Wednesday, July 20, 2011

Cerpen : Oh Madi, Aku Suka Kau!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! :) Harap anda semua enjoy dengan cerpen ini. Sorry sebab dah lama tak update entry kat sini. Bukannya tak nak tapi masa tak cukup. :) Nak-nak bila sekarang ni musim nak exam. Cerpen ni khas untuk roommate saya, Madihah :) Ni untuk kau. Sekali lagi, enjoy! :) Comments are loved ~ ♥

Kehidupan ini memang penuh warna-warni sebenarnya. Dan aku telah melakarkan kesemua warna-warna kehidupan itu ke dalam lukisan-lukisanku mengikut imaginasiku sendiri. Kenapa aku buat macam tu? Alasannya mudah sahaja. Aku bukannya seorang yang pandai berkata-kata dan meluahkan perasaan. Dengan melukis, aku dapat meluahkan seluruh perasaan aku ketika tangan aku mula melakar apa saja yang terlintas dekat kepala aku ni. Kiranya seolah-olah aku meluahkan perasaan dekat manusia tetapi yang berbezanya aku bercakap dengan kanvas.

Sekarang ni, aku sedang menghadap kanvas tapi entah kenapa hari ni aku macam pelik sikit. Aku tak tahu nak lukis apa sekarang ni. Sudah hampir 2 jam aku memegang pensel 2B tapi kanvas itu masih lagi kosong.

“Madi, kau tak nak keluar dari bilik tu ke?” Tanya Intan yang merupakan teman serumahku.

“Tak lagi. Kenapa?”

“Kau tak breakfast lagi kan? Tak lapar ke?”

Aku mengusap perut sendiri. Memang dah pedih perut aku ni. Aku letak pensel di dalam balang kaca sebelum memulas tombol pintu.

“Kau masak apa?”

“Mee goreng...”

Aku tersenyum lebar sambil menarik tangan Intan ke dapur. Dalam rumah ni, kami tinggal berempat sebenarnya tapi dua orang lagi teman serumah aku dah pergi kerja. Diorang selalu pergi kerja awal-awal pagi. Sebab tu selalunya aku dengan Intan je yang sarapan dekat rumah.

“Kau tak kerja ke hari ni?” Soalku sambil memasukkan sesudu mee goreng ke dalam mulut.

“Kerja... Tapi hari ni aku masuk lambat sikit. Lukisan baru takde ke? Lukisan kau dekat kedai tu dah nak habis...”

Aku menghela nafas. “Takdelah... Aku pun tak tahu kenapa sekarang ni susah betul aku nak melukis. Macam takde benda-benda baru yang menarik.”

“Macam mana kau nak jumpa benda baru kalau hari-hari kau asyik terperap dalam studio aka bilik tidur kau tu?” Sindir Intan sambil menghirup air tehnya.

Aku mencebik. Bukan aku tak nak keluar, tapi aku malaslah. Kalau nak keluar, kita kena bersiap segala. Kena pakai baju cantik-cantik, kena pakai bedak, kena pakai tudung elok-elok. Tapi kalau duduk dalam rumah, nak pakai baju t-shirt yang dah lusuh dan dipenuhi kesan contengan, seluar track-suit yang ada kesan watercolour, dengan rambut yang disanggulkan , takde siapa yang tahu dan ambik peduli... Oh, itu barulah dikatakan kebebasan dan nikmat bagi seorang perempuan yang agak malas keluar macam aku ni...

“Malas.”

“Keluarlah sekali-sekala. Tengok dunia luar sikit. Jangan asyik nak terperap je dalam rumah ni...” Bebel Intan tapi aku buat dengar tak dengar je. Tapi sedikit sebanyak kata-katanya itu ada jugak betulnya. Mungkin aku akan pergi jalan-jalan tak lama lagi...

**

“Ohhhh Kak Madi....” Aku berpaling ke belakang sebelum tersenyum ke arah Boboy yang berjalan ke arahku sambil menayangkan kereta mainan di tangannya.

“Boboy! Mama mana?”

“Mama kat rumah...”

Aku mengusap kepala Boboy yang sudah duduk di atas kerusi kosong di sebelahku. Dia memandang kanvas aku masih kosong sebelum memandang ke arahku.

“Kenapa Kak Madi tak lukis?”

“Tak tahu nak lukis apa...”

Boboy mencubit pipiku. “Lukislah gambar Boboy dengan kereta ni.”

Dia mula bergerak ke hadapanku sambil menarik kerusi. Sekarang ni dia sudah duduk di situ sambil tersenyum.

“Cepatlah kak. Boboy dah ready ni.”

Aku tergelak kecil. Terus tangan aku mencapai pensel lalu aku mula melakar. Gambar Boboy dan kereta mainannya.

**

“Intan! Jom pergi makan dekat restoran yang baru bukak tu.” Aku mengajak Intan sebaik saja dia masuk ke dalam rumah.

“Makan? Restoran? Betul ke kau ni Madihah binti Tahir?”

Aku mencebik. Sindir akulah tu... Mentang-mentang aku tak suka keluar rumah!

“Shut up! Nak pergi ke tak?”

Dia ketawa besar sambil mengangguk kepalanya. “Pukul berapa?”

“Lepas Isyak...” Jawabku sebelum bangun menuju ke bilikku. Nak mandi puas-puas!

“Kau belanja kan?” Soalan Intan membuatkan aku berhenti mendaki tangga.

“Yelah...”

“Oh yes! Sayang kau!!”

Aku mencebik. Bila aku belanja je baru nak nak sayang... Sedihnyaaa!!

**

Lama aku memerhatikan lelaki yang sedang memainkan piano di hadapan restoran itu. Alunan muziknya yang lembut membuatkan aku rasa tenang. Aku ralit memerhatikan jari-jemarinya yang sedang menekan not-not piano.

“Ni lagu apa, Intan?”

“Don’t know and don’t care...” Jawab Intan masih lagi sibuk dengan telefon bimbitnya. Susahnya nak cakap dengan orang yang tengah sibuk bermesej dengan tunang tersayang ni!!!

“Macam sedih je lagu ni...” Aku perhatikan raut wajah lelaki yang pada pengamatanku memang kacak. Mukanya putih bersih, rambutnya kemas tersisir dan bibirnya merah jelas menunjukkan dia bukan perokok. Matanya yang kuyu itu amat menawan sebenarnya. Kalaulah dia pandang aku sekarang ni, boleh terjatuh hati kot. Aku menepuk dahi tiba-tiba. Apa benda yang aku melalut ni?

Aku tersentak saat lelaki piano tu pandang aku sambil tersenyum kecil. Spontan aku menekup dada. Jangan terjatuh hati!

“Lagu ni saya dedikasikan untuk cik yang duduk kat meja sana tu...” Kata lelaki tadi sambil menghalakan pandangannya ke arah meja aku. Aku mula panik. Apa ni? Untuk aku?

Lelaki tadi mula memainkan satu lagu yang memang aku kenal sangat. Ku Berjanji Kerna Cintaku!

“Eh, ni bukan lagu kau dengan Anuar..?”

Aku mengangguk laju. Lagu ni memang lagu kesukaan aku dengan Anuar. Dahlah nama penyanyi ni pun Anuar!

“Memang peminat Anuar Zain betullah!”

Aku tak pedulikan Intan sebaliknya aku lebih menumpukan perhatian terhadap lelaki yang sedang mendedikasikan lagu Anuar Zain untukku.

“Intan, aku rasa aku dah tahu nak lukis apa sekarang ni...” Aku berpaling ke arah Intan sambil tersengih lebar.

“Apa dia?”

“Aku nak lukis dia!” Aku menghalakan pandangan ke arah lelaki piano tu.

Intan tersenyum. “Adakah kau sudah terpaut hati dengan si lelaki itu?”

“Taklah!”

“Penipu!”

Aku menjelir lidah ke arah Intan. “Sibuk!”

Mata aku kembali memandang lelaki piano tadi. Sesekali aku dapat mengesan dia sedang memandang ke arahku sambil tersenyum. Dan senyumannya itu mengingatkan aku pada seseorang.

Makin lama aku pandang, makin aku teringat wajah seseorang. Dia! Tidakkk! Tak jadi nak lukissss!

**

Aku memandang lelaki di hadapanku sekarang ini dengan pandangan kurang senang. Kenapa aku tak cam dia? Kenapa aku boleh lupa dialah lelaki yang aku suka dulu? Ohhh! Kenapa dan kenapa?!

“Kau ingat aku lagi tak?” Tanya dia sambil memandang aku dengan pandangan mata yang masih lagi mampu buat aku rasa macam tengah terbang dekat atas awan.

“Entahlah...”

“Ni Anuar lah! Yang pernah tumbuk kawan kau dulu tu.” Dia masih lagi bersungguh-sungguh. Aku memandang ke arahnya sekilas. Dalam banyak-banyak benda yang boleh mengingatkan aku tentang dia, dia telah memilih peristiwa yang teramat salah. Kenapa dia perlu ingatkan aku tentang kejadian di mana dia selalu menumbuk kawan baik aku tu?

“Okey. Aku dah ingat kau...” Balasku akhirnya dengan harapan dia akan pergi dari situ. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Dia mula menarik kerusi sebelum duduk di hadapanku.

“Lama gila kita tak jumpa kan? Betul kan cakap aku dulu? Lepas 10 tahun, kita jumpa balik.”

Aku menghela nafas. Dia masih lagi seorang lelaki yang bermulut manis. Sama macam dulu....

“Hmm...dulu kan aku dah pernah cakap kalau ada rezeki, InsyaAllah kita jumpa balik.”

Dia mengangguk-angguk sambil menyebak rambutnya ke belakang. Aku tarik nafas dalam-dalam. Kenapa dia datang balik dalam hidup aku?

“Kau sihat?”

“Alhamdulillah sihat.”

“Kau kerja apa sekarang?” Tanyanya lagi.

“Pelukis.”

“Ye? Wah, bolehlah lukis gambar aku nanti!” Dia agak teruja. Aku menggigit bibir. Macam mana agaknya reaksi dia kalau dia tahu aku dah lukis berlambak-lambak gambar dia?

“Boleh je...” Jawabku akhirnya disertai dengan senyuman.

“Kau dah berpunya ke?”

Soalannya kali ni memang mengejutkan aku yang tengah minum air. Habis tersembur air yang aku minum terkena muka dia. Intan pun terkejut sekali. Aku pulak tercengang sambil memandang muka Anuar yang dah basah. Oh tidak!

“Sorrryyyy! Aku tak sengaja! Siapa suruh kau tanya soalan macam tu?” Aku menghulurkan sapu tanganku kepada Anuar.

“Salah ke?”

“Salahlahhhh!” Marahku.

Anuar ketawa besar. “Kelakarlah kau Madi.”

“Aku nak balik dululah!” Aku mula bangkit sambil mencapai buku lukisanku. Tetapi dengan pantas, buku lukisan aku tu dah dirampas oleh Anuar.

“Impressive...” Dia memuji lukisan aku sambil menilik setiap satu daripadanya. Aku menjeling geram. Perangai suka merampas dia masih sama macam dulu!

“Bak balik buku aku. Nak balik dah ni...”

“Aku nak lukisan ni boleh?” Dia menghala jari telunjuk ke arah sebuah lukisan. Lukisan pemandangan di mana seorang wanita sedang duduk di atas pangkin.

“Nak buat apa?”

“Muka perempuan ni macam kau...”

Aku tersentak. Macam mana dia tahu ni aku?

“Bukanlah. Buat apa lukis gambar sendiri?”

Dia tergelak. Tangannya mula mengoyak lukisan tadi sebelum digulungkan.

“Lukisan ni aku nak ye.” Ucapnya selamba sebelum melangkah pergi dari situ. Aku mengetap gigi. Ikut suka hati je!

**

“Madi, kenapa kau suka melukis?” Aku mengerling ke arah Anuar yang sedang memandangku.

“Minat.”

“Adakah kau suka lelaki yang pandai melukis jugak?” Tanyanya lagi.

“Motif kau tanya soalan luar alam macam ni kenapa?” Aku tanya balik. Soalan Anuar ni memang pelik pun kadang-kadang tu. Sakit kepala aku nak fikir jawapan.

“Aku nak tahu...”

“Kalau aku cakap ya, macam mana?” Aku angkat kening.

Dia hanya tersenyum sebelum berlalu dari situ. Meninggalkan aku terpinga-pinga macam selalu. Oh, kenapa dia suka buat macam tu?

Pap!

Aku tersentak. Terkelip-kelip mata aku memandang figura di hadapan aku sekarang. Dia datang lagi! Arghh!

“Kau ingat aku ke tadi tu?”

“Macam mana kau tahu tempat ni?” Soalku tanpa mempedulikan soalan pertama dia yang sememangnya sangat betul.

“Cari sendirilah. Aku saja nak tengok galeri kau ni. Cantik!” Dia memasukkan tangannya ke dalam poket seluar sebelum berjalan melihat lukisan-lukisanku yang tergantung di dinding.

“Ni gambar sekolah lama kita kan?” Jeritnya teruja sambil memandang ke arahku yang sejak dari tadi hanya mengekorinya dari belakang. Bukan tak nak berdiri sebelah dia tapi aku rasa tak selesa. Langkah paling selamat, jalan belakang dia.

“A’ah...”

“Cantik!”

Aku hanya tersenyum. “Thank you.”

“And I love this one...” Dia tersenyum nakal ke arahku yang dah bulat mata. Oh tidak! Kenapa lukisan tu ada kat sini?!!!

“Tanpa tengok muka aku... mengagumkan.” Dia bersuara lagi.

“Bukan kaulah. Pelanduk dua serupa.”

“Is this for sale?” Tanyanya lagi sambil berjalan menghampiriku.

“Nope.”

“Why?”

“Suka hatilah...”

Dia ketawa.

“I miss you. Really miss you...” Ucapnya lembut sebelum berlalu pergi dari situ.

Aku hanya memerhatikan langkahnya sebelum menekup dada. Kata-kata dia tadi bagaikan kaset yang rosak dalam kepala aku. Terus terngiang-ngiang sampai aku rasa macam dah nak pengsan!

**

“Dia manusia paling pelik. Dari zaman sekolah sampailah sekarang! Kenapa dia ada dekat sini? Kenapaa?!!” Aku membebel seorang diri sambil melakar lukisan yang aku sendiri tak tahu apa.

“Aku suka orang lelaki pakai baju Melayu...” Kataku pada Lin ketika kami bersembang di pondok dekat luar kelas.

Dan keesokannya, lelaki paling pelik bernama Anuar tu pun pakai baju Melayu. Buat aku rasa macam nak hempuk muka sendiri dekat atas meja!

“Kenapa pakai baju Melayu ni?” Soalku pada Anuar yang tiba-tiba pakai baju Melayu untuk kelas tambahan Sejarah.

“Hensem tak?” Lain yang aku tanya, lain pulak dia tanya.

“Perasan!”

Aku menghempas berus lukisan aku di dalam balang kaca. Kenapa kenangan aku dengan dia masa sekolah dulu asyik-asyik menganggu otak aku ni hah?!

Aku memandang lama lukisan yang sudah aku siapkan. Terus mulut aku terlopong luas. Apa benda yang aku lukis ni?! Rasa macam nak... argh! Bencinya!

“Angau dah ke?”

“Oh mak!”

Intan ketawa. Aku menampar bahunya kuat. Buatnya aku ada sakit jantung tadi, tak ke naya! Tak pasal-pasal pergi hospital!

“Aku tak sepatutnya lukis gambar ni... Menyakitkan mata dan hati.” Ucapku dengan perasaan geram.

“Tapi kau masih nak lukis gambar dia kan?”

“Ini tak sepatutnya berlaku... Aku tak patut jumpa dia dah...”

Intan menarik kerusi lalu duduk di sebelah aku.

“Cuba kau cerita dekat aku sekarang ni. Apa sebab yang kau benci sangat dia?”

Aku menghela nafas. Soalan Intan ni agak susah untuk aku jawab. Aku benci dia? Sebenarnya agak susah untuk aku membencinya. Aku kenal dia dari kami tingkatan 3 lagi. Walaupun aku tak jumpa dia dah masa kami tingkatan 4 sebab dia kena ikut mak ayah dia pindah Selangor tapi semua perangai dia, aku tahu. Aku tahu bila dia marah, aku tahu bila dia sedih dan aku tahu macam-macam pasal dia. Membenci dia merupakan satu benda yang tak rasional untuk dilakukan oleh aku.

Kerana, dari dulu sampai sekarang hati aku masih ada pada dia cuma dia je tak tahu. Boleh ke kita membenci orang yang kita suka walaupun orang lain sering memburukkan dia? Budak perempuan kelas aku sekolah je kutuk dia kat belakang tanpa sebab padahal aku tahu dalam diam, diorang tu pun suka Anuar.

“Dia selalu buat aku tertanya-tanya. Dulu masa kami sekolah lagi, kadang-kadang perbuatan dia tu menunjukkan yang dia suka aku. Tapi kadang-kadang tu tak. Kalau kau nak tahu, dia pernah nak berlawan dengan budak-budak lelaki sekolah aku yang boleh dikategorikan sebagai kacak. Siapa yang dapat awek paling ramai, dikira sebagai lelaki yang paling hebat dekat sekolah tu... Sebab tu aku bengang dengan dia!”

“Tapi dia buat macam tu tak? Sebab kau cakap dia pernah nak berlawan.”

Erk? Aku mengurut dagu.

“Tak. Sebab aku cakap dekat dia yang aku benci lelaki yang suka mainkan perasaan perempuan...” Aku terdiam. Apa yang aku tak suka, memang Anuar tak pernah buat.

“Perangai dia masa dengan kau berbeza tak?”

“Kalau dengan aku, dia main cakap lepas je. Langsung tak kisah kalau aku terasa ke tak dengan dia. Dia langsung tak berpura-pura dengan aku.”Jawabku sejujurnya.

Intan mula tersengih sebelum mengenyit matanya. “Dia minat kaulah tu...”

Mata aku membulat. Teori Intan memang jatuh ke tanah! Takdenya mamat tu nak suka dekat aku.

“Takde maknanya...”Balasku sambil mengambil kanvas yang baru. Lukisan Anuar tadi aku letak ke tepi.

“Kau marah sebab dia masih tak nak mengaku perasaan dia kan?” Serkap Intan dan kali ni aku hanya mendiamkan diri dan terus melakar gambar yang sekali lagi, aku tak tahu apa benda.

“Madi...”

“Ye...memang aku marah! Marah sangat-sangat! Dia suka buat aku tertanya-tanya. Dia selalu buat aku rasa macam aku ni tak bertepuk sebelah tangan tapi kadang-kadang tu dia buat aku rasa macam aku ni hanya kawan dia semata-mata. Dulu dia pernah tumbuk kawan baik aku sebab kawan-kawan sekelas asyik gosip kami bercinta. Aku nak tahu sangat kenapa dia buat macam tu. Kenapa dia suka dera perasaan aku?! Kenapaaa!!” Aku melepaskan rasa geram aku dekat Intan.

Intan hanya mendiamkan diri. Aku mengerling sekilas ke arahnya. Dia sedang memandang kanvasku dengan mulut yang terlopong. Akhirnya aku jugak turut melihat kanvasku sendiri. Kali ni dengan aku sekali terlopong.

“TIDAKKK!!!” Jeritku kuat.

Intan pulak terus ketawa sambil menepuk bahuku. Aku hanya mampu menunduk kepala.

“Aku lukis gambar dia lagi...”

**

“Nah!” Anuar meletakkan bekas makanan dekat atas meja aku sambil tersengih.

“Apa ni?”

“Nasi goreng. Aku masak sendiri khas untuk kau...” Dia mendabik dada.

Aku mencebik. Yelah tu dia yang masak. Masak nasi pun entah lepas ke tak...

“Betul ke?”

Dia menjegilkan mata. “Tengok kakilah. Siapa cakap Anuar tak reti masak? Aku ni boleh masak macam-macam benda tau.”

Pap!

Aku menghela nafas. Sekali lagi aku teringat zaman sekolah aku dengan Anuar. Perlahan-lahan aku mengangkat muka memandang manusia di hadapanku sekarang. Dah tahu sangat siapa yang ada dekat depan aku ni.

“Assalamualaikum...” Ucap Anuar dengan senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya.

Aku gigit bibir. “Waalaikumussalam... Kau ni tak kerja ke?”

“Kerjalah. Sekarang ni kan lunch hour.” Balasnya masih lagi tersenyum sambil meletakkan bekas polistrena dekat atas meja.

“Apa ni?”

“Nasi goreng. Aku masak untuk kau... Panas lagi tau.”

Aku pejam mata. Baru tadi aku teringat pasal nasi goreng yang dia masak dan sekarang ni dia memang bawak betul-betul nasi goreng. Haaaa!

“Aku baru lepas lunch.”

“Tapi Nurul cakap kau belum lunch lagi.”

Aku mengetap gigi. Si Nurul ni memang nak kena betul dengan aku! Nasib baik dia takde sekarang ni. Kalau tak memang kenalah dia!

“Nasi goreng apa?”

“Favourite kau. Nasi goreng pattaya!”

Aku menelan air liur melihat nasi goreng pattaya yang Anuar buat. Memang nampak sedap.

“Rasa dia masih lagi sama macam dulu...” Ucapnya lagi sambil menghulurkan sudu dan garfu kepadaku.

“Nanti aku makan...”

Anuar menggeleng. “Aku nak kau makan sekarang jugak.”

“Apa main paksa-paksa ni?”

Dia masih lagi tersenyum walaupun aku dah marah dia. “Please eat, my dear. I don't want you to be sick. I love you...”

Aku kaget. Rasa macam nak pengsan sekarang ni! My dear? I love you? Aku tengah bermimpi ke apa ni?

“Aku balik dulu. Makan nasi goreng ni sampai habis. Assalamualaikum sayang...”

Kali ni aku memang tak salah dengar! Dia sebut sayang! ARGHH! Anuar gila! Saja nak buat aku sakit jantung!

**

“Kawan, kenapa kau termenung ni?” Tegur Intan ketika kami berdua sedang menonton televisyen. Aku memandangnya sekilas sebelum melepaskan helaan nafas yang panjang.

“Tadi masa kat galeri, Anuar datang jumpa aku.”

“Lepas tu?”

Aku menarik nafas panjang. Macam mana nak cerita dekat Intan ni?

“Masa kat galeri tadi...dia cakap...errr...”

“Dia cakap apa?”

“Err... aku rasa macam malu je nak bagitahu kau.”

Intan mencubit pipiku. “Cakap jelah!”

“Dia cakap please eat, my dear. I don’t want you to be sick. I love you...” Ucapku perlahan sambil menundukkan muka.

“Gilalah! Romantiknyaaa! Bila dia cakap macam tu?! Ruginya aku takde tadi!” Intan menolak-nolak bahuku sambil tersenyum nakal.

“Lepas tu dia panggil aku sayang....”

Kali ni Intan terus melompat kecil. “Kan aku dah cakap dulu! Dia suka kau!”

“Macam mana kalau dia main-main je?”

“Aku tak rasa dia main-main. Muka dia serius tak masa tu?”

Perlahan-lahan aku mengangguk. Memang masa tu muka dia serius tapi... arghh! Tension!

“Aku tahu kau suka bila dia buat macam tu...” Intan tersengih dekat sebelah aku sambil menolak-nolak badanku.

“Takdelah!” Bidasku cepat.

“Eleh... I know you, okay! Tengok tu, dah start senyum...”

Aku yang baru nak tersenyum terus buat muka masam. “Mana ada!”

“Malulah tu...”

Kali ni aku senyum tanpa mempedulikan usikan Intan. Memang malu tapi happy!

**

Aku menanti Anuar di hadapan galeri dengan penuh kesabaran. Jarum jam yang semakin menghampiri pukul 1 membuatkan aku makin tak sabar. Tolonglah datang sini hari ni!

“Madi!”

Aku berpaling ke belakang. Anuar sedang berjalan menghampiriku sambil membawa beg kertas. Aku menarik nafas panjang-panjang. Sudah tiba masanya, Madihah! You can do this!

1, 2, 3!

“Aku benci kau!”

Anuar terkejut mendengar jeritanku. Langkahnya terus terhenti. Muka dia pun dah pucat sikit.

“Aku benci kau sebab kau buat aku suka kau!” Aku tarik nafas.

“Aku benci kau sebab kau sentiasa buat aku rindukan kau!” Aku jerit lagi.

Kali ni dia bergerak menghampiriku tapi segera aku mengangkat tangan memintanya supaya berhenti.

“Aku benci kau sebab kau buat aku rasa happy dengan semua benda yang kau cakap especially yang semalam punya!” Aku menarik nafas lagi sekali.

“Aku makin benci kau sebab kau buat aku jatuh cinta dekat kau sampai aku tak pandang orang lain...”

Aku pandang muka dia dengan air mata yang masih mengalir dengan laju. Mata ni pun dah kabur. Hidung pun dah start berair!

Dia tersenyum sebelum duduk melutut di hadapanku. Dihulurkan sapu tangan yang pernah aku bagi dekat dia dulu.

“Aku pun benci kau!”

Aku tersentak. Benci aku?

“Aku benci kau sebab kau hilang tanpa berita sampai aku pening nak cari kau!” Dia pulak meluahkan perasaan dia dekat aku. Erk?

“Aku benci kau sebab selalu buat aku ketawa dengan perangai kau!”

Aku cuba menyembunyikan senyuman sambil memandang ke arahnya yang sedang meluahkan perasaannya kepadaku.

“Aku benci kau sebab kau buat aku geram bila kau kena gosip dengan kawan baik kau tu!”

“Aku benci kau sebab kau terima aku seadanya walaupun aku tahu masa kita sekolah dulu, ramai yang tak suka aku...”

“Dan...”

Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

“Aku benci kau sebab kau buat aku jatuh cinta dengan kau sampaikan hati aku tertutup untuk orang lain...” Aku terus menutup mulut.Terharu betul hati aku sekarang ni... Nak nangis lagi sekali boleh?

Perlahan-lahan dia mengeluarkan sesuatu dari dompetnya. Mulut aku terus terlopong. Aku menahan sebak. Daun kering yang berada di dalam dompetnya membuatkan air mata yang dah nak kering tadi kembali mengalir.

“Macam mana kau jumpa daun ni?” Soalku padanya sambil memandang daun kering yang tertulis ‘Oh ANUAR, ASK!’

“Aku ikut kau masa kita kat sekolah dulu. Bila aku nampak je kau campak daun ni, terus aku kutip.” Dia tersenyum sedikit. “Aku tahu dah makna ASK ni apa...”

“Apa?” Balasku sambil mengangkat kening.

“Oh Anuar, Aku suka kau!” Dia mengenyit mata. Kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya pulak.

“Oh Madi, Aku suka kau jugak!”

Daun kering yang berada di tapak tangannya membuatkan aku tergelak. Tiru skill orang!

“Simpan daun ni tau. Nanti kita letak dalam bingkai gambar ye...”

Aku hanya mengangguk. Leganya dah luahkan perasaan sekarang ni!

“Aku terkejut tadi.”

“Hmm?” Dahi aku berkerut. Terkejut? Kenapa?

“Sebab kau kata kau benci aku. Nyaris-nyaris hati aku ni berkecai...Walaupun aku ni doctor tapi kalau bab ni memang aku tak boleh nak ubatkan sendiri.”

Aku terus ketawa. “Takpe, kalau berkecai... aku boleh gamkan balik! Aku boleh jadi doctor kau pulak!”

Kali ni dia pulak yang tersenyum sambil mengangguk kecil.

**

Aku menghela nafas sambil memerhatikan pintu galeri aku yang kerap dimasuki orang tetapi orang yang aku tunggu dari tadi masih lagi belum muncul! Dia dah lambat tau! Dia janji nak datang pukul 1.00 tadi tapi sekarang ni dah nak pukul 3.00! Melampau!

“Tunggu Anuar ke?” Tanya Intan sambil duduk di sebelahku. Hari ni Intan cuti, jadi dia datang temankan aku kat sini.

“Dia lambat!”

“Mungkin ada patient.”

Aku mengangguk perlahan. “Mungkit kot.”

Kali ni pintu terbuka lagi tetapi bukan Anuar yang masuk. Sebaliknya seorang lelaki yang membawa satu bungkusan yang besar.

“Cik Madihah binti Tahir?”

Aku mengangguk. Lelaki tadi tersenyum sebelum menghulurkan bungkusan besar tadi kepada aku.

“Ni untuk cik...”

“Untuk saya? Siapa yang bagi?”

“Tunang cik...”

Tunang cik? Anuar yang bagi? Tapi kenapa dia tak bagi sendiri kat aku? Oh ye, lupa nak cakap! Aku dah bertunang dengan Anuar dekat 2 bulan.

“Terima kasih ye...” Lelaki tadi hanya mengangguk sebelum berlalu pergi.

Intan mula mencuit bahuku sambil memuncungkan bibirnya ke arah bungkusan yang aku pegang sekarang ni.

“Macam lukisan...” Kata Intan perlahan.

“Aku pun rasa macam tu..." Tangan aku mula mengoyak kertas minyak digunakan oleh Anuar untuk membalut bungkusan tu. Yup, kertas minyak! Sangat ‘romantik’ kan? Huh!

Mulut aku terus terlopong. Mulut Nurul lagilah terlopong. Hadiah yang Anuar bagi kat aku sekarang ni memang langsung tak tercapai dek akal aku!

“Sweetnya tunang kau! Kau sure ke dia ni mamat yang kau cerita dulu tu?” Intan pulak yang terlebih teruja. Aku hanya tersengih sebelum melompat kecil.

“I love you too!” Aku tersenyum kecil sambil menggantungkan lukisan yang dilukis oleh Anuar. Gambar seorang lelaki dan seorang perempuan yang jalan sama-sama dalam hujan. Dan si lelaki sedang memegang payung. Comel!

Senyuman aku makin melebar apabila membaca ayat yang ditulis oleh Anuar di bahagian atas lukisan tu.

‘Oh Madi, aku suka kau! Please say you love me too.’

“Eh, Madi... ada nota untuk kau.” Intan menghulurkan sekeping kad kecil kepada aku.

‘Sorry tak dapat jumpa kau hari ni. Patient ramai sangat L Nanti aku bawak 2 bungkus nasi pattaya untuk kau! Jangan marah ye... Take care!’

Aku tersenyum. Takpe, aku dah dapat hadiah yang paling comel! Aku berpaling ke arah lukisan yang baru saja aku gantung. Anuar pun dah pandai melukis rupanya!

**

“Assalamualaikum semua!” Aku menolak pintu galeri sambil tersenyum.

Erk, kosong?

Lampu tak dipasang dan tanda masuk pun masih belum diubah daripada TUTUP kepada BUKA.

“Nurul! Saiful! Ida! Syed!”

Senyap lagi. Aku mula bingung. Semua orang pergi mana ni?

“Assalamualaikum Madi!”

“Argh!” Aku terlompat sikit ke belakang. Anuar mengekeh ketawa sebelum dia terdiam selepas aku dengan jayanya telah berjaya membaling beg sandangku tepat mengenai mukanya.

“Sakitlah...”

“Siapa suruh buat aku terkejut?!”

Anuar hanya tersengih. “Dah makan?”

“Belum.”

“Jom makan... Aku belanja!”

Aku menggeleng sebelum mengambil beg sandangku yang dipegang oleh Anuar.

“Kenapa?”

“Tak ada selera...”

“Aku masak?”

Aku berpaling ke arahnya. “Takpelah. Memang tak lapar pun sekarang ni...Lagipun, takde siapa nak jaga galeri.”

“Eh, kau tak tahu ke galeri ni tutup hari ni?”

“Maksud kau?”

“Aku suruh diorang cuti!” Kata Anuar sambil menayangkan peace.

“Kenapa?!”

“Sebab hari ni kita nak pergi berkelah! Jomlah...diorang dah tunggu kita tu.”

Aku mengetap gigi. Memandai je tunang aku ni buat rancangan! Yup, satu lagi perangai yang masih belum berubah dari dulu sampai sekarang!

**

“Kata ada picnic tapi mana semua orangnya?” Tanyaku sambil memeluk tubuh. Skuter comel aku diparkirkan di sebelah kereta Anuar. Aku memang tak suka naik kereta sekali dengan Anuar. Lagipun memang tak elok pun kan? Baik aku naik skuter aku ni je.Topi keledar dipeluk erat. Anuar masih mendiamkan diri.

“Anuar, mananya?”

“Hah, tu dia!” Tangannya dihalakan ke arah sebelah kanan taman. Aku berpaling sedikit ke sebelah kanan. Intan yang melambai tangannya ke arahku membuatkan aku sedikit terkejut. Tak jaga kedai ke hari ni?

“Jom!” Anuar berjalan dulu sebelum aku.

“Kau tak kerja ke hari ni, Intan?” Tanyaku selepas kami dah duduk bersila dekat atas tikar.

“Tak.”

“Kenapa?”

Intan ketawa kecil. “Nak rehat hari ni...”

“Okey semua! Jom makan!” Anuar membuka penutup Tupperware sebelum menghulurkan Tupperware yang mengandungi kek coklat kepada aku.

“Thank you!” Aku ambil sepotong kek lalu dimasukkan ke dalam mulut.

“Madi...”

“Yup?” Aku pandang Anuar.

“Masa aku pergi jalan-jalan hari tu, aku ada tangkap gambar pemandangan yang cantik sangat! Aku sure kau pasti suka...”

“Mana? Tunjuklah dekat aku!” Aku memang teruja bab-bab macam ni. Yelah, mana tahu idea boleh muncul lepas tengok gambar ni.

“Ni dia...” Dia menghulurkan telefon bimbitnya kepada aku.

“Mesti can...” Aku tidak dapat menghabiskan kata-kataku. Gambar yang ditangkap oleh Anuar ni membuatkan aku terkedu. Wajah dia yang selamba aku pandang sekilas.

“So?”

“Serius ke ni?”

“Yelah...”

“Tapi bukan ke lagi setahun?” Dahi aku berkerut.

Anuar tersenyum. “Salah ke kalau nak cepatkan?”

Aku menggeleng laju-laju. “Tak salah pun. Mak dengan ayah aku pun mesti suka.”

“So... jom kahwin?”

“Macam tak n...”

“Madi!”

Aku terus ketawa. Takut jugak rupanya kalau aku cakap tak nak.

“Naklah...”

Kali ni Anuar pulak yang ketawa. “Aku dah cakap dengan mak, mak cakap hujung bulan ni pun okey jugak.”

Mata aku membulat. “Cepatnya!”

“Biarlah cepat. Aku nak kau jadi isteri aku secepat mungkin. Lagipun, aku dah tak nak tunggu lama-lama. Sepuluh tahun aku pendam perasaan aku!”

Aku hanya tersenyum. Suka hatilah dialah... Gambar tadi aku tengok balik. Intan yang duduk di sebelahku asyik menolak-nolak bahuku sambil tersenyum.

Tak sangka tunang aku ni romantik jugak orangnya. Kreatiflah jugak idea ni sebenarnya. Yang pasti aku suka semua model-model yang ditugaskan untuk memegang kad besar yang setiap satunya mengandungi satu huruf yang akhirnya melengkapkan ayat yang berbunyi, “MADI, KITA KAHWIN?”

“Aku pegang huruf H tu ye...” Ucap Intan sambil ketawa. Aku hanya mampu memeluk erat bahunya sambil mengucapkan terima kasih. Intan memang kawan aku yang paling baik!

**

“Lukis apa tu?” Anuar meletakkan dagunya di atas bahuku yang ketika itu sedang khusyuk melukis.

Aku hanya tersenyum. Tak lama lagi suamiku ni mesti tahu jugak apa yang aku lukis ni.

“Oh... dah tahu sekarang.” Bisiknya lembut di telingaku.

“Suka?”

“Mestilah suka, yang oii.”

Aku tersengih. Tangan masih terus menari-nari dekat atas kanvas. Gambar yang sama macam dia lukis dulu cuma yang berubahnya sekarang ni, kami tak berjalan dalam hujan sebaliknya di tengah padang rumput yang dipenuhi bunga-bunga yang warna-warni.

“Lukisan yang abang lukis tu kan... Madi letak betul-betul dekat depan kaunter. Masa hari tu kan... ada orang nak beli. But of course, Madi tak kasi sebab lukisan tu sangat bermakna buat Madi. Semua lukisan yang Madi pernah lukis tak setanding dengan lukisan yang abang lukis tu.” Kataku perlahan sambil membetulkan rambut Anuar yang terjuntai dekat dahi.

“Abang belajar melukis dengan kawan abang. Dia pelik bila abang cakap abang nak belajar melukis sebab sebelum ni memang abang langsung tak suka melukis!”

Aku ketawa kecil. Memang suamiku ni tak suka melukis. Dulu masa Pendidikan Seni, dia selalu merungut bila cikgu suruh lukis gambar apa pun.

“Lepas ni, abang bawak Madi pergi jalan-jalan. Boleh dapat banyak ilham...”

“Klinik abang?”

“My partner boleh uruskan klinik tu sekejap.” Balasnya sambil tersenyum.

“Okey. Madi ikut je...”

“Madi...”

Aku pandang dia. “Hmm?”

“Thanks sebab sudi terima abang jadi suami Madi.” Ucapnya perlahan sambil meramas tanganku.

Aku tersenyum kecil sebelum mengucup pipinya. “Sama-sama. Terima kasih jugak kat abang sebab sudi terima Madi. Yelah, Madi ni kan comot... tak reti bergaya...”

“Haha...abang lagi suka Madi comot. Comel apa...”

“Yelah tu...”

“Yelah...” Dia mencubit pipiku sambil ketawa riang. Aku senang melihat senyuman Anuar. Sebenarnya, aku langsung tak sangka yang kami akhirnya telah berkahwin. Yelah, selama ni aku hanya meminati dia dalam diam. Aku berusaha pendam perasaan aku kerana aku yakin pada masa tu, yang dia memang langsung tak ada apa-apa perasaan dekat aku. Tapi rupanya aku silap. Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T, kami bertemu kembali selepas 10 tahun berpisah. Aku bersyukur sangat-sangat. Terima kasih Ya Allah....

Kalau ada jodoh, insyaAllah takkan ke mana.


Sorry sesangat kalau tak best. Dah lama tak menulis :(


Photobucket

9 comments:

  1. sries mmg bez...like sgt2 sweet je Anuar & Madi 2...hehe...:)

    ReplyDelete
  2. Tinta : Terima kasih :)

    Kak Hany : Hehe..thanks kak hany! :D

    ReplyDelete
  3. eden pun benci moon! sbb moon wat cter best2! hahahahahha!! tiru ayat dorg sat!

    yana.. thumbs up!! best33!!

    ReplyDelete
  4. nak satu lelaki mcm anuar bleyh? heheheh......tp tanak nama anuar...hehehehhe...nk karekter mcm dier...

    ReplyDelete
  5. Akira : Eleh2..Saje je tu. Padahal citer dia pun best :P Thanks Sha ;)

    Chae2 : Haha..boleh2 :D Nama ni kawan yang kasi. Moon guna jelah. Lagipun ni lebih kurang mcm real story :) Cuma bukan kisah moon je.

    ReplyDelete
  6. Seyes, suke ngan cerpen ni...kalo pnjangkan wat novel pun ok....ley taw perangai dorg cmne mase sek =)

    ReplyDelete
  7. best gilla citer ni,dah la nma dya sama ngan sya syok hbis la>gud luck kakak

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers