Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Sunday, March 31, 2013

Cerpen : Ku Menunggu (Last)




            AKU bermain-main dengan hujung tudung dan hanya mendiamkan diri. Iman Zikri turut mendiamkan diri dan memandang aku sejak dari tadi. Serba tak kena aku dibuatnya. Kenapa tiba-tiba kami berdua boleh jadi sangat awkward padahal kami telah pun sah menjadi suami isteri?
            “Do you hate me now?” Soal Iman Zikri perlahan. Aku terus angkat muka dan memandang dia dengan muka terkejut. Kenapa pulak tetiba tanya soalan macam tu?
            “Huh?”
            Iman Zikri tarik nafas panjang manakala aku mula mengenggam tangan sendiri. Memang sangat tak selesa bila suami sendiri tanya soalan benci-membenci ni lepas kami berdua dah selamat jadi suami isteri. Apa motif Iman Zikri nak buat dia rasa macam ni?
            “I’m asking you, do you hate me?”
            “Kenapa tanya soalan macam tu?” Soalku dengan nada kurang selesa. Iman Zikri terus duduk di sebelah aku sebelum dia mengambil tangan aku lalu diusapnya lembut.
            “Saya mintak maaf.”
            “For what?”
            “For not telling you the truth.”
            Aku terdiam dan hanya memandang dia. Menanti untuk kata-kata dia yang seterusnya.
            “Ingat tak hari tu saya cakap yang saya dah lama kenal awak?”
            Aku angguk kecil. Memang sampai sekarang aku ingat pasal hal tu, cuma aku hanya tunggu Iman Zikri sendiri yang bercerita.
            “Pertama kali saya jumpa awak masa awak kerja dekat Butik Impiana dulu…”
            “What?” Terlopong terus mulut aku. Aku baru lepas SPM kot masa tu!
            Iman Zikri tersenyum sambil mengangguk. “Masa tu awak tengah susun baju dekat rak.  Awak sangat comel masa tu dan kalau boleh, hari-hari saya nak lalu dekat depan butik tu semata-mata nak tengok awak.”
            Muka aku terus merah. “Err… tapi sekarang ni saya dah 25 tahun. Takkanlah 7 tahun awak suka saya sorang je?”
            Iman Zikri ketawa kecil sebelum mengusap pipi aku. “You think?” Tanyanya dengan kening terjungkit. Aku terkedu. Mustahillah dia boleh sukakan aku selama tu! Mustahil!
            “Mustahil,” ucapku sepatah.
            Dia masih lagi tersenyum dan hati aku makin cair. Sungguhlah aku tak suka bila tengok dia senyum. Kalaulah aku ni lilin, dah lama cair tau!
            “Nothing is impossible in this world, sayang.”
            “Tapi 7 tahun tu bukan sekejap?”
            “Sekejap atau lama… tu bukan masalahnya. Asalkan hati ni…” Dia meletakkan tapak tangan aku di dadanya. “… tahu apa yang dia nak dan apa yang abang nak dari dulu sehingga sekarang adalah menjadikan Nad isteri abang yang sah…”
            Tak tertelan air liur apabila dia membahasakan diri dia ‘abang’. Aku tertunduk malu sebelum menggaru kepala yang tak gatal.
            “Ada something yang saya nak tanya.”
            “Apa dia?”
            “7 tahun lalu, awak pernah datang butik tu pakai baju t-shirt warna biru muda, seluar jeans hitam dan cap warna putih kan?” Soalku perlahan sambil memandang dia.
            “Err… entahlah. Abang tak ingat.”
            “Saya ingat. In fact….” Aku keluarkan telefon bimbit sebelum menggeledah gallery photo mencari gambar dia yang pernah aku tangkap 7 tahun dulu. Bila aku fikir balik, nampak sangat aku ni stalker dulu!
            “Ni…” Aku hala telefon bimbit dekat dia dengan muka merah. Dia ambik telefon bimbit tu dari tangan aku dan memandangnya untuk beberapa minit.
            “I see…” ucapnya perlahan dan terus memandang aku. “Maknanya Nad pun dah sukakan abang dari dulu la ni?”
            “Awak nampak cool sangat tapi saya sedih bila awak sombong dengan saya.”
            “Bukan ‘awak’, Nad. Call me ‘abang’.”
            Tersedak aku dibuatnya bila Iman Zikri cakap macam tu. Teragak-agak aku berpaling ke arahnya sebelum menolak rambut ke belakang telinga.
            “Okey…  abang…”
            “Good. Abang suka…” Dia sengih. “… and by the way, abang bukan nak sombong la time tu. Cuba imagine… Nad pertama kali jumpa dengan someone yang buat jantung Nad berdegup kencang macam baru lepas lari 100 meter. It was an awkward moment. I didn’t know what to do.”
            “Malu eh time tu?”
            Dia mengangguk dan aku tersenyum kecil.
            “So, abang memang cari Nad selama ni?”
            Iman Zikri menggeleng dan aku pulak rasa malu sendiri. Bila dia cakap yang dia sukakan aku selama ni, aku assume yang dia akan cari aku tapi rupanya tak pun. Perasan betul kau, Nad!
            “Abang doa biar abang jumpa Nad kalau memang Nad jodoh abang. Tak kira jauh mana pun Nad duduk, andai dah tertulis Nad jodoh abang… kita pasti jumpa balik dan alhamdulillah Allah makbulkan doa abang. Tak sangka boleh jumpa Nad dekat KLIA hari tu.” Dia sengih sambil mengusap rambut aku. Aku pandang dia sebelum turut tersengih.
            “Tapi… Nad rasa bersalah dekat Farid. Sampai sekarang dia hilang…”
            “Dia tak hilang la… Dia pergi rehatkan badan.”
            “Macam mana abang tahu?” Soalku dengan dahi berkerut.
            “Dia call abang semalam. Mintak maaf untuk segalanya dan dia suruh abang bagitahu dekat Nad yang dia mintak maaf sebab buat Nad serba-salah hari tu. Dia harap Nad masih anggap dia bestfriend Nad.”
            “Of courselah! Dia kawan baik Nad insya-Allah sampai bila-bila.” Aku tersenyum sebelum mencapai tangan Iman Zikri dan mengusapnya lembut.
            “Abang…”
            “I’m sorry…”
            “Kenapa?”
            “Sebab Nad, abang kena tumbuk teruk dengan Farid dulu. Sampai lebam muka. Nasib baik still handsome lagi.” Aku usap pipi dia dengan lembut. Tapi bila ingat balik waktu dia mempertahankan aku hari tu, rasa nak senyum je! Cool gila tau dia masa tu.
            Iman Zikri tersenyum dan entah kenapa makin lama muka dia makin kabur.
            “Nad! Nad!”
            Terkebil-kebil aku memandang Iman Zikri dengan dahi yang berkerut. Eh, macam mana aku boleh terbaring ni? Tadi bukan tengah sembang-sembang dengan Iman ke?
            “Are you okay?”
            Aku angguk. “Tadi bukan ke kita tengah sembang?”
            “Hah? Saya baru je masuk bilik. Tengok-tengok awak dah tertidur…”
            Dahi aku berkerut. Hampeh! Aku mimpi rupanya! Arghh… hancur lebur segalanya tapi kenapa aku rasa macam real je semua tu tadi?
            “Ohh…”
            “Nad…”
            “Hmm?”
            “Do you hate me now?”
            Mulut aku terus terbukak luas. Eh, dejavu ke? Perlahan-lahan aku tersenyum sebelum memaut lengan Iman Zikri.
            “Nope. I love you!” Aku sengih dan dahi Iman Zikri dah mula berkerut.
            “Sure ke yang awak okey?”
            “Sure! Nad okeylah, abang. Don’t worry okay!” Aku bangkit dari duduk dan kucup pipi kanannya sebelum berlari masuk ke dalam bilik air.
            “Nad…” panggil Iman Zikri sambil mengetuk perlahan pintu bilik air.
            “Yes?”
            “I love you too… Abang akan jaga Nad insya-Allah sampai hujung nyawa and… Nad bukan mimpi tadi. Nad tiba-tiba pengsan maybe sebab penat sangat dan abang rasa seronok nak main-mainkan Nad nanti. You’re not having any dejavu, sayang…”
            Terus aku terbatuk-batuk dan membuka pintu bilik air dengan mata yang terbeliak.
            Iman Zikri berdiri di situ sambil tersenyum lebar dan perlahan-lahan dia menarik aku ke dalam pelukannya.
            “After all these years, abang tak pernah sangka abang akan dapat kahwin dengan Nad jugak.”
            Mula-mula aku tak balas pelukan dia tapi apabila mendengar luahannya, aku mula mengangkat tangan dan membalas pelukannya. Rasa selamat dan tenang bila berada dalam pelukannya sekarang ni.
            “Hmm…”
            “Thanks again…”
            “You’re welcome…”


p/s : Tak pernah tak buat cerpen yang agak mengarut :p Enjoy reading! 

Photobucket

5 comments:

  1. assalamualaikum n tq liya utk Iman n Nad yang saling melengkapi.akk rs mcm semput ckit pembacaan kali ni.cter best tp agk laju mcm trgantung ckit.bukn trgantung pd ending tp ntah somewhere u know better than me.apapun best jugak.

    ReplyDelete
  2. redpepper here.

    --'' err,to be frank, u're talented in writing ! but not 4 this one. heeee

    mmg x ngarut. tp . err, commentless.

    wordless.

    ReplyDelete
  3. x mengarutlah
    ermmm,, tpi mcm tergantung x thu part mne satu

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...