Saturday, December 19, 2009

Unforgettable Part 7



Hana mengadap laptopnya sambil memakai headphone di kepalanya.Mulutnya terkumat-kamit cuba untuk mengikuti lirik lagu yang terpampang di skrin laptopnya.Sekali-sekala dia memejam matanya sambil cuba mengulangi lirik tersebut.Kemudian, dia melihat kembali video-video klip yang menayangkan persembahan lima orang jejaka.Haruhi yang melihat hanya mampu menggelengkan kepala.

"Hana,kau pasti ke ni?"tanya Haruhi sambil menarik kerusi lalu duduk di sebelah Hana.

"Aku pastilah.Kalau tak, takkanlah aku nak buat kerja ni.Letih dan memeningkan kepala aku."jawab Hana.Dia kemudiannya menghulurkan headphonenya kepada Haruhi.

"Cuba kau dengar."

"Lagu ni,hmm..Unforgettable."jawab Haruhi sambil menutup matanya.

"Best tak?"

"Sejak bila kau minat diorang ni?"

"Sejak beberapa hari nilah."kata Hana.Dia kemudiannya bangun menuju ke dapur dan menyediakan air minuman untuknya dan Haruhi.Dua mug diletakkan di kabinet dan seterusnya dia mencapai dua paket serbuk Nescafe 3 and 1.Dengan berhati-hati dia menuangkan air panas ke dalam kedua-dua mug dan membawanya ke ruang tamu.

"Terima kasih."ujar Haruhi sebaik sahaja Hana menghulurkan satu mug air Nescafe kepadanya.

Hana meneguk air Nescafenya dengan perlahan-lahan. "Aku kena cuba sedaya-upaya.Kalau ini lah saja cara untuk aku jumpa balik dengan Daniel, aku sanggup."kata Hana sebelum meletakkan kembali mugnya di atas meja dan terus menyambung kerjanya tadi.

"Kau rasa siapa yang beri surat tu?"tanya Haruhi.Hana segera berpaling sebelum mengeluh perlahan.

"Entah tapi surat tu aku letak bawah meja Daniel masa hari aku pindah.Tapi bila aku tengok balik, sampul surat tu macam baru je.Kalau ikutkan logik, sura tu dh dkt 10 tahun, mustahillah boleh lawa lagi.Paling tidak pun mesti dah koyak sikit."jawab Hana.

"Hmm..biarlah Hana.Mungkin nanti kau tahu lah.Aku doakan yang terbaik untuk kau.."ujar Haruhi sambil menepuk perlahan bahu Hana dan terus masuk ke dalam biliknya.Hana memandang ke arah pintu bilik Haruhi dan memikirkan sesuatu sebelum menyambung kerjanya.

"Hello."

"Hello Haruhi.Ada apa-apa masalah ke?"

"Tak ada Fay tapi awak pasti ke dengan cara ni, Hana akan berjaya?"tanya Haruhi.Kedengaran suara Fay yang sedang mengeluh.

"Saya tak pasti tapi andai kata kalau Hana boleh lakukan semuanya dengan baik, takkan ada halangan untuk dia berjaya."

"Bila temuduga tu?"

"Lusa.Hana dah bersedia?"

"Siang malam dia duduk menghadap laptop.Dan saya yakin kawan saya tu akan berjaya."jawab Haruhi dengan yakin.

"Baguslah kalau macam tu.Kita doakan yang terbaik."

"Okay.Apa-apa pun terima kasih Fay sebab banyak tolong Hana."kata Haruhi sambil tersenyum.Kemudiannya dia ketawa kecil.'Macamlah dia boleh nampak aku senyum.'

"Kenapa awak ketawa Haruhi?"kata-kata Fay menyebabkan Hana tersentak.Malu!!

"Tak ada apa.Saya tengok cerita tadi.Oklah Fay.Bye!"Selepas menamatkan perbualan mereka, Haruhi berbaring di atas kepalanya sambil memikirkan apa yang akan terjadi lusa nanti.

"Ganbatte Hana!"jeritnya perlahan sambil tersenyum.

****************************************************************************

Di bilik muzik, ahli-ahli kumpulan V-Pop sedang sibuk menyusun borang-borang yang perlu diisi oleh pemohon.Beberapa orang pekerja syarikat itu pula telah ditugaskan untuk menampal kain rentang di beberapa tempat.

"Apa kata kalau kita letak syarat?"cadang Fay sambil tersenyum.Kawan-kawannya yang lain berpandangan sesama sendiri.

"Syarat? Apa maksud kau?"tanya Shin.

"Siapa yang nak jadi pengurus kita, kena tahu nyanyi dan main alat muzik."terang Fay.Kawan-kawannya yang lain hanya mengangkat kening sambil ketawa.

"Ada ke orang yang pandai dua-dua? Kalau tak ada, sampai sudah lah kita tak ada pengurus."kata Carl masih lagi ketawa.

Fay memasamkan muka apabila cadangannya diketawakan oleh kawan-kawannya."Ada.Bukan kita je pandai nyanyi dan main alat muzik."

"Bagus jugak cadangan Fay.Aku sokong dia."kata Daniel sebelum bangun menuju ke arah tingkap.Dia merenung keluar sambil memerhatikan gelagat orang ramai.

"Kau sokong, Daniel?"tanya Fay kurang percaya.

"Yes.Aku sokong."ujar Daniel.Fay hanya tersenyum.

"Kalau dah ramai orang sokong.Aku pun sokong jugaklah."balas Max.

"Bagus-bagus."kata Fay dengan riang.

"Aku nak pergi tandas kejap."Fay bergegas keluar sebelum menelefon seseorang.

"Hana, beres."katanya sebaik sahaja mendengar suara Hana.Dengan segera perbualan mereka berdua tamat.

"Hana, chaiyok!"jerit Fay di dalam hati.Kemudian dia kembali semula ke bilik muzik dengan senyuman dan dia memberikan pandangan penuh makna kepada Daniel.Daniel yang memandangnya hanya mengerutkan dahi apabila melihat kelakuan aneh Fay.

********************************************************************************


"Semua dah ready?"tanya Encik Hau yang merupakan pengurus besar syarikat mereka.

"Semuanya dah ready, Encik Hau."jawab Shin.Daniel, Fay, Max dan Carl hanya tersenyum.

"Baiklah, mari kita pergi blik temuduga sekarang."mereka berenam segera bergerak menuju ke bilik temuduga dan jeritan-jeritan sudah mulai kedengaran sebaik sahaja calon-calon pemohon melihat mereka.

"Kamu semua memang glamour sangat."kata Encik Hau sambil tersenyum.

Encik Hau segera menghampiri pekerjanya untuk memberikan arahan kepadanya.

"Baiklah, temuduga boleh dimulakan sekarang.Sila panggil pemohon pertama"

"Hello, saya Mary."ujar pemohon pertama dengan malu-malu.

"Hello Mary."jawab mereka serentak dan tanpa sebarang amaran, Mary terus pengsan.Kelam-kabut mereka cuba untuk membangunkan dia.

"Saya rasa dia tak boleh jadi pengurus kita."kata Max.Kata-katanya disokong oleh kawan-kawannya yang lain.Mereka hanya memerhatikan Mary dibawa pergi dengan menggunakan pengusung.

Setelah hampir lima jam, mereka masih tidak menjumpai calon yang sesuai.Masing-masing sudah keletihan.Hanya Fay seorang sahaja yang masih bertenaga.Kemudian pintu dibuka dan semua ahli kumpulan V-Pop apabila melihatnya.

"Anne!"kata Daniel dengan kuat.

"Hi semua."ujar Anne sambil tersenyum.Kemudian dia mencapai gitarnya dan mula memainkan lagu.

You're on the phone with your girlfriend,
She's upset,
She's going off about something that you said,
She doesnt get story your story like I do.

I'm in my room,
It's the typical Tuesday night,
I'm listening to the kind of music she doesnt like,
And she'll never know your story like I do.

But she wears short skirts,
I wear T-shirts,
She's cheer captain,
And I'm on the bleachers,
Dreaming about the day when you wake up,
and find that what you're looking for has been here the whole time.

If you could see that I'm the one who understand you,
Been here all along, so why cant you see,
You belong with me, you belong with me..

Tepukan yang gemuruh diterima oleh Anne sebaik sahaja dia selesai menyanyi.Dia tersenyum manis apabila melihat Daniel yang tersenyum apabila mendengar persembahannya.Dia merenung ke arah Fay yang kelihatan sangat gelisah.

"Bagus.Nyanyian awak bagus dan awak pandai main alat muzik."kata Encik Hau sambil tersenyum.

"Terima kasih."jawab Anne tersipu-sipu malu.

Encik Hau mengangguk kepalanya sebelum berkata"Saya rasa kita dah jumpa calon yang sesuai."

'Tidak! Macam mana dengan Hana!!'jerit Fay di dalam hati.

Daniel dapat melihat muka Fay berkeriut apabila mendengar kata-kata Encik Hau.Dia segera menghampiri Fay dan menepuk bahunya.

"Kenapa dengan kau?"

"Tak ada apa."

"Encik Hau, kita ada seorang lagi calon."mereka semua memandang ke arah lelaki itu.Fay menarik nafas lega manakala Anne mula berasa gelisah.



No comments:

Post a Comment

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers