Saturday, December 21, 2013

Bab 5 : Lelaki Idaman Si Dia

BAB 5
            DAH dekat setengah jam aku belek DVD ni. Humaira cakap cerita ni best tapi cita rasa aku dengan Humaira ni selalunya tak sama. Dia cakap best, aku cakap tak best. Dia cakap tak best, aku cakap best tapi kalau baca sinopsis belakang ni, rasa macam sesuai aje dengan cita rasa aku. Akhirnya aku ke kaunter sebab malas dah nak fikir. Nanti kalau fikir punya fikir, akhirnya tak jadi beli.
            Jam di tangan dikerling. Lagi 20 minit sebelum pukul 12. Nak buat apa ye sekarang ni? Nak balik rumah, Abang Wan bukannya ada pun sebab dia ada cakap yang keluarga bakal mertua dia ajak makan tengah hari. Nak pergi rumah Kak Huda pulak, awal-awal lagi Kak Huda dah cakap yang hujung minggu ni dia balik rumah mak mertua dia. Nak ajak Humaira keluar pun tak sesuai rasanya sebab due date untuk assignment dia dah dekat. Haih, aku bosan!
            “Pak Ngah, cerita ni best sangat!” Satu suara comel menarik perhatian aku. Budak perempuan comel tu tengah tarik hujung baju seorang lelaki yang aku agak mungkin Pak Ngah dia. Aku tersenyum kecil. Comel betul budak tu apabila pakai dress warna merah jambu dengan tudung warna putih tu. Bagus mak dia. Kecil lagi dah diajar pakai tudung. Sejuk hati akak yang seorang ni tengok.
            “Ni cerita pasal apa, sayang?” Ketika Pak Ngah budak comel tu berpaling, aku dah rasa macam nak terduduk. Oh my, oh my! Tu Izz!
            Cepat-cepat aku pandang tempat lain dan konon-konon tengah belek DVD Korea. Tak berani nak tengok Izz dengan anak saudara dia yang comel tu.
            “Pasal dua orang princess. Kakak dia ada power buat salji.”
            Aku pasang telinga. Sibuk jugak nak dengar cerita budak comel tu.
            “Lepas tu?”
            “Kakak dia boleh buat istana ais tapi nanti adik dia sakit. Kesian...”
            Aku mencuri pandang ke arah mereka berdua. Kalau sekali imbas, nampak macam anak dengan ayah. Pandai jugak Izz melayan budak-budak.
            “Lagi?”
            “Tapi Ain suka ending dia. Adik dia selamatkan kakak dia.”
            “Siapa yang cerita dekat Ain pasal ni?”
            “Mak Usu…”
            Makin suka pulak aku mendengar perbualan Izz dengan anak saudara dia ni. Comel aje!
            “Ain nak beli cerita ni ke? Ataupun nak yang lain?”
            “Ain nak DVD kartun yang tu…”
            “Okey. Jom kita pergi bayar.” Izz dah mendukung Ain dan aku cepat-cepat tunduk kepala supaya Izz tak nampak aku dekat sini. Bajet macam penting sampai Izz tu nak nampak aku tercongok dekat sini dari tadi kan?
            Tiba-tiba Izz patah balik ke belakang. “Pak Ngah lupa yang Mak Usu suruh beli DVD cerita Korea. Tunggu kejap ye, Ain.”
            Aku dah mula sesak nafas. Nak lari rasanya macam tak sempat aje. Akhirnya aku pura-pura membelek DVD lagi dengan harapan Izz takkan nampak aku.
            “Ain ingat tak Mak Usu suka cerita apa?”
            “Mak Usu suka cerita yang akak tu pegang.”
            Mata aku dah terbeliak dan aku mula serba tak kena apabila aku dapat rasa kehadiran seseorang di sebelah kiri aku sekarang ni. Habislah! Habislah!
            “What a pleasant surprise, Hana…”
            Kan dah kata!
            Aku hanya tersenyum. Tak tahu nak bagi reaksi apa sekarang ni. Ain, anak saudara Izz tu pun tengah khusyuk tengok aku dengan Pak Ngah dia sekarang ni.
            “Aunty ni kawan Pak Ngah eh?” Soal Ain sambil memegang hujung jari aku.
            “A’ah,” jawab aku tergagap-gagap.
            “Nama aunty apa?”
            “Nama aunty Hana.” Pipi Ain dicuit lembut. Comel betul!
            “Aunty cantik. Sesuai dengan Pak Ngah…” Rasa macam nak terkeluar segala isi perut aku apabila dengar kata-kata Ain tapi cepat-cepat aku tayang muka tenang.
            “Aunty dengan Pak Ngah kawan je.” Aku pandang jam di pergelangan tangan. Dah lewat dah ni. Perut pun dah berkeroncong. “Aunty kena balik dulu. Lain kali kita jumpa lagi ye insya-Allah.” Pipi Ain aku cium dan kemudian Ain membalas balik dengan memeluk leher dan turut mencium pipi aku.
            “Aunty… sebelum aunty balik, boleh tak Ain nak ajak aunty makan dengan Ain?”
            Aku memandang wajah comel Ain. Haa… tak sampai hati nak menolak tapi rasa malu pulak nak makan dengan Izz walaupun Ain ada sekali.
            “Jomlah Hana. My treat.” Izz tersenyum sambil memeluk bahu Ain.
            Akhirnya aku mengangguk dan Ain terus bersorak. “Jom Pak Ngah. Kita bayar DVD kartun tu dulu…” Laju dia menarik tangan Izz ke kaunter. Selepas siap membuat pembayaran, kami bertiga mula melangkah ke KFC. Mula-mula aku nak berjalan ke belakang sikit tapi awal-awal lagi Ain dah memegang tangan kanan aku untuk jalan bersama-sama dengannya. Tangan kanan Ain pulak dipegang oleh Izz.
            “Pak Ngah…”
            “Hmm?”
            “Ain suka aunty Hana. Nak aunty jadi Mak Ngah boleh?”
            Aku yang mendengar terus terbatuk dan akhirnya duduk sekejap apabila terasa senak dada ni. Ain cepat-cepat mengusap belakang aku sebelum memandang Izz.
            “Mak Ngah okey?”
            Tiba-tiba panggilan aunty dah berubah menjadi Mak Ngah. Izz hanya memandang aku dan Ain. Selepas beberapa minit, aku dah mula rasa okey. Harap-harap lepas ni Ain tak keluarkan ayat-ayat yang boleh buat aku pengsan pulak.
            “I’m sorry.” Kata Izz perlahan dengan muka bersalah.
            Aku mengukir senyuman untuk menenangkan dia sambil menggeleng kecil. “It’s okay. Biasalah budak-budak.”
            “Tak apa ke awak keluar dengan kami ni? Tak ada siapa yang marah?”
            “Maksud awak?”
            “Your someone special ke?”
            Aku tergelak kecil. “Jangan risau. Saya ni tak ada someone special pun but I do have my special people.
            “Your family, I supposed?”
            “Good job, Encik Izz. 10 markah untuk awak.” Aku mengusik.
            “Mak Ngah dengan Pak Ngah cakap pasal apa ni?” Soal Ain dengan cebikan di bibir. Tak puas hati agaknya apabila aku dan Izz sibuk bersembang, dia pulak tak faham apa-apa.
            “Tak ada apa, Ain.”
            “Yelah tu…”
            Aku dan Izz hanya ketawa kecil.

Photobucket

6 comments:

  1. haha.. anak sedara pun dah approved 2.. apa lg izz jalankan tugas anda..

    ReplyDelete
  2. amboiii.ank buah lg advanvce dr pak ngah

    ReplyDelete
  3. kak liya .. sambungan dia ade lagi tak ? best laa cite nii xD
    hope sambungan dia lagi best :D

    ReplyDelete
  4. Ha..ha.ha..anak saudara dah panggil mak ngah...so apa lagi pak ngah tunggu..jalankan operasi..terus masuk meminang laa..

    ReplyDelete
  5. assalamulaikum cerita amat menarik. Memang bagus kalau izz dengan hana. nampak kepada jalan cerita macam izz dah ada minat kat hana

    ReplyDelete
  6. memeng menarik nampaknya tak lam lagi jadilah izz dan hana ya. bila nak sambung

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers