Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ni full version untuk Jalan Cinta. Akhirnya tamat jugak. Sorry kalau ending dia tak memuaskan. :)
Bila
kita akan bertemu dengan jodoh kita? Bagaimana rupa jodoh kita? Bagaimana kisah
cinta kita bersama dia yang telah Allah rancangkan? Itu semuanya rahsia Allah.
Satu hari nanti, insya-Allah dengan izin-Nya, dia akan datang pada kita.
Membawa kita bersamanya. Sehidup dan semati, insya-Allah.
**
MUHAMMAD AMMAR
Bila
aku cakap aku nak kahwin, semua gelakkan aku. Kata diorang, terlampau awal
untuk aku berkahwin sekarang. Kata diorang lagi, kenapa aku tak enjoy dulu
kehidupan bujang aku? So, jawapan aku adalah kerana aku dah bersedia untuk jadi
seorang suami. Baik duduk rumah dengan isteri daripada aku merayap tak tentu
hala. Alhamdulillah, setakat ni aku berjaya menepis segala godaan kawan-kawan
yang selalu ajak aku buat jahat. Contohnya ajak pergi pub! Gila apa?! Memang
taklah aku nak pergi kan? Astaghfirullahallazim.
Jadi
bila mak aku cakap yang dia dah jumpa calon isteri yang sesuai untuk aku, aku
terus setuju. Dan sudah semestinya aku tengok dulu gambar empunya diri.
Perkataan yang pertama terlintas dekat kepala, “Comel.”
Tapi
aku tak terima cadangan mak aku sebab dia comel je tau. Kata mak aku, Damia ni
budaknya baik. Selalu tolong orang tua dan dia selalu mengajar budak-budak
mengaji. Entah kenapa, terasa sejuk hati aku ni bila dengar. Akhirnya aku
terima la Damia ni tapi dalam hati risau jugak! Takut aku kena reject tapi
alhamdulillah tak. Baru beberapa minggu yang lepas, aku dah selamat jadi tunang
orang. Tunang kepada Nurul Damia tapi aku tak pergi pun masa tu. Bukan tak nak tapi biarlah. Tunggu masa akad nikah
nanti.
“Esok
Abang Long nak singgah dekat rumah Mia kejap. Ada apa-apa nak bagi kat dia?”
Soal Abang Long sambil melabuhkan duduk sebelah aku yang sejak dari tadi asyik
termenung.
“Hmm...
tak tahu lagi. Esok kalau ada apa-apa Am nak kasi kat dia, Am bagitahu Abang
Long.”
Abang
Long mengangguk sebelum tiba-tiba memaut bahu aku. “Am tahu yang Mia tu pernah
jadi tunangan orang?”
Aku
mengangguk. Memang mama dah bagitahu aku awal-awal pasal hal ni. Dia risau
nanti aku marah pulak bila tahu pasal ni tapi aku nak marah buat apa kan? Benda
dah lepas pun.
“Baguslah
kalau macam tu.” Abang Long senyum sebelum bangkit. “Kalau ada apa-apa nak bagi
kat dia, bagitahu cepat-cepat tau.”
Tiba-tiba
aku baru tahu apa yang aku nak bagi. Terus aku bangkit sebelum tersenyum lebar.
“Am dah tahu nak bagi apa!”
***
NURUL DAMIA
Aku
balik ke kampung ni pun dengan satu tujuan aje. Untuk disatukan dengan lelaki
yang telah dipilihkan oleh ibu dan ayah. Haa... mesti orang cakap cliché kan?
Takde apa yang cliché bila kita berkahwin dengan lelaki yang dipilih oleh ibu
ayah kita. Itu namanya jodoh. Jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Aku
tak kisah pun kalau kena kahwin dengan lelaki pilihan keluarga kerana bagi aku,
apa yang keluarga aku pilih mestilah yang terbaik buat aku. Ye tak?
“Membebel
apa lagi tu? Cepat tolong akak gantung langsir ni!” Jerit Kak Long sambil
mencebik. Aku hanya ketawa kecil sambil memanjat kerusi. Kak Long aku ni kecik
molek orangnya. Aku ni pulak kemain tingginya. Sebab tu la aku sorang je yang
mampu nak gantung langsir ni. Nak harapkan Abang Ngah, memang tak bergantung la
langsir ni.
“Akak,
bakal suami Mia tu handsome tak?” Aku control muka macho sambil gantung langsir
walaupun jantung dah dup dap. Malu kot tanya soalan macam ni kat Kak Long!
Kak
Long dah tersengih-sengih. “Handsome.”
“Ohh...”
“Lepas
Mia dah siap gantung langsir, akak nak bagi something.”
“Apa
dia?” Laju je aku berpaling dekat Kak Long. Tangan pun makin ligat menggantung
langsir. Lepas siap, terus aku melompat turun dari atas kerusi dan terus
mendapatkan Kak Long.
“Ni
ada surat yang bakal suami Mia kasi.”
Dahi
aku berkerut tapi tangan aku tetap mengambil surat dari tangan Kak Long. Amboi
Inche Tunang, siap bagi surat segala!
Bila Kak Long dah melangkah ke dapur, aku
terus berdesup masuk ke dalam bilik. Surat Inche Tunang ni aku bukak
perlahan-lahan. Dup dap dup dap jugak jantung aku dibuatnya.
Assalamualaikum awak,
Apa khabar? Maaf kalau
surat saya ni menganggu awak. Kita dah selamat bertunang dan ini merupakan masa
yang sesuai untuk kita taaruf dulu bagi mengenali diri masing-masing sebelum
melangkah ke alam perkahwinan.
Tersedak
aku bila baca alam perkahwinan tu. Terasa membahang pulak muka sekarang ni.
Nasib baik dia takde dekat depan mata. Kalau tak, mau dia gelak tengok aku
macam ni.
Biar saya perkenalkan
diri saya terlebih dulu. Nama saya Muhammad Ammar binti Yusuf. Umur saya 27
tahun. Saya bekerja sebagai seorang juruterbang. Mungkin awak akan fikir yang
bila saya ni seorang pilot, of courselah saya ni playboy kan?
Aku mengangguk. Pilot kan selalunya
playboy?
Tak
baik tau judge orang macam tu. Insya-Allah saya tak macam tu. Saya jadi pilot
sebab saya suka awan. Saya kagum dengan keindahan ciptaan Allah. Sama macam
saya kagum dengan awak. Lagipun saya tahu malaikat kiri dan kanan bahu saya ni
takkan pernah berhenti mencatat segala kebaikan dan keburukan yang saya
lakukan. Jangan bimbang. Insya-Allah solat fardhu tak pernah saya tinggalkan
dan takkan pernah tinggalkan.
Tersedak lagi aku. Kagum dengan aku?
Hahahaha! Apa yang aku dah buat sampai dia kagum sangat ni?
Saya
tahu awak mesti pelik kenapa saya kagum dengan awak? Sebabnya adalah awak
sentiasa tabah dalam hidup awak walaupun awak pernah ditinggalkan oleh tunang
awak sebelum ni. Maaf sebab saya bercakap pasal hal ni. Bukan bermaksud nak
buat awak terasa atau apa, cuma saya nak cakap, saya kagum dengan awak sebab
awak tabah. Ditinggalkan tunang pada saat-saat nak dinikahkan memang pedih.
Walaupun saya tak rasa tapi saya tahu.
Aku mengelap air mata yang tiba-tiba
mengalir. Hampeh betul, Inche Tunang ni! Nak buat aku terharu ke apa ni?
Lagi
satu, saya kagum dengan awak sebab awak sudi terima saya walaupun awak tak
kenal siapa saya ni. J
Awak,
saya ni kuat makan orangnya tapi saya tak cerewet. Saya akan makan apa je yang
awak masak. Insya-Allah saya takkan merungut. Kalau saya merungut, sila marah
saya dan tunjuk surat ni dekat saya ye.
Sebelum
saya mengundur diri, saya ada selitkan gambar saya dekat sampul surat. Saya tak
handsome, saya ni biasa-biasa je dan saya harap awak akan menjadi pelengkap
hidup saya.
Ayat last tu memang menyentuh kalbu.
Okey, aku mengaku yang Inche Tunang sangat sweet. Surat yang dia bagi, aku
lipat lalu aku letak dalam kotak comel yang memang aku sembunyikan dalam
almari. Gambar dia pulak aku tatap lama. Haaa... memang handsome!
“Amboi, kemain senyum...” Aku terus
pusing belakang sebelum menjerit.
Macam mana Kak Long dengan Abang
Ngah boleh masuk dalam bilik ni?!!
***
MUHAMMAD
AMMAR
Baju uniform yang tersarung di tubuh, aku betul-betulkan
sedikit. Hari ni aku kena bekerja selepas dah berehat dekat rumah tiga hari.
Beberapa hari yang lepas, aku dah terima surat daripada Damia. Tulisan dia
serius comel gila! Tersusun dan kemas. Isi kandungan surat dia pun comel jugak.
Dia suruh aku jaga dia baik-baik lepas kami kahwin nanti. Dia jugak pesan suruh
aku jaga diri masa bekerja.
Selepas memastikan segalanya dah okey, terus aku angkut
beg roda ke bawah. Mama dan papa hanya tersenyum sebelum mama menuang air teh
ke dalam cawan aku. Aku perasan sejak beberapa hari ni, memang mama asyik
tersenyum je. Bahagia sangat agaknya sebab anak bongsu dia akhirnya nak kahwin.
“Lama ke Am pergi Dubai?”
“Lima hari.” Aku sengih. Tak lama sangat rasanya. Lagipun
dalam kepala aku ni, aku dah rancang nak bagi sesuatu dekat Damia. Harap-harap
dia sukalah hadiah aku tu nanti.
“Am tahu kan majlis Am dengan Mia hujung bulan ni?”
Aku mengangguk. 30 Jun 2012. Dah dekat sangat tu. 3
minggu macam tu je lagi.
“Dah ready?” Tanya papa sambil tersenyum.
Aku tersengih sumbing. Nak kata ready tu, boleh la tapi
rasa gementar ada jugak. Tapi dalam gementar-gementar tu jugak, sempat lagi aku
beli cincin untuk Damia. Cincin nikah nanti tapi aku belum tunjuk dekat mama
lagi. Nanti-nantilah kot nak tunjuk.
“Alhamdulillah dah.”
“Baguslah kalau macam tu.” Papa senyum je lepas dengar
jawapan aku. Suka jugak agaknya bila aku dah bersetuju nak kahwin ni.
Damia, untunglah awak kan?
***
NURUL DAMIA
Sejak
dari hari aku terima surat dari Inche Tunang, mulut aku tak habis-habis senyum.
Aku dah selamat balas surat Inche Tunang dan dah selamat jugak aku kasi dekat
Kak Long. Kak Long tersengih-sengih je masa aku bagi surat tu. Siap usik aku
lagi. Hampeh betul la Kak Long! Abang Ngah pulak tak habis-habis jugak
mengusik. Sama je perangai kakak dengan abang!
“Baju kahwin dah decide nak warna
apa?”
Aku geleng.
“Haih, bilanya nak decide?” Ibu dah
bercekak pinggang. Aku hanya mengekek ketawa. Sebenarnya, aku tak kisah pun
baju kahwin warna apa, asalkan cantik dan menutup aurat. Sesuai dengan aku yang
bertudung ni.
“Ikut ibu la. Mia tak kisah...”
“Tak nak. Kamu pilih sendiri. Esok
mak panggil sepupu kamu datang. Nasib baik la ada sepupu yang ada butik
pengantin.”
Aku hanya mengangguk sambil
tersenyum. Lawak betullah mak ni! Comel pun comel!
Pap!
“Apa ni, akak?! Tetiba tepuk peha
orang!” Peha yang pedih aku usap perlahan. Kak Long tersengih-sengih sebelum
menghulur telefon bimbitnya dekat aku.
“Dia takde dekat Malaysia sekarang.
Dia suruh Mia baca ni.”
Aku menyambut telefon Kak Long
sebelum menjauh sedikit. Malu nak baca depan Kak Long walaupun aku tahu Kak
Long mesti dah baca.
Assalamualaikum
awak, saya harap awak sihat alhamdulillah. Saya nak cakap pasal baju kahwin.
Saya tak kisah awak nak warna apa pun. Saya ikut je. Mama pun tak kisah. J
Sorry terpaksa susahkan awak.
Aku
tersenyum ceria sebelum mendekati Kak Long dan hulur telefon bimbit dia sambil
tersenyum malu.
“Nak warna apa?”
“Belah kita, kalau boleh... Mia nak
warna krim. Belah Ammar pulak nak warna biru dengan putih.” Aku tersengih.
Warna biru tu sebab Inche Tunang kan suka awan. Haaa...mesti comel kan?
“Nanti cakap dengan Hannah.”
Aku mengangguk sebelum melangkah
masuk ke dalam bilik dan melambungkan tubuh aku atas katil. Tiba-tiba ternampak
bayangan wajah Inche Tunang yang tersenyum. Haih, dah jatuh cinta ke aku ni?
**
MUHAMMAD
AMMAR
Tersenyum kecil bila aku baca mesej
daripada bakal abang ipar aku ni. Kata dia, Damia dah pilih warna krim dan
biru. Dia pun dah bagitahu dekat mama dan papa. Mama dengan papa macam biasa
je, tak kisah asalkan Damia suka. Haih, sayang sangat dengan bakal menantu
diorang tu!
Esok, aku akan bertolak balik ke
Malaysia. Haa... makin dekat nak kahwin, makin berdebar jantung ni. Agaknya
Damia pun rasa macam ni ke? Dia pun berdebar ke?
Sebenarnya aku ni malu nak jumpa dia
masa akad nikah nanti. Pertama kali nak berjumpa face to face. Haih, mau
pengsan aku depan dia nanti!
SMS yang dihantar oleh Abang Ngah
tadi dibaca sekali lagi. Dan sekali lagi tersenyum-senyum. Jatuh cinta ke aku
ni?
Assalamualaikum
Am. Bakal isteri hang cakap dia nak tema warna krim untuk belah perempuan.
Belah hang pulak warna biru dengan putih. Dia cakap mesti comel kan? *Abang tau
dia nak cakap pasal hang sebenarnya. :P
***
NURUL DAMIA
“Ni Ammar bagi dekat Mia...”
Tiba-tiba Abang Ngah bagi satu beg plastik yang di dalamnya ada kotak yang
berbalut dengan kertas minyak.
“Ammar bagi?”
“Yelah. Dia baru sampai semalam...”
Aku mengangguk faham sebelum
mengambil beg plastik dari tangan Abang Ngah. Depan Abang Ngah jugak aku bukak
balutan kotak tu. Bila dah bukak je kotak tu, terus mulut aku terlopong. Bukan
takat aku yang terlopong tapi dengan Abang Ngah sekali terlopong jugak sebelum
dia menjerit panggil ibu dengan ayah yang tengah sibuk dekat dapur. Tak sempat
aku nak menghalang langsung!
“Ibu, ayah! Adik dapat tudung labuh
dengan jubah!” Jeritan Abang Ngah aku boleh dengar sampai ke sini.
Perlahan-lahan aku capai sehelai jubah berwarna hitam. Lembut je kain dia. Dari
celah-celah jubah dengan tudung ni jugaklah, aku nampak sehelai kertas berwarna
putih yang diselitkan dengan sehelai tudung labuh berwarna putih.
Ni tudung untuk akad nikah. Saya
harap awak sudi pakai.
Tersenyum terus aku masa tu. Tudung
labuh berwarna putih itu aku sarungkan ke kepala sebelum aku bangkit
mendapatkan ibu dan ayah yang masih lagi mendengar cerita Abang Ngah. Mereka
bertiga semua ternganga bila tengok aku sebelum ibu memeluk aku sambil mengusap
tudung yang aku pakai sekarang ni.
“Ammar kasi. Cantik kan?” Aku
sengih. Tudung ni bukan plain sangat. Adalah sulaman sikit-sikit tapi serius
cantik! Entah dekat manalah dia beli tudung ni. Nak tanya, malulah pulak!
“Mia nak pakai tudung ni la nanti.”
“Tapi tu tudung labuh.”
Aku tersenyum sebelum duduk di
sebelah ibu. “Kalau bakal suami Mia yang bagi tudung ni, insya-Allah Mia akan
pakai. Lagipun mungkin itu tandanya dia suka Mia bertudung labuh.”
“Alhamdulillah kalau macam tu. Ibu
pun suka tengok Mia pakai macam ni. Comel je.”
Aku tersenyum sambil menyentuh
tudung dekat tangan aku sekarang ni. Makin lama, makin aku rasa sweet je Inche
Tunang ni.
***
MUHAMMAD AMMAR
Hampir terjatuh aku dari kerusi
apabila papa tiba-tiba cakap nak bawak aku jumpa Damia. Kenapa pulak tiba-tiba
ayah nak aku jumpa dia? Bukan ke hari tu aku cakap nak jumpa masa akad nikah
nanti?
“Kenapa papa nak bawak Am jumpa
dia?”
Papa tersenyum. Aku dah garu kepala.
“Lebih elok kan kalau Am jumpa dia
dulu. Apa salahnya kan?”
“Memang elok tapi Am malu...” Aku
dah memandang lantai. Muka pun terasa berbahang sekarang ni.
“Nak malu apa. Nanti dah kahwin,
hari-hari nampak kat depan mata,” usik Kak Ngah sambil ketawa.
Aku menggigit bibir. Haih, nak bagi
alasan apa lagi sekarang ni?
“Yelah...yelah. Am pergi jumpa dia,”
putusku akhirnya. Lagipun apa salahnya kan? Bukan pergi sorang-sorang. Ada
mama, papa semua. Insya-Allah okey je.
Tapi, masalahnya sekarang... hati
aku ni okey ke tidak?
**
NURUL DAMIA
“HAH?”
Tersembur
terus air kopi yang aku tengah minum sekarang. Nasib baik aku cepat berpaling
ke tempat lain. Kalau tak, mau muka Abang Ngah ni basah dengan air kopi.
“Ya
Allah, budak ni... Nak kahwin pun buat perangai macam ni.” Kak Long mengelap
muka dan baju aku yang basah sedikit. Abang Ngah pulak dah gelak sakan.
“Dia
nak datang jumpa Mia?!”
Abang
Ngah mengangguk tapi masih lagi ketawa. Aku dah ketap gigi. Ada yang kena jirus
dengan air kopi ni nanti.
“Buat apa?”
“Buat
bodoh,” sindir Kak Long. Terus aku cubit lengan Kak Long. Sedap-sedap je sindir
aku!
“Nak
jumpa awaklah, dik oiii! Takkan nak jumpa abang dengan akak kot?!” Kata Abang
Ngah sambil memasukkan karipap ke dalam mulut.
“Alaa....”
“Apa
ala-ala? Jumpa bakal suami kot. Tak nak ke?”
Aku
cebik bibir. Bukan tak nak tapi malu. First time kot nak jumpa. Selama ni,
cakap pun ikut SMS dengan surat. Mana pernah dia dengar suara Inche Tunang tu!
“Malulah...”
“Nak
malu apa? Nanti jumpa dia jugak!” ucap Kak Long sambil tersengih.
“Over
la!” Sekali lagi aku nak mencubit lengan Kak Long tapi laju je Kak Long lari
pergi duduk sebelah Abang Ngah.
“Kesian
la Ammar nanti. Isteri dia Ratu Cubit!” Usik Abang Ngah sebelum menjelir lidah.
Aku dah berpeluk tubuh tapi hati ni tetap berdebar-debar. Jumpa Inche Tunang?
Alahai...
**
MUHAMMAD
AMMAR DAN NURUL DAMIA
Ammar memandang papanya yang tengah memandu dengan tenang
ke rumah Damia. Ikutkan perancangan, sepatutnya dia yang memandu tapi dari
tadi, tangan dia asyik menggigil je. Terus papa cakap, biarlah papa yang
memandu. Dia pun hanya mengangguk sambil tersenyum sumbing.
“Nampak sangat berdebar-debarnya...” usik Kak Ngah sambil
mencucuk pinggang Ammar. Sengaja nak mengusik adik bongsunya ni.
“Takut...” balas Ammar sambil memegang dadanya.
“Relakslah. Insya-Allah, semua akan okey.”
Ammar hanya mengangguk kecil sambil mengenggam telefon
bimbitnya. Baru sekejap tadi, bakal abang ipar dia menghantar mesej pesanan
dari Damia.
Everything will be just fine, insya-Allah.
Saya pun takut jugak sebenarnya ni.
**
“Assalamualaikum…”
Ammar hanya memerhatikan Encik Yusuf yang tengah member salam sambil menarik
nafas panjang. Sayup-sayup dia terdengar suara yang menjawab salam. Muncul
seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengan papa dengan senyuman lebar di
bibir.
“Alhamdulillah, sampai jugak kau ye.” Terus papa dan
lelaki itu berpelukan. Selepas pelukan mereka terlerai, Ammar menghampiri untuk
bersalaman dengan lelaki tersebut. Ikutkan hati nak je dia tanya, “Pak cik ni
bakal ayah mertua saya ke?”
“Apa khabar, Ammar?” Encik Harun mengusap lembut bahu
bakal menantunya ini. Alhamdulillah sebaik saja nampak muka Ammar ni, hatinya
terasa tenang dan yakin bahawa Ammar mampu membimbing anaknya.
“Alhamdulillah baik, pak cik.” Ammar tersenyum kecil.
“Eh, kenapa panggil pak cik? Panggillah ayah. Tak lama
lagi pun dah nak jadi menantu ayah…” ucap Encik Harun sambil ketawa. Ammar
hanya tersenyum sumbing sambil menggaru kepalanya.
“Jemput naik atas. Mah dengan Mia tengah sibuk kat dapur
tu,” ajak Encik Harun sambil memaut bahu Encik Yusuf.
**
Damia yang sejak dari tadi asyik mengintai ikut pintu
dapur cepat-cepat mendapatkan Puan Mahirah yang tengah mengacau air gula. Ibunya
hanya tersenyum sebelum mengangkat kening.
“Macam mana?”
“Err…” Damia bermain dengan hujung tudung labuh yang
dipakainya sekarang. Haa… tudung labuh! Tudung ni salah satu daripada hadiah
Inche Tunang. Alhamdulillah sejak dia dapat hadiah ni, dia dah mula pakai
tudung labuh. Jangan salah anggap tau. Bukan sebab Inche Tunang, dia nak pakai
tudung labuh ni tapi sejak beberapa hari ni, dia asyik bermimpi dia pakai
tudung labuh. Akhirnya, pada pagi Jumaat hari tu, dia tekad menyarungkan tudung
labuh dekat kepala.
Puan Mahirah terus ketawa. Bukannya dia tak nampak muka
anak gadis dia ni dah merah.
“Mah, Mia… diorang dah sampai. Bersalam dulu…” Encik
Harun muncul di dapur sambil tersenyum meleret. Diana yang tengah menyusun
cawan di atas dulang terus tersenyum nakal sambil mencuit bahu adik lelakinya.
Hari ni, sekali lagi mereka berdua balik ke kampung semata-mata nak tengok muka
bakal adik ipar.
“Mia… bawak cawan ni ke depan,” arah Diana.
“Ala…”
“Alang-alang nak ke depan tu, tolonglah bawak. Kak Long
nak bawak kuih ni.”
Perlahan-lahan Damia menyambut dulang di tangan Kak Long
dengan muka yang berkerut-kerut. Haih, rasa macam nak luruh jantung dia
dibuatnya!
“Senyum la sikit,” kata Daniel sambil ketawa kecil.
“Abang Ngah cakap senanglah! Mia takut tau!”
“Nak takut apa? Bukan Am makan orang pun?”
Damia mencebik. Geram betul! Dari jauh, dia dapat
mendengar suara orang berbual. Tiba-tiba mata dia tertancap pada tubuh seorang
lelaki yang membelakanginya sekarang. Makin longlai langkahnya ketika ini.
Malu-malu!
“Am, ayah perkenalkan anak ayah… Nurul Damia.”
Saat itu, bukan setakat jantung Damia hampir-hampir nak
berhenti berdegup tapi Ammar pun dah terkelu.
**
Ammar menunduk sejak dari tadi. Tak berani nak angkat
muka untuk memandang Damia yang duduk bersimpuh di sebelah kakaknya. Dahlah
tadi, bukan main terkejut dia sebab bersua kali pertama dengan Damia. Jantung
dia pun berdegup kencang sekarang ni.
Damia lagilah! Kalau boleh nak dia pergi dari sini.
Malu-malu! Boleh pulak dia terdiam kat situ tadi sambil pegang dulang. Sampai
Kak Long cuit, barulah dia sedar. Kalau tak, mau sampai sudah dia berdiri dekat
situ.
“Kenapa senyap je bakal pengantin?” Soal Encik Harun
sambil tersenyum.
Ammar garu kepala sambil tersengih sumbing.
Damia pulak telan air liur. Diam itu lebih baik, ayah!
Encik Harun dengan Encik Yusuf saling berpandangan
sebelum tersenyum. Rasanya masing-masing tu pun dah suka!
“Kak Miaaaa! Comel nak beranak!” Tiba-tiba muncul Rafiq
di muka pintu. Damia terus bangkit sebelum menghampiri Rafiq.
“Mana ayah dengan mak kamu?”
“Mak ayah pergi beli barang. Akak, cepatlah!” Rafiq dah
macam cacing kepanasan. Mana dia pandai nak sambut anak lembu! Ayah dia tak
pernah ajar!
“Jap-jap.” Terus Damia mendapatkan mak dan ayahnya.
Haa... ni kecemasan! Terpaksalah mengundur diri sebentar.
“Mak, ayah, Mia nak pergi tolong sambut anak Comel kejap.
Mama, papa, Mia mintak diri dulu ye.” Dia menyalami tangan bakal mak mertuanya
sebelum tunduk sedikit dekat bakal ayah mertuanya. Dekat Ammar, dia tak tahu
nak buat apa. Akhirnya terus dia bergegas mengikut Rafiq.
“Comel tu siapa?” Soal Puan Anisah.
“Lembu kawan baik Mia.”
“Mia pandai sambut anak lembu?” Kali ni Ammar pulak yang
bertanya.
Encik Harun terus tergelak. “Mia tu lasak. Masa
kecik-kecik, dia rajin tolong datuk dia jaga binatang ternakan.”
Ammar mengangguk faham. “Boleh tak kalau Am nak tengok
dia sambut anak lembu?” Pintanya dengan teruja.
“Erk?”
**
“Comel, relaks okey!”
Damia menyingsing sikit lengan baju kurungnya dan hanya menampakkan handsock yang dipakainya. Rafiq pulak
tengah menenangkan Kachak. Macam tahu-tahu je bini dia ni nak bersalin kan?
“Mia...”
Damia terus berpaling bila namanya dipanggil. Terkejut
jugak bila dia nampak Ammar tengah berdiri di situ. Sekali dengan Abang Ngah
jugak.
“Do you want me to help you?”
“Boleh ke? Kotor baju karang...”
“Takpe...” Ammar dah mencangkuk di sebelah Damia.
Berkerut-kerut dahi dia melihat macam mana Comel nak beranak. Nampak macm sakit
sangat! Haa... ni baru tengok lembu beranak!
“Awak!” Tiba-tiba Damia menjerit cemas.
“Kenapa?”
“Kepala anak Comel tersangkut! Abang, tolong pegang Comel
ni!” Laju Damia memberi arahan. Daniel cepat-cepat mengambil tempat. Memang dah
selalu pun dia tolong Damia menyambut anak lembu dengan kambing ni!
“Hah?” Ammar dah mula kalut. Macam mana kepala anak lembu
boleh tersangkut ni? Tiba-tiba Damia hulur sarung tangan getah dekat Ammar.
“Pakai gloves ni,” arah Damia sambil menyarung gloves ke
tangannya. Kemudian, dia capai rantai sebelum dia menyuruh Ammar untuk
memegangnya.
“Awak nak buat apa ni?” Naik terkejut Ammar bila dengan
selambanya Damia menyeluk tangannya ke dalam ruang peranakan Comel. Hampir
ternganga jugak mulut dia tengok Damia bersusah payah nak betulkan kedudukan
anak lembu tu.
“Ikatkan rantai tu kat kaki anak lembu ni.” Cepat Ammar
bertindak sambil memandang sekilas ke arah Daniel yang tersenyum-senyum.
“Awak tarik ikut pernafasan Comel tau. Macam kat
hospital. Kira satu... dua... tiga pastu tarik! Saya akan suruh Comel push!”
Ammar hanya mengangguk faham. Kali ni langsung tak
dipedulikan baju kemeja dia yang dah kotor. Kalau dia bercerita dengan
kawan-kawan dia pasal pengalaman menyambut anak lembu, mahu terlopong agaknya
diorang semua!
“Dah keluar!”
Ammar menarik nafas lega. Nasib baik anak lembu Comel ni
hidup lagi. Dia terduduk lemah di atas rumput. Penat dan mencemaskan betul!
Terdiam dia seketika bila Comel menjilat lendir hidung
dan mulut anaknya.
“Tu bagi memudahkan pernafasan anak lembu,” terang Damia
sambil tersenyum memandang Comel dan anaknya. Kachak yang tadi nampak agak tak
tenang, akhirnya dah diam dan sesekali menguak.
Kemudian Damia mengikat dan memotong tali pusat anak
lembu itu sebelum disapu dengan iodine bagi mengelakkan jangkitan kuman.
“Done! Alhamdulillah...” Damia menarik nafas lega.
Kemudian, dia mengerling ke arah Ammar sebelum tersenyum kecil.
**
NURUL
DAMIA
Semua barang hantaran dah siap. Semua hiasan dah siap
pasang. Kanopi dah naik dekat depan rumah. Pelamin pun dah ada dekat ruang tamu
tu. Bunga telur semua dah ready. Baju pengantin pun dah ambik dekat kedai.
Kiranya dah complete. Yang tinggal sekarang ni, upacara akad nikah malam ni!
Aku mengurut dahi. Tup tap tup tap, malam ni aku akan
bernikah dengan Inche Tunang! Rasa macam tengah mimpi. Baru je beberapa minggu
lepas, kami sambut anak lembu Comel sama-sama dan sekarang ni, aku dengan dia
bakal menjadi suami isteri. Aku pandang siling bilik aku ni. Macam mana agaknya
perasaan bila dah jadi isteri orang nanti?
“Mia, dah solat ke belum?” Soal Kak Long.
Aku duduk bersila di atas katil. “Dah...”
“Nanti mak andam nak datang. Mandi ke belum?”
“Dah...”
“Kenapa muka macam orang hilang anak je ni?”
“Berdebar...” Aku sengih.
“Biasalah tu... Jangan risau sangat. Kak Long nak ke
dapur dulu. Nanti mak andam datang...”
Aku hanya mengangguk sebelum merebahkan tubuh aku ke atas
katil. Inche Tunang, awak berdebar tak sekarang ni?
**
MUHAMMAD
AMMAR
Dari tadi aku duk berjalan hulur ke hilir. Jarum jam
semakin menghampiri ke pukul 8.15 buat jantung aku makin nak pecah. Lagi
beberapa minit je lagi! Lepas solat Isyak, aku dan semua ahli keluarga aku akan
bertolak ke rumah Damia. Tadi sempat jugak aku mesej Abang Daniel. Dia cakap
Damia pun dari tadi muka bukan main pucat. Macam dia yang nak lafaz akad nikah.
Aku tersenyum kecil. Lawak jugak Damia tu.
“Senyum sorang-sorang nampak!” Sergah Abang Long kuat.
Aku terus mengusap dada. Kurang asam betul abang aku ni! Tak sempat aku nak
pergi akad nikah nanti!
“Ada apa bang?”
“Papa panggil kat bilik solat.”
“Ohh...” Aku mengangguk kecil sebelum mencapai songkok
dekat atas katil dan mengikut langkah Abang Long ke bilik solat.
“Papa... ni Am dah datang...”
Papa menggamit aku supaya duduk di sebelahnya. Dia
menepuk bahuku perlahan sebelum tersenyum lebar.
“Lepas ni, Am dah nak jadi suami orang. Jaga isteri Am
baik-baik ye. Jadi pembimbing dia sehingga ke syurga ye,” ucap papa perlahan.
Aku hanya memandang papa dengan hati yang sebak.
“Insya-Allah, papa...” Terus aku memeluk papa dengan
erat.
**
Aku dah duduk bersila di hadapan ayah yang menjadi wali
Damia. Dari sini jugak, aku dapat lihat Damia yang tengah duduk di sebelah
bakal mak mertuaku dan jugak mama. Dalam hati aku memuji kecantikan dia. Lain
sangat kalau nak dibandingkan masa dia menjadi penyambut anak lembu!
“Muhammad Ammar bin Yusuf.”
“Saya...” Aku menarik nafas sedikit.
“Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Nurul Damia
binti Harun dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai...”
“Aku terima nikahnya Nurul Damia binti Harun dengan mas
kahwin tiga ratus ringgit tunai.”
“Sah?” Ayah bertanya pada saksi-saksi.
“Sah!”
“Alhamdulillah...” Terus aku mengucapkan syukur.
Alhamdulillah, selamat jugak aku menjadi suami kepada Damia dengan sekali
lafaz. Aku berpaling ke arah Damia dan aku tersenyum apabila melihat dia yang
tengah memeluk mak dan kemudiannya memeluk mama.
**
NURUL
DAMIA
“Saya ada hadiah khas buat isteri saya...” Ucapnya sebaik
saja dia selesai menunaikan solat sunat. Aku terpinga-pinga. Hadiah apa pulak
ni?
Tiba-tiba dia mengambil Al-Quran
yang aku bagi sebagai hantaran lalu dia melabuhkan duduk di hadapan aku.
Terkebil-kebil bijik mata aku sekejap.
“Surah An-Nisa...” Ucapnya perlahan
sambil tersenyum. Aku terus menekup mulut. Tak berkelip mata aku apabila dia
mula mengaji di hadapan aku. Air mata aku mengalir laju bila dengar betapa
syahdunya bacaan dia. Terasa macam aku bermimpi pun ada. Bila dia selesai
mengaji, dia memandang aku sebelum tersenyum. Aku yang masa tu tengah menangis
bagai nak rak membalas senyuman dia sambil menghembus hidung dekat tisu. Habis
cair dah mekap muka aku!
“Cengengla...” Sempat lagi dia kutuk
aku sambil mengelap air mata aku. Haaa... dah batal air sembahyang dia. Cincin
pun belum sarung lagi.
“Biarlah...”
Dia tersenyum sambil mengusap kepala
aku. Kemudian dia duduk di sebelah aku sebelum mencapai tangan aku dan cincin
bermata satu itu disarungkan di jari manis aku. Terketar-ketar jugak masa aku
nak tunduk mencium tangan dia. Berdebar kot! First time sentuh orang yang bukan
mahram kita!
“Jangan nangis-nangis. Tak comel
bila isteri saya nangis.”
Aku menjeling manja. Erk, sejak bila
Damia reti jeling-jeling manja ni? Dia takde pulak mencium dahi aku walaupun
beberapa kali jurugambar suruh dia buat macam tu. Jurugambar ni pun dia yang
pilih tau. Dia kata dia nak jurugambar perempuan. Lebih elok katanya. Nasib
baiklah rakan kongsi Hannah, Maya tu jurugambar. Jadi, Ammar mintak tolong dia
jelah. Aku ikutkan aje. Mana yang dia fikir elok, aku terima dengan hati yang
ikhlas.
Aku usap cincin yang dah tersarung
cantik di jari manis aku ni. Entah kenapa aku nampak cincin ni nampak macam
ekslusif. Macam dia tempah pun ada. Nak tanya sekarang, malulah pulak.
“Suka cincin tu?”
Aku mengangguk sambil tersenyum
manis.
“Khas untuk isteri abang...”
Aku terus angkat muka dan memandang
dia.
“Kenapa pandang abang macam tu?”
Soal dia pelik.
“Takde apa. Suka dengar panggilan
abang tu...” Aku senyum malu sebelum memaut lengannya. Dia pulak hanya ketawa
kecil sebelum mengusap kepalaku dan mengenggam tanganku. Alhamdulillah, syukur
kepada-Mu!
**
MUHAMMAD AMMAR DAN
NURUL DAMIA
Damia tersenyum sendiri sambil
teringat bagaimana meriahnya majlis perkahwinan dia tadi. Paling tak tahan bila
ada rakan sekerja Ammar yang sanggup datang walaupun baru sampai Malaysia. Siap
pakai baju uniform lagi. Mulalah ada beberapa kawan aku yang duk
tersengih-sengih tapi kawan-kawan Ammar takdelah sehandsome Ammar. Hee... dia
tersenyum lagi.
“Assalamualaikum...”
Damia memandang ke arah pintu yang
telah dibuka oleh suaminya sebelum tersenyum manis.
“Waalaikumussalam...”
“Tak tidur lagi?” Soal Ammar sambil
meletakkan songkok di atas meja solek. Kemudiannya dia merebahkan tubuh
badannya di sebelah Damia sebelum dia memeluk erat tubuh isterinya.
“Tak ngantuk lagi...”
“Hmm...”
“Abang...”
“Ye?” Sahut Ammar perlahan dengan
mata yang terpejam.
“Thanks for everything...”
Ammar tersenyum kecil sebelum
mengucup dahi Damia lama. “You’re welcome.”
“Abang...”
“Thanks sebab sudi sambut anak Comel
dengan Mia hari tu...”
Kali ni Ammar ketawa sebelum
mengeratkan pelukannya. “You’re welcome, sayang...”
“Abang...”
Damia menggigit bibir. Nak cakap ke
tak nak?
“I love you...” Terus dia sembamkan muka
dekat dada Ammar. Rasa berbahang muka dia sekarang ni! Sejak bila dia jadi
berani sangat ni?
Ammar yang mendengar luahan
isterinya terus terdiam. Terkejut jugak sebenarnya tapi dalam masa yang sama,
rasa tercabar jugak. Kenapa isteri dia pulak yang kena ucapkan kata-kata cinta
dulu?
“Patutnya abang yang cakap dulu...”
“Takpelah. Sama je...”
“I love you more, Mia. I love you
for all that you are, all that you have been, and all you’re yet to be,” lafaz
Ammar perlahan. Damia menangis terharu sebelum mengeratkan pelukannya.
Ammar adalah anugerah terindah dalam
hidupnya. Kahwin dengan pilihan keluarga is not a bad idea after all kan?
Sekarang ni, dia dah jatuh cinta berkali-kali dengan Ammar! I must say that
love after marriage is sure full of barakah. Insya-Allah.
Teringat kata-kata Kak Long dulu,
“Rasa
cinta bukan dosa tapi fitrah. Fitrah kalau dibawa ke jalan yg benar , itu
mulia. Kalau dibawa ke jalan yg salah, itu hina.”
wah.. bgus btol ammar ni.
ReplyDeletesy suka part ammar baca surah An-Nisa tu :)
Hehehehe! mekaseh <3 Harap awk enjoy baca cerpen ni.
Deleteso sweett ~ best ! err..nak kawin skrg bleh x? hahaha :p
ReplyDeleteHahaha! kalau dah ready, insya-Allah boleh :) mekaseh liya.
Deletesukaaaaaaaaaaaaaaa!<3
ReplyDeleteMekaseh mai :3 lama tak nampak. hehehe!
Deletesukkkaaaaaaaaaaaaa sangat!<3
ReplyDeletealah.. pendek sangat moon..kasilah panjang sikit.. hhee..by the way.. suka ayat yang last tuh.. akhirnya berakhir jugak cerpen ni kan?hehhe
ReplyDeletebest lar...
ReplyDeletesuke bace jenis cerita macam nie...
teruskan lg..
terima kasih :) insya-Allah.
Deletethumbs up! =)
ReplyDeletegosh !! cair awak
ReplyDeletesuka jalan cerita dia :D
hehehe! <3 thanks lia.
Deleteaaaa... sweet sangat.. caya tak kite nangis part ending? hahahaa.. adehhh terharu je ,, barakah rumahtangga till jannah.. amin....
ReplyDeleteaww.. jgn nangis2 :') nnti kita pun nangis. terima kasih sbb sudi baca cerpen ni :)
DeleteAmmar ;) .
ReplyDeletesuka2 buat cerpen lain lagi tau . hehehe .
Terbaiklah kak Liya ><
hehehe! insya-Allah :)
Deleteterima kasih Qila.
really love the story.....sweet nyer ammar....suami impian semua wanita....
ReplyDeleteassalamualaiki walhamdulillah jugak sbb akhirnya dpt bc full JC.k.jiba suka jln cter dia yg sngt2 teratur dari satu plot ke satu plot.baca pun rasa santai.cuma keliru ckit yg time Ammar kasi surt tu...dia taaruf dgn nm Muhammad Ammar binti Arif.nape eih?typo atau ada mksd pe?.pastu ada part yg Damia sinsing lengan baju then Ammar mai time depa nk smbt ank lembu tu.rasanya part tu boleh improve.aurat wanita tu termasuk lengankan dik.kcli kalau dia pkai sarung lengan yang xmelekat.
ReplyDeleteGerbang Ziwaj yg sngt2 suci bila brlndaskan syariat.akak tumpang hepi tuk Damia&Ammar.sebuah bait uslim yg cukup sempurna apabila llki dan perempuan saling melengkapi.
Tahniah sbb sekali lg adik brjy buat akk trsenyum bersyukur dgn karya yg cukup tersentuh.
waalaikumussalam..hehehe! yang part surat tu memang typo, kak jiba. terima kasih sbb perasan. hehehe! yang part lengan tu, sebenarnya moon dah tambahkan yang damia pakai handsock tapi bila dah publish baru perasan part tu takde. sorry ye kak jiba :)
Deleteyeayyy! suka3! kak moon pandai masukkan watak2 yg dulu! serius comel & sweet cerpen ni! (^_^)
ReplyDeleteterima kasih aida :D hehehe..tetiba akak rindukan kachak dgn comel :)
DeleteAlahai sweet sgt.. Hrp2 jodoh kite semua dpt le mcm ammar... Amin
ReplyDeleteamin..insya-Allah kak ifah :')
Deletekita rasa ni macam jalan cerita cinta yang yana harapkan nanti kan?
ReplyDeletekita doakan yana dapat laa jalan cerita cinta yana yang lebih sweet daripada ni. insyaAllah, tak lama lagi laa tuh. heee :)
hehehe! lebih kurang :D pandai fiqah teka. hehehe! insya-Allah. amin.. terima kasih fiqah :DD
DeleteAduhh! kak moon! ini sangat sweet ni :D jatuh cinta berkali-kali dengan ammar. kekeke. good job akak! nak buat manuskrip pun I sokong! :D
ReplyDelete-cinta- :p
hehehehe! thanks cinta :P jatuh cinta lagi.. lagi-lagi, ku jatuh cinta!
Deletebest sangat cerita ni moon...
ReplyDeleteTerima kasih kak WC :)
DeleteKak muunnnnnnn.... hahaha ok saya snyum lebar gle.ni.. ammar so sweeeeettt!!!
ReplyDeletehahaha... maceh yani <3 sweet mcm adam dgn zaf kan? :PP
Deletesangat sweet ammar & damia <3
ReplyDeleteTerima kasih :) hehehehe..
Deletehuhuhu...bestnye kalu dpt inche hubby mcm tu...apepn i like this story...hehehe
ReplyDeletehehehe.. terima kasih :)
Deletecun gilak.......hahaahah.
ReplyDeleteterima kasih :))
Deletesuka waktu sambut anak omel tu..macam comel je..
ReplyDeletehehehe! :D TQ
Deletewah best nyer.. suka baca cinta islamik cam nie..
ReplyDelete:) TQ
Delete:) tersenyum sepanjang saya baca kisah ni. Alhamdulillah. Cinta kerana Allah,bahagia jawabnya.
ReplyDeletemalu-malu je nak baca...hehehe
ReplyDeletejrg de org nak wat cite islamk camnih..cite ni best sesangt......
ReplyDeletesoooooooooo sweeeet......the best story ever
ReplyDeletecerpen yang bagus, thanks...
ReplyDeletecomellllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll\
ReplyDeletesweetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt/
kiuttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt\
terussssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss/
berkaryaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa\
fall in luv with ammar..hihi
ReplyDeleteSweet sgt ^_^!!
ReplyDeletelagi bagus kalau ade konflik dengan bekas tunang mia 😂
ReplyDeleteBesttyerrr.....smpai kluar airmata bca cerpen nii...lgi lawak yg part smbut ank lmbu tuuu...hahahahaahah
ReplyDelete-izza-
Besttnyerrr.... sweet+lawakk yg part smbut lmbuu tuuu hahahha....btw best cerpenn
ReplyDeleteBesttnyerrr.... sweet+lawakk yg part smbut lmbuu tuuu hahahha....btw best cerpenn
ReplyDelete