Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Saturday, January 9, 2010

Unforgettable Part 26


Mike berdiri lama di luar bangunan tersebut.Dia telah membuat keputusan untuk menceritakan hal yang sebenarnya kepada Daniel.Tak sanggup lagi rasanya untuk dia menyimpan semuanya lagi.Biarlah Anne nak kata apa pun yang pasti dia tetap dengan keputusannya.

Dia melangkah masuk ke dalam bilik muzik V-Pop dengan langkah yang perlahan.Ahli-ahli kumpulan V-Pop yang sedang berkumpul di ruang tamu terkejut melihat Mike.

"Saya datang sebab nak jumpa dengan Daniel."

"Ada apa kau nak cakap?"tanya Daniel dingin.

"Pasal Hana."

"Kenapa dengan Hana?"

"Sebenarnya..."

"Mike..apa kau nak buat?"tanya Anne cemas.Dia takut andai kata Mike memecahkan rahsia mereka.

"Aku nak bagitahu hal sebenar."jawab Mike dengan tegas.

"Apa yang kau nak beritahu?"tanya Carl.

"Sebenarnya, aku dan Anne dah lama berpakat untuk pisahkan kau dengan Anne.Kau ingat tak lagi surat yang Anne beri dulu?"tanya Mike.Daniel menganggukkan kepalanya.

"Dulu Hana letak surat tu bawah meja kau masa hari dia pindah.Aku dengan Anne nampak jadi kami pun ambik surat tu sampailah hari tu.Kami nak buat kau bencikan Hana."

Mike menghela nafas."Dan setiap kali Hana hantar surat untuk kau, kami yang akan ambik dulu surat-surat tu.Sebab tu kau tak pernah dapat surat daripada Hana."

Daniel menggigit bibirnya.Perlahan-lahan dia mula mencengkam leher kolar Mike.Kalau diikutkan hatinya, sudah lama dikerjakan Mike.

"Daniel, sabar.."kata Shin sebelum menepuk bahunya perlahan.

"Dia menyebabkan aku kehilangan Hana."

"Dan sekarang ni, dia dah menyesal.Yang penting sekarang kita kena cari Hana."

Daniel melepaskan cengkamannya sebelum duduk di sebuah kerusi.Matanya mencerlung memandang Anne dan Mike.

"Aku nak kau pergi dari sini, Anne!"kata Daniel dengan kasar.Tak sanggup lagi dia melihat muka Anne di situ.

"Tapi Daniel, saya buat semua ni sebab saya sukakan awak.Saya perlukan awak."

"Maaf tapi cinta aku hanya untuk Hana."

"Mencintai tak semestinya memiliki."ujar Mike dengan perlahan.Itulah yang ditulis oleh Hana di dalam surat yang diberikan kepadanya sebelum dia menghilangkan diri.

***********************************************************************************

Hana mengusap ukiran nama dia dan Daniel.Sudah lama dia tidak datang melawat pokok ini.Dan ini merupakan kali terakhir dia datang ke sini sebelum bertolak ke luar negara.Entah bila dia akan kembali ke sini tapi yang pasti bila tiba saatnya, dia pasti akan kembali.

"Daniel, jaga diri baik-baik."ujar Hana perlahan sebelum mengatur langkah ke arah sebuah teksi yang menunggunya untuk dihantar ke lapangan terbang.

"Kau pasti ke dia datang sini?"tanya Shin.Daniel berlari dengan pantas untuk cepat sampai.

"Aku pasti.Pokok tu!"jerit Daniel.Matanya dapat menangkap sekuntum bunga ros merah diletakkan berhampiran ukiran nama dia dan Hana.

"Dia pernah datang sini.."

"Kita terlambat ke?"tanya Fay.

"Dia mungkin ada dekat mana-mana je sekarang ni."kata Haruhi pula.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

"Hello."

"Hello Haruhi."

"Hana! Kau dekat mana?"

"Rahsia..tapi jangan bimbang, aku okay je."

"Aku tahulah kau okay tapi.."

"Aku rindu kau Haruhi.Ahli-ahli kumpulan V-Pop pun aku rindu."

"Baliklah sini."

"Aku tak boleh lagi."balas Hana.Keadaan sunyi seketika.

"Hello Hana.Kau kena balik sekarang jugak."kata Daniel dengan tegas.

"Aku..aku..."Hana mematikan talian telefon.Lupakan semuanya Hana.

"Kenapa?"

"Dia off telefon."

"Hmm.."keluh mereka semua.

************************************************************************************


Daniel memandang lama ke arah sebuah gambar yang tergantung di dinding bilik muzik mereka.Gambar semua ahli kumpulan V-Pop, Anne dan Hana..Dia mengusap perlahan-lahan gambar Hana.

"Dah dekat setahun kau menghilang.Bila kau nak balik?"

p/s: Sorry entry pendek..Unforgettable dah dekat nak habis.

No comments:

Post a Comment

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...