Thursday, December 17, 2009

Unforgettable Part 2

"Kau bawak aku pergi mana ni?"tanya Hana sambil menekup telinganya.

"Pergi konsert."jawab Haruhi sambil tersenyum.

"APA? Kau tahu kan aku tak suka pergi konsert."rungut Hana.Dia paling tidak suka dengan bunyi bising dan lampu-lampu yang boleh menyilaukan mata.

"Ala, sekali ni je.Please!"rayu Haruhi.Mukanya betul-betul mengharap.

"Apa yang bestnya kumpulan ni?" tanya Hana sambil mengangkat keningnya.

"Best sangat!! Aku tak tahu nak cakap macam mana.Sebab tulah kau kena dengar sama."jawab Haruhi.Sekali-sekala dia turut melihat jam di tangannya.

"Jomlah.Kali ni je.Lain kali aku tak nak dah."kata Hana akhirnya.Dia mula berasa kasihan melihat muka Haruhi yang nampak begitu berharap.

"Mak oi..bisingnya!"jerit Hana.Dia amat terkejut melihat begitu ramai sekali orang di dalam dewan itu.Mereka semua menjerit-jerit seperti orang terkena histeria.Hati Hana mulai meluat.

"Hana, jom kita pergi depan."kata Haruhi sambil menarik tangan Hana.Hana hanya menurut sahaja langkah Haruhi.Matanya sempat melihat poster-poster yang dibawa oleh peminat kumpulan ini.

"Handsome."katanya dengan perlahan.Malu kalau Haruhi terdengar apa yang dikatakannya.

"Hana, tu dia diorang."jerit Haruhi dengan kuat.Hana yang sedang tersenyum seorang segera memandang ke arah pentas.Dia dapat melihat lima orang jejaka kacak sedang berdiri.'Adoi, muka macam Korean.'Dia kemudiannya tersengih seorang diri.

"Hana, kenapa kau ni? Sengih sorang diri."tanya Haruhi pelik.

"Tak ada apa."jawabnya dengan pantas.Matanya sibuk melihat setiap ahli kumpulan tersebut sebelum pandangannya terhenti apabila melihat seorang jejaka.

"Cutenya!"kata Hana dengan teruja.

"Haruhi, sape lelaki tu?"tanya Hana.Tangannya pantas menunjuk ke arah lelaki itu.

"Ohh..yang tu Daniel."jawab Haruhi.

"Daniel?!"ulang Hana dengan terkejut.

"Yalah.Daniel..kenapa?"tanya Haruhi tanpa memandang ke arah Hana.

"Tak ada apa."balas Hana.Matanya terus memerhati gerak geri Daniel yang sedang menari di atas pentas.

Tak mungkin tu Daniel..Daniel tak suka menyanyi dan lelaki yang berada di hadapan pentas itu kelihatan jauh berbeza daripada Daniel yang dikenalinya..

*************************************************************************************

"Hana, kau tak nak tidur lagi ke?"tanya Haruhi apabila melihat Hana masih lagi tidak tidur.Dia mengerling jam di tepi meja.

"Dah pukul 2.00 pagi..bukan esok pagi, tourist guide tu nak bawak kita pergi jalan-jalan ke?"tanya Haruhi lahi apabila melihat Hana hanya mendiamkan diri sambil melihat ke luar tingkap.

"Hana!"jerit Haruhi.

"Ya, kenapa?"tanya Hana sambil memandang ke arah Haruhi.

"Aku cakap dengan kau dari tadi lagi..Kau melamun ke?"tanya Haruhi.

"Taklah."jawab Hana sepatah.

"Hmm..kenapa kau tak tidur lagi?"Haruhi duduk di sebelah Hana.

"Aku tak mengantuk.Kau tidurlah."balas Hana sambil tersenyum.

"Hmm..ok.Kau pun nanti tidurlah."kata Haruhi.

Perlahan-lahan Hana mula membuka pintu sebelum mula berjalan menuju ke lobi.Keadaan di lobi sunyi sepi kerana kebanyakkan penginap di situ sudah lena dibuai mimpi.

"Hmm.nak pergi mana ye?"kata Hana sambil duduk di salah sebuah kerusi.

"Kau nak cari pengurus untuk kita?"Hana terdengar suara orang yang sedang bercakap.Perlahan-lahan dia mula mendekati tempat itu dan matanya membulat apabila kesemua ahli kumpulan V-Pop berada di situ.

"Yep.Susahlah bila tak ada pengurus."jawab seorang jejaka yang bernama Shin.

"Tapi..serabutlah nanti."bantah Fay.Hana masih tidak berganjak dari situ.

"Bagus jugak cadangan Shin tu."sokong Max.Entah kenapa Hana berasa gementar dan dengan segera dia berpaling untuk pergi.Tiba-tiba dia dilanggar oleh seseorang.

"Kau sape?"tanya lelaki itu dengan kasar.Hana mengangkat mukanya untuk memandang ke arah lelaki tersebut.

"Daniel."katanya perlahan.Daniel hanya memandangnya dengan tajam.

"Kau curi dengar ke?"tanya Daniel lagi.

"Tak..saya tak curi dengar.Kebetulan saya lalu sini."balas Hana.Dia tidak berani memandang muka Daniel.

"Kenapa ni Daniel?"tanya Shin sebelum dia memandang ke arah Hana.

"Perempuan ni.Dia curi dengar apa yang kita cakap tadi."jawab Daniel.Matanya masih lagi memandang tajam ke arah Hana.

"Ala, apa salahnya kalau dia dengar.Kita bukan kutuk orang."balas Shin sambil tersenyum.

"Memanglah tapi.."Daniel ingin membidas kata-kata Shin tetapi Shin memberi isyarat kepadanya untuk tidak membesarkan masalah.

"Nama kau apa?"tanya Fay.

"Hana.."jawab Hana perlahan.Dia masih takut apatah lagi sekarang ni dia dikelilingi oleh lima orang jejaka yang sangat-sangat kacak.

"Apa? Tak dengarlah."tanya Fay lagi.

"Nama saya Hana."jawab Hana dengan kuat.Mukanya berubah menjadi merah.

"Hana.."Hana berpaling memandang Daniel apabila mendengar Daniel menyebut namanya.

"Apa pandang-pandang."kata Daniel dengan kasar.'Ek eleh, dia yang panggil nama aku tadi.Ingat aku nak sangat ke tengok muka kau!'kutuk Hana dalam hati.

"Awak nak cari pengurus ke?"tanya Hana sambil memandang ke arah Shin.

"Ya, awak nak ke?"tanya Shin.

"Saya..haha..saya tak layak jadi pengurus."jawab Hana sambil ketawa.

"Ala, bolehlah."kata Max.'Ek, aku dah pening.'

"Kau dah ada kerja ke belum?"tanya Carl.

"Tak ada.Tapi saya tengah cari."jawab Hana dengan jujur.Kemudian dia dapat melihat mereka semua tersenyum kecuali Daniel.'Kenapa diorang semua senyum ni?' tanyanya dalam hati.Dia menepuk kepalanya.Patutlah, aku mengaku yang aku tak ada kerja..Adoi!!

"Jadi, awak nak tak?"tanya Shin sekali lagi.

"Saya..saya.."Hana tidak tahu jawapan yang harus diberikan.

"Kenapa pulak nak ambik perempuan jadi pengurus kita?"kata-kata Daniel menyebabkan semua orang berpaling ke arahnya.

"Mestilah..perempuan kan lebih rajin."jawab Fay.

"Betul-betul."sokong kawan-kawannya yang lain.

"Apa lah korang semua ni? Sokong perempuan."sindir Daniel sambil memberikan pandangan tajam ke arah Hana yang hanya mendiamkan diri.

"So Hana, setuju tak?"tanya Shin lagi tanpa mempedulikan renungan tajam Daniel.

2 comments:

  1. Garangnya Daniel kat Hana..
    Jgn garang2,nnt TERsuka :D

    ReplyDelete
  2. sorry, nk tegur skit ... npe ada dua post yg sme?? ... sye keliru m'bceye ...:(

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers