Sunday, December 27, 2009

Unforgettable Part 14



Fay bangun mendadak dari kerusinya sambil menekup mulut.Hampir semua orang yang berada di meja itu tersentak dengan reaksi Fay.

"Apa?!"jerit Fay.Mereka semua memerhatinya dengan pelik.Fay segera berlalu ke tempat lain untuk mengelakkan perbualannya dengan Daniel didengari.

"Slowlah sikit suara kau.Nanti aku sampailah."jawab Daniel.

"Yelah tapi..."

"Tak ada tapi-tapi.Kalau mak aku tanya aku ada kat mana, kau cakap je yang kau tak tahu."

Fay menggigit bibirnya."Yelah.Cepat tau!"

"Yalah.Okay aku chow dulu."

Fay mengeluh perlahan sebaik sahaja menamatkan perbualan dengan Daniel.Mereka semua memandang Fay meminta jawapan.

"Kenapa korang pandang aku macam tu?"

"Daniel pergi mana?"tanya Shin sambil meneguk air.

"Dia cakap dia ada hal yang perlu diuruskan."jawab Fay selamba.Dia meneguk air.

"Hal? Takkan dia tak cakap hal apa."tanya Max pula.

"Tak.Dia tak cakap apa-apa."

Haruhi memandang wajah Fay lama.Dia dapat merasakan sesuatu yang Fay sedang merahsiakan sesuatu.Fay yang merasakan dirinya direnung oleh Haruhi hanya membuat muka selamba.Debaran di hatinya cuba dikawal.

"Jom menari."ajak Fay sambil menghulurkan tangan kepada Haruhi.

Haruhi memandang Fay sebelum menyambut huluran tangan Fay.Dia mengikuti langkah Fay ke tengah-tengah dewan.Nasib baik dia ada belajar menari dulu-dulu, kalau tidak boleh malu.

"Pandai awak menari."puji Fay.

"Saya belajar sikit-sikit dulu."

Dari jauh Max, Carl, dan Shin mencebik bibir.Mereka cemburu melihat Fay yang sedang menari dengan Fay.Nak buat macam mana, mereka bertiga tidak mempunyai pasangan.

"Bestnya tengok Fay menari dengan Haruhi."kata Carl.Dia menongkat dagunya.

"A'ahlah.Aku pun nak jugak menari."sokong Max.

"Eh, cuba kau tengok sana.Diorang senyum kat kitalah."kata Shin.Max dan Carl segera memandang.

"Yelah.Jom ajak diorang menari."

"Jom!"perlahan-lahan mereka mengatur langkah macho.Mike yang berada di hujung dewan masih lagi memikirkan apa yang dikatakan oleh Fay di dalam telefon sebentar tadi.

"Apa yang Daniel buat?"keluhnya perlahan.

*****************************************************************************

Ting tong..ting...tong..

Hana yang sedang berehat di atas sofa tersentak apabila mendengar bunyi loceng.Perlahan-lahan dia bangun menuju ke arah pintu.Sakit di pinggangnya sudah semakin berkurangan.Dia merungut-rungut kerana diganggu ketika sedang berehat.

"Sape yang da...."terbeliak matanya apabila melihat Daniel sedang berdiri di depan pintu rumahnya.Hana melihat pakaian yang tersarung di tubuh Daniel..Tuxedo sama macam Fay.'Handsome malah lebih handsome daripada Fay.'

"Kenapa kau senyum?"tanya Daniel dengan suara yang dingin.

Hana menundukkan kepalanya.'Malu!'

"Tak ada apa.Kenapa kau datang?"

"Fay dengan Haruhi kata kau jatuh."

"Hana tersenyum kecil."Dah okay sikit.Tengoklah."Hana melakukan sedikit senaman untuk membuktikan dia sudah ok tanpa mengetahui akibatnya.

"Jadi sekarang ni kau dah boleh pergi jamuan tu?"

Hana tersentak.'Alamak! Nak cakap apa ye?'

"Bolehlah tapi kenapa?"

"Jom ikut aku!"arahnya seraya menarik tangan Hana.Dia membukakan pintu kereta untuk Hana dan segera memandu laju.Hana yang duduk di sebelah sudah mulai takut apabila melihat meter kereta Daniel.

"Daniel."panggilnya dengan lembut.

"Apa?" tanya Daniel tanpa mengalihkan pandangannya.Dia tekun mengendalikan stereng keretanya.

"Bawak perlahan sikit boleh tak? Aku takutlah."

Daniel tersenyum sedikit sebaik sahaja melihat reaksi muka Hana.Hana tergamam kerana setelah beberapa bulan dia bekerja, inilah kali pertama dia tengok Daniel senyum.

"Aku dah slow.Kau okay tak?"

"Okay. Kau nak bawak aku pergi mana?"

"Pergi jamuan mama aku lah."

Hana terkejut.Dia tak kisah tapi baju yang dipakainya sangatlah tidak sesuai.

"Daniel..cuba kau tengok aku pakai baju apa."

Daniel berpaling memandang Hana.Dia ketawa apabila melihat Hana memakai sepasang baju tidur.Malah yang lebih melucukan, baju tidur Hana dipenuhi dengan gambar kartun Pooh.

"Kau minat lagi dengan Pooh?"

"A'ahlah.Kenapa tak boleh?"

Daniel tersenyum."Aku tak cakap pun tak boleh."

Hana menggelengkan kepalanya.Perubahan mood Daniel menyebabkan dia pening kepala.Sekejap baik sekejap dingin.Dia pun tak tahu sama ada mereka berdua sudah berbaik atau belum.

"Kau bawak aku pergi mana ni?"tanya Hana.Dia terpegun sebaik sahaja melihat kawasan hotel yang sangatlah menakjubkan.

"Aku bawak kau pergi jamuanlah.Jom cepat."jawab Daniel.Kemudian dia membuka pintu kereta dan segera menarik tangan Hana untuk mengikutinya.

*****************************************************************************




Hana terpegun sebaik sahaja kakinya melangkah ke lobi hotel tersebut.Dia mengagumi seni hiasan dalaman hotel itu yang sangat cantik dan kreatif.Selain itu, Hana sempat melihat beberapa orang gadis yang memakai pakaian yang sangat mahal beserta perhiasan yang berkilauan.

'Mesti pergi jamuan Daniel tu.'

"Hana!"panggil Daniel.Dia merenung tajam ke arah Hana.

Hana berpaling memandang wajah Daniel."Apa apa?"

"Kau ikut cik Lydia pergi salin baju."kata Daniel sebelum mengatur langkahnya menuju ke arah sebuah dewan besar.

Hana tersenyum apabila melihat seorang gadis menghampirinya.Gadis itu sangat cantik.'Ini pasti Cik Lydia.'

"Hello Cik Hana.Mari ikut saya."ujarnya dengan lembut.Lydia juga turut mengenakan sehelai gaun berwarna merah yang pada pemerhatian Hana harganya mestilah mahal.

Hana dibawa memasuki sebuah bilik.Dia tergamam apabila melihat pelbagai jenis gaun disediakan di situ.Kakinya seperti terkunci untuk melangkah.Lydia menghampiri sehelai gaun berwarna hitam.Hana akui yang gaun itu sangat cantik dan dia juga perlahan-lahan mendekati Cik Lydia dan menyentuh gaun itu.

"Lembutnya."kata Hana dengan perlahan.

Lydia tersenyum."Ini untuk Cik Hana."

"Apa?"tanya Hana terkejut.Biar betul.

"Memang baju ini untuk Cik Hana.Encik Daniel yang pilih."jawab Lydia sebelum menyerahkan gaun tersebut kepada Hana.

"Cik Hana boleh salin pakaian di sana dan lepas Cik Hana siap, saya akan solekkan Cik Hana."sambungnya lagi.

"Tak payahlah panggil saya Cik Hana.Rasa janggal pulak."ujar Hana sambil tersenyum.

Lydia ketawa kecil."Baiklah.Saya panggil Hana je boleh?"

"Boleh.Baiklah..saya pergi salin baju dulu."Hana segera melangkah ke bilik persalinan.


Hana menggayakan baju yang dipakainya di hadapan cermin.Dia tersenyum kecil.'Cantik jugak aku.'

Sedang dia berangan seorang diri di dalam bilik persalinan, pintunya diketuk.Dia segera membukanya dan terkejut apabila melihat Daniel sedang berdiri di situ sambil memegang sejambak bunga ros.Daniel terkejut apabila melihat Hana.

'Cantik.'pujinya di dalam hati.

"Kau dah siap ke belum?"tanya Daniel dengan nada suara dingin.

"Dah.Okay ke baju ni?"tanya Hana sambil memusingkan tubuhnya di hadapan Daniel.

"Okay dah tu.Jom cepat.Dah lama diorang semua tunggu."Daniel segera menarik tangan Hana.Hana pelik apabila mendengar ayat "Dah lama diorang tunggu."

'Apa maksud dia? Takkan diorang semua tunggu aku.'

Daniel menghulurkan sejambak bunga ros yang dipegangnya dari tadi kepada Hana."Nah, ambik bunga ni."

Dengan teragak-agak Hana mengambil.Dia sempat menghidu bunga ros itu.'Wangi!'

"Dah sedia?"tanya Daniel perlahan.Hana mendongak kepalanya untuk memandang Daniel.

"Sedia untuk apa?"

"Adalah.Jom."

Mata Hana silau akibat lampu-lampu yang terlampau menyinar.Kemudian dia terdengar bunyi tepukan.Daniel yang berada di sebelahnya hanya membuat muka selamba.Selain itu, dia juga ternampak kesemua ahli V-Pop yang memandang mereka berdua dengan mata yang terbeliak.Malah Hana juga dapat melihat reaksi wajah Haruhi dan Anne yang terkejut.

'Alamak! Anne..Macam manalah aku boleh lupa? Dia kan suka Daniel.Habislah macam ni.'

"Mama."panggil Daniel dengan lembut.Seorang wanita berpaling memandang mereka berdua.

"Anak mama pergi mana tadi? Ni mesti Hana."ujar wanita itu sambil tersenyum.Dia memegang tangan Hana.

"Ya Puan."jawab Hana perlahan.

"Janganlah panggil Puan.Panggil mak cik je."

"Baiklah mak cik."Hana mengerutkan keningnya.'Mama? Tapi bukan ke mak Daniel mak cik Jia.Apa yang berlaku?'

"Puan Vee..Sila naik ke pentas dan menyampaikan sedikit ucapan."Puan Vee segera melangkah ke arah pentas sebaik sahaja pengerusi majlis menjemputnya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir terutama sekali kepada V-Pop." kedengaran bunyi tepukan yang kuat.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada anak saya Daniel kerana telah membawa seorang yang sangat istimewa pada hari ini." ujar Puan Vee lagi.Daniel agak terkejut mendengar ucapan ibunya.Hana yang berada di sebelahnya dikerling.

'Tak ada reaksi.'

"Sekian sahaja ucapan saya.Terima kasih."

Hana berpaling untuk bercakap dengan Daniel tetapi Daniel sudah tidak ada di tepinya.

'Mana pulak dia pergi?'

Hana terasa yang bahunya dicuit.Dia terkejut apabila melihat Mike.Mike sedang memegang sekuntum bunga ros.Perlahan-lahan dia mencucukkan bunga ros itu ke dalam jambangan yang sedang dipegang oleh Hana.

"Awak buat apa kat sini?"tanya Hana.

"Datang jamuanlah sama macam awak."jawab Mike sambil tersenyum.

Hana tersenyum kecil."Awak datang dengan sape?"

"Sorang-sorang je.Saya mana ada teman."

"Takkanlah orang macam awak tak ada teman."

"Betul.Tak ada tapi saya dah jumpa seseorang."ujarnya.Dia merenung ke arah Hana.

"Siapa?"tanya Hana sambil tersenyum.

"Rahsia."jawab Mike sambil ketawa.Hana mencebik bibirnya.

"Suka hatilah."

"Marah ke?"

"Tak.Orang marah kan cepat tua."jawab Hana selamba.Dia masih mencari kelibat Daniel yang sudah hilang ke mana.

"Mike, saya minta diri dulu ye.Nak jumpa kawan kejap."kata Hana tanpa menuju balasan daripada Mike.Dia segera menghampiri ahli-ahli kumpulan V-Pop yang lain.Mereka semua tersenyum sebaik sahaja dia sampai di meja tersebut.

"Cantik baju."puji Haruhi sambil tersenyum.

'Baju kau tu pun cantik.Bila masa beli?"

"Tadi.Fay bawak aku pergi butik mak dia."

Hana merenung ke arah Fay."Mak awak ada butik?"

"A'ah.Kalau kau nak beli baju, bagitahulah aku.Confirm dapat diskaun."jawab Fay sambil mengangkat kening.

"Free tak boleh ke?"usik Hana sambil mengambil tempat di sebelah Shin.

"Eleh, ngadanya.Orang beri diskaun dah kira beruntung."balas Fay.

"Mana Daniel?"pertanyaan Anne menyebabkan semua orang berpaling ke arahnya.

"Entah.Dia hilang tiba-tiba."jawab Hana.

"Sekarang saya memjemput seseorang yang sangat berbakat untuk memainkan piano untuk kita semua."

Hana, Haruhi, Anne, Fay, Max, Carl, Shin dan Mike memandang ke arah pentas.Reaksi yang sama dipamerkan.Terkejut!

"Betul ke ni?"tanya Hana perlahan.





6 comments:

  1. best3...msti tu daniel kan? yg nak mainkan piano tu...? hehehe...

    ReplyDelete
  2. gramnye ngan mike and anne tu..jgn nak buat kacau sduh..smbg2..best btul..

    ReplyDelete
  3. huhu. sweetnye. hana n' daniel, fay n' haruhi. sweet2 ;)

    ReplyDelete
  4. sambung arr lagii... bestt2...
    citer nii memang bestt... pandai moon buat story... moon memang berbakat...

    good job n good luck...

    ~ thir ~

    ReplyDelete
  5. memang sweet...
    sambung2... tak sabar nak baca...

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers