Wednesday, August 1, 2012

Cerpen : Jalan Cinta Part 3


MUHAMMAD AMMAR DAN NURUL DAMIA
            Ammar memandang papanya yang tengah memandu dengan tenang ke rumah Damia. Ikutkan perancangan, sepatutnya dia yang memandu tapi dari tadi, tangan dia asyik menggigil je. Terus papa cakap, biarlah papa yang memandu. Dia pun hanya mengangguk sambil tersenyum sumbing.
            “Nampak sangat berdebar-debarnya...” usik Kak Ngah sambil mencucuk pinggang Ammar. Sengaja nak mengusik adik bongsunya ni.
            “Takut...” balas Ammar sambil memegang dadanya.
            “Relakslah. Insya-Allah, semua akan okey.”
            Ammar hanya mengangguk kecil sambil mengenggam telefon bimbitnya. Baru sekejap tadi, bakal abang ipar dia menghantar mesej pesanan dari Damia.
            Everything will be just fine, insya-Allah. Saya pun takut jugak sebenarnya ni.
**
“Assalamualaikum…” Ammar hanya memerhatikan Encik Yusuf yang tengah member salam sambil menarik nafas panjang. Sayup-sayup dia terdengar suara yang menjawab salam. Muncul seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengan papa dengan senyuman lebar di bibir.
            “Alhamdulillah, sampai jugak kau ye.” Terus papa dan lelaki itu berpelukan. Selepas pelukan mereka terlerai, Ammar menghampiri untuk bersalaman dengan lelaki tersebut. Ikutkan hati nak je dia tanya, “Pak cik ni bakal ayah mertua saya ke?”
            “Apa khabar, Ammar?” Encik Harun mengusap lembut bahu bakal menantunya ini. Alhamdulillah sebaik saja nampak muka Ammar ni, hatinya terasa tenang dan yakin bahawa Ammar mampu membimbing anaknya.
            “Alhamdulillah baik, pak cik.” Ammar tersenyum kecil.
            “Eh, kenapa panggil pak cik? Panggillah ayah. Tak lama lagi pun dah nak jadi menantu ayah…” ucap Encik Harun sambil ketawa. Ammar hanya tersenyum sumbing sambil menggaru kepalanya.
            “Jemput naik atas. Mah dengan Mia tengah sibuk kat dapur tu,” ajak Encik Harun sambil memaut bahu Encik Yusuf.
            **
            Damia yang sejak dari tadi asyik mengintai ikut pintu dapur cepat-cepat mendapatkan Puan Mahirah yang tengah mengacau air gula. Ibunya hanya tersenyum sebelum mengangkat kening.
            “Macam mana?”
            “Err…” Damia bermain dengan hujung tudung labuh yang dipakainya sekarang. Haa… tudung labuh! Tudung ni salah satu daripada hadiah Inche Tunang. Alhamdulillah sejak dia dapat hadiah ni, dia dah mula pakai tudung labuh. Jangan salah anggap tau. Bukan sebab Inche Tunang, dia nak pakai tudung labuh ni tapi sejak beberapa hari ni, dia asyik bermimpi dia pakai tudung labuh. Akhirnya, pada pagi Jumaat hari tu, dia tekad menyarungkan tudung labuh dekat kepala.
            Puan Mahirah terus ketawa. Bukannya dia tak nampak muka anak gadis dia ni dah merah.
            “Mah, Mia… diorang dah sampai. Bersalam dulu…” Encik Harun muncul di dapur sambil tersenyum meleret. Diana yang tengah menyusun cawan di atas dulang terus tersenyum nakal sambil mencuit bahu adik lelakinya. Hari ni, sekali lagi mereka berdua balik ke kampung semata-mata nak tengok muka bakal adik ipar.
            “Mia… bawak cawan ni ke depan,” arah Diana.
            “Ala…”
            “Alang-alang nak ke depan tu, tolonglah bawak. Kak Long nak bawak kuih ni.”
            Perlahan-lahan Damia menyambut dulang di tangan Kak Long dengan muka yang berkerut-kerut. Haih, rasa macam nak luruh jantung dia dibuatnya!
            “Senyum la sikit,” kata Daniel sambil ketawa kecil.
            “Abang Ngah cakap senanglah! Mia takut tau!”
            “Nak takut apa? Bukan Am makan orang pun?”
            Damia mencebik. Geram betul! Dari jauh, dia dapat mendengar suara orang berbual. Tiba-tiba mata dia tertancap pada tubuh seorang lelaki yang membelakanginya sekarang. Makin longlai langkahnya ketika ini. Malu-malu!
            “Am, ayah perkenalkan anak ayah… Nurul Damia.”
            Saat itu, bukan setakat jantung Damia hampir-hampir nak berhenti berdegup tapi Ammar pun dah terkelu.
            **
            Ammar menunduk sejak dari tadi. Tak berani nak angkat muka untuk memandang Damia yang duduk bersimpuh di sebelah kakaknya. Dahlah tadi, bukan main terkejut dia sebab bersua kali pertama dengan Damia. Jantung dia pun berdegup kencang sekarang ni.
            Damia lagilah! Kalau boleh nak dia pergi dari sini. Malu-malu! Boleh pulak dia terdiam kat situ tadi sambil pegang dulang. Sampai Kak Long cuit, barulah dia sedar. Kalau tak, mau sampai sudah dia berdiri dekat situ.
            “Kenapa senyap je bakal pengantin?” Soal Encik Harun sambil tersenyum.
            Ammar garu kepala sambil tersengih sumbing.
            Damia pulak telan air liur. Diam itu lebih baik, ayah!
            Encik Harun dengan Encik Yusuf saling berpandangan sebelum tersenyum. Rasanya masing-masing tu pun dah suka!
            “Kak Miaaaa! Comel nak beranak!” Tiba-tiba muncul Rafiq di muka pintu. Damia terus bangkit sebelum menghampiri Rafiq.
            “Mana ayah dengan mak kamu?”
            “Mak ayah pergi beli barang. Akak, cepatlah!” Rafiq dah macam cacing kepanasan. Mana dia pandai nak sambut anak lembu! Ayah dia tak pernah ajar!
            “Jap-jap.” Terus Damia mendapatkan mak dan ayahnya. Haa... ni kecemasan! Terpaksalah mengundur diri sebentar.
            “Mak, ayah, Mia nak pergi tolong sambut anak Comel kejap. Mama, papa, Mia mintak diri dulu ye.” Dia menyalami tangan bakal mak mertuanya sebelum tunduk sedikit dekat bakal ayah mertuanya. Dekat Ammar, dia tak tahu nak buat apa. Akhirnya terus dia bergegas mengikut Rafiq.
            “Comel tu siapa?” Soal Puan Anisah.
            “Lembu kawan baik Mia.”
            “Mia pandai sambut anak lembu?” Kali ni Ammar pulak yang bertanya.
            Encik Harun terus tergelak. “Mia tu lasak. Masa kecik-kecik, dia rajin tolong datuk dia jaga binatang ternakan.”
            Ammar mengangguk faham. “Boleh tak kalau Am nak tengok dia sambut anak lembu?” Pintanya dengan teruja.
            “Erk?”
            **
            “Comel, relaks okey!”
            Damia menyingsing lengan baju kurungnya sedikit. Rafiq pulak tengah menenangkan Kachak. Macam tahu-tahu je bini dia ni nak bersalin kan?
            “Mia...”
            Damia terus berpaling bila namanya dipanggil. Terkejut jugak bila dia nampak Ammar tengah berdiri di situ. Sekali dengan Abang Ngah jugak.
            “Do you want me to help you?”
            “Boleh ke? Kotor baju karang...”
            “Takpe...” Ammar dah mencangkuk di sebelah Damia. Berkerut-kerut dahi dia melihat macam mana Comel nak beranak. Nampak macm sakit sangat! Haa... ni baru tengok lembu beranak!
            “Awak!” Tiba-tiba Damia menjerit cemas.
            “Kenapa?”
            “Kepala anak Comel tersangkut! Abang, tolong pegang Comel ni!” Laju Damia memberi arahan. Daniel cepat-cepat mengambil tempat. Memang dah selalu pun dia tolong Damia menyambut anak lembu dengan kambing ni!
            “Hah?” Ammar dah mula kalut. Macam mana kepala anak lembu boleh tersangkut ni? Tiba-tiba Damia hulur sarung tangan getah dekat Ammar.
            “Pakai gloves ni,” arah Damia sambil menyarung gloves ke tangannya. Kemudian, dia capai rantai sebelum dia menyuruh Ammar untuk memegangnya.
            “Awak nak buat apa ni?” Naik terkejut Ammar bila dengan selambanya Damia menyeluk tangannya ke dalam ruang peranakan Comel. Hampir ternganga jugak mulut dia tengok Damia bersusah payah nak betulkan kedudukan anak lembu tu.
            “Ikatkan rantai tu kat kaki anak lembu ni.” Cepat Ammar bertindak sambil memandang sekilas ke arah Daniel yang tersenyum-senyum.
            “Awak tarik ikut pernafasan Comel tau. Macam kat hospital. Kira satu... dua... tiga pastu tarik! Saya akan suruh Comel push!”
            Ammar hanya mengangguk faham. Kali ni langsung tak dipedulikan baju kemeja dia yang dah kotor. Kalau dia bercerita dengan kawan-kawan dia pasal pengalaman menyambut anak lembu, mahu terlopong agaknya diorang semua!
            “Dah keluar!”
            Ammar menarik nafas lega. Nasib baik anak lembu Comel ni hidup lagi. Dia terduduk lemah di atas rumput. Penat dan mencemaskan betul!
            Terdiam dia seketika bila Comel menjilat lendir hidung dan mulut anaknya.
            “Tu bagi memudahkan pernafasan anak lembu,” terang Damia sambil tersenyum memandang Comel dan anaknya. Kachak yang tadi nampak agak tak tenang, akhirnya dah diam dan sesekali menguak.
            Kemudian Damia mengikat dan memotong tali pusat anak lembu itu sebelum disapu dengan iodine bagi mengelakkan jangkitan kuman.          
            “Done! Alhamdulillah...” Damia menarik nafas lega. Kemudian, dia mengerling ke arah Ammar sebelum tersenyum kecil.

p/s : Part 3! Enjoy! Hehehehe!


Photobucket

15 comments:

  1. wah.. kachak dgn comel pn ade skali..
    btw, cite ni best. teruskn usaha
    gambatte kudansai ;)

    ReplyDelete
  2. Erks.. First tymme nih bc psl smbut anak lembu.. Hheehe awat depa dua org ni pemalu ya amat?? ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Semangat gi google . Siap tgk mcm mana diorg sambut anak lembu! :D Seronok tau..

      Delete
  3. alah.. sikit sangatt.. x puas kalau macam nih.. kasi panajng sikitlah sis.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Moon tgh korek idea ni nak biar kasi panjang sama macam cerpen kak sara. *macam mampu je. hehehe!

      Delete
  4. fuhhh..mau tpengsan kalo sruh saya yg smbut ank lembu....gila berani damia...

    sbung lg ye moon..

    ReplyDelete
  5. Hahaha...memang lawak kenangan pertama Damia bersama Inche Tunang adalah menyambut anak lembu...#^_^

    ReplyDelete
  6. suka sangat baca.. tersenyum jekk..
    wah, sambut anak lembu.. pengalaman baru tu untuk Am.. hehehe.. aiyakkk sweet betullah mereka.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe! mmg pengalaman baru :D pilot ttiba kena sambut anak lembu :D

      Delete
  7. first time baca pasal sambut anak lembu...saspen tapi mcm best..hehe...

    awat dua-dua malu sangat? hish3x..

    ReplyDelete
  8. omoooo ! hehehhehe sambut anak comel sama-sama . comel je ;)

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers