BAB
5
DAH dekat
setengah jam aku belek DVD ni. Humaira cakap cerita ni best tapi cita rasa aku
dengan Humaira ni selalunya tak sama. Dia cakap best, aku cakap tak best.
Dia cakap tak best, aku cakap best tapi kalau baca sinopsis belakang ni, rasa
macam sesuai aje dengan cita rasa aku. Akhirnya aku ke kaunter sebab malas dah
nak fikir. Nanti kalau fikir punya fikir, akhirnya tak jadi beli.
Jam di tangan dikerling. Lagi 20 minit sebelum pukul 12.
Nak buat apa ye sekarang ni? Nak balik rumah, Abang Wan bukannya ada pun sebab
dia ada cakap yang keluarga bakal mertua dia ajak makan tengah hari. Nak pergi
rumah Kak Huda pulak, awal-awal lagi Kak Huda dah cakap yang hujung minggu ni
dia balik rumah mak mertua dia. Nak ajak Humaira keluar pun tak sesuai rasanya
sebab due date untuk assignment dia dah dekat. Haih, aku bosan!
“Pak Ngah, cerita ni best sangat!” Satu suara comel
menarik perhatian aku. Budak perempuan comel tu tengah tarik hujung baju
seorang lelaki yang aku agak mungkin Pak Ngah dia. Aku tersenyum kecil. Comel
betul budak tu apabila pakai dress warna merah jambu dengan tudung warna putih tu.
Bagus mak dia. Kecil lagi dah diajar pakai tudung. Sejuk hati akak yang seorang
ni tengok.
“Ni cerita pasal apa, sayang?” Ketika Pak Ngah budak
comel tu berpaling, aku dah rasa macam nak terduduk. Oh my, oh my! Tu Izz!
Cepat-cepat aku pandang tempat lain dan konon-konon
tengah belek DVD Korea. Tak berani nak tengok Izz dengan anak saudara dia yang
comel tu.
“Pasal dua orang princess.
Kakak dia ada power buat salji.”
Aku pasang telinga. Sibuk jugak nak dengar cerita budak
comel tu.
“Lepas tu?”
“Kakak dia boleh buat istana ais tapi nanti adik dia
sakit. Kesian...”
Aku mencuri pandang ke arah mereka berdua. Kalau sekali
imbas, nampak macam anak dengan ayah. Pandai jugak Izz melayan budak-budak.
“Lagi?”
“Tapi Ain suka ending
dia. Adik dia selamatkan kakak dia.”
“Siapa yang cerita dekat Ain pasal ni?”
“Mak Usu…”
Makin suka pulak aku mendengar perbualan Izz dengan anak
saudara dia ni. Comel aje!
“Ain nak beli cerita ni ke? Ataupun nak yang lain?”
“Ain nak DVD kartun yang tu…”
“Okey. Jom kita pergi bayar.” Izz dah mendukung Ain dan
aku cepat-cepat tunduk kepala supaya Izz tak nampak aku dekat sini. Bajet macam
penting sampai Izz tu nak nampak aku tercongok dekat sini dari tadi kan?
Tiba-tiba Izz patah balik ke belakang. “Pak Ngah lupa
yang Mak Usu suruh beli DVD cerita Korea. Tunggu kejap ye, Ain.”
Aku dah mula sesak nafas. Nak lari rasanya macam tak
sempat aje. Akhirnya aku pura-pura membelek DVD lagi dengan harapan Izz takkan
nampak aku.
“Ain ingat tak Mak Usu suka cerita apa?”
“Mak Usu suka cerita yang akak tu pegang.”
Mata aku dah terbeliak dan aku mula serba tak kena
apabila aku dapat rasa kehadiran seseorang di sebelah kiri aku sekarang ni.
Habislah! Habislah!
“What a pleasant surprise, Hana…”
Kan dah kata!
Aku hanya tersenyum. Tak tahu nak bagi reaksi apa
sekarang ni. Ain, anak saudara Izz tu pun tengah khusyuk tengok aku dengan Pak
Ngah dia sekarang ni.
“Aunty ni kawan Pak Ngah eh?” Soal Ain sambil memegang
hujung jari aku.
“A’ah,” jawab aku tergagap-gagap.
“Nama aunty apa?”
“Nama aunty Hana.” Pipi Ain dicuit lembut. Comel betul!
“Aunty cantik. Sesuai dengan Pak Ngah…” Rasa macam nak
terkeluar segala isi perut aku apabila dengar kata-kata Ain tapi cepat-cepat
aku tayang muka tenang.
“Aunty dengan Pak Ngah kawan je.” Aku pandang jam di
pergelangan tangan. Dah lewat dah ni. Perut pun dah berkeroncong. “Aunty kena
balik dulu. Lain kali kita jumpa lagi ye insya-Allah.” Pipi Ain aku cium dan
kemudian Ain membalas balik dengan memeluk leher dan turut mencium pipi aku.
“Aunty… sebelum aunty balik, boleh tak Ain nak ajak aunty
makan dengan Ain?”
Aku memandang wajah comel Ain. Haa… tak sampai hati nak
menolak tapi rasa malu pulak nak makan dengan Izz walaupun Ain ada sekali.
“Jomlah Hana. My treat.” Izz tersenyum sambil memeluk
bahu Ain.
Akhirnya aku mengangguk dan Ain terus bersorak. “Jom Pak
Ngah. Kita bayar DVD kartun tu dulu…” Laju dia menarik tangan Izz ke kaunter.
Selepas siap membuat pembayaran, kami bertiga mula melangkah ke KFC. Mula-mula
aku nak berjalan ke belakang sikit tapi awal-awal lagi Ain dah memegang tangan
kanan aku untuk jalan bersama-sama dengannya. Tangan kanan Ain pulak dipegang
oleh Izz.
“Pak Ngah…”
“Hmm?”
“Ain suka aunty Hana. Nak aunty jadi Mak Ngah boleh?”
Aku yang mendengar terus terbatuk dan akhirnya duduk
sekejap apabila terasa senak dada ni. Ain cepat-cepat mengusap belakang aku
sebelum memandang Izz.
“Mak Ngah okey?”
Tiba-tiba panggilan aunty dah berubah menjadi Mak Ngah.
Izz hanya memandang aku dan Ain. Selepas beberapa minit, aku dah mula rasa okey.
Harap-harap lepas ni Ain tak keluarkan ayat-ayat yang boleh buat aku pengsan
pulak.
“I’m sorry.” Kata
Izz perlahan dengan muka bersalah.
Aku mengukir senyuman untuk menenangkan dia sambil
menggeleng kecil. “It’s okay. Biasalah budak-budak.”
“Tak apa ke awak keluar dengan kami ni? Tak ada siapa
yang marah?”
“Maksud awak?”
“Your someone
special ke?”
Aku tergelak kecil. “Jangan risau. Saya ni tak ada someone special pun but I do have my special people.”
“Your family, I
supposed?”
“Good job,
Encik Izz. 10 markah untuk awak.” Aku mengusik.
“Mak Ngah dengan Pak Ngah cakap pasal apa ni?” Soal Ain
dengan cebikan di bibir. Tak puas hati agaknya apabila aku dan Izz sibuk
bersembang, dia pulak tak faham apa-apa.
“Tak ada apa, Ain.”
“Yelah tu…”
Aku dan Izz hanya ketawa kecil.
haha.. anak sedara pun dah approved 2.. apa lg izz jalankan tugas anda..
ReplyDeleteamboiii.ank buah lg advanvce dr pak ngah
ReplyDeletekak liya .. sambungan dia ade lagi tak ? best laa cite nii xD
ReplyDeletehope sambungan dia lagi best :D
Ha..ha.ha..anak saudara dah panggil mak ngah...so apa lagi pak ngah tunggu..jalankan operasi..terus masuk meminang laa..
ReplyDeleteassalamulaikum cerita amat menarik. Memang bagus kalau izz dengan hana. nampak kepada jalan cerita macam izz dah ada minat kat hana
ReplyDeletememeng menarik nampaknya tak lam lagi jadilah izz dan hana ya. bila nak sambung
ReplyDelete