Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Monday, December 9, 2013

Bab 1 : Lelaki Idaman Si Dia

Ini cerita baru dari saya, insya-Allah :) Tengah usaha nak siapkan cerita ni ASAP since Kafe Damia dah hampir setahun keluar dekat pasaran tapi adiknya tak nampak-nampak jugak lagi sampai sekarang. Hehehe... enjoy reading and comments are loved! Thank you.
BAB 1
PAGI-PAGI lagi aku dah ada dekat KLIA ni. Ada dua sebab kenapa aku ada dekat sini sekarang ni. Sebab pertama nak ambik Abang Hazwan balik dari outstation dan sebab kedua pula, aku datang nak tengok kapal terbang. Ya, aku ada hobi yang sangat pelik bak kata kawan-kawan aku. Hobi tengok kapal terbang berjam-jam lamanya.
 Mula-mula, ingat nak sarapan dekat food court sementara tunggu Abang Hazwan sampai tapi tiba-tiba rasa malas pula. Baik tunggu Abang Hazwan sampai dan lepas tu boleh makan tengah hari dekat rumah Kak Huda! Jimat duit, sedap pula tu!
                Sampai aje dekat anjung tinjau, aku terus cari port yang agak tersembunyi. Perlahan-lahan aku melangkah ke sebuah kerusi yang terletak betul-betul dekat hujung sebelah kiri anjung tinjau dan duduk di situ sambil melihat sekeliling. Ada seorang lelaki berbaju t-shirt hitam yang tengah minum kopi dekat kerusi setentang dengan aku ni dan hujung sebelah sana lagi, ada sebuah keluarga yang tengah bergambar.
                Aku pandang balik lelaki yang tengah minum kopi tu sebab dari tadi aku rasa dia asyik tengok aku. Mula-mula aku rasa okey lagi sebab mungkin dia tengah tengok tempat lain tapi kalau mata dia tak berganjak dari tempat aku duduk ni, ni dah masuk kes naya! Mau ada yang lebam bijik mata nanti! Tak malu ke encik duk tengok anak dara orang?
                Dahi aku dah mula berkerut apabila lelaki tu tersenyum dan bangkit dari duduknya dan mula berjalan ke arah aku. Eh, kenapa pulak nak datang sini?
                “Excuse me?”
                Aku angkat kepala sambil memandang dia yang dah berdiri tegak di hadapan aku.
“Ya saya?”
                “Saya langsung takde niat pun nak buat awak rasa awkward tapi tudung awak… terbalik.”
                Terus aku tunduk dan pandang tudung aku.  Ya Allah! Kalau pakai tudung ni, memang tak sah kalau tak pakai terbalik! Macam mana aku boleh tak sedar ni? Muka aku dah mula rasa panas.
                “Saya…”
                “Terima kasih sebab tegur.” Aku bangkit dari duduk tanpa sempat dia nak cakap apa-apa lagi dan tunduk sedikit ke arah dia sebelum berlari laju ke tandas. Sempat lagi aku berpaling ke belakang dan terkedu apabila tengok lelaki tu ketawa kecil.
                Hampeh! Dia gelakkan aku!


“HANA!” Dari jauh lagi Abang Hazwan dah lambai tangan dekat aku. Aku gelak kecil sambil membalas lambaiannya dengan muka ceria. Lepas masuk dalam bilik air tadi, aku hampir-hampir nak menangis sebab malu. Muka aku pun panas semacam dan akhirnya lepas bertapa dalam bilik air hampir 15 minit sambil betulkan tudung aku, terus aku keluar perlahan-lahan untuk mengelak dari bertembung dengan lelaki tu lagi.
                “How’s your business trip?” Soalku sebaik saja Abang Wan berada di depan aku dan terus menyalami dia.  Abang Hazwan angkat kening sambil tayang muka muka pelik sebelum memandang aku lama tanpa menjawab soalan aku tadi. Siap kerut dahi segala lagi!
                “Kenapa Hana nampak lain hari ni?”
                “Hah?” Kali ni aku pula yang berkerut dahi. Lain? Aku nampak lain?
                “Nampak macam tengah lari dari someone.”
                Dang! Terdiam aku dibuatnya. Macam mana abang boleh buat yang aku memang tengah lari dari seseorang ni? Tapi orang tu tak tahu pun aku tengah lari dari bertembung dengan dia! Aku aje yang perasan lebih konon-konon nak lari dari dia.
                “Tak adalah. Hana nak lari dari siapa? Abang ni merepek je.” Aku buat muka selamba dan tenang sebelum mengambil beg roda Abang Hazwan dan menariknya ke lif. Makin lama aku dekat sini, makin bertambah peratusan untuk aku jumpa dengan lelaki tu tadi.  Kalau boleh aku nak lari sejauh mungkin dari sini. Biar tak jumpa lelaki tu sampai sudah!
                “Kita singgah food court dulu…”
                Kata-kata Abang Wan buat aku berhenti melangkah. Aku pandang Abang Wan dengan muka serba tak kena. Nak pergi food court jugak ke? Makan kat rumah tak boleh ke?
                “Kenapa nak makan kat food court? Kak Huda dah masak special untuk abang tau,” pancingku dengan harapan Abang Hazwan takkan duduk lama-lama dekat sini. Jomlah balik sekarang, Abang Wan! Kasihanilah adikmu ini…
                “Abang dah janji nak jumpa kawan kejap.”
                Jawapan Abang Hazwan buat aku sedar yang tak ada harapan untuk kami balik sekarang. Takkanlah dia nak mungkir janji pulak kan? Dengan malasnya, aku mengangguk juga sebelum mengikut langkah Abang Hazwan ke tingkat dua tapi sepanjang perjalanan tu, aku langsung tak angkat kepala sebab risau takut terjumpa dengan lelaki tu dekat sini pula. KLIA tu bukannya besar sangat sampaikan dua orang manusia tak boleh bertembung sampai dua kali kan?
                “Izz!”
                Abang Hazwan dah mula berjalan ke sebuah meja yang agak tersembunyi dan aku hanya mengekori dengan langkah perlahan tapi mata masih lagi liar melihat kiri dan kanan. Line clear! Aku tarik senyum lega apabila aku yakin yang lelaki tadi tu tak ada dekat sini. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah!
                “Wan… Apa khabar?”
                Aku terus berpaling memandang Abang Hazwan dan kawan dia sambil tersenyum lebar tapi sekarang ni sesungguhnya aku menyesal sebab buat macam tu. Mulut aku secara automatiknya terbuka luas sebab di depan mata aku sekarang, berdiri lelaki yang aku dari tadi sedaya upaya cuba nak lari. Nampak tak permainannya di situ? 
                Makin lari, makin jumpa nampaknya! Cepat-cepat aku tutup mulut yang terlopong sebelum berdeham kecil.
                “Alhamdulillah sihat. Kau?”
                “Aku pun alhamdulillah sihat. Jemputlah duduk…”
Aku teragak-agak apabila Abang Hazwan suruh aku duduk dekat sebelah dia. Ikutkan hati kecil aku ni, aku nak pergi jauh dari sini sampailah Abang Hazwan nak balik tapi rasa macam tak elok pula buat perangai macam tu dan kalau aku mintak diri dari sini, nampak sangat aku nak lari dari dia!
                Akhirnya aku duduk juga di sebelah Abang Hazwan sebelum aku tunduk dan bermain dengan jari aku.
                “Aku lupa nak perkenalkan. Ni adik aku, Hana…”
                Aku hanya senyum kecil dekat dia dan kembali tunduk. “Nice to meet you, Hana…” ucapnya perlahan tapi berjaya buat aku angkat muka dan memandang dia.
                “Nice to meet you too, Izz…” Panggil Izz pun tak apa kan? Takkan nak panggil Abang Izz pula?
                Dia tersenyum sebelum mengangguk.
                “Kau baru balik dari mana ni?”
                “Tak ke mana pun. Saja lepak dekat anjung tinjau sekejap tadi.” Sempat dia mengalihkan pandangannya ke arah aku apabila dia menyebut pasal anjung tinjau tadi. Sengajalah tu nak ingatkan aku pasal hal tadi!
                “Ohh…”
                “Kau nak tahu something tak?”
                Abang Hazwan angguk laju dan aku pula hanya muka buat selamba.
                “Aku jumpa someone dekat anjung tinjau tadi. Dia pakai tudung terbalik. Lepas tu, aku tegurlah dia. Dia punyalah malu sampai muka dia jadi merah gila!”
                Walaupun tak tengok cermin tapi aku pasti yang muka aku sekarang ni mesti dah macam muka orang dah dihempap pintu kayu yang berat sebab terlampau terkejut. Dia boleh cerita pasal aku dekat ABANG AKU sendiri! Kecik besar kecik besar aje aku tengok dia sekarang ni.
                “Lepas tu?”
                “Tadi aku nampak dia. Tudung dia dah okey…”
                “Hana ni pun selalu terpakai tudung terbalik.” Tiba-tiba Abang Hazwan cuit aku yang tengah pandang Izz dengan muka yang masih lagi tak percaya.
                “Alhamdulillah hari ni tudung dia okey,” sambung Abang Hazwan dan aku terus gigit bibir. Kalaulah Abang Hazwan tahu…
                “Yup. Alhamdulillah…” Izz tersenyum dan aku rasa macam nak sembunyi bawah meja. Kenapa kawan abang yang sorang ni asyik nak buli aku aje?
                “Kenapa Hana senyap je ni? Selalunya banyak je cerita yang keluar?” Soal Abang Hazwan pelik sambil memandang aku yang serba tak kena. Aku hanya senyum tawar sebelum memandang Izz sekilas dan kemudiannya mengalihkan pandanganku dekat Abang Hazwan.
                “Hana lapar.”
                Serentak Abang Hazwan dan Izz ketawa sebelum Izz bangkit dari duduknya dan kembali tak lama lepas itu dengan membawa sepinggan nasi yang penuh dengan lauk.
                “Nah…”
                “Untuk saya?”
                Dia angguk sebelum berlalu lagi dan kembali dengan membawa milo ais untuk aku. Aku pandang dia tak berkelip sebelum mengalihkan pandangan pada nasi dan air dekat depan mata ni. Sebenarnya aku tak adalah lapar sangat. Yang tadi tu cuma alasan nak balik cepat tapi nampaknya usaha aku tak berjaya.
                “Thanks…” ucapku perlahan. Dia hanya mengangguk dan tersenyum kecil sebelum kembali berbual-bual dengan Abang Hazwan. Aku pandang nasi tu lagi sekali dan akhirnya dengan lafaz bismillah, sesudu nasi dah selamat masuk ke dalam mulut. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari kan? Dah ada orang nak belanja, makan ajelah!
                “Sedap?” Nyaris-nyaris aku nak tersedak apabila Izz bertanya.
                “Sedap. Terima kasih…”
                “Next time awak yang kena belanja saya for helping you with your tudung.”
                Terus aku pandang dia dengan mata terbeliak dan dia ketawa. Patutlah dia berani nak cakap pasal tudung tu sebab Abang Hazwan dah menghilang entah ke mana. Khusyuk sangat aku makan sampai tak sedar abang kesayangan dah hilang.
                “Mana Abang Wan?”
                “Beli air.”
                “Ohh…”
                “Tak sangka awak adik Hazwan.”
                Aku senyum. “Tak sangka awak kawan abang jugak.” Ya, memang aku langsung tak sangka yang dia ni kawan abang. Punyalah beria aku nak lari dari dia tapi akhirnya bertemu juga kami di sini.
“Sejak bila awak kenal Abang Wan?”
                “Dah lama. Tak ingat bila…”
                “I see…” Aku tunduk memandang jari. Awkward!

Photobucket

12 comments:

  1. hihihi aduii malu nya hana..cm ne leh pkai tbalik.. 2 lah nk lari sgt..last2 tjupe dpn mata.. mcm bjodoh plk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kadang2 tu tak sedar pun pakai tudung terbalik. Saya pun pernah kena macam ni :)

      Delete
  2. Starting yg bagus! Izz saja la tu nk jumpa Hana lagi pasni nk mintak belanja bagai hihi

    ReplyDelete
  3. best2....klakar la hana pakai tudung terbalik.......nk lg n3 seterusnya

    ReplyDelete
  4. Okeh! Kite dh bce xde yg berubah msih ats landasan terawal..kehkeh..

    -You know me- hahahaha

    ReplyDelete
  5. akk bc sambil tersengih2 duk byg hana dgn tudung trbalik dia tuh.emm,bila masa wan kenalkan nama izz dekt hana yer.sbb hana boleh tahu nm dia izz."nice to meet you too,izz".part tu akk keliru ckit.duk tekan cursor atas bwh tgk2 kut ada part trleps pndg.lain2,bagus.

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...