Enjoy reading. Maaf di atas segala kekurangan :)
BAB
2
AKU
pandang lama gambar keluarga yang terakhir ditangkap bersama arwah mak dan
arwah ayah kira-kira 12 tahun yang lalu. Cepat betul masa berlalu sekarang ni. Sedar-sedar
aje dah 12 tahun sejak kemalangan tu berlaku.
Aku
ingat lagi, masa tu arwah ayah mak baru aje lepas hantar aku dan Abang Hazwan
ke asrama tapi tak lama lepas tu, warden datang jumpa aku. Mula-mula aku pelik
kenapa nak hantar aku balik ke rumah tapi apabila sampai dekat rumah, orang
ramai dah berkumpul dan aku nampak Kak Huda yang dah tersedu-sedan sambil
memeluk Humaira. Saat itu jugak aku tahu ada sesuatu yang tak kena dan memang
betullah apa yang aku rasa sebab apabila aku masuk dalam rumah, aku nampak mak
dan ayah dah siap dikafankan. Masa tu, aku langsung tak tahu nak cakap apa.
Abang Hazwan pun dah terkedu dan aku sendiri tak sedar bila masa aku menangis.
Tiba-tiba aje Mak Su Ida datang peluk aku dan menenangkan aku.
“Hana…”
Entah bila Abang Hazwan berdiri di sebelah aku sebelum memaut bahuku. Dia
tersenyum sebelum turut memandang gambar kami sekeluarga. Memang sejak dari
kecik lagi, aku lebih rapat dengan Abang Hazwan dan sejak mak dan ayah
meninggal, Abang Hazwan lebih banyak melindungi aku.
“Abang
dah siap?”
“Dah.
Tunggu Humaira je lagi. Kak Huda suruh kita sampai on time…” balas Abang Hazwan
sambil memandangku.
“Abang
sayang Hana…” ucap Abang Wan tiba-tiba.
Aku
tergelak kecil sebelum membetulkan songkok abang dan mengemaskan kedudukan
butang baju melayunya. Kenalah nampak segak. Barulah orang cakap anak Encik
Taufiq dan Puan Rashidah semuanya kacak dan cantik! Walaupun aku agak pelik
kenapa Kak Huda beria suruh kami pakai baju kurung dengan baju Melayu. Padahal
nak sambut hari lahir Rania aje.
“Hana
pun sayang abang...”
Dia
tersenyum lagi sebelum mengusap kepalaku. “Hana tak nak kahwin lagi ke?”
Aku
tarik nafas dan hanya tersenyum tawar. Tiba-tiba pulak tukar topik pasal
kahwin. Nak cakap apa pun tak tahu. Memang dah ramai sangat orang tanya aku
soalan yang sama sampaikan aku dah tak larat nak cakap apa-apa dan akhirnya aku
diam aje. Habis cerita!
“27
years old…” ucap Abang Hazwan perlahan tapi aku tahu maksud dia. Dia nak mengingatkan
aku tentang umur aku sendiri. Yes, I am 27 years old and proud!
“Muda
lagi tu…” balas aku tenang.
Abang
Hazwan menghela nafas panjang. Itu tandanya dia dah mengaku kalah daripada
tanya aku soal kahwin lagi. Aku tahu yang Abang Hazwan risaukan aku. Yelah,
Humaira pun dah ada teman istimewa tapi aku ni masih lagi single and definitely
not ready to mingle! Abang Hazwan sendiri pun dah bertunang hujung tahun lepas
dan akan berkahwin tahun ni, insya-Allah.
“Abang
jangan risaulah ye… Insya-Allah, one fine
day…”
“Prince
Charming akan datang jemput Hana binti Taufiq ke istananya…” sampuk Abang
Hazwan.
“Oh
please… sangat fairytale tu! I don’t believe in fairytales yang happily ever
after. Kalau macam Once Upon A Time tu, boleh diterima lagi…” Aku buat muka
bosan bila abang kaitkan aku dengan kisah dongeng macam tu.
Abang
Hazwan hanya ketawa bila dengar komen aku. Humaira yang baru muncul tu pun join
sama gelak. Entah dia faham ke tidak apa yang aku dengan Abang Hazwan bualkan
tadi.
“You’re so weird, Kak Hana. Cerita Once
Upon A Time tu lagi complicated tau. Rumpel tu boleh pulak jadi Beast.”
“He’s cool, okay!”
“Not as cool as my Prince Charming…”
“Whatever…” balas aku malas.
“Bertenang
puteri-puteri sekalian. Biar Putera Hazwan yang menjaga kalian berdua…” ucap
Abang Hazwan sambil menggawangkan tangannya ke atas. Aku dan Humaira serentak
ketawa sebelum kami berdua menumbuk perlahan bahu Abang Hazwan. Putera Hazwan
la konon!
“Jomlah
cepat. Karang Kak Huda mengamuk, baru padan muka sorang-sorang!”
“Bukan
salah abang. Maira yang lambat!”
“Maira
tolong abang gosok baju la tadi! Sebab tu lambat!”
Pecah
ketawa Abang Hazwan apabila Humaira cubit pinggang dia. Tiba-tiba telefon
bimbit aku berbunyi dan apabila nampak nombor Kak Huda, aku dah mula panik.
Bukan takat aku yang panik, Abang Hazwan dengan Humaira pun dah panik!
“Cepat
naik kereta!” arah Abang Hazwan laju dan aku biarkan aje telefon berbunyi.
Maaf, Kak Huda!
“I’M so
pissed off!” Sampai-sampai aje
dah kena dengan Kak Huda dan yang paling teruk kena marah adalah Abang Hazwan
sebab dia paling tua. Aku dengan Humaira diam dari tadi. Tak berani nak
menyampuk sebab takut kena marah pulak dengan Kak Huda. Semenjak mengandung
anak ketiga ni, garang Kak Huda bukan main lagi. Pembawakan budak kot?
“Nasib
baik tak lewat tau! Kalau lewat…” sengaja Kak Huda biarkan ayat dia tergantung.
Maksudnya dia suruh kami pandai-pandai la fikir.
“Sorry kak…” ucap Abang Hazwan perlahan
sambil tayang muka kesian. Abang Firdaus pulak cuba menenangkan Kak Huda. Berpesan
pada si isteri supaya bersabar sambil mengusap belakang Kak Huda.
“Nasib
baik korang semua tak rosakkan surprise
tu.”
Senyap
lagi. Layankan ajelah bebelan Kak Huda. Macam tak biasa pulak kan?
“Bawak
hadiah? Bawak baju?”
Aku
angkat beg kertas yang mengandungi hadiah aku, Abang Hazwan dan jugak Humaira.
Memang dah lama belikan semata-mata untuk hari lahir Rania ni. Tengoklah betapa
penyayangnya pak cik dan mak-mak saudara Rania ni. Humaira pulak mengangkat beg
yang berisi pakaian.
“Good. I’m going to take her out now. Make
sure everything is ready by 12 p.m..”
“Yes bos!” Serentak kami mengangkat tabik
dan Kak Huda hanya tersenyum. Dia marah sekejap je dan lepas tu dia akan okey.
Macam sekarang ni, sempat lagi memeluk kami bertiga sebelum dia keluar dengar
Rania. Abang Firdaus pulak kena membantu kami menyiapkan apa yang patut.
“So?”
“Let’s begin!” jerit Humaira teruja.
“ALLAH selamatkan kamu. Allah
selamatkan kamu. Allah selamatkan Nurul Rania. Allah selamatkan kamu…”
Bukan
main gembira lagi si Rania apabila balik aje dari berjalan-jalan, ada surprise
party untuk dia. Melebar senyuman dekat bibir anak saudara aku tu. Abang dia
yang baru sekolah tu pun bukan main menyibuk jugak nak meniup kek.
“Nasib
baik ada kek…” ucap Humaira sambil menarik nafas lega. Aku mengangguk setuju.
Sebenarnya tadi ada kes yang sangat mencemaskan! Kek Rania yang Kak Huda beli
semalam dah cair sebab Abang Firdaus terlupa nak masukkan balik dalam peti
sejuk lepas dia sembunyikan daripada Rania pagi tadi. Dah namanya pun ice-cream
cake, memang cepatlah cairnya tapi alhamdulillah, aku telah berjaya dapatkan
kek aiskrim yang hampir sama tapi tak serupa macam yang dah hancur tu.
“Beli
mana kek tu?”
Terkejut
semua apabila Kak Huda tanya soalan cepumas tu tadi. Aku pandang Abang Hazwan,
Abang Hazwan pandang Humaira dan Humaira pandang Abang Firdaus. Maknanya Abang
Firdaus yang kena menjawab!
“It’s all my fault, sayang. Abang lupa
nak letak dalam fridge. Sorry…”
Aku
sebenarnya tak sangka yang Kak Huda akan tersenyum sebelum melentok kepala
dekat bahu Abang Firdaus. Eh, akak ni! Tak beragak-agak nak romantika de amour
pun!
“It’s okay. Thanks…”
Tapi
dalam geli-geli apabila tengok Kak Huda bermanja dengan Abang Firdaus, rasa
sweet jugak tengok dia orang ni. Kak Huda berkahwin dengan Abang Firdaus
selepas Kak Huda tamat belajar dekat maktab. Abang Firdaus masa tu dah dekat
dua tahun dah mengajar. Kiranya Abang Firdaus ni senior Kak Huda la. Mula-mula
Kak Huda ni kemain lagi berlagak dengan Abang Firdaus tapi lama-lama cair jugak!
Sekarang ni dah hampir sebelas tahun diaorang berkahwin. Anak pun dah nak masuk
tiga orang.
“Abang
Daus! Ni Farid datang…”
Aku
berpaling ke arah pintu dan aku nampak Abang Hazwan berdiri di situ
bersama-sama dengan seorang lelaki yang memang aku langsung tak kenal. Siapa
pulak Farid ni?
“Farid!
Tak sangka kau datang jugak.” Abang Firdaus memeluk lelaki nama Farid tu.
“Ni
wife aku. Huda… kau ingat lagi kan?”
Aku
yang sejak dari tadi jadi pemerhati hanya mendiamkan diri. Malas nak ikut
campur.
“And that’s my sister-in-law. Hana…”
Nyaris-nyaris
aku nak tersedak air limau ni apabila Abang Firdaus tiba-tiba memperkenalkan
aku dekat kawan dia tu. Aku hanya mengangguk kecil apabila Farid tu tersenyum
sebagai tanda menyapa.
“She’s still single.”
“I see…”
Eh,
apa kaitan aku single dengan mamat tu?!
“Pernah
dikecewakan?”
“Entah.
Dia tak pernah bagitahu…”
Aku
pandang Kak Huda yang nampaknya sangat tenang. Akak sedar tak dia orang cakap
pasal adik akak ni?
“Ehem-ehem…
I’m still here,” ujar aku sambil tersenyum. Manalah tahu kot-kot dia orang
ingat aku dah ke dapur ke apa?
Abang
Hazwan pulak macam nak tergelak dan apabila aku pandang dia dengan jelingan
tajam, terus dia ketawa macam orang tak betul. Hampeh punya abang!
“Papa!”
Tiba-tiba ada seorang budak lelaki berlari masuk ke dalam rumah sebelum memeluk
kawan Abang Firdaus tu dan tak lama lepas tu, ada seorang wanita pula melangkah
masuk.
“Perkenalkan
ni isteri saya. Sasha…”
Aku
dan Abang Hazwan pandang satu sama lain sebelum kami berdua ketawa. Memang dah
agak yang kami berfikir benda yang sama. Mesti Abang Hazwan ingat yang Abang
Firdaus sibuk nak jodohkan aku tadi.
“Kenapa
korang berdua gelak ni?” Tanya Kak Huda dengan muka pelik.
“Nothing…” balas aku setelah ketawa aku
reda tapi Kak Huda masih lagi pandang aku dengan muka mintak jawapan tapi bila
aku buat isyarat mulut cakap ‘I’ll tell you later’, terus dia pandang tempat
lain.
KAK HUDA gelak bukan main apabila aku dah
ceritakan kenapa aku dengan Abang Hazwan ketawa tadi. Siap tepuk-tepuk lagi peha aku tau! Nak kata lawak
sangat, takdelah lawak sangat pun tapi Kak Huda gelak macam aku buat lawak
antarabangsa!
“Kami
tak adanya nak buat macam tu la…” ucap Kak Huda lepas dia berhenti ketawa.
“Who knows?”
“Yang
lawaknya Hazwan pun boleh fikir macam tu.”
Aku
mengangguk tapi aku rasalah kan… kalau orang lain pun mesti dia orang ingat
benda yang sama. Yelah, siap bagitahu dekat Farid tu yang aku ni single lagi!
“Hana…”
Tiba-tiba suara Kak Huda berubah jadi serius. Ni mode suara yang paling aku tak
suka. Takut pun ada jugak sebenarnya!
“Yes?”
“Hana
masih ingatkan dekat dia lagi?”
Tak
berkelip mata aku memandang Kak Huda. Terkejut jugak sebab aku tak sangka yang
Kak Huda boleh bangkitkan pasal ‘dia’ selepas bertahun-tahun lamanya.
“Kak,
tak rasa macam nak cakap pasal benda ni.” Aku senyum tawar sebelum mengerling
Humaira yang dah lama lena dibuai mimpi. Kak Huda gelak tadi pun bukannya dia
dengar.
“Dah
tiga tahun…”
“Tiga
tahun tu bukannya lama kak…” Balas aku perlahan dan mula masuk ke dalam
comforter. “Akak… akak memang tak jemput semua pak cik dengan mak cik kita ke?”
Kak
Huda menggeleng kecil. “Akak ajak tapi dia orang cakap ada hal. Macam biasalah
Hana. Dia orang bukannya suka kita pun.”
Aku
menghela nafas panjang. Penat hidup macam ni. Sampai bilalah agaknya mereka
semua akan mula menyayangi keluarga aku ni?
LAMA
aku memandang Humaira yang tengah bermain dengan hujung tudungnya sejak dari
tadi lagi. Mula-mula aku boleh bersabar lagi tapi kalau dah dekat 15 minit
duduk macam ni aje, mulalah kesabaran aku dah makin kurang. Aku ni pun bukannya
penyabar sangat.
“Apa
yang Maira nak bagitahu kami semua ni?” Tanyaku setelah sekian lamanya kami
berdiam diri.
“Hmm…
Maira…”
“Maira
ada masalah pasal study ke?” Soal Kak
Huda pula.
Cepat-cepat
Humaira menggeleng. “Benda ni dah lama dah Maira nak bagitahu sebenarnya tapi
Maira tunggu kita semua berkumpul dulu…” Aku tengok Humaira menarik nafasnya.
“Apa
dia?” Abang Wan yang tengah mendukung Comel pula bertanya. Masing-masing dah
tak sabar nak tahu apa yang Humaira nak cakap. Bikin suspens betul adik aku
yang sorang ni!
“Hari
tu Wafiy ada bagitahu Maira sesuatu…”
“And then?”
“Dia
nak hantar rombongan meminang…” Selepas cakap macam tu, terus Humaira pandang
aku. Kak Huda, Abang Firdaus dengan Abang Wan pun ikut berpaling ke arah aku
seolah-olah aku pulak yang nak dipinang sekarang ni.
“Eloklah
kan?” Aku dah berkerut dahi. Benda yang baik berlaku dalam keluarga tapi kenapa
dia orang semua pandang aku macam ni? Akhirnya barulah aku tersedar.
“Laa…
Maira jangan risau pasal akak la. Akak okey je.”
“Tapi
akak…”
“Maira…
jangan risau okey? Dah jodoh Maira sampai dulu,” celah aku pantas, mengukir
senyuman untuk setiap orang yang tengah berkumpul dekat ruang tamu ni.
“You know what?”
“Apa?”
“Allah
bagi petunjuk sebenarnya. Petunjuk supaya Maira tolong akak cari lelaki idaman
akak.” Humaira dah duduk di sebelah aku dan terus mengenggam tangan aku. Aku pandang
Kak Huda dengan Abang Wan dengan dahi yang berkedut seribu sekarang ni.
Tapi
Kak Huda dengan Abang Wan boleh bantai gelak pula. Hampeh!
part farid tu mmg agk lucu.cara mcm nak jodohkan hana.huhu.part maira ckp pasl dia n wafiy tuh rs nya perasaan maira tuh mmg sampai kat akk.cuma dlm keadaan brbeza sikit.reaksi hana pulak okei jer.alhamdulillah.hopefully the same thing will happen.akk nk tgk sejauh mn prkembgn khdupn hana. ^^
ReplyDeleteHehehe.. sampai dalam keadaan berbeza? berbeza yg mcm mana tu kak jiba :) terima kasih <3
Deletewafy tu ukn hana ke?
ReplyDeleteke akak yg blurrrr
ukn hana? hee.. maaf kak, moon tak paham sangat maksud akak.
Deleteyeahh! haa.. hero dia izz ke? (^.^)
ReplyDelete