Wednesday, November 7, 2012

Novel : Bertemu Cintaku 2


BAB 2
            LIYANA DAMIA memandang lama pintu pagar di hadapannya sambil membetulkan kedudukan beg sekolah di bahunya. Sekarang ni memang perasaan dia bercampur-baur. Sekejap gembira, sekejap sedih, sekejap gemuruh dan tak lama lepas tu dia langsung tak rasa apa-apa.
            “Kenapa tengok je pintu pagar tu? Nak abang masuk sekali ke?” Soal Harith.
            Liya hanya menggeleng perlahan. “Takpe. Liya masuk sorang-sorang.” Kemudian, dia berpaling ke arah Harith dan terus menyalami tangan Harith.
            “Wish me luck!”
            Harith senyum sambil mengangguk. “Good luck!”
            Liya mengukir senyuman sebelum membuka pintu kereta. Selepas itu, dia hanya melambai kecil sehinggalah kereta Harith hilang dari pandangannya.
Sekali lagi dia hanya merenung pintu pagar tersebut sambil menghela nafas panjang. Tiba-tiba rasa rindu sangat-sangat dekat sekolah lama. Sebenarnya kalau diikutkan hati dia, dia memang langsung tak nak pindah sini. Dia nak duduk sana sampailah habis sekolah tapi nak buat macam mana. Ayah kena pindah ke Ipoh pada tahun terakhir dia bersekolah. Tahun terakhir yang sepatutnya menjadi tahun yang paling menyeronokkan bagi dia dan dia berharap walaupun dia bersekolah dekat sini, tahun yang paling menyeronokkan itu akan tetap ada!
“Redha jelah, Liya oii.” Dia menarik nafas dalam-dalam dan perlahan-lahan kakinya mula melangkah ke dalam kawasan sekolah.
            Sepanjang perjalanan ke pejabat, sempat juga dia tersenyum ke arah pelajar-pelajar yang lalu-lalang. Ada yang tengah bersembang dengan kawan-kawan dekat pondok-pondok kecil, ada yang tengah tolong cikgu angkat barang dari dalam kereta. Ada jugak yang tengah bermain dekat padang.
            “Kak Liyana! Kak Liyana!”
            Liya berhenti berjalan sebelum memandang ke belakang. Seorang pelajar perempuan yang memakai uniform berwarna kuning sedang menghampirinya dan pelajar perempuan itu mengukir senyuman manis untuk Liya.        
“Akak ni Liyana Damia kan?”
            Liya mengangguk. “A’ah. Adik ni siapa?”
            “Saya Aqila. Akak boleh panggil saya Qila. PK HEM suruh saya tolong akak hari ni sebab akak kan budak baru. Jadi hari ni, saya akan jadi pembantu akak,” balas Qila sambil tersenyum.
            Liya tercengang. Rasanya dia belum pekak lagi. Dia mendapat seorang pembantu sebab dia budak baru? Biar betul! Macam tak percaya pun ada. Ni sekolah apa? Elit ke? Ada ke sekolah yang hantar pelajar untuk bantu pelajar baru? Macam dalam drama tv pun dah ada! Ke aku yang tahu memang ada sekolah macam ni?
            “Qila sure ke?” Liya menyoal. Manalah tahu kot-kot Qila cakap lain tapi dia dengar lain.  Buat malu je kalau salah! Dahlah hari ni hari pertama dia dekat sini. Kalau boleh tak naklah buat hal yang boleh memalukan diri sendiri.
            Qila mengangguk pantas.
            “Tak menyusahkan ke?” Soal Liya khuatir.
            “Taklah. Jomlah Qila bawak akak pergi pejabat.”
            “Tapi Qila tolong akak hari ni je tau,” ucap Liya dengan suara yang tegas. Dia kalau boleh tak nak menyusahkan orang. Lebih suka berdikari.
            “Beres kak! No problem.” Jawab Qila sambil tersenyum.
            Sampai je dekat pejabat, Liya dan Qila pergi jumpa dengan kerani yang sedang sibuk menaip dekat komputernya.
            “Assalamualaikum Mak Cik Salmah.”
            “Waalaikumussalam... Haaa, Qila! Kenapa?”
            Qila tersenyum kecil sambil menarik tangan Liya untuk berdiri di sebelahnya. “Ni ada pelajar baru, mak cik. Nama dia Liyana Damia.”
            Liya tersenyum kecil sambil menundukkan kepalanya sedikit. Kemudian dia hulurkan borang yang memang dia pegang sejak dari tadi dekat Mak Cik Salmah.
            “Jauhnya kamu pindah.” Puan Salmah menilik-nilik borang Liya sebelum mencapai telefon. “Tunggu kejap ye. Mak cik nak call penyelaras. Kamu berdua duduk dulu dekat sana.” Jari telunjuknya dihalakan dengan sofa berwarna krim yang terletak di hujung bilik tu.
            Liya hanya mengangguk kecil sebelum pergi dekat sofa tu. Beg sandangnya dibawa ke riba. Dia sibuk perhatikan keadaan sekeliling dan sesekali dia mengerling dekat Qila yang tengah bersembang dengan seorang lagi kerani yang lebih muda dari Mak Cik Salmah. Peramah jugak Qila ni. Patutlah Qila tak kisah nak tolong dia hari ni!
            “Liya...” Liya pandang Mak Cik Salmah sebelum bangkit dari duduknya.
            “Penyelaras cakap Liya masuk kelas Al-Kindi. Kelas tu dekat tingkat atas ni je,” kata Mak Cik Salmah.
            Liya mengangguk sambil tersenyum. “Terima kasih, mak cik! Saya mintak diri dulu.” Terus Liya mencuit tangan Qila sebelum memuncungkan bibirnya ke pintu keluar. Qila yang memahami, mengangguk kecil sebelum melambai kecil dekat kakak kerani tu. Liya turut melambai kecil sebelum mengekori Qila keluar dari pejabat.
            Selepas selesai semua urusan di pejabat, Qila dengan sukarelanya ingin menemaninya sehingga ke kelas 5 Al-Kindi Dah ditolak pun dia tetap bertegas dengan alasan yang sama.
“Kan akak dah bersetuju nak biarkan Qila tolong akak. Ni kiranya Qila menolong akak la...”
            Dan seperti tadi, dia hanya mengiyakan sahaja. Tak nak cakap apa-apa sebab dia pun bukannya tahu sangat jalan nak ke kelas. Buatnya sesat dalam kawasan sekolah tu, tak ke naya? Lagipun dalam kepala dia ni macam-macam sedang difikirkan. Macam mana agaknya perangai budak-budak kelas dia? Baik ke? Jahat ke? Sombong ke?
            Buk!
            “Adoi, sakit sakit!” Liya mengurut hidungnya yang terasa sengal. Dia menepuk dinding di hadapannya untuk melepaskan geram.
            “Akak! Ya Allah, kak! Macam mana boleh langgar dinding tu?” Qila berlari kecil mendapatkan Liya yang terduduk sambil mengurut hidungnya. Liya hanya tersenyum sumbing.
            “Akak memang macam ni. Cuai !” Perlahan-lahan Liya bangkit sebelum menggalas beg sandangnya kembali. Qila hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menarik tangan Liya untuk mengikutnya.
            “Ni kelas akak. 5 Al-Kindi. Good luck!”
            Liya melihat kelas yang ditunjukkan oleh Qila dengan pandangan kagum. Memang kagum sebab kelas ni senyap gila! Kelas lain semua bising-bising tapi kelas ni, teramatlah senyap. Dari luar, kelas ni nampak sangat menarik dengan cat dinding warna biru lembut dan putih. Dekat papan maklumat, penuh dengan kertas warna-warni yang mengandungi info-info penting bagi setiap subjek. First impression, kelas ni cantik sangat! Dia suka!
            “Terima kasih tau Qila sebab tolong akak. Menyusahkan Qila je.” Liya tersenyum. Mak selalu cakap, ‘Orang berbudi, kita berbahasa’. Lagipun, Qila dah bersusah payah tolong dia hari ni. Walaupun baru kenal hari ni tapi bersungguh-sungguh Qila tolong dia
“Eh, mana ada menyusahkan. Qila suka tolong akak. Lain kali kita sembang panjang tau. Qila pergi dulu...” Ucap Qila sambil tersenyum.Kemudian dia berlalu pergi sambil melambai tangannya.
Selepas aje kelibat Qila menghilang dari pandangannya, Liya sudah sesak nafas. Rasa pernafasan dia dah tak berapa normal sekarang sebab satu-satunya orang yang dia kenal dekat sekolah baru ni dah pergi tinggalkan dia. Sekarang ni, dia risau nak bertemu dengan kawan-kawan baru dia. Risau fikirkan macam mana penerimaan diorang semua nanti!
            Relaks Liya ... Relaks... Calm down! Diaorang tu manusia biasa je. Bukan raksasa ke apa.
            “Excuse me.” Satu suara garau yang bersuara di belakangnya mengejutkan dirinya yang sedang berusaha menenangkan diri sendiri. Dia berpaling ke belakang sambil mendongak untuk memandang muka tuan punya badan.
            “Kau nak berdiri dekat sini macam tiang bendera dekat dataran sampai balik nanti ke... ataupun kau nak masuk kelas sekarang? Soal lelaki itu dingin dengan muka yang serius. Langsung tidak tersenyum sebaliknya memandang Liya dengan tajam serta dingin.
            “Nak...nak...masuk kelas sekarang,” jawab Liya tergagap-gagap. Dia memandang lelaki di hadapannya. Masamnya muka!
            Lelaki itu hanya memandangnya sekilas sebelum menghampiri pintu kelas.
            “Assalamualaikum cikgu.” Pintu kelas diketuk perlahan sebelum dia melangkah masuk ke dalam. Liya yang tercongok berdiri di luar cepat-cepat mengekorinya. Serentak, semua kepala mengangkat muka dan memandang mereka. Liya mula cuak. Sesak nafas pun dah ada ni.
            “Siapa yang berdiri dekat belakang kamu tu, Zafran?” Tanya Cikgu Suhaily sambil memandang ke arah Liya yang seperti sedang bersembunyi di balik tubuh tinggi lampai milik Zafran.
            “Saya pun tak tahu, cikgu. Dari tadi dia berdiri dekat luar kelas. Mungkin student baru,” balas Zafran sebelum meminta diri ke tempatnya. Sekarang ni tinggal Liya yang masih lagi  terkebil-kebil di hadapan kelas sorang diri. Mula-mula dia nak menjerit suruh lelaki tu duduk sini jugak tapi macam tak patutlah pulak. Buat apa lelaki tu nak teman dia kat sini kan?
            “New student?” Soal Cikgu Suhaily. Dia tersenyum mesra.
            Perlahan-lahan Liya mengangguk sambil membalas senyuman guru di hadapannya. Matanya melirik ke arah tag nama guru berkenaan yang tertera nama Suhaily.
            “Nama apa?”
            “Liyana Damia binti Badrul Hisham, cikgu. Panggil Liya,” jawab Liya sebaik mungkin. Tiba-tiba dia merasa kurang selesa apabila semua pelajar kelas itu ralit memandangnya kecuali seorang. Siapa lagi kalau bukan lelaki yang bernama Zafran tu. Dia seorang je yang sibuk menulis!
            “Baiklah Liya. Kamu boleh duduk ...hmm... dekat mana ye?” Mata Cikgu Suhaily meliar-liar mencari tempat duduk yang kosong. ”Hah! Dekat sebelah Zafran kosong. Kamu duduk situ ye.”
            Liya memandang ke arah tempat duduk yang ditunjukkan oleh Cikgu Suhaily. Matanya terbeliak apabila melihat Zafran yang duduk dekat sebelah dia! Dan nafasnya seakan tersekat apabila melihat pandangan mata Zafran yang sangat tajam. Pandangan mata yang membawa maksud, “Liya, kau dalam masalah besar! Bersedialah!”
            “Pergilah duduk. Kalau ada apa-apa yang kamu tak faham, boleh tanya Zafran. Dia ketua pengawas sekolah ni,” kata Cikgu Suhaily lagi.
            Ketua pengawas?! Liya makin terkejut. Orang yang dingin macam ais tu ketua pengawas?! Siapalah yang ‘cerdik’ sangat pergi pangkah nama dia masa pilihan raya? Muka langsung tak mesra rakyat. Serius memanjang! Kalau aku jadi salah seorang pengundi, awal-awal mamat ni kena reject. Ke dia paksa budak-budak kat sekolah ni undi dia?!
Dengan langkah yang lemah, dia melangkah ke tempat duduknya tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang. Nak tak nak, dia terpaksa jugak duduk dekat situ. Takkan nak membantah kan? Budak baru tapi dah buat perangai buruk. Tak nak! Tak nak!
Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di atas kerusi sambil cuba menerapkan pesanan maknya di dalam hati dan juga di dalam mindanya.
Kita datang sekolah nak cari ilmu.Perbetulkan niat dan Insya-Allah kita akan berjaya. Mak yakin dengan anak mak ni.
Liya tersenyum kecil setiap kali teringat akan pesanan ibunya itu. Kemudian dia mengeluarkan buku latihan Matematik dan bersedia untuk memulakan pelajaran. Semangatnya untuk belajar berkobar-kobar.
“Baiklah. Bangun semua. Masa cikgu dah tamat.”
Mata Liya membulat. Lah! Dah habis masa rupanya. Liya tepuk dahi.


 “NAH!”
Zafran meletakkan tiga helai lencana kain di atas meja Liya semasa waktu rehat. Liya memandang lelaki di hadapannya dengan pandangan yang pelik. Ni kenapa pulak nak letak lencana atas meja aku?
“Untuk apa?”
“Untuk kau pakailah! Takkan nak buat makan pulak?” Jawab Zafran dingin sebelum duduk di tempat duduknya. Langsung tak senyum. Muka tu pun serius memanjang. Kalau singa tengok pun, singa takut tau!
“Err...thanks,” ucap Liya perlahan sambil mengambil lencana-lencana tersebut lalu dimasukkan ke dalam beg sekolah. Orang dah bagi free buat apa kita nak menolak kan? Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Dia ketawa kecil.
“Lagi satu, jangan pakai pin tudung yang terlampau fancy. Yang bergayut-gayut tu. Kalau cikgu ataupun pengawas nampak, memang kena rampas,” ucap Zafran tanpa memandang wajah Liya. Tangannya lincah menulis di atas sehelai kertas kajang.
“Okey,”
And one more thing, cuba keep up.Jangan slow sangat.”
Liya tercengang. Slow? Maksud dia apa? Sejak bila aku slow? Ke aku berjalan perlahan?
Slow dalam erti kata apa ye?”
“Kami dekat sini belajar laju. Sebabnya nak cepat habiskan syllabus. Bila dah habis syllabus, bolehlah ulang kaji banyak sikit. Faham?” Tanya Zafran masih lagi lincah menulis di atas kertas kajang. Mata dia dah melekat kat permukaan kertas kajang itu. Sedikit pun tak pandang Liya dekat sebelah ni.
Liya mengangguk tanda faham. Benda tu memang normal. Cikgu dekat sekolah lama pun suka ajar laju-laju, biar boleh ulangkaji lama sikit. Kalau ada tajuk yang tak faham lagi, bolehlah ulang balik masa tu. Lagipun, dia memang kena cover balik tajuk-tajuk yang dia tak sempat nak belajar. Tu la, nak lagi cuti lama-lama kat rumah tu! Dia kemudiannya memandang ke luar tingkap. Duduk di sebelah Zafran membuatkan dia rasa seolah-olah dia ni halimunan. Mana taknya, Zafran diam je dan sibuk menulis.
“Ambik kertas ni,” kata Zafran tiba-tiba sambil meletakkan kertas kajang yang sudah bercoret dengan tulisannya di atas meja Liya.
“Kertas apa ni?”
“Apa kata kau baca dulu sebelum tanya apa-apa dekat aku?” Ucap Zafran mendatar sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain.
Liya mencebik bibir. Hodoh sangat ke muka aku ni sampai dia tak nak tengok? Memang sombong betul lelaki ni. Rizwan pun ketua pengawas jugak dekat sekolah lama dulu tapi takdelah sombong macam dia ni!  Zafran sombong! Dia kemudiannya menatap kertas di hadapannya.

Peraturan ketika duduk di sebelah aku!

Terbuntang luas mata Liya. Mak aih, ni baru baca tajuk! Belum lagi tengok isi kandungannya. Kalau dah dah baca isinya mahu tersembur terus bijik mata. Dia menjeling Zafran di sebelah. Peraturan ketika duduk di sebelah aku? Ceh! Macamlah kau tu Menteri Besar nak bagi peraturan segala.

1. Jangan nak tidur dalam kelas.Kalau nak tidur, pergi balik rumah!
2. Jangan nak bising-bising.Aku serabut dengan orang yang suka membuat bising.
3. .Jangan kacau aku masa aku tengah belajar.Aku paling tak suka orang ganggu aku!
4. Jangan mengelamun!
5. .Jangan selekeh.Orang yang selekeh menyakitkan mata aku!
6. Jangan nak buat perangai gila depan aku.Aku suka orang yang normal saja.
7. Jangan nak menyanyi-nyanyi.

                Liya mencebik.Suara aku sedaplah! Kalau aku nyanyi, confirm kau tidur nanti.Dia mengambil botol air lalu diteguk perlahan.

8. Jangan cakap dengan aku melainkan kau ada perkara penting yang nak ditanya.
9. Jangan menyampuk kalau aku tengah bercakap. Sebab apa yang aku cakap adalah untuk pengetahuan kau.
10. Dan yang paling penting! Jangan sesekali kau terpikat dekat aku!

Uhuk! Uhuk!
Liya tersedak sehingga tersembur keluar air dari dalam mulutnya.Nasib baik dia sempat mengalihkan muka ke luar tingkap. Sakit dada dia sebab tersedak tadi! Kurang asam masin betullah! Pantas muka lelaki di sebelahnya dipandang dengan tajam. Gigi diketap tanda geram. Zafran budak perasan! Boleh blah! Hello, ni Miss Hati Batu okey! Tak mudah terpikat dengan sesiapa pun. Lagipun apa yang istimewa sangat pasal Zafran yang mampu membuatkan dia terpikat?
Nak kata baik, dia masih belum berjaya menemui ciri-ciri baik Zafran. Nak kata jahat, adalah sikit dengan mulut yang laser dan sikap yang terlampau dingin. Tapi dia sendiri pun jahat jugak. Mulut dia sendiri pun kecoh. Jadi tak boleh nak salahkan Zafran kerana bermulut laser. Tapi yang tak tahannya, apasal peraturan tu kena ada? Macamlah aku nak sangat duduk sini! Kalau cikgu tak suruh, tak adanya aku terhegeh-hegeh duduk sini. Memang confirm tak duduk sini ye. Kenapalah aku kena duduk sebelah budak yang terlampau perasan?!!! Waaa! Liya menepuk dahinya. Dahlah peraturan budak-budak dia bagi. Ceitt!
“Zafran, dengan senang hatinyanya aku terima semua peraturan yang kau bagi ni dengan hati yang terbuka. Especially yang nombor 10 tu sebab aku tahu yang itu mungkin mustahil untuk berlaku dengan perangai kau yang macam ni. Kuat perasan! Dan lagi satu, ada satu perkara yang aku tak boleh ubah . Aku ni memang seorang yang cuai sikit dan agak kelam-kabut. Jadi, mungkin kau akan tension jugak tapi jangan bimbang, aku akan cuba sedaya upaya supaya aku tak ganggu kau! Harap maklum!” Ucap Liya geram sambil memasukkan kertas tadi ke dalam beg sekolahnya.
“Apasal kau simpan kertas tu?”
“Aku nak simpan sebagai peringatan supaya aku sentiasa ingat peraturan budak-budak kau ni. Tak matured langsung,” balas Liya selamba sebelum mengeluarkan buku lukisannya dari dalam beg sekolah. Buku lukisan yang bersaiz sederhana itu diusap lembut. Sebenarnya alasan takut lupa peraturan budak-budak tu, dia tipu je. Tanpa kertas tu pun, dia dah boleh ingat peraturan mengarut Zafran. Yang menyebabkan dia nak simpan kertas ni adalah disebabkan oleh rasa kagum terhadap tulisan Zafran yang kemas tersusun. Kagum terhadap tulisannya dia je, bukan pada orangnya! Harap maklum sekali lagi!
Tak sangka lelaki perasan macam Zafran mempunyai tulisan macam ni. Dia mengakui tulisan Zafran sangatlah cantik. Mengalahkan aku yang perempuan ni tau. Mesti cikgu tak pening nak check buku dia ni. Tapi aku tak nak puji dia depan-depan sebab takut dia makin bertambah perasan. Kalau makin perasan, makin terseksa hidup dia nanti!
“Kalau nak kutuk aku, jangan kutuk dalam hati...berdosa!” Sekali lagi suara dingin itu berkata-kata. Liya hanya mampu mengenggam pensel kayunya sekuat hati. Kalau nak diikutkan hati yang membara ni, dah lama dia cili mulut Zafran tu. Biar tambah merah! Sakit jiwa! Sakit jiwa! Sakit jiwa!
“Tak ada masa la nak kutuk kau. Berlambak lagi kerja lain aku boleh buat. Perasanlah kau ni!” Liya membalas dingin. Zafran hanya mengangkat bahu sebelum kembali menulis. Liya pelik. Sejak dari tadi Zafran tak habis-habis menulis. Entah apalah yang ditulisnya pun, Liya tak tahu. Tak letih ke asyik menulis?
 “Ni senarai buku yang kau kena ada. Prepare semua tu.” Tiba-tiba Zafran meletakkan sehelai lagi kertas kajang di atas meja Liya sebelum melangkah ke tempat duduk kawannya. Liya hanya memerhati langkah Zafran buat seketika sebelum menatap kembali kertas di tangannya. Semuanya serba lengkap. Segala keperluan yang dikehendaki sepanjang dia bersekolah di sini telah siap ditulis oleh Zafran.
 “Kenapa aku rasa dia ni macam penjaga aku je?” Ucap Liya perlahan sambil mengangkat muka untuk memandang ke arah Zafran yang sedang berbual-bual dengan seorang pelajar lelaki.
‘Dan yang paling penting, jangan sesekali terpikat dekat aku!’
Liya menggeleng kepalanya laju-laju. ”Takkan terpikatnya!”


“MACAM MANA hari pertama kat sekolah baru?” Tanya Puan Karmila ketika Liya tengah makan tengah hari. Lepas balik sekolah tadi, Liya terus naik atas untuk mandi dan solat. Tak sempat pun dia nak tanya-apa tadi.
Liya pandang Puan Karmula sebelum menunjuk isyarat ‘OK’. “Semua okey! Kawan-kawan pun baik.” Liya senyum lebar. “.... tapi...” Tiba-tiba dia teringat dekat mamat perasan yang duduk dekat sebelah dia tu. Terus rasa tak happy sangat dah!
“Tapi apa?”
“Ada sorang yang bermasalah sikit,” ucap Liya perlahan sambil meneguk air.
“Siapa yang bermasalah tu?”
“Ketua pengawas. Nama dia Zafran. Ya Allah, mak... teruk gila perangai dia! Tak habis-habis nak sakitkan hati Liya! Macam manalah dia boleh jadi ketua pengawas?!” Liya mencebik geram. Setiap kali sebut pasal Zafran, mesti hati dia rasa panas semacam! Rasa membara macam gunung berapi tu! Tu baru sehari, belum setahun lagi! Kalau setahun, dia pun tak tahu apa jadi.
Puan Karmila dah tergelak kecil. “Dia nak main-main je tu. Saja nak mengusik.” Puan Karmila meletakkan semangkuk bubur jagung dekat atas meja.
“Makanlah bubur jagung tu. Hari tu kata nak makan.”
Liya terus tersenyum lebar. Hilang terus pasal Zafran tadi. Dia capai mangkuk tadi. Memang dah lama sangat dia teringin nak bubur jagung tadi. Walaupun terseksa dengan perangai Zafran hari ni tapi dia bahagia sebab dapat bubur jagung! Dah tak kempunan dah!
“Dia duduk sebelah Liya ke?”
Liya mengangguk sambil menyuap sesudu lagi bubur jagung masuk ke dalam mulutnya. “Situ je tempat kosong. Yang lain semua dah ada orang duduk.”
“Jangan selalu gaduh dengan orang tau. Liya tu budak baru. Berbaiklah dengan Zafran tu. Boleh dia tolong ajar Liya dekat sekolah.”
“Hish, tak naklah mak! Ramai lagi kawan-kawan yang lain. Kalau nak suruh dia ajar, memang Liya kena beli kapas banyak-banyak! Boleh sumbat telinga kalau tiba-tiba sakit hati!”
Puan Karmila dah tergelak kecil. “Jangan gaduh sangat. Karang tersuka pulak,” kata Puan Karmila tersenyum-senyum.
Nyaris-nyaris Liya nak tersedak bila dengar Puan Karmila cakap macam tu. Laju dia mengurut dada. Sesak nafas tadi! Simpang malaikat 44! Tak sanggup dia!

 p/s : Bab 2 agak panjang :) Comments are loved~ ♥ Enjoyyy! Bab 3 tunggu minggu depan pulak ye.



Photobucket

5 comments:

  1. Salam, rasanya macam pernah baca novel ni sblm ni. Si Zafran ni memang suka pd Liya sampai belikan dress untuk di pakai masa majlis harijadi Zafran. Citer memang diolah semula ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam :) A'ah. Betullah citer tu :) Saya dah olah balik. Ni versi baru :)

      Delete
  2. patut lah macam pernah baca je....#^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tapi banyak dah berubah :) mss yang dulu tu dah hilang jadi buat yang baru.

      Delete
  3. Assalamualaikum.dah masuk bab 2.dah ada Zafran yg cool.bila tgk nmpk mcm sombog tp dye ni jns yg staraight to the point sbnrnya.perangai yg plg akk suka la.hehehee.

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers