Tuesday, April 12, 2011

My Everything 6 ( End )

“IKAN KUKUS dah dapat.So boleh bagitahu abang apa yang sayang rahsiakan dari tadi?” tanya Hafiz sambil menongkat dagu.Aina hanya tersenyum kecil sambil memasukkan secubit ikan kukus ke dalam mulutnya.

“Sedap!”

“I told you so!” Hafiz mengangkat kening.

“Lain kali nak belajar dengan abanglah.” Aina masih lagi ingin berahsia.Sengaja ingin mengusik suaminya.Tahu sangat yang suaminya terdesak nak tahu apa yang disembunyikan.

“Sayang, please tell me the secret!”

Aina menongkat dagu sambil tersengih.Hidung suaminya dicuit.

“Malam nanti Aina bagitahu abang, boleh?”

Hafiz cepat-cepat menggeleng.

”Sekarang jugak nak tahu.Tadi Aina cakap lepas abang masak ikan kukus, Aina nak bagitahu.”Bibir Hafiz dah memuncung.Aina tergelak kecil.Dia suka tengok Hafiz merajuk.Nampak comel di matanya.

“Ala, merajuk ke?” Aina sudah bangkit dari duduknya dan berdiri di hadapan Hafiz.

Hafiz menggeleng dengan bibirnya masih dimuncungkan.

“Okey.Aina bagitahu abang but with one condition.” Kata Aina sambil memegang kedua-dua belah pipi Hafiz.Dia tersenyum sebaik sahaja melihat bibir Hafiz yang dah mula mengukir senyuman.

“Apa syaratnya?”

“Jangan peluk Aina kuat sangat lepas dengar benda ni.Boleh?” Aina bertanya dengan kening yang terangkat.

“Okey tapi bergantung lah jugak.Bagitahu jelah.Please...”Hafiz sudah menarik lengan Aina supaya duduk di atas ribanya.

“Hmm...”

“Yes?” Hafiz menanti jawapan dari bibir comel isterinya.

“Nanti kan Aina dah tak boleh jaga abang macam dulu tau.Our baby needs more attention.” Kata Aina sambil tersenyum.Dia memandang Hafiz yang masih lagi terdiam.

“Abang, do you hear me?”

Hafiz memandang Aina lama.Cuba mencerna apa yang baru sahaja terlontar dari mulut isterinya itu.Our baby needs more attention?

“Baby...”

“Ya bang.Anak kita.”

Perlahan-lahan Hafiz mula tersenyum.Aina yang masih duduk di atas ribanya dipeluk.Berkali-kali dia mengucap syukur.

“Bila tahu pasal ni?”

“Hmm...semalam.Sorry lambat bagitahu abang.”

Hafiz hanya menggeleng sambil mengusap rambut Aina.

“Terima kasih Aina...” Hafiz memeluk lagi sekali tubuh Aina.Aina tersenyum sebelum mencium pipi suaminya.

**

Haris dan Serina tersenyum-senyum sebaik sahaja mendengar berita yang Aina mengandung.Serina hanya memaut lengan Haris sambil melentokkan kepala di bahu suaminya itu.Perut yang dah sarat diusap lembut.

“Dah berapa lama?” Soal Haris sambil tersenyum.

“3 minggu.”

“Tahniah untuk korang.Hafiz, jaga elok-elok tau Aina.Aina, kalau Hafiz nakal ke apa...just tell me.” Serina berpesan sambil menjegilkan mata ke arah Hafiz yang hanya mengekek ketawa.

“Beres kak.” Aina tersenyum.Hafiz yang berada di sebelah dikerling.

“Dengar tu bang...”

“Dengar yang...”

“Mak dah tahu ke pasal ni?” Tanya Haris lagi.

“Tahu.Mak cakap nak buat makan-makan sikit nanti.”

“Seronoklah mak.Dah nak dapat cucu lagi.Rina ni pun dah dekat nak bersalin.” Kata Haris sambil memandang isterinya yang nampak letih.

Serina hanya tersenyum sambil mengusap perutnya yang tiba-tiba sahaja terasa sakit.Haris yang dapat merasakan pegangan Serina di lengannya semakin kuat.

“Kenapa ni?”

“Perut sakit.Macam dah dekat je.” Tutur Serina perlahan.

“Hah?!” Haris bingkas bangkit.

“Bang! Air ketuban dah pecah!” Serina menggigit bibirnya.Haris yang sememangnya panik menjadi makin panik.Terus dia mencempung tubuh Serina.

“Fiz, kau pergi bukak pintu kereta sekarang.” Arahnya.Hafiz segera mencapai kunci kereta Haris yang diletakkan di atas meja sebelum berlari ke luar rumah.Aina pula memimpin tangan Aiman mengikut langkah Haris dan Hafiz.

“Biar aku bawak kereta.Kau duduk belakang, Haris.” Kata Hafiz sambil menghidupkan enjin kereta.Aina cepat-cepat duduk di sebelah tempat pemandu sambil memerhatikan Serina yang mengenggam kuat tangan Haris.Aiman segera mengambil tempat di hujung kaki Serina.Perlahan-lahan kaki ibunya dipicit-picit.

“Ibu kena kuat tau.Aiman sayang ibu.” Ucap Aiman sambil mengusap perut Serina.

Serina cuba mengukir senyuman untuk anak tirinya.Dia mengusap rambut Aiman.

“Ibu pun sayang Aiman.Sayang papa.”

Haris yang mendengar kata-kata Aiman mengelap air matanya yang mengalir.Di saat seperti sekarang, dia kembali teringat arwah isterinya dahulu.

“Sayang sabar ye.Kita dah dekat nak sampai ni.”

Serina hanya mengangguk sambil mengenggam tangan Haris dan Aiman.Terasa kesakitannya semakin berkurangan.

***

“Comelnya!” Aina mengucup pipi Hani yang kemerahan.Serina dan Haris hanya tersenyum melihat gelagat Aina.

“Anak kita nanti pun mesti comel macam ni.” Hafiz mencuit hidung Hani yang comel.

“Hani comel macam mama Aiman.” Tiba-tiba Aiman bersuara sambil mencium pipi Hani.Haris mengusap lembut rambut anaknya.Hani Amira...nama arwah isterinya telah diabadikan untuk anak perempuannya ini.Serina turut tersenyum.Memang dia ingin menamakannya anaknya dengan nama Hani Amira.

“Lepas ni kita tunggu baby aunty Aina pulak.” Ucap Serina sambil tersengih.Aina yang masih ralit mengendong Hani tersentak.Muka dia berubah menjadi merah.

“Ye..ye.Tunggu baby kami pulak ye.” Hafiz memeluk bahu Aina.

Aina hanya tersenyum sambil memandang suaminya.Tak sia-sia mak menyuruh dia bekerja sebagai cikgu tadika.Kalau tak kerana dia seorang cikgu di sana, mungkin dia tidak akan berjumpa dengan suaminya yang tersayang ni.Dan mungkin jugak dia tidak dapat mengenali insan-insan di hadapannya. Dia bahagia! Sesungguhnya perancangan Allah S.W.T. memang yang terbaik.

You’re my everything, sayang.” Hafiz berbisik lembut di telinganya sambil mengusap pipi Hani.Terima kasih abang!

p/s : Akhirnya tamat jugak My Everything.Enjoy! :) ♥


Photobucket

14 comments:

  1. yeyyyy..... hepi ending.... sweet :)

    ReplyDelete
  2. sweet...sweet...suka...suka... :)

    ReplyDelete
  3. LiL' Sis : Hehehe.. :) Thank you.

    saprina : hehe..terima kasih akak :D

    ReplyDelete
  4. Akhirnye kahwin juga diorang, heppinye;)
    lama tunggu citenya;)

    ReplyDelete
  5. awww.... hafiz ni.. jenis senang tau klo isteri dia rahsiakan pape erk? best22!! hahahaha!!

    tggu baby aina ngn hafiz pulak! yay!!!

    and finally, they lived happily ever after.....

    ReplyDelete
  6. mula-mula baca my everything ni terus tertarik , hehe ( mentang-mentang nama dia sama dengan saya ) haha . tak lah . sebab novel ni best ! sweet jea dua orang tu ! tersengeh saya dengan hafiz and aina tu . macam kawan saya : hafiz and aina jugak nama dia . hahaha so sweet

    ReplyDelete
  7. redpepper here.
    the flow of the story is quite inexpressble...
    it seems not completely immature.
    just try harder.n do much better in ur next imgination
    hope u get wat did i mean.
    ^^ fighting !

    ReplyDelete
    Replies
    1. I was 18 when I wrote this story. Sebab tu agak tak immature :) Thanks for reading anyway.

      Delete
  8. bestt.. gilerrrrrr!!

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers