Friday, December 25, 2009

Unforgettable Part 11


Hana sedang mengemas cd-cd yang berteraburan di atas lantai manakala Anne pula sedang mengelap alat-alat muzik.Ahli-ahli kumpulan V-Pop yang lain pula sedang berlatih di dalam bilik khas mereka.

"Hi."

Hana segera berpaling.Dia tersenyum ke arah lelaki di hadapannya."Apa khabar, Encik Hau?"

"Baik, Hana.Awak?"

"Saya baik je.Anne, awak kenal kan Encik Hau?"tanya Hana sebaik sahaja Anne menghampiri mereka.

"Kenal."ujar Anne seraya menjabat tangan Encik Hau.

"Mana mereka?"tanya Encik Hau sambil matanya meliar mencari kelibat ahli-ahli kumpulan V-Pop.

"Ada dalam bilik latihan."

"Hana, tolong panggil Shin dan segera jumpa saya di pejabat."arah Encik Hau.Hana menganggukkan kepala dan segera menuju ke arah bilik latihan.Dia mengetuk perlahan dan tidak lama kemudian pintu itu terbuka.

"Shin, Encik Hau nak jumpa."kata Hana.Shin menganggukkan kepala dan mengikuti Hana.Hana yang baru teringat mengenai sesuatu berpatah balik.

"Fay, boleh minta tolong tak?"tanya Hana sambil tersenyum.

Fay mengerutkan dahinya."Apa?"

"Tolong ambik Haruhi.Saya kena pergi jumpa Encik Hau.Takut nanti tak sempat nak ambik Haruhi."

Fay tersenyum."Haruhi! Okay.Nanti aku ambik."

"Thanks."balas Hana sambil mengenyitkan mata.

"No problem."

"Kenapa Encik Hau nak jumpa?"tanya Shin.

"Entahlah.Macam penting je."

Shin mengetuk pintu bilik pejabat Encik Hau.Mereka masuk sebaik sahaja mendapat kebenaran.

"Baguslah awak berdua dah sampai.Saya ada benda penting nak cakap."ujar Encik Hau sambil menilik beberapa helai kertas.

"Apa dia, Encik Hau?"tanya Shin.

"Saya tak pasti bila tapi pihak atasan dah buat keputusan untuk mengadakan satu aktiviti bersama peminat."

"Aktiviti bersama peminat?"

"Ya.Mungkin pergi camping."

Hana membulatkan matanya.'Camping! Bestnya!'

"Bagus idea tu Encik Hau."sokong Hana.

"Ya, saya pun setuju Encik Hau."

"Baguslah kalau awak berdua setuju.Sekarang ni mari kita berbincang."

*********************************************************************************

Haruhi sudah lama berdiri di luar bangunan.Kakinya sudah naik lenguh menantikan Hana.

"Mana Hana ni? Janji nak datang ambik."keluhnya sambil melihat jam di tangan.Sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapannya.

Haruhi mengintai untuk melihat siapa pemandunya.Alangkah terperanjatnya dia apabila melihat Fay keluar dari perut kereta sambil tersenyum ke arahnya.

"Fay! Mana Hana?"

"Hana minta saya tolong ambil awak."

"Kenapa?"

Fay menyebak rambutnya sedikit.'Aduh..handsomenya.' kata Haruhi di dalam hati.

"Dia kena pergi jumpa Encik Hau."

"Ohh.."

"Marilah masuk.Takkan nak berdiri je."kata Fay.Dia membukakan pintu untuk Haruhi.Haruhi perlahan-lahan masuk ke dalam kereta dengan jantung yang berdegup dengan pantas.

"Saya bawak awak pergi makan dulu, boleh?"tanya Fay semasa mereka berdua sudah berada di dalam kereta.

"Boleh."jawab Haruhi sepatah.Dia mengenggam kuat beg tangannya.

Fay memarkirkan keretanya di hadapan Restoran Jumbo.Haruhi yang tidak pernah pergi ke restoran itu pelik dengan namanya.'Jumbo?'

"Marilah."ujar Fay seraya menarik tangan Haruhi.Muka Haruhi berubah menjadi semerah buah strawberi.

Fay memilih tempat yang berdekatan dengan sebuah akuarium.Kemudian dia menggamit seorang pelayan.

"Awak nak makan apa?"tanya Fay sambil menghulurkan menu kepada Haruhi.Haruhi menilik menu dengan dahi berkerut.Dia tidak tahu apa yang harus dipilih.

"Saya tak tahu.Ikut awaklah."

"Okay.Satu sup cendawan, satu fish and chips and dua cawan air tembikai."ujar Fay.Pelayan itu tunduk hormat sebelum berlalu pergi.

'Satu sup cendawan, satu fish and chips dengan dua cawan air tembikai je? Cukup ke?' Berkerut-kerut dahi Haruhi.Fay yang perasan akan keadaannya hanya tersenyum kecil.

"Pesanan encik."

"Terima kasih."

Terbeliak mata Haruhi apabila melihat saiz pinggan makanan tersebut.Sekarang baru dia tahu kenapa nama restoran ni Jumbo.

"Cukup kan?"tanya Fay.

Haruhi tersentak.'Dia tahu ke apa yang aku rasa tadi.'

"Cukup."

Kemudian Fay bangun dan menuju ke sebuah rak.Dia mengambil dua mangkuk, dua pinggan, garfu, sudu dan pisau.

"Macam ni cara makannya."terang Fay sambil dia mengambil sudu dan mencedok sup cendawan ke dalam mangkuk.Kemudian dia mengambil pisau dan memotong fish and chips.

"Makanlah."

Haruhi terdiam seketika."Ya."

"Lepas ni, saya hantar awak balik."ujarnya lagi sambil tersenyum.

"Ya."jawab Haruhi sambil menghirup sup cendawannya.'Sedap!'

"Sedap?"

"Sedap sangat."

"Lain kali saya bawa awak datang sini lagi."

Haruhi tersenyum."Okay."

**********************************************************************************

Rumah yang besar itu sunyi-sepi memandangkan semua penghuni sedang nyenyak tidur kecuali tuan muda rumah itu.

Dia sibuk mencari maklumat mengenai V-Pop dan semua yangberkaitan dengannya.Matanya tertancap ke arah gambar seorang wanita yang tersenyum.

"Hello Mike."

"Kenapa Anne?"

"Kau macam mana dengan Hana?"

Mike mengeluh perlahan."Entahlah.Aku pun tak tahu.Kau dengan Daniel?"

"Aku sekarang ni cuba nak berbaik dengan dia."

"Baguslah.Teruskan usaha kau."

"Kau pun.Cubalah rapatkan diri dengan Hana."

"Aku tahulah.Good night."selepas perbualan dia dan Anne tamat, dia terus menutup laptopnya dan berbaring di atas katil.

"Hana..hana.."ulangnya berkali-kali.Akhirnya dia terus tertidur.




**********************************************************************************

"Amboi, lambatnya balik."tegur Haruhi sebaik sahaja Hana duduk di hadapannya.

"Banyak kerja."

"Kerja apa?"

"Aku berbincang dengan Encik Hau pasal aktiviti bersama peminat."kata Hana sambil menguap.

"Aktiviti bersama peminat? Bestnya!"

"Hmm..kami pergi camping kut."

"Wow..camping! Kalau aku nak ikut, boleh tak?"

"Kau kan kerja."

"Ala, aku mintaklah cuti."

Hana menguap sekali lagi."Suka hati kaulah.Aku nak tidur.Kalau ada sape-sape telefon, cakap aku dah tidur."

"Ok..Good night."Haruhi kembali menonton televisyen.Tiba-tiba telefon Hana berbunyi.Haruhi segera mengambilnya.

"Daniel?!" katanya dengan terkejut.

"Hello."kedengaran suara Daniel di hujung talian.

"Hello Daniel.Saya Haruhi."

"Hana mana?"

"Hana dah tidur.Dia mengantuk sangat tadi.Kenapa awak telefon?"

"Aku..aku..tak apalah.Selamat malam."kata Daniel dan terus memutuskan talian.Haruhi yang masih melekapkan telefon di telinganya tercengang.

"Kenapalah dengan mamat ni?"

"Haruhi, sape call?"tanya Hana.Haruhi yang sedang mengelamun terkejut.

"Daniel."jawabnya sepatah.Hana yang mamai hanya menganggukkan kepala sebelum matanya terbuka luas.

"Apa kau kata?! Daniel call aku!"kata Hana dengan kuat sambil mengenggam bahu Haruhi.

"Ya.Hana, bukan tadi kau dah tidur ke?"

"Aku pergi tandas kejap.Dia cakap apa?"

"Aku tanya sebab apa dia call tapi dia kata tak ada.Dia terus putuskan talian."

"Hmm..bak sini handphone aku."

Haruhi segera menghulurkan telefon kepada Hana."Kau nak buat apa?"

"Nak call Daniel."jawab Hana.Haruhi hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan Hana.

No comments:

Post a Comment

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers