Thursday, January 28, 2010

Unforgettable Part 28


“Jomlah Hana.Please!”rayu Haruhi untuk kesekian kalinya.Dari pagi sampailah malam dia cuba memujuk Hana untuk mengikutnya ke sesuatu tempat.

“Buat apa aku nak pergi?”

“Ala, kau kan pemberi semangat aku.Jomlah..”

“Haruhi, Fay cuma nak bawak kau pergi jumpa family dia je.Bukan pergi berperang sampai aku kena beri semangat.”balas Hana sambil tersenyum.

Haruhi mencebik bibirnya.”Kau ni selalu buat aku macam ni.Sedih tau.”

"Apa yang penting sangat sampai aku kena ikut?"

"Memanglah sangat penting.Kau kan kawan baik aku jadi memang wajarlah kalau aku nak kau pergi dengan aku."

“Kalau macam tu yelah..Aku ikut.”ujar Hana bersetuju setelah melihat muka Haruhi yang sangat mengharapkan kehadirannya di parti hari jadi ibu Fay nanti.

“Yay! Sekarang ni kita kena cari pakaian.”jerit Haruhi dengan riang.

Hana membulatkan matanya.Dia menepuk perlahan bahu Haruhi.”Cuba kau tengok jam.Dah pukul 10.00 malam.”

“So?”tanya Haruhi buat-buat blur.

“Haruhi! Ada ke kedai baju yang bukak malam-malam macam ni?”

“Ada.”balas Haruhi sambil tersenyum.Hana mengerutkan dahi.


“Haruhi, kau bawak aku pergi butik ! Aku manalah ada duit.”marah Hana sebaik sahaja mengetahui hala tuju mereka.

“Tak apa.Aku kenal sangat dengan tuan punya butik ni. Tapi boleh tak kau ulang apa yang kau cakap tadi? Tak ada duit? Eleh, masa kau pergi luar negara tu, kau guna apa? Air liur?”sindir Haruhi.

Hana menggarukan kepalanya yang tak gatal.”Tu duit papa aku.”

“Duit papa kau, duit kau jugak.”

“Banyak cantik muka kau.”

“Memang cantik pun.Sebab tu Fay suka aku.”

“Perasan.Berapa lama kau dah perah santan?”

“Apa kaitan perasan dengan perah santan?”

Hana ketawa kelucuan.”Cuba kau buang huruf h dengan tan?”

Haruhi berfikir sejenak sebelum jari-jemarinya runcingnya mula mencubit lengan Hana.Pada mulanya Hana marah apabila Haruhi mencubitnya tapi lama kelamaan mereka mula ketawa bersama-sama.

“Dah sampai.”kata Haruhi sebaik sahaja mereka sampai di butik milik ibu Fay.

“Ni bukan butik mak Fay ke?”tanya Hana.

“Yup..”

“Kita nak beli baju kat sini?”

“Iyelah..”

Hana tersenyum.”Mesti dapat diskaun kan?”

“Sorry ye..aku je yang dapat diskaun, kau tu harga tetap!”balas Haruhi.

“Ala, kau tu bukan dapat diskaun tapi free.”

“Tahu tak apa.Dah lah, jom masuk dalam.”Haruhi menarik tangan Hana untuk masuk ke dalam butik tersebut.Hana terpegun sebaik sahaja melihat hiasan dalaman butik itu yang sangat cantik.Di hujung sebuah bilik,kelihatan seseorang yang sangat dikenalinya sedang berdiri sambil memegang dua kuntum bunga ros.

“Fay! Lamanya tak jumpa!”

Fay menyerahkan dua kuntum bunga itu kepada Hana.”Kau tu yang tak nak datang jumpa aku.”

“Tak adalah.Saya busy sikit kebelakangan ni and by the way thanks for the flowers.”

“Bukan aku yang bagi bunga tu.”balas Fay sambil menyerahkan sesuatu yang berbungkus cantik kepada Hana.

“Apa ni?”tanya Hana.Fay hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.Perlahan-lahan Hana membaca kad kecil yang disertakan bersama-sama dengan hadiah itu.

The rose speaks of love silently, in a language known only to the heart..

"Siapa yang beri hadiah ni?"

"Daniel.."

Hana mengeluh perlahan sebelum membuka balutan hadiah itu.Sebuah kotak baldu berwarna hitam kelihatan sebaik sahaja Hana selesai membuka balutan.Hana memandang wajah Haruhi sebelum membuka kotak tersebut dan alangkah terkejutnya Hana apabila melihat seutas rantai berlian dan sepasang anting-anting berlian yang berada di dalam kotak itu.

"Ambik balik."ujar Hana dengan tegas sebelum menyerahkan kembali kotak itu kembali Fay.

"Kenapa?"

"Dia patut beri dekat teman wanita dia bukannya saya."

"Teman wanita?"ulang Fay perlahan tetapi tidak lama kemudian, dia tersenyum apabila melihat isyarat daripada Haruhi.

"Ok..nanti aku beri balik kat dia."

"Terima kasih.Jom Haruhi, kita cari baju!"

************************************************************************************

Daniel memandang pelik kotak baldu yang baru sahaja diberikan oleh Fay.Isinya masih di dalam dan langsung tidak berusik.

"Fay, kau beri ke tak hadiah aku ni?"

"Beri tapi dia pulangkan balik."

"Kenapa pulak?"

"Dia kata kenapa nak beri kat dia..berilah dekat teman wanita kau."

"Dia percaya ke yang aku dah ada girlfriend?"

"A'ah..sebab tu lah dia tak beri hadiah dekat kau."

"Habis tu, macam mana sekarang?"celah Max.

"Kita teruskan je dengan plan kita."jawab Daniel sambil tersenyum.

"Aku dah settle kan semuanya."kata Shin pula.

"Baguslah kalau macam tu.Fay, kau beri balik kotak ni dekat Hana.Cakap kat dia sebagai tanda persahabatan kami berdua, dia kena terima."

"Kalau dia tak nak?"

"Kau call aku.Pandailah aku nak buat nanti."

"Well..kalau macam tu aku okay je."balas Fay sambil tersenyum.


Haruhi berlari anak untuk membuka pintu.Dia memandang pelik ke arah sebuah teddy bear berwarna putih yang comel.Tidak lama kemudian, dia mengambilnya sebelum memeluknya dengan erat.

"Saya anggap awak tengah peluk saya tu."kata Fay yang baru muncul entah dari mana.

"Terima kasih."ujar Haruhi perlahan.Fay tersenyum mesra ke arahnya.

"Hana ada?"

"Ada tapi kenapa?"

"Sebab ni."jawab Fay sambil menunjukkan kotak yang berada di tangannya.

"Dia mengamuk nanti bila tengok kotak ni.Dari semalam, naik sakit telinga saya dengar dia membebel."

"Awak tak payahlah bimbang.Kali ni, Daniel yang akan tanggung akibatnya."

"Daniel?"

"Yup.."

Hana menghampiri pintu setelah lama menunggu Haruhi di meja makan.Dia tersenyum sebaik sahaja melihat Haruhi sedang rancak berbual-bual dengan Fay.

"Hi Hana."tegur Fay.

"Hi..buat apa datang sini?"

"Aku datang nak beri benda ni?"

Mata Hana mencerlung memandang Fay."Kan saya suruh awak beri balik kat dia!"

"Aku dah buat apa yang kau suruh tapi dia kata kau kena terima sebagai tanda persahabatan korang."ujar Fay dengan wajah yang tenang.

"Saya tak nak! Benda ni mahal sangat untuk dijadikan hadiah tanda persahabatan."balas Hana sambil mencebik bibir.

Fay tidak menjawab apa-apa lagi sebaliknya mengambil telefon bimbitnya dari poket seluar dan mula mendail nombor seseorang.

"Awak telefon siapa tu?"tanya Hana pelik.

"PB!"

"PB?"

"Pretty Boy."

"Nak buat apa call dia?!!!"marah Hana tetapi belum sempat dia merampas telefon bimbit Fay, Daniel terlebih dahulu mengangkat panggilan tersebut.

"Daniel,datang sini cepat."kata Fay dengan pantas sebelum mematikan talian.

"Nah, ambik lah phone aku."Hana hanya memandang kosong telefon bimbit Fay.Kemudian dia mengeluh perlahan sebelum berlari keluar dari situ.Fay dan Haruhi memerhatikan langkah Hana yang semakin menjauh sebelum saling berpandangan.

"Dia nak pergi mana tu?"

"Entah."

Hana berlari selaju yang mungkin walaupun kakinya sudah naik letih.Walaupun orang ramai pelik melihatnya yang sedang memakai baju t-shirt yang jauh lebih besar dari badannya dengan gambar Mickey Mouse di tengah-tengahnya berlari, tetapi dia langsung tidak peduli.Yang penting sekarang...dia kena lari jauh-jauh!!


p/s : Sorry lmbt post Unforgettabl :) Enjoy!

5 comments:

  1. hohohoho...
    daniel pujuk hana jgn x pjuk...
    hheheh...
    best2x...
    smbung2x...

    ReplyDelete
  2. moon!!!! besh sgt! hehe3. suka time hana blari ngan baju mickey mouse tu, lucu ;)

    ReplyDelete
  3. hahahahahah!!! lari?? giler lah.. xpe2.. lari jauh mne pun hana, daniel tetap dapat cri awak... hahahah!!

    ReplyDelete
  4. ala tomey la hana lari dgn bju mickey mouse tu...
    ala daniel cpt la skit smpai kjar hana!!!

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers