BAB 2
AKU
pandang lama gambar keluarga yang terakhir ditangkap bersama arwah mak dan
arwah ayah kira-kira 12 tahun yang lalu. Rasa macam kejap sangat masa berlalu.
Tak sangka dah dekat 12 tahun sejak arwah mak dan ayah tinggalkan kami
adik-beradik disebabkan kemalangan tu.
Aku
ingat lagi, masa tu arwah ayah dan arwah mak baru aje lepas hantar aku dan
Abang Hazwan ke asrama tapi tak lama lepas tu, warden datang jumpa aku dan kami
berdua balik ke rumah. Apabila aku tanya pada Puan Fatimah kenapa kami dihantar
balik ke rumah, dia hanya mendiamkan diri dan aku mula pelik. Sampai aje dekat
rumah, orang ramai dah berkumpul dan aku nampak Kak Huda yang dah tersedu-sedan
sambil memeluk Humaira. Saat itu juga aku tahu ada sesuatu yang tak kena dan
memang betullah apa yang aku rasa sebab apabila aku masuk dalam rumah, aku
nampak mak dan ayah dah siap dikafankan. Masa tu, aku langsung tak tahu nak
cakap apa. Abang Hazwan pun dah terkedu dan aku sendiri tak sedar bila masa aku
menangis. Tiba-tiba aje Mak Su Ida datang peluk aku dan menenangkan aku.
“Hana…” Entah bila Abang Hazwan
berdiri di sebelah aku sebelum memaut bahuku. Dia tersenyum sebelum turut
memandang gambar kami sekeluarga. “Abang
dah siap?”
“Dah. Tunggu Humaira je lagi. Kak
Huda suruh kita sampai on time…” balas Abang Hazwan sambil memandangku.
“Abang sayang Hana…”
Aku tergelak kecil sebelum
membetulkan songkok abang dan mengemaskan kedudukan butang baju melayunya.
Kenalah nampak segak. Barulah orang cakap anak Encik Taufiq dan Puan Rashidah
semuanya kacak dan cantik! Walaupun aku agak pelik kenapa Kak Huda beria suruh
kami pakai baju kurung dengan baju Melayu. Padahal nak sambut hari lahir Rania aje.
“Hana pun sayang abang...”
Dia tersenyum lagi sebelum mengusap
kepalaku. “Hana tak nak kahwin lagi ke?”
Aku tarik nafas dan hanya tersenyum
tawar. Tiba-tiba pulak tukar topik pasal kahwin. Nak cakap apa pun tak tahu.
Memang dah ramai sangat orang tanya aku soalan yang sama sampaikan aku dah tak
larat nak cakap apa-apa dan akhirnya aku diam aje. Habis cerita!
“26 years old…” ucap Abang Hazwan
perlahan tapi aku tahu maksud dia. Dia nak mengingatkan aku tentang umur aku
sendiri. Yes, I am 26 years old and proud!
“Muda lagi tu…” balas aku tenang.
Abang Hazwan menghela nafas panjang.
Itu tandanya dia dah mengaku kalah daripada tanya aku soal kahwin lagi. Aku
tahu yang Abang Hazwan risaukan aku. Yelah, Humaira pun dah ada teman istimewa
tapi aku ni masih lagi single and definitely not ready to mingle! Even Abang
Hazwan sendiri pun dah bertunang hujung bulan lepas dan akan berkahwin tahun
depan, insya-Allah.
“Abang jangan risaulah ye…Insya-Allah,
one fine day…”
“Prince Charming akan datang jemput
Hana binti Taufiq ke istananya…” sampuk Abang Hazwan.
“Oh please… sangat fairytale tu! I
don’t believe in fairytales yang happily ever after. Kalau macam Once Upon A
Time tu, boleh diterima lagi…” Aku buat muka bosan bila abang kaitkan aku
dengan kisah dongeng macam tu.
Abang Hazwan hanya ketawa bila
dengar komen aku. Humaira yang baru muncul tu pun join sama gelak. Entah dia faham ke tidak apa yang aku dengan Abang
Hazwan bualkan tadi.
“You’re so weird, Kak Hana. Cerita
Once Upon A Time tu lagi complicated tau. Rumpel tu boleh pulak jadi Beast.”
“He’s cool, okay!”
“Not as cool as my Prince Charming…”
“Whatever…” balas aku malas. Memang
Prince Charming tu cool tapi he’s not my cup of tea walaupun dia sangat kacak!
“Bertenang puteri-puteri sekalian.
Biar Putera Hazwan yang menjaga kalian berdua…” ucap Abang Hazwan sambil
menggawangkan tangannya ke atas. Aku dan Humaira serentak ketawa sebelum kami
berdua menumbuk perlahan bahu Abang Hazwan. Putera Hazwan la konon!
“Jomlah cepat. Karang Kak Huda
mengamuk, baru padan muka sorang-sorang!”
“Bukan salah abang. Maira yang
lambat!”
“Maira tolong abang gosok baju la
tadi! Sebab tu lambat!”
Pecah ketawa Abang Hazwan bila
Humaira cubit pinggang dia. Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi dan bila
nampak nombor Kak Huda, aku dah mula panik. Bukan takat aku yang panik, Abang
Hazwan dengan Humaira pun dah panik!
“Cepat naik kereta!” arah Abang
Hazwan laju dan aku biarkan je telefon berbunyi. Maaf, Kak Huda!
“I’M so pissed off!” Sampai-sampai aje dah kena dengan Kak Huda dan
yang paling teruk kena marah adalah Abang Hazwan sebab dia paling tua. Aku
dengan Humaira diam dari tadi. Tak berani nak menyampuk sebab takut kena marah
pulak dengan Kak Huda. Semenjak mengandung anak ketiga ni, garang Kak Huda
bukan main lagi. Pembawakan budak kot?
“Nasib baik tak lewat tau! Kalau
lewat…” sengaja Kak Huda biarkan ayat dia tergantung. Maksudnya dia suruh kami
pandai-pandai la fikir.
“Sorry kak…” ucap Abang Hazwan
perlahan sambil tayang muka kesian. Abang Firdaus pulak cuba menenangkan Kak
Huda. Berpesan pada si isteri supaya bersabar sambil mengusap belakang Kak
Huda.
“Nasib baik korang semua tak
rosakkan surprise tu.”
Senyap lagi. Layankan ajelah bebelan
Kak Huda. Macam tak biasa pulak kan?
“Bawak hadiah? Bawak baju?”
Aku angkat beg kertas yang
mengandungi hadiah aku, Abang Hazwan dan jugak Humaira. Memang dah lama belikan
semata-mata untuk hari lahir Rania ni. Tengoklah betapa penyayangnya pak cik
dan mak-mak saudara Rania ni. Humaira pulak mengangkat beg yang berisi pakaian.
“Good.”
“I’m going to take her out now. Make
sure everything is ready by 12 p.m..”
“Yes bos!” Serentak kami mengangkat
tabik dan Kak Huda hanya tersenyum. Dia marah sekejap je dan lepas tu dia akan
okey. Macam sekarang ni, sempat lagi memeluk kami bertiga sebelum dia keluar
dengar Rania. Abang Firdaus pulak kena membantu kami menyiapkan apa yang patut.
“So?”
“Let’s begin!” jerit Humaira teruja.
“ALLAH selamatkan kamu. Allah
selamatkan kamu. Allah selamatkan Nurul Rania. Allah selamatkan kamu…”
Bukan main gembira lagi si Rania
bila balik aje dari berjalan-jalan, ada surprise party pulak. Melebar senyuman
dekat bibir anak saudara aku tu. Abang dia yang baru sekolah tu pun bukan main
menyibuk jugak nak meniup kek.
“Nasib baik ada kek…” ucap Humaira
sambil menarik nafas lega. Aku mengangguk setuju. Sebenarnya tadi ada kes yang
sangat mencemaskan! Kek Rania yang Kak Huda beli semalam dah cair sebab Abang
Firdaus terlupa nak masukkan balik dalam peti sejuk lepas dia sembunyikan
daripada Rania pagi tadi. Dah namanya pun ice-cream cake. Memang senang sangat
nak cair tapi alhamdulillah, aku telah berjaya mendapatkan sebuah kek aiskrim
yang hampir sama tapi tak serupa macam yang dah hancur tu.
“Where did you get that cake?”
Terkejut semua bila Kak Huda tanya
soalan cepumas tu tadi. Aku pandang Abang Hazwan, Abang Hazwan pandang Humaira
dan Humaira pandang Abang Firdaus. Maknanya Abang Firdaus yang kena menjawab!
“It’s all my fault, sayang. Abang
lupa nak letak dalam fridge. Sorry…”
Aku sebenarnya tak sangka yang Kak
Huda akan tersenyum sebelum melentok kepala dekat bahu Abang Firdaus. Eh, akak
ni! Tak beragak-agak nak romantika de amour pun!
“It’s okay. Thanks…”
Tapi dalam geli-geli bila tengok Kak
Huda bermanja dengan Abang Firdaus, rasa sweet jugak tengok diaorang ni. Kak
Huda berkahwin dengan Abang Firdaus selepas Kak Huda tamat belajar dekat
maktab. Abang Firdaus masa tu dah dekat dua tahun dah mengajar. Kiranya Abang
Firdaus ni senior Kak Huda la. Mula-mula Kak Huda ni kemain lagi berlagak
dengan Abang Firdaus tapi lama-lama cair jugak! Sekarang ni dah hampir sebelas
tahun diaorang berkahwin. Anak pun dah nak masuk tiga orang.
“Abang Daus! Ni Farid datang…”
Aku berpaling ke arah pintu dan aku
nampak Abang Hazwan berdiri di situ bersama-sama dengan seorang lelaki yang
memang aku langsung tak kenal. Siapa pulak Farid ni?
“Farid! Tak sangka kau datang jugak.”
Abang Firdaus memeluk lelaki nama Farid tu.
“Ni wife aku. Huda… kau ingat lagi
kan?”
Aku yang sejak dari tadi jadi
pemerhati hanya mendiamkan diri. Malas nak ikut campur.
“And that’s my sister-in-law. Hana…”
Nyaris-nyaris aku nak tersedak air
limau ni apabila Abang Firdaus tiba-tiba memperkenalkan aku dekat kawan dia tu.
Aku hanya mengangguk kecil bila Farid tu tersenyum sebagai tanda menyapa.
“She’s still single.”
“I see…”
Eh, apa kaitan aku single dengan
mamat tu?!
“Pernah dikecewakan?”
“Entah. Dia tak pernah bagitahu…”
Aku pandang Kak Huda yang nampaknya
sangat tenang. Akak sedar tak diaorang cakap pasal adik akak ni?
“Ehem-ehem… I’m still here,” ujar
aku sambil tersenyum. Manalah tahu kot-kot diaorang ingat aku dah ke dapur ke
apa?
Abang Hazwan pulak macam nak
tergelak dan bila aku pandang dia dengan jelingan tajam, terus dia ketawa macam
orang tak betul. Hampeh punya abang!
“Papa!” Tiba-tiba ada seorang budak
lelaki berlari masuk ke dalam rumah sebelum memeluk kawan Abang Firdus tu dan
tak lama lepas tu, ada seorang wanita pulak melangkah masuk.
“Perkenalkan ni isteri saya. Sasha…”
Aku dan Abang Hazwan pandang satu
sama lain sebelum kami berdua ketawa. Memang dah agak yang kami berfikir benda
yang sama. Mesti Abang Hazwan ingat yang Abang Firdaus sibuk nak jodohkan aku
tadi.
“Kenapa korang berdua gelak ni?”
Tanya Kak Huda dengan muka pelik.
“Nothing…” balas aku setelah ketawa
aku reda tapi Kak Huda masih lagi pandang aku dengan muka mintak jawapan tapi
bila aku buat isyarat mulut cakap ‘I’ll tell you later’, terus dia pandang
tempat lain.
KAK HUDA gelak bukan main bila aku
dah ceritakan kenapa aku dengan Abang Hazwan ketawa tadi. Siap dia tepuk-tepuk
lagi peha aku tau! Nak kata lawak sangat, takdelah lawak sangat pun tapi Kak
Huda gelak macam aku buat lawak antarabangsa!
“Kami takkan buat macam tu la…” ucap
Kak Huda lepas dia berhenti ketawa.
“Who knows?”
“Yang lawaknya Hazwan pun boleh
fikir macam tu.”
Aku mengangguk tapi aku rasalah kan…
kalau orang lain pun mesti dia orang ingat benda yang sama. Yelah, siap
bagitahu dekat Farid tu yang aku ni single lagi!
“Hana…” Tiba-tiba suara Kak Huda
berubah jadi serius. Ni mode suara yang paling aku tak suka. Takut pun ada
jugak sebenarnya!
“Yes?”
“Hana masih ingatkan dekat dia lagi?”
Tak berkelip mata aku memandang Kak
Huda. Terkejut jugak sebab aku tak sangka yang Kak Huda boleh bangkitkan pasal
‘dia’ selepas bertahun-tahun lamanya. Kalaulah Kak Huda tahu betapa aku cuba
nak lupakan tapi kejadian tu macam pita rakaman dalam kepala aku ni.
“Kak, tak rasa macam nak cakap pasal
benda ni.” Aku senyum tawar sebelum mengerling Humaira yang dah lama lena
dibuai mimpi. Kak Huda gelak tadi pun bukannya dia dengar.
“Dah tiga tahun…”
“Tiga tahun tu bukannya lama kak…”
Balas aku perlahan dan mula masuk ke dalam comforter. Kak Huda hanya menghela
nafas sebelum bangkit dari duduknya.
“Good night.” Kak Huda cium dahi aku
dan dahi Humaira sebelum berlalu keluar. Malam itu, sekali lagi aku menangis.
nak lagi....
ReplyDeletelagi2.. best sgt..
ReplyDeletenice..sambung lgi ye..
ReplyDeleteCerita ni xde sambungan ke or dah di bukukan... pls sbb i suka baca ceritanya....
ReplyDeletesambungannya xde ke....
ReplyDelete