PUAN
MAZNAH mengurut dahi sendiri. Dari tadi dia pening memikirkan rancangan
suaminya yang memang bernas, cuma dia tak pasti akan berjaya ataupun tidak.
Mereka berdua sekarang sedang bercakap soal Hilman Danish, satu-satunya anak
lelaki mereka yang memang agak degil tu. Mau ke plan suami dia ni berjaya?
“Abang
pasti ke plan ni boleh berjaya? Maz risau. Bukannya abang tak tahu Danish
dengan kampung memang tak boleh nak ngam.”
Encik
Yusuf yang tengah membaca surat khabar, mengangkat muka memandang si isteri
yang nampak kusut. Perlahan-lahan dia mula tersenyum nipis dan meletakkan surat
khabarnya ke tepi.
“Insya-Allah
berjaya. Kita tengoklah nanti macam mana. Abang kenal sangat dengan anak kita
tu. Cakap je berhabuk tapi buatnya tak jugak. Kalau dia nak degil jugak,
tahulah apa abang nak buat nanti. Awak janganlah risau sangat la pasal dia.”
Puan
Maznah dah mula ketawa dengan kata-kata suaminya. Memang betul pun yang Hilman tu
suka cakap aje tapi buatnya memanglah boleh dikira.
“Boleh
ke Maz telefon suruh Danish balik sekarang?” Puan Maznah mencapai telefon
bimbit di atas meja, mula mencari nombor telefon anaknya.
“Telefonlah.
Suruh dia balik sekarang jugak.”
“NO PAPA!”
“Papa
tak kira. Balik kampung dan jumpa kawan papa. Tinggal dengan dia. Make yourself
useful!”
Hilman
meraup mukanya kasar. Kenapa nak kena balik kampung? Rasanya takde pulak dia
buat masalah besar sangat sampai kena hantar balik kampung! Papa dah melampau.
Sangat. Sangat. Melampau!
“Hilman
balik sana dan tinggal dengan kawan papa. Dia baik…” Puan Maznah pulak memujuk.
Dia tahu apa yang suaminya buat sekarang ni demi kebaikan Hilman dan dia memang
akan menyokong segala tindakan suaminya itu dalam memastikan Hilman berubah
menjadi lebih baik. Anaknya tu dah naik lemak sangat. Semua benda tak reti nak
buat. Itu tak reti, ini tak reti! Teruk kalau semua benda tak reti. Macam mana
nak berdikari kalau Hilman terus jadi macam ni? Dahlah dia satu-satunya anak
lelaki dalam keluarga ni.
“Enam
bulan je. Lepas tu papa naikkan elaun Danish. Puas hati?”
Hilman
terus memandang papanya dengan mata yang bercahaya. Naik elaun? Memang dah lama
dia minta papanya menaikkan elaun tapi sekarang baru dapat. Akhirnya berjaya
jugak tapi…
“Enam
bulan tu lama, pa…”
“Take
it or leave it.”
Senang
aje Encik Yusuf bagi pilihan. Terpulang pada Hilman nak terima ke tidak tapi
hatinya yakin yang Hilman akan terima. Anaknya tu takkan senang-senang menolak kalau
masuk soal duit.
“I’ll
take it…”
Encik
Yusuf dan Puan Maznah terus tersenyum lebar. Kan dah cakap yang Hilman dengan
duit, memang tak boleh dipisahkan langsung!
“BILA kau
pergi sana?”
Hilman
jongket bahu dengan muka malas. Dia tak ada mood pun nak cakap pasal benda ni
dengan sesiapa pun. Rasa macam nak lari jauh-jauh pun dah ada sekarang ni.
Nasib baik hari ni Ammar buat majlis kesyukurang dekat rumah dia.
Sekurang-kurangnya bolelah larikan diri dalam rumah walaupun sekejap.
“Relakslah
Hilman. Sedar-sedar je kau dah balik sini nanti.” Ammar menepuk bahu sepupunya
ni. Dia kesian jugak sebenarnya dengan Hilman tapi nak buat macam mana? Pak
Long dengan Mak Long Maznah mesti lagi tahu apa yang terbaik untuk anak mereka.
Dia kenal sangat dah dengan pak cik dan mak cik dia tu. Idea dia orang
insya-Allah selalunya bukan untuk merosakkan tapi untuk membantu.
“Aku
cuba nak relaks la ni. Kalau tak, dah lama aku lari,” ucap Hilman sebelum
meraup mukanya. Kasar. Tinggal beberapa hari aje lagi sebelum dia kena bertolak
ke sana. Bertolak ke kampung yang tak ada apa-apa tu. Sampai sekarang dia masih
lagi pelik kenapa mama dan papa beria-ia nak hantar dia ke sana.
“Apa
yang special sangat dekat kampung tu agaknya?” gumam Hilman, meramas rambutnya
pula. Dah tak kisah kalau rambutnya berserabut sebab otaknya lagi berserabut
sekarang ni.
“Kampung
best apa. Udara pun bersih kalau nak dibandingkan dekat KL ni.”
Hilman
dah menjeling Ammar dekat sebelah. Amboi, aku bukan suruh kau menyokong kampung
tu!
Ammar
yang perasan riak muka Hilman yang macam nak telan dia hidup-hidup terus
ketawa. Tapi memang betul apa? Hidup dekat kampung tak adalah teruk mana
sangat. Seronok pun seronok! Dia suka sangat setiap kali nak balik ke kampung
Damia tapi tuntutan kerja di atas awan menyukarkan dia nak balik ke sana selalu
sangat. Jadi, isterinya yang selalu balik ke kampung sorang-sorang.
“Disebabkan
elaun papa, aku sanggup buat kerja gila ni.”
“Jangan
pulak nanti kau jatuh cinta dengan tempat tu sudahlah. Tak kenal maka tak
cinta, percayalah cakap sepupu kau ni.” Ammar kenyit mata sebelum bangkit dari
duduknya dan menghampiri kawan-kawannya yang lain pula.
Lama
Hilman terdiam apabila mendengar kata-kata Ammar. Jatuh cinta dengan kampung?
Simpang malaikat 44!
RANIA
mengelap peluh yang mengalir di dahi. Alhamdulillah, lembu-lembu ayahnya dah
makin gemuk sejak kebelakangan ni. Ramai orang yang datang nak beli sekarang ni
sampaikan Murad dan Farouk naik tak cukup tangan nak urus. Kalau dulu, naik
sedih dia tengok lembu-lembu ni. Semuanya kurus-kurus sebab kurang dijaga. Ayah
pun dah tak larat nak jaga lembu-lembu ni sangat. Nak upah orang pun susah
sebab ramainya dah ke bandar, mencari rezeki dekat sana. Nasib baik ada Murad
dan Farouk yang sudi bergabung tenaga menjaga lembu-lembu ni. Kadang-kadang tu
isteri Murad, Iman pun ada datang menolong sekali. Dia sendiri pun bukannya
boleh nak jaga lembu-lembu ni setiap masa. Sibuk nak tolong Abang Reza dekat
resort lagi. Ni setakat boleh tolong sikit-sikit ajelah sementara belum dapat kerja lagi.
“Niaaa!”
“Apa
Murad?”
“Ayah
kau panggil…”
Terus
Rania membasuh tangannya dekat paip. Dahi dah mula berkerut. Kenapa ayah suruh
balik tiba-tiba ni?
“Okey.
Kau jaga kandang kejap. Bagi makan dekat kambing lepas ni. Sat lagi aku datang
balik sini.”
Murad
hanya mengangguk dan aku terus naik atas motosikal. Orang lain sibuk nak
berkereta tapi aku masih setia dengan motosikal aku ni. Motosikal pertama yang
aku beli guna duit gaji pertama aku. Nampak tak betapa simboliknya motosikal
aku ni?
“Bawak
moto tu baik-baik. Jangan kau pergi racing pulak.”
Rania
mencebik. Mentang-mentanglah aku tak reti bawa moto perlahan-lahan, siap boleh
bagi warning macam tu pulak ye! “Yelah… aku tahu. Kalau aku tak datang balik
sampai ke petang, kau pergi jumpa Pak Cik Megat. Tanya dia nak berapa ekor
kambing untuk kenduri dia nanti.”
“Beres.
Cepatlah pergi. Nanti ayah kau bising pulak…”
“Chao
dulu! Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam.”
RASA MACAM
nak jatuh terduduk dari kerusi bila dengar ayah cakap yang anak kawan dia akan
tinggal di sini buat sementara waktu dan yang palik TERUKNYA, dia kena tolong
budak lelaki tu. Sungguhlah dia tak ada mood nak jadi babysitter orang! Kalau
budak kecil tu bolehlah dia terima dengan hati gembira sebab dia memang suka
budak-budak tapi kalau lelaki berumur 28 tahun pun nak kena ada orang jaga,
memang dah kes naya!
“Orang lain, ayah? Abang Reza kan
ada.”
“Abang Reza kamu tu sibuk. Kamu je
yang paling layak sebab kamu belum mula kerja lagi.”
Rania terdiam. Paling layak? Amboi,
macam nak jaga anak orang kenamaan aje!
“Dia
budak bandar?”
Encik Ahmad mengangguk sambil
menghirup air kopi. Matanya “Baru balik
dari oversea. Manja la sikit sebab anak lelaki tunggal tapi ayah rasa kamu
boleh kawal dia tu nanti.”
“Lagilah naya…” rungut Rania
perlahan. Kepala dah mula pening macam kena lempar sana-sini.
“Kamu tu pun manja jugak dan jangan
buat-buat lupa siapa yang pergi belajar dekat US dulu tu. Jangan nak duk
mengata ke orang je!” perli Encik Ahmad selamba. Mengata dulang paku serpih,
mengata orang dia yang lebih. Sedap-sedap aje mengata anak orang manja. Diri
sendiri tu tak pulak dikata manja! Kadang-kadang anak perempuan dia ni sibuk
nak suruh maknya suap makan. Tak sedar umur dah 25 tahun!
Rania menggaru kepalanya yang tak
gatal. Ambik kau, kena sekali kat muka!
“Bila dia datang?”
“Petang ni sampai.”
“HAH?!”
Nak pengsan sekarang ni boleh?
p/s : Enjoy! :)
amboi budak bandar~ duduk kat kampung best la.. dasar anak mak.. hehe.. nanti Rania dera kau buat kerja ngan lembu2 tu baru padan muka kau :p
ReplyDeletebest Moon :D sambung lagi! ^^
menarik...
ReplyDeletecepat2 sambung ye miss writer... ;-)
BestNyerrr ^^
ReplyDeleteBestNyerr ^^ Novel Kak Leeya mmg FOREVER-THE-BEST
ReplyDelete