumpa awak?”
“Tapi
awak dah janji nak jumpa saya lepas saya habis belajar!” Aku ketap gigi sambil
bercekak pinggang. Bagaikan terlupa hak lelaki ni terhadap diriku.
“I’m
your husband, Dina! Saya boleh jumpa awak bila-bila masa saya nak. Awak kata
sampai degree je dan lepas tu kita boleh jumpa dan hidup macam suami isteri
lain tapi sekarang ni awak cakap macam ni pulak!” Dia pun dah naik angin.
Aku
pandang ke arah lain. Tak nak pandang dia sebenarnya!
“Saya
rindukan isteri saya...” luahnya dan dia cuba memegang tangan aku tapi dengan
pantas aku melarikan tangan aku.
“Just
leave...” ucapku tanpa perasaan sebelum melangkah pergi. Membiarkan suami aku
sendirian di situ.
**
Aku
menjeling telefon bimbit aku yang sejak dari tadi bergetar. Sengaja aku malas
nak melayan sebab aku tahu tu mesti Fayyih yang hantar mesej. Sejak dari hari
dia datang jumpa aku dekat sini, tak habis-habis dia duk kacau aku. Sebelum ni,
takdelah dia mengacau aku. Boleh je tunggu sampai aku habis degree.
“Handphone
kau tu dari tadi buat bunyi bising. Kenapa tu?” Soal Aisyah sebelum menarik
kerusi dan duduk di sebelah aku. Aku hanya mengerling dia sekilas sebelum
melukis lukisan rambang dekat kertas conteng aku ni.
“Takde
apa.”
Aisyah
nampak tak berpuas hati sebelum dia mencapai telefon aku. Dia senyap sekejap
sebelum memandang aku dengan dahi yang berkerut.
“Abang?”
Soalnya pelik. Dia tahu yang aku takde abang. Yang ada cuma kakak. Kakak yang
memang sangat suka menyusahkan hidup aku! Kerana dia, aku kena kahwin dengan
Fayyih!
Aku
pandang Aisyah sebelum menghela nafas panjang. “Suami aku...” Balasku perlahan
sebelum menekup muka dengan tapak tangan.
“Suami?!!!”
Terus naik suara Aisyah. Terbuntang luas mata dia.
“Betul
ke ni?” Dia menggoncang bahu aku. Aku hanya mengangguk lemah.
“Bila
kau kahwin?”
“Sebelum
masuk degree...”
Aisyah
menggeleng kecil. “Kenapa aku tak pernah tahu? Dah lama kot kau kahwin!”
“Sebab
aku tak nak orang tahu pun pasal ni. Aku bukannya nak kahwin sangat tapi kakak
aku tu yang buat hal!” Aku mengetap gigi sebelum tiba-tiba aku rasa mata aku
dah basah dengan air mata.
“Kakak
kau?”
“Dia
sebenarnya patut kahwin dengan kakak aku tapi kakak aku tipu keluarga aku. Dia
cakap dia dah ada pilihan sendiri dan memandangkan ayah aku dah berkenan sangat
dengan suami aku tu, ayah aku nak jodohkan aku pulak dengan dia. Tapi kau
tengoklah! Kakak aku sampai sekarang ni tak kahwin. Nampak sangat dia saja nak
mengelak.”
“Lelaki
yang datang hari tu... dia suami kau?”
Aku
mengangguk kecil.
“At
least kau dapat suami handsome.”
Aku
jeling Aisyah. Sempat lagi dia!
“Kau
tak suka dia?”
Aku
terdiam. Suka ke tak aku pada Fayyih?
“Tak...”
Laju mulut aku membalas tapi entah kenapa hati aku jadi serba tak kena lepas
cakap macam tu.
“Betul
ke?”
Aku
mengangguk laju. “Betullah!”
Aisyah
tersenyum meleret sebelum mengenyit mata. “Aku rasa la kan, suami kau tu memang
sayangkan kau tau.”
“Macam
mana kau tahu? Kau baru je jumpa dia sekali.”
“Instinct.”
Aisyah sengih sebelum bangkit meninggalkan aku sendirian dalam bilik.
**
“Dinaaa!”
Aku berpaling ke belakang sebelum merengus geram bila nampak Hakim. Tak
habis-habis nak menyusahkan hidup aku betul!
“Apa?”
Hakim
senyum-senyum lagi. Aku dah juling mata ke atas.
“Saya
balik dulu...”
Tiba-tiba
Hakim berdiri di depan aku bila aku mula berjalan.
“Awak
nak apa, Hakim?”
“Jom
keluar jalan sama-sama...”
Aku pejam mata rapat-rata. Hakim ni
agaknya memang tak faham apa yang aku cakap selama ni. Dah berapa kali aku
cakap yang aku tak nak keluar dengan dia! Tak faham-faham lagi keeee?
“Saya busy.”
“Ala... Kali ni je.”
Aku menjeling tajam dekat Hakim
sebelum aku nampak seseorang yang sangat aku kenal tengah tengok aku.
Fayyih!
“Pleasee....” Mata aku masih tak
beralih dari pandang Fayyih yang dah melangkah ke arah aku dan Hakim. Buat
pertama kalinya, aku nampak dia dalam pakaian kerja dia. Nampak sangat segak
dan kemas.
“Assalamualaikum...”
Hakim memandang dia sebelum
memandang aku. “Waalaikumussalam...” Mereka berjabat tangan seketika sebelum
pandangan mata Fayyih jatuh pada aku.
Aku terus melangkah meninggalkan dia
dengan Hakim. Malas rasanya nak terus berdepan dengan dua orang lelaki yang
suka kacau hidup aku!
“Saya
tak suka isteri saya rapat dengan lelaki lain!” Dia tarik lengan aku supaya
berdepan dengan dia. Aku merengus geram sebelum merentap lengan aku.
“Awak tak boleh nak halang saya,”
balasku geram. Hakim dah menghilang ke mana. Yang ada sekarang cuma aku dan
dia.
Tiba-tiba
dia tersenyum sebelum mendekatkan mukanya dengan telinga aku. “You’re my wife,
Dina. Jangan pernah lupa hakikat tu.”
Aku
hanya menjeling sebelum berpaling dari melihat mukanya tapi aku terkejut
apabila tiba-tiba aku merasakan bahawa tubuh aku sudah berada dalam pelukannya.
Nasib baik takde ramai sangat orang dekat sini. Kalau tak, mahu aku mengamuk
dekat sini!
“Awak
tak tahu betapa sakitnya hati saya tengok awak baik dengan lelaki lain
sedangkan dengan saya, awak buat saya macam musuh awak.”
Entah
kenapa, hati aku terasa sayu bila dengar dia cakap macam tu tapi ego aku masih
lagi tinggi melangit. Langsung tak memikirkan kedudukan dia sebagai suami aku
yang sah.
“You
don’t even love me! Tak payah nak cakap macam awak sayang sangat dekat saya
ni.” Aku tolak tangan dia kuat-kuat.
“Siapa
cakap saya tak sayang awak?!” Soal dia laju sebelum dia kembali menarik tangan
aku supaya dekat dengannya.
Aku
terus terdiam.
“I
love you, Dina and that’s the beginning and the end of everything. Trust me!
You have...”
Aku
terus tekup mulut dia. Tak nak lagi dengar apa-apa dari mulut dia lagi. Lepas
tu, terus aku berlari tinggalkan dia dengan mata yang dah berair.
**
“Dina....”
Terkejut aku bila dengar suara Fayyih yang serak semacam. Aku yang tadinya
tengah baring terus duduk atas katil. Aku kerling jam dinding. Dah pukul 9
malam ni.
“Kenapa?”
“Saya
demam. Is it possible for you to come to our house now?”
Aku
diam. Our house? Rumah yang aku tak pernah jejak lagi walaupun masa mula-mula
kahwin dulu, Fayyih ada ajak aku ke sana tapi aku menolak.
“Awak
dah makan ubat ke belum? Dah berbuka?”
“Belum...
Ubat dah habis. Saya berbuka minum air je tadi. Tak larat nak turun bawah beli
makanan.” Suara dia kedengaran sangat lemah. Aku mula gigit bibir.
“SMS
saya alamat rumah. I’ll be there soon...”
“Betul?”
Aku
gigit bibir sekali lagi.
“Betul.
Awak nak makan apa? Nanti saya belikan...”
“Saya
nak bubur ayam yang awak masakkan, boleh? Kalau tak boleh, takpe. Saya makan je
apa yang awak beli...”
Terasa
sayu pulak bila dengar dia cakap macam tu. Betul ke aku langsung tak sayangkan
Fayyih?
“Insya-Allah
saya buatkan. Awak rehat dulu. Dah sampai nanti, saya call. Assalamualaikum...”
Sebaik saja dia menjawab salam aku, terus aku matikan talian dan bergegas ke
dapur. Aisyah yang tengah makan maggi mengangkat kening sebelum tersenyum
kecil. Aisyah ni badan je kecik tapi kuat makan. Berbuka tadi dia dah makan
nasi ayam tapi sekarang ni lalu lagi dia makan maggi!
“Kau
nak pergi rumah hubby kau ke?”
Aku
pandang dia sebelum mengangguk kecil.
“Ohh...”
Aisyah senyum lagi.
“Dia
demam la...”
“Ada
aku cakap apa-apa ke?”
Aku
ketap gigi sebelum mengeluarkan beras dan periuk. Baik aku cepat-cepat masak
bubur ni daripada melayan Aisyah yang duk tersengih dari tadi.
“Kau
balik tak malam ni?” Soal Aisyah lagi.
“Baliklah...”
“Hmm...”
Dia sengih lagi. Ikutkan hati dah lama aku lempar periuk nasi ni dekat dia tu!
**
Ting!
Ting!
Aku
menekan loceng sambil menjengket sedikit dan menunggu sehingga Fayyih keluar
untuk membuka mangga pagar. Bila dia berdiri di depan aku, baru aku perasan
muka dia yang pucat dan rambut dia yang serabai. Nampak sangat dia tak sihat.
Secara
spontan aku letak tapak tangan aku dekat dahi dia. Memang panas sangat! Laju
aku tarik tangan dia masuk dalam rumah. Lepas tu, aku suruh dia duduk dekat
kerusi sebelum aku pergi ke dapur dan memasukkan bubur ayam ke dalam mangkuk.
Bila
dah siap buat air milo panas untuk dia, perlahan-lahan aku bawak mug dan
mangkuk tadi ke depan. Sekarang ni Fayyih dah berbaring sambil berselimut dekat
atas sofa.
“Awak,
makan dulu...”
Dia
cuba untuk bangkit tapi bila aku nampak dahi dia berkerut menahan sakit, aku
suruh dia baring balik tapi kepalanya aku betulkan sedikit. Biar senang dia nak
menelan bubur ni nanti.
“Saya
suapkan...” Aku cedok satu sudu bubur sebelum meniupnya sedikit. Bila aku hala
sudu tu dekat mulut dia, dia hanya pandang aku sambil tersenyum kecil.
“Terima
kasih sebab sudi datang...”
“Makanlah
bubur ni. Lepas tu makan ubat...”
“Malam
ni awak tidur dekat sini ke?” Soalnya perlahan. Aku menggeleng kecil.
“Lepas
awak tidur nanti, saya balik.”
“Ohh...”
Dia dah tak bertanya apa-apa lagi dan hanya makan bubur yang aku suapkan. Lepas
dia habiskan bubur tu, terus aku suruh dia makan ubat dan aku suruh dia naik ke
bilik dia. Takkan nak suruh dia tidur atas sofa je. Nanti sakit pulak badan
dia.
“Temankan
saya sampai saya tidur boleh?” Pintanya perlahan.
Entah
kenapa aku mengangguk sebelum mengikut langkahnya ke bilik tidur. Lepas aku selimutkan
dia, aku duduk di sisi katil. Menunggu sampai dia tidur tapi dia sebaliknya
asyik tengok aku sampaikan aku rasa tak selesa.
“Tidurlah...”
“Janji
jangan tinggalkan saya sampai saya tidur?”
Aku
mengangguk lagi dan kali ni Fayyih memejam matanya. Bila aku mendengar
dengkuran halus dia, aku terus tersenyum kecil. Nampak comel bila dia tengok
dia tidur. Entah apa yang merasuk aku sampaikan aku berani menyentuh rambutnya
dan membelainya lembut. Pipi dia yang sedikit cengkung aku usap perlahan.
Perlahan-lahan aku lentokkan kepala aku dekat atas katil dan aku sendiri tak
sedar bila masa aku terlelap dekat situ.
Fayyih
Part 2
Part 2
Bunyi
alarm yang agak kuat mengejutkan aku. Perlahan-lahan aku membuka mata sebelum
menggeliat kecil. Tiba-tiba aku rasa macam ada sesuatu di atas perut aku.
Terasa darah menyerbu naik ke muka bila nampak tangan Fayyih yang elok aje
memeluk tubuh aku. Entah sejak bila aku dah terbaring dekat atas katil dia ni.
Rasanya semalam elok je aku tidur dekat tepi katil. Ni mesti Fayyih yang angkat
aku naik atas katil. Perlahan-lahan aku tolak tangan Fayyih ke tepi sebelum
mencapai telefon bimbit yang memang aku letak dekat meja kecil di sebelah
katil. Dah pukul 4.00 pagi. Aku terus bangkit lalu menuju ke dapur. Nak siapkan
sahur untuk Fayyih sebelum aku pergi ke kelas.
“Dina!
Dina!” Tiba-tiba aku dengar Fayyih menjerit panggil aku masa aku tengah
menggoreng ikan yang aku dapat dari dalam freezer.
“Dina!”
Dia terus memeluk aku bila nampak aku yang tengah memasak dekat dapur.
“Kenapa
awak?”
“Saya
ingat awak dah balik tadi...” Dia mengeratkan pelukannya sebelum mengucup pipi
aku buat kali pertama. Aku sedikit terkejut sebelum aku menolak tubuhnya
sedikit dan berpura-pura membalik ikan di dalam kuali.
“Pergilah
rehat. Nanti bila dah siap, saya panggil.”
“Saya
nak teman awak boleh?”
Aku
hanya mengangguk. Dia terus duduk dekat atas kerusi makan sambil memerhati aku.
“Dah
lama saya tak rasa masakan awak. Thanks sebab sudi masakkan bubur untuk saya
semalam.”
“Sama-sama...”
Balasku perlahan sambil memasukkan ikan ke dalam pinggan.
“Kita
berbuka sama-sama nak?”
Aku
pandang dia sebelum mengangguk. Entah kenapa senang betul aku bersetuju dengan
apa yang dia cakap.
“Nanti
kita pasar sama-sama ye?” Dia mengukir senyuman lebar sambil meletakkan kepalanya
di atas meja. Dahinya berkerut sedikit.
“Kenapa
awak?” Tanya aku cemas sebelum menyentuh dahi dia. Masih lagi panas tapi
takdelah panas macam semalam.
“Pening
sikit...”
Aku
mengurut kepalanya sedikit. Risau pulak aku tengok dia ni. Macam manalah agaknya
setiap kali dia demam dalam masa 4 tahun lepas dulu?
“Takpe
Dina. Pergi la masak.” Dia tersenyum sambil mengenggam tangan aku.
“Awak
sure awak okey?”
“Okey
sangat. Jangan risau ye, sayang...” Dia usap pipi aku sebelum ketawa kecil bila
tengok muka aku berubah jadi merah.
Terus
aku menjauhi dia sebelum mencapai periuk nasi. Jantung aku mula berdegup
kencang tapi masih lagi terkawal. Kalau tak, mahu jantung aku melompat keluar!
“Saya
pergi pasar sorang-sorang je la ye. Lepas tu boleh terus pergi kelas.”
“Tak
nak. Saya nak ikut awak. Dah lama saya teringin nak beli barang dengan awak.”
Suara dia sedikit tegas sekarang ni. Aku pandang dia sekilas sebelum menghela
nafas panjang.
“Awak
demam...”
“Saya
dah sihat sikit.” Dia masih lagi bertegas. Nampak sangat dia takkan peduli
dengan apa saja yang aku cakap dekat dia.
“Fine.
Tapi saya yang akan ambik awak. Jangan nak pergi mana-mana selagi saya tak
datang. Understood?”
“Yes,
mam!” Dia angkat tabik hormat sebelum tersengih. Aku hanya menggeleng kecil sebelum
turut tersenyum.
**
Aku tersenyum riang semasa melangkah
masuk ke dalam dewan kuliah dan terus duduk di sebelah Aisyah. Aisyah hanya
pandang aku dengan senyuman nakal.
“Aku dah agak kau takkan balik
semalam...”
“Aku teman dia. Last-last aku yang tertidur.”
Aku keluarkan buku nota dari dalam beg sandang dan memandang ke arah pensyarah
yang baru saja masuk.
“Teruk ke demam dia?”
“Agaklah tapi pagi ni dah okey
sikit. Malam ni aku berbuka dengan dia ye. Kau okey ke berbuka sorang-sorang?”
Aisyah jungkit kening sebelum ketawa
kecil. “Jangan risaulah pasal aku. Pandailah aku cari makanan nanti. Jaga suami
kau tu elok-elok. Sekarang ni, aku duk dengar ada budak-budak perempuan yang
sibuk bercerita pasal dia.”
Dahi aku berkerut. “Macam mana
diorang kenal dia?”
“Diorang nampak kau dengan dia kot?”
Aku diam. Entah kenapa rasa cemburu
pulak bila ada perempuan lain yang sibuk bercerita pasal suami aku. Walaupun
aku tak dapat terima Fayyih sepenuhnya sebagai suami aku tapi dia tetap suami
aku! Suami aku!
“Dina, kau okey?”
“Bagitahu diorang yang Fayyih dah
ada isteri,” balasku dingin.
Aisyah terus tersenyum nakal sebelum
memaut bahu aku. “Jangan risaulah. Fayyih tu cuma nampak kau je. Kalau tak,
manalah dia sanggup tunggu sampai empat tahun untuk isteri kesayangan dia ni
kan?”
Aku berusaha menahan diri aku
daripada tersenyum. Betul cakap Aisyah tu. Kalau dia tak sayang aku, dia mesti
dah cari pengganti aku.
“Hmm...” Hanya itu yang keluar dari
mulut aku sebelum kami berdua senyap apabila kelas dah bermula.
**
Fayyih mengukir senyuman manis
sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam rumah. Dia yang tengah baring dekat
atas sofa terus duduk dan aku melabuhkan punggung di sebelahnya sebelum tangan
aku menyentuh dahi dia.
“Dah kurang dah panas.”
“Hmm... kelas okey?” Soal dia
lembut.
“Alhamdulillah okey. Saya nak mandi
kejap. Lepas mandi, kita pergi okey?” Aku bangkit dari duduk sebelum memandang
dia. Dia hanya mengangguk kecil sebelum kembali membaringkan tubuh badannya di
atas sofa.
Aku melangkah naik ke biliknya dan
baru kali ni aku tengok betul-betul bilik ni. Warna cat bilik ni buat aku
sedikit terkejut. Warna biru laut yang sentiasa menjadi kegemaran aku. Bukan
setakat tu je, aku nampak jugak gambar perkahwinan kami berdua dekat dinding.
Cantik tersusun je.
Perlahan-lahan aku menapak ke arah
almari baju dia dan mencapai tuala sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.
Tiba-tiba aku rasa sayu bila mengenangkan Fayyih. Air mata mengalir laju dan
aku biarkan je.
“Dina...” Aku terkejut bila dengar
suara Fayyih. Cepat-cepat aku memulas pili supaya bunyi tangisan aku tenggelam
dengan bunyi air.
“Kejap!”
“Okey...” Lepas tu aku dengar pintu
bilik ditutup. Aku mengelap air mata yang mengalir dan cepat-cepat membersihkan
diri. Selepas siap, aku segera turun ke bawah dan mendapatkan Fayyih yang dah
menunggu aku dekat muka pintu. Walaupun dia tengah sakit tapi tetap terserlah
kekacakan dia dan aku kembali rasa cemburu. Pasti ramai perempuan yang mengejar
dia selama aku takde di sisi dia.
“Kenapa muncung ni?”
“Takde siapa ke yang suka awak
selama empat tahun ni?” Tanyaku berterus-terang. Sekurangnya kalau dia kata ada
dan dia pun suka perempuan tu, aku masih boleh lepaskan dia tanpa rasa sangat
terluka. Jangan sampai satu masa nanti, bila aku dah sayangkan dia dan
tiba-tiba dia cakap dia sukakan orang lain, masa tu memang aku akan bersedih.
“Ada...”
Aku pandang dia. “Awak suka dia?”
“Kalau saya suka dia, I won’t be
here with you. Saya takkan datang jumpa awak hari tu. Sekarang ni saya kan ada
dekat depan mata awak. I love you. Only you...” Dia menarik tubuh aku ke dalam
pelukannya. Aku hanya mendiamkan diri sebelum turut memeluk dia. Aku mengaku
mungkin aku dah sukakan dan sayangkan dia.
**
“Nak beli apa?” Soalnya sambil
menolak troli. Mengikut aku dari tadi.
“Awak nak makan apa?”
“Apa-apa pun boleh,” balasnya
tersenyum. Aku turut tersenyum sebelum berdiri di sebelahnya.
“Kita masak nasi tomato kegemaran
awak nak?”
Dia mengangguk laju sambil tersenyum
lebar. Kemudiannya dia mengenggam tangan aku erat-erat.
Aku pulak langsung tak menepis.
Sejujurnya aku mengaku aku suka bila dia genggam tangan aku. Seolah-olah dia
menyalurkan semua kasih sayangnya pada masa tu. Aku tersenyum kecil sambil
mengerling dia melalui ekor mata.
**
Aku tersenyum lebar sambil memandang
juadah berbuka puasa yang sudah aku siapkan khas buat Fayyih. Sengaja aku suruh
dia jangan menolong aku dekat dapur sebab aku nak buat surprise untuk dia.
Memang dia tahu aku akan masak nasi tomato kegemaran dia tapi dia tak tahu yang
aku buat puding laici kegemaran dia.
Macam mana aku tahu makanan
kegemaran dia?
Aku tahu lepas mak mertua aku cakap
selepas majlis perkahwinan kami berdua hari tu. Mula-mula aku memang dah nak
terima Fayyih sepenuhnya tapi selepas aku dapat tahu daripada seseorang yang
dia sebenarnya terkejut bila aku yang dipinang oleh keluarga dia, terus hati
aku jadi sedih dan akhirnya aku buat perjanjian bodoh tu dengan dia!
“Hmm... sedapnya bau.” Dia muncul
dari belakang aku sambil tersenyum manis. Aku hanya tersenyum kecil sebelum
menuang air untuk dia.
“Lepas makan kurma dengan minum air,
kita pergi solat Maghrib dulu ye? Lepas tu baru makan.”
Aku hanya mengangguk sebelum duduk
di hadapan dia dan menunggu azan. Sesekali aku mengerling dia yang asyik
merenung aku. Jadi tak selesa aku dibuatnya. Macam ada something wrong dekat
muka aku sekarang ni.
“Kenapa awak asyik renung saya?”
Dia ketawa kecil sebelum mengenggam
tangan aku di atas meja. “Saya tak pernah sangka yang saya akan berbuka puasa
dengan awak selepas empat tahun.”
Aku tersenyum tawar sebelum
mengangguk. Aku pun tak sangka jugak sebenarnya. Tak sangka yang ego tinggi
melangit aku boleh runtuh dalam sekelip mata. Kalau dia tak demam, rasanya
lambat lagi aku akan jejak kaki ke sini.
“Rambut awak dah makin panjang...”
“Dah lama tak potong.”
“Masa kita kahwin dulu, rambut awak
pendek. Saya suka tengok awak berambut panjang. Nampak lagi cantik...” Dia
senyum dan masa tu, azan Maghrib dah kedengaran. Dia menarik tangannya sebelum
mula menadah tangan. Aku pulak hanya mendiamkan diri dan mula memasukkan kurma
ke dalam mulut dan minum. Selepas itu, Fayyih menghulurkan tangannya ke arahku
dan membawa aku ke bilik solat untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah.
Sesuatu yang memang sudah lama aku idamkan. Solat bersama-sama dengan suami.
**
Hari tu bila aku pergi kelas, semua
budak kelas pandang aku dengan pandangan pelik dan meluat. Dahi aku berkerut.
Apa pulak salah aku kali ni?
“Aisyah, kenapa orang pandang aku
macam tu?”
Aisyah pandang aku sekilas sebelum
menunduk. “Ada orang nampak kau dengan Fayyih dekat supermarket semalam.”
“Hah?” Mulut aku membulat. Terkejut
sebenarnya. Aku tak sangka ada budak kelas aku yang pergi tempat tu semalam
sebab tempat tu memang agak jauh dari tempat tinggal kami semua.
“Then?”
“Diorang
nampak kau pegang tangan dia.”
Aku
urut dahi. Ni mesti diaorang semua dah salah anggap! Tiba-tiba aku bangkit dan
berdehem kuat untuk menarik perhatian budak-budak kelas aku. Dah tiba masanya
aku menjelaskan kedudukan aku yang sebenarnya.
“Aku
tahu ada orang yang nampak aku keluar dengan seorang lelaki semalam...”
Bunyi bising mula kedengaran dan
sekali lagi aku berdehem.
“Dia suami aku yang sah. Kami dah
kahwin dekat empat tahun...” Ucapku tenang. Kalaulah Fayyih ada dekat sini,
pasti dia akan genggam erat tangan aku dan membantu aku unuk menjelaskan
perkara sebenar.
“Dina...” Tiba-tiba aku dengar suara
seseorang yang memang sangat aku kenali. Mata aku membulat apabila aku nampak
Fayyih tengah berdiri di muka pintu kelas sambil memegang beg tangan aku.
“Awak...” Terus aku mendapatkan dia
sebelum mencium tangan dia. Dia usap kepala aku sebelum tersenyum kecil.
“Awak tinggal beg ni and why is
everybody staring at us?” Tanya dia pelik.
Aku hanya ketawa kecil sebelum
menarik tangan dia masuk ke dalam kelas sementara pensyarah masih belum masuk.
“Kawan-kawan, let me introduce you
to my husband. Muhammad Fayyih bin Hussin. The love of my life.” Aku sengih
sebelum memandang Fayyih yang jelas terkedu. Aku mengangguk kecil bagi
menyakinkan dia bahawa apa yang aku cakap sebentar tadi adalah benar dan aku
tak menipu.
“Alhamdulillah...” ucapnya sebak dan
genggaman tangan dieratkan.
p/s : Part 3 akan jadi yang terakhir :) Enjoy!
Part 3
Sejak dari hari di mana aku
meluahkan perasaan secara terbuka, Fayyih minta aku supaya tinggal di rumah
kami sepanjang puasa yang berbaki beberapa hari je lagi. Dia cakap dia nak aku
masak untuk dia dan berbuka dengan dia. Aisyah memang dari awal menyokong dan
dia kata dia akan tinggal bersama-sama kakak dia untuk membantu persiapan
perkahwinan kakak dia pada hari raya nanti.
Sebenarnya sejak aku meluahkan
perasaan pada Fayyih, aku malu sangat dengan dia. Sebelum ni kan, aku ego
sangat. Membiarkan dia keseorangan selama empat tahun. Langsung tak bagi dia
datang jumpa aku walaupun keluarga kami memang membantah perjanjian kami tapi
dia tetap menyokong aku. Kadang-kadang aku terfikir betapa bodohnya diri aku
masa buat keputusan tu.
“Baju raya Dina warna apa?” Tanya
dia masa kami berdua tengah menonton movie Korea. Aku yang paksa dia suruh
tengok sekali sebab cerita ni cerita thriller. Kena ada orang yang temankan
sekali.
Aku angkat bahu. Tak fikir pun lagi
walaupun dah dekat nak raya. Selalunya aku selalu beli je.
“Kita beli sedondon nak?”
Aku pandang dia sebelum tersenyum.
“Boleh je. Awak nak warna apa?”
“Krim.
Saya suka tengok awak pakai baju warna krim. Macam baju nikah kita dulu...”
“Okey.
Hujung minggu nanti, kita pergi cari ye.”
Dia
mengangguk dan memaut bahu aku rapat dengan tubuhnya. Bibirnya mengucup lembut
ubun-ubun kepalaku sebelum aku terjerit kecil.
“Dia
bunuh anjing tu!” Aku memeluk kuat lengannya.
Dia
hanya ketawa dan menarik tubuhku makin dekat dengan tubuhnya. “Cerita jelah,
sayang...”
“Tapi
kesianlah! I hate that doctor so much!” Aku mengetap gigi. Memang emosi sikit
kalau tengok cerita macam ni.
“Saya
ni doktor. Benci saya jugak ke?”
Aku
menggeleng sebelum ketawa kecil. “Saya benci doktor tu tapi saya cinta doktor
ni...” ucapku malu-malu.
“Sweetnya
isteri saya...” Dia tergelak kecil sebelum mengucup dahiku lama.
“Tapi
suami saya lagi sweet...”
“Suami
awak buat apa?” Tanyanya dengan kening yang terjungkit.
“Dia tak pernah tinggalkan saya walaupun saya
tinggalkan dia selama empat tahun.”
Dia senyum sebelum mengusap lembut
kepalaku dan sekali lagi dia mengucup dahiku. “I’ll wait for you even it takes
forever, sayang...”
Sungguh
aku terharu bila dengar dia cakap macam tu. Kalau boleh aku nak cakap dekat
kakak aku yang dia patutnya menyesal sebab sanggup berbohong daripada kahwin
dengan Fayyih. Tapi kalau kakak aku terima, aku takkan dapat kahwin dengan
Fayyih. Dapat suami yang baik dan handsome macam ni. Haa... memang betul yang
manusia memang hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan.
**
“Pergi
tengok baju kat kedai tu, nak?” Aku tarik tangan Fayyih masuk dalam sebuah
butik pakaian tapi langkah aku terhenti dekat muka pintu bila aku nampak kakak
aku yang tengah berbual mesra dengan seorang lelaki.
“Kita
pergi kedai lainlah...”
Dahi
Fayyih berkerut. “Kenapa pulak?”
“Err...
baju sini tak cantik.”
Dia
hanya tersenyum sebelum menarik tangan aku masuk balik dalam kedai tu. “Kita
tengoklah dulu. Ni baru duduk dekat muka pintu dah tak cakap baju kat sini tak
cantik.”
Aku
menggigit bibir sambil memandang ke arah kakak yang masih belum menyedari
kehadiran kami berdua. Entah kenapa aku sedikit takut. Takut jika Fayyih dan
kakak bertemu. Haih, tolonglah hati! Janganlah asyik nak fikir yang
bukan-bukan.
“Baju
ni cantik…”
Pandangan
aku dialihkan pada baju kurung moden yang dipegang oleh Fayyih sebelum
dihalakan pada badanku. Cuba untuk melihat kesesuaian. Selepas itu, dia
tersenyum sambil mengangguk sebelum menyuruh aku ke fitting room.
“Tengok
dulu okey ke tak.”
“Okey
dah ni…”
“Kalau
besar macam mana nanti?”
“Takpe
besar daripada kecik.” Aku senyum tapi senyuman aku menghilang apabila aku
dapat menangkap pandangan mata kakak yang sudah menghala ke arah aku dan
Fayyih.
“Adik?”
“Kakak…”
Fayyih
memandang aku sebelum mengalihkan pandangannya pada kakak. Aku tahu dia kenal
kakak sebab seperti yang pernah aku ceritakan pada Aisyah dulu, sepatutnya
kakak yang mengahwini dia bukannya aku.
“Ni
siapa, dik? Mana husband adik?” Soal kakak dengan dahi berkerut.
“Nilah
suami adik…” Aku mengenggam erat lengan Fayyih. Wajah kakak sedikit berubah
sebelum dia memandang suami aku.
“Ni
ke Fayyih?”
“Apa
khabar, kakak?” Fayyih senyum sebelum memaut bahu aku.
Kakak
nampak terkejut dan tak percaya. Memang dia tak kenal Fayyih sebab masa
perkahwinan kami berdua, kakak pergi luar negara. Kononnya ada kerja masa tu
dekat sana dan bila dia balik ke sini, aku ke timur Fayyih ke barat. Itu sebab
dia langsung tak tahu macam mana rupa Fayyih.
“Sayang?”
Aku
mengerling lelaki yang memanggil kakak ‘sayang’.
“Siapa
ni, kakak? Bakal suami akak ke?” Tanyaku serius.
“Kawan
akak…” Kakak tersenyum tawar. “Kami mintak diri dulu ye.” Laju dia melangkah
keluar diikuti oleh lelaki yang kononnya kawan tu. Kalau kawan, takkanlah
panggil sayang segala kan?
“She
was supposed to be your wife,” ucapku perlahan.
Fayyih
memandangku dengan pandangan kurang senang. Aku tahu yang dia tak suka aku
cakap macam ni. Kemudiannya aku tergelak kecil sebelum membawa baju yang dia
pilih tadi ke fitting room.
**
“Kakak
saya cantik kan?”
“Hmm…”
“Kakak
saya bergaya kan?”
“Hmm…”
“Kakak
saya….”
“What
are you trying to do, Puan Nurin Irdina?” Suara Fayyih jadi dingin sambil dia
memandangku dengan pandangan matanya yang tajam.
Aku
senyum kecil sebelum menghela nafas panjang. “Awak tak menyesal kahwin dengan
saya?”
“Irdina!”
“Just
saying…”
Fayyih
merengus geram sebelum mencempung tubuh aku masuk ke dalam bilik dan menghempas
tubuh aku dekat atas katil. Kemudian dia melangkah ke bilik air tanpa sebarang
kata. Aku tahu yang dia marah. Bukan marah sikit tapi marah sangat-sangat!
Bila
dia keluar dari bilik air, dia terus bentang sejadah dan tunaikan solat sunat.
Aku hanya mendiamkan diri. Memang setiap kali Fayyih marah, dia akan menunaikan
solat sunat bagi menenangkan diri dia. Bila dia dah tenang, kami akan mula
berbincang dan setiap kali itulah, aku yang akan menang.
Selepas
selesai solat, lama dia berteleku dekat atas sejadah. Sedikit pun dia tak
pandang aku.
“Berapa
banyak kali perlu saya cakap yang hanya awak yang saya cinta dan saya langsung
tak menyesal jadi suami awak untuk awak percayakan saya? Kenapa asyik nak tanya
soalan yang boleh buat saya marah?” Soalnya sedikit kesal tanpa langsung
memandang aku.
“I’m
sorry…”
“Everyone
has their own flaws. Yes, kakak awak
memang cantik dan bergaya tapi awak lagi cantik, Dina. Walaupun awak tak pakai
baju bergaya, awak masih lagi isteri saya yang paling cantik.”
Aku
menahan sebak. Memang aku tahu aku salah. Tak sepatutnya aku tanya soalan macam
tu tadi dekat Fayyih. Kadang-kadang aku selalu terlupa, betapa lamanya Fayyih
menunggu aku selama ni. Itu pun dah membuktikan bahawa dia tak menyesal menjadi
suami aku.
“I’m
so sorry…” Aku menghampirinya sebelum duduk di hadapannya. Dia masih lagi
memandang sejadah dan kali ni aku memegang kedua-dua belah pipinya supaya
memandang aku.
“Dina
mintak maaf sebab selalu buat abang marah. Dina mintak maaf sebab selalu
kecewakan abang. Dina sayang abang. Sayang sangat. You’re the love of my life
dan Dina insya-Allah berjanji yang Dina takkan tanya soalan bodoh macam tu
lagi. Kakak cuma masa silam dan Dina masa sekarang dan masa depan abang.
Please, jangan marahkan Dina lagi ye…” ucapku panjang lebar tanpa mengalihkan
pandangan.
“Saya
salah dengar ke?”
Aku
menggeleng. “Bukan saya tapi abang. You’re much older than me. Dina baru 25.
Abang dah 30 tau.”
Kali
ni Fayyih tersenyum sebelum memelukku. “Jangan buat macam tu dah. Tahu pun yang
kakak tu cuma masa silam.”
“Tapi
abang terkejut masa Dina yang jadi pengantin kan?”
“Terkejut
sebab memang abang nak Dina yang jadi isteri abang…”
“Eh?
Dina ingat abang kecewa?”
Fayyih
menggeleng sambil mengusap rambut aku. “Tak kecewa tapi bahagia.”
Aku
menepuk dahi. Buat rugi je aku mogok selama empat tahun ni. Bukan setakat
menyeksa diri aku tapi menyeksa suami kesayangan aku ni sekali tanpa sebab.
“Abang
nak tahu kenapa Dina suruh abang jauhkan diri dari Dina?”
Fayyih
mengangguk.
“Sebab
Dina ingat abang tak suka Dina.”
“Lain
kali tanya dulu. Kalau tak, kita dah ada anak dah kot.” Fayyih tersenyum nakal.
Aku terus cubit lengan dia. Gatalnya!
“Abang
sayang Dina. Jangan pernah lupa tau.”
“Hmm…”
“And
I’m going to be here with you all the time.”
“Hmm…”
“One
more thing, I can’t promise to fix all your problems but I can promise that you
won’t have to face them alone.”
Aku
tersenyum senang sebelum mengangguk kecil. Terima kasih Allah sebab hadirkan
Fayyih untuk diri ini.
Dina
sayang Abang Fayyih sangat-sangat!
p/s : Saya rasa cerita ni agak merapu tapi saya harap korang enjoy baca :) Saya memang tak pandai buat konflik. Heee... Enjoy!
supper dupper best !!! :D
ReplyDeletecepat sambung kay ?
hehehe.. insya-Allah :D mekaseh lia <3
DeleteSaya suuuuukkaaaaaaa!!!! da plot is way to be superb!!!
DeleteTerima kasih Dida :)
Deletesaya suka sangat cerpen ni best giler dah la hero dia hensom HIHI:D
Deletekiuttttttttttt...hehehe...i loike :)
ReplyDeleteTerima kasih kak najwa :D hehehehe!
Deleteish.. kenapa dina tak suka kat fayyih.. ai suke je dia.. kih kih kih... cpt smbung yunk... akak x ada tahap kesabaran y tinggi untuk menunggu..ehehe
ReplyDeletewah!!!!! nk lg.. nk lg!!! :)
ReplyDeletehehehe.. insya-Allah ASAP :)
Deletefayyih...huu
ReplyDeleteJatuh cintakah? :D hehehe... terima kasih <3
Deletecepat sambung.cik moon
ReplyDelete#penunggu tegar
Insya-Allah ASAP :) hehehe..terima kasih..
Deletewah2..best...plot smooth je..suka! cepat smbung cik moon ye..sama2 :)
Deleteterima kasih miss :) hehee..
Deletesama2..finally habes jugak..suka fayyih..haha..thanks cik moon..cerpen yg best! :)
Deletehehehehe! suka fayyih jugak :DDD
Deletehandsomenye fayyih...kak moon,nak lagi
ReplyDeleteHehehe.. kan kan? :D Insya-Allah ASAP :) terima kasih..
Deletelama tunggu. at last ada jugak cerita baru.:D
ReplyDeletehehehe..sibuk sikit :D terima kasih mai.
DeleteKak bulan, manis = gula. Saya nak lagi. Cepat sikitt. Hahaha
ReplyDeletehahahaha! Insya-Allah ASAP :) Terima kasih..
DeleteNk lagi bleh? Hehe
ReplyDeleteboleh2 :) insya-Allah ASAP :) terima kasih..
DeleteI like
ReplyDeleteterima kasih :)
Deleteahhhhh i'm melting kak liya . omoooo . please continue as soon as possible . *Oh my english . hehe
ReplyDeletehehehehe! :P mekaseh qila.
Deletearghhhhh! kak moon nak kena sekeh laju-laju! I dah nak meroyan dah ni akak! bestt! sambung lagiii :D
ReplyDelete-bill-
you jangan nak meroyan bill. you nak exam tau :P hahaha!
Deleteuwahh~ sukanya~! nak lagi... XD
ReplyDeleteterima kasih. :) insya-Allah ASAP.
Deletemeroyan jap baca..hihi
ReplyDeletesyoknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........
cpt2 post part3 ye
hehehehe.. jangan meroyan :) terima kasih ye..
Deletemeroyan dh ni kak oi...
ReplyDeletesukanyaaaaaaaaaaa
nk n3 part 3 plak ye
terbaikkkk
bestt....!!
ReplyDeleteterima kasih fazila :))
Deletekak muuunnn!!!!!!!
ReplyDeleteok, saye lambat bce cerpen ni, tp ohsemmmmm, saye tgh senyum mcm gila ke hape je ni!!!!!!!! cooomeeeelllll
kak munnnn~~~~
ReplyDeleteok, saye lambat bce tp ohsemmmm~~~~ saye tgh senyum mACM GILA JE HAPE NI!!!!!!! sweeetttt comellllllll
hahahahaha! yaniiii~~~~ macehhh <3
Deletesyokk kak moon ! *thumbs up*
ReplyDeleteterima kasih <3
DeleteHakak bulan, yeayy. Manis.
ReplyDeletehehehe..macehh fatin :)
Deleteheee! best kak moon! good job! sayang akak! :D
ReplyDelete-bill-
sayang bill jugak :D macehhh <3
DeleteKak Liya sambung jelah sampai dia ada anak . hehe :3
ReplyDeletehahaha! tak mampoo rasanya nak sambung lagi. tengok dululah mcm mana nanti :D
Deletealala . comelll jee . arin meltingg dah dgn fayyih kak :p heee
ReplyDeletehehehehe! akak pun :D terima kasih
DeleteFayyihhhhhhhh... Sweet dia kak mun! sweet mcm kak mun jugak la!!! hahahaha
ReplyDeletehahaha! akak sweet? macehh yani :D
Deletejalan cerita yang menarik lagi tertarik... good dear.. menghiburkan... teruskan berkarya..
ReplyDeleteHehehe..terima kasih :D insya-Allah akan terus menulis selagi termampu.
Deletedone! ohsemmm bebeh! hehee.. <3
ReplyDeleteterima kasih tia ;)
Deleteso sweett...sy ske jln crita ni simple but nice
ReplyDeleteso sweet...simple but nice
ReplyDeleteCiter ni best sgt..penuh dgn jalan cerita bahagia.. Takde konflik.. Lau nak jadikan sebuah citer lagi menarik, ade kan sedikit konflik, sedih supaye dpt mainkan perasaan pembaca.. Pape pun citer ni boleh di kateg0rikan ~terbaik~
ReplyDeleteBest..ske2
ReplyDeleteBest...ske sgt2
ReplyDeleteBest..ske2
ReplyDeleteSumpah best gler!!
ReplyDeleteBest sangat.
ReplyDeleteyupp..best!!
ReplyDeleteyupp..best!!
ReplyDeletetgk gmbr fayyih trs smgt nak bc.... oh my handsome.... huhuhu
ReplyDeletebest la cite ni...good
ReplyDeleteBest sgt2!!!
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteWah,bestlah fallenmoon.tahniah!!!!
ReplyDeletesambung diorg ade bby... best
ReplyDeletebest
ReplyDeleteBest beb
ReplyDeleteKenape best sgt ni😭😭
ReplyDeletekipidapp dongibab
ReplyDeleteSambung la lagi tak puas la
ReplyDelete❤❤❤
ReplyDeleteBest.if ada part kids..I rasa lagy menarik story u
ReplyDelete