Sunday, December 15, 2013

Bab 3 : Lelaki Idaman Si Dia



Maaf di atas segala kekurangan. Enjoy reading! :)
BAB 3
“MELUKIS ni macam satu terapi. Buat aku rasa tenang bila otak aku tengah berserabut macam sekarang.” Ucap aku tenang. Farah di sebelah hanya mengangguk. Matanya masih melekat pada lukisan aku yang dah hampir siap. Cuma tinggal nak touch-up sikit lagi.
                “Kau bertuah sebab Allah bagi bakat pandai melukis. Aku nak lukis orang lidi pun tak menjadi.”
                “Boleh belajar la…”
                “Aku try dah tapi tak menjadi. Akhirnya jadi akauntan. Seni dengan matematik memang tak bercampur sangat la, Hana…”
                Aku tersenyum. “Asalkan kerja kita halal. Buat apa pun boleh…”
                “Right!” Lama kami berdua mendiamkan diri dan aku masih lagi khusyuk menyiapkan lukisan pemandangan ni. Lagi cepat siap, lagi bagus. Bolehlah aku berehat sekejap sebelum melukis lukisan yang lain pulak.
                “Aku ada benda nak bagitahu kau.”
                “Apa dia?” Soal aku tanpa memandang Farah.
                “Azrul…”
                Kali ni barulah aku berpaling ke arahnya dengan kerutan di dahi. “Kenapa dengan Azrul? Dia okey je kan?”
                “Dia okey…”       
                “Then?”
                Farah memandang aku sebelum menarik nafas. “Kau selalu cakap yang Azrul pun sukakan aku cuma dia belum nak luahkan je lagi kan?”
                Aku angguk. Memang aku selalu cakap macam tu sebab apabila aku tengok pandangan Azrul pada Farah, aku tahu yang pandangan itu bukan pandangan seorang kawan baik kepada kawan baiknya sendiri. Itu pandangan orang yang dah dilamun cinta.
                “Dia… semalam dia jumpa ayah aku.”
                Aku terdiam apabila mendengar kata-kata Farah. Adakah ini bermaksud yang Azrul dah…
                “Dia cakap…” Farah memandang aku yang dah terlopong. “… aku rasa kau pun dah tahu jawapannya kan?”
                “Dia pinang kau?” tanyaku meminta kepastian. Takut aku tersalah mengagak. Nanti tak pasal-pasal Farah sedih pulak.
                Apabila melihat Farah mengangguk, terus aku letak berus ke tepi dan memeluk dia sambil menjerit bahagia. “Tahniah Farah! Alhamdulillah, akhirnya dia mengaku jugak yang dia pun suka kau. Siap jumpa ayah kau terus!”
                Farah membalas pelukan aku sambil menangis. “Aku rasa nervous sangat semalam. Terkejut pun ada.”
                “So, kau terima tak?”
                “Aku cakap yang aku perlukan masa. Benda ni kan tiba-tiba, jadi aku memang kena fikir betul-betul.”
                Aku mengangguk bersetuju. “Apa-apa pun, aku tetap sokong kau. Aku tahu yang kau akan buat keputusan yang terbaik.”
                Farah tersenyum kecil sebelum mengenggam tangan aku. “Aku pun akan sentiasa sokong kau. Jadi Hana yang kuat ye.”
                “Insya-Allah Farah. Janganlah risau pasal aku,” kataku perlahan sambil tersenyum manis.


                “HANA!”
                Aku bangun dari kerusi dan memandang ke pintu, mencari Kak Lin yang menjerit panggil aku tadi.  “Kenapa, Kak Lin?”
                “Ada customer cari Hana.”
                “Kejap!” Laju aku mencari buku nota dan pen sebelum bergegas menghampiri Kak Lin yang tengah bersembang dengan seorang lelaki yang tengah membelakangi aku sekarang ni.
                “Haa… itu dia, Hana.”
                Lelaki tu terus berpaling ke arah aku dan pen yang aku pegang terus ke jatuh ke lantai. Terkejut melihat lelaki ni boleh berada dekat sini sekarang setelah sekian lamanya.
                “Assalamualaikum Hana…”
                Aku cepat-cepat ambil pen yang dah jatuh tadi dan terus menarik nafas dalam-dalam. Be cool, Hana. Jangan gelabah. Tenang… tenang.
                “Wa’alaikumsalam Encik Danial,” balasku formal sebelum menyelak buku nota di tangan. Kak Lin dah mula pandang pelik dan aku tahu lepas ni mesti sesi bersoal-jawab akan bermula.
                “Kak Lin, biar Hana handle  ye. Terima kasih Kak Lin…” Aku mengukir senyuman tawar dekat Kak Lin dan Kak Lin segera mengangguk faham. Sempat dia mengenggam tangan aku sebelum berlalu dari situ.
                “How are you?”
                “Alhamdulillah sihat. Encik Danial nak tempah lukisan ke? Untuk pejabat ataupun rumah?” Laju aku menyoal, menandakan bahawa aku lebih suka kalau kami bercakap mengenai kerja daripada ungkit pasal benda lalu.
                “Saya datang nak jumpa awak…”
                Sekali lagi aku menarik nafas. “Ada apa?” Soalku tenang dan terus menutup buku nota. Bukannya Danial nak beli lukisan pun.
                “Saya dah lama tak jumpa awak dekat kampung. Kenapa?”
                “Keluarga saya sibuk. Lagipun kami bukannya diperlukan pun dekat sana.” Sarkastik jawapan yang aku bagi untuk soalan dia. Bukannya dia tak tahu apa yang berlaku dalam keluarga aku ataupun sebenarnya keluarga kami berdua.
                “Awak masih tak maafkan saya?”
                “Kalau saya tak maafkan awak, saya takkan cakap dengan awak langsung. Saya bukan pendendam, Danial. Dah jodoh awak dengan Tina, siapalah saya nak menghalangnya kan?” Aku pandang Danial dengan muka yang tenang  walaupun hati ni tak adalah setenang mana pun.
                “I’m sorry, Hana. Saya tahu saya yang bersalah.”
                “Tak ada siapa pun yang bersalah dalam hal ni. Sejujurnya, saya tak suka cakap pasal benda ni lagi. Saya dah move on. Awak pun dah move on. Let’s forget about this, shall we?”
                Ayah dan mak aku selalu pesan walau jahat macam mana seseorang tu pada kita, sentiasalah bersabar sebab insya-Allah satu hari nanti Allah SWT akan balas dengan kebaikan. Kalau dulu, memang aku benci sangat dekat Danial. Nak tengok muka dia pun tak lalu tapi sekarang ni baru aku sedar, memang susah nak lupakan apa yang dia buat pada aku tiga tahun lepas tapi sakitnya dah kurang. Mungkin sebab aku dah redha dengan semuanya dan percaya Allah lebih mengetahui segalanya.
                “Saya…” Aku menunggu kata-kata Danial yang seterusnya tapi dia hanya meraup mukanya dan terus mendiamkan diri.
                “Ada apa-apa masalah ke?”
                “Tina… dia nak mintak cerai.”
                Terus mulut aku terlopong.


KATA-KATA Danial di galeri tadi asyik berlegar-legar dalam kepala otak aku ni. Kenapalah Tina sanggup nak buat benda macam tu? Dulu beria nakkan si Danial tu sampaikan aku terpaksa melepaskan lelaki yang aku sayang tu demi dia tapi sekarang ni, apa dah jadi?
                “Dia nak mintak cerai.”
                “Kenapa?”
                “Dia cakap yang saya tak sayangkan dia. Dia tak nak hidup macam orang yang terbiar tanpa kasih sayang seorang suami.”
                Alasan lapuk! Aku tak percaya yang Tina nak minta cerai semata-mata sebab dia ingat Danial tak sayangkan dia. Aku kenal sangat dengan Tina tu. Dari kecil sampai besar, dia selalu dimanjai oleh semua orang. Sebab tu apabila dah besar, jadi macam tu!
                Apabila aku cerita dekat Farah pasal hal ni, dia pun naik berkerut dahi. Farah sendiri pun tak percaya dengan alasan yang Tina bagi tu. Nampak sangat yang Tina tu sengaja nak buat orang kecoh pasal dia.
                “Danial tu sanggup tinggalkan kau untuk dia tau. Boleh dia cakap yang suami dia tu tak sayangkan dia?! Aku tak boleh terima langsung!” Farah dari tadi asyik membebel pasal Tina. Bantal yang dia tengah peluk tu pun dah beberapa kali ditumbuknya.
                “Aku pun tak tahu la kenapa dengan dia tu.”
                “Hana…”
                “Hmm?”
                “Kau masih simpan perasaan dekat Danial ke?” Soal Farah perlahan dengan muka takut-takut.  Aku tahu kenapa dia buat muka takut sebab dia tahu aku tak suka cakap pasal benda ni lagi.
                “Aku memang tak boleh lupa apa yang jadi tiga tahun lepas tapi satu benda yang aku insya-Allah pasti, perasaan aku pada dia dah hilang dan aku sendiri pun tak pasti bila masa hilangnya.”
                “Aku lega kau cakap macam tu. Sebenarnya aku pun bukannya suka sangat kau berkawan dengan Danial dulu.”
                Kening aku bertaut. Pertama kali Farah cakap macam tu dekat aku. Sebelum ni dia tak pernah cakap pun yang dia tak suka aku berkawan dengan Danial. Berkawan di sini bukan bercinta sebab aku dengan Danial tak pernah bercinta. Kami tahu yang masing-masing suka sama suka tapi tak ada istilah bercinta di antara kami dan disebabkan itulah, Tina ambil peluang untuk jadikan Danial sebagai suami dia dengan alasan aku dan Danial bukannya ada hubungan apa-apa pun. Taktik apa yang dia guna untuk buat Danial jatuh cinta dekat dia, sila jangan tanya aku sebab aku pun tak tahu.
                “Kau tak pernah cakap pun sebelum ni?”
                “Selalunya orang yang dilamun cinta ni tak nak dengar cakap orang.”
                “Aku tak macam tu la…” Aku dah mencebik.
                “Kita tak payah cakap pasal dia lagi okey? Biarlah dia selesaikan sendiri masalah dia,” ucap Farah sambil menggeliat kecil. “Aku penat. Nak tidur dulu… Good night!” Dia bangkit dari duduk dan sempat mencubit pipi aku sebelum bergegas lari naik ke tingkat atas.
                Aku hanya mampu menggeleng sebelum ketawa kecil mengenangkan perangai Farah yang langsung tak berubah dari dulu sampai sekarang.
                Dan apabila teringat pasal Danial dan Tina, terus aku rasa pening. Macam-macamlah dia orang ni!

Photobucket

2 comments:

  1. menyampahnya daniel 2.. dah nak cerai, cerai je la buat ape g kacau hana lagi..

    ReplyDelete
  2. tina nak mintak cerai.so what???awat pulk nak kena habaq kat hana.nak lafaz talak tu kena dari mulut hana ke?nmpk sangat xder kredibiliti pemimpin keluarga la encik daniel.p main jauh2 ok.

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers