“There
will be a person who is going to love you, to hold you in his arms and to
protect you.”
**
Mengenangkan kehidupan aku di saat ini yang tidak begitu
bahagia tanpa si dia membuatkan aku umpama burung yang terpatah sayapnya. Dia
memberi kenangan yang indah dan bila dia tiba-tiba tiada di sisi, aku rasa
kosong. Seperti separuh dari diriku dibawa pergi bersamanya. Walaupun dia
pernah berpesan, jika dia pergi dulu sebelum aku, aku harus move on dan mulakan
hidup baru. Dia jugak pernah berpesan jika aku berjumpa dengan cinta baru,
fight for it and never let that person go away. – Izzah
Dia selalu ingat Julia cakap, “Bila abang jumpa cinta
baru, bagitahu dia apa yang abang rasa ye…” dan masa tu dia memang selalu
bengang dan sekarang, barulah dia sedar kenapa Julia selalu cakap macam tu.
Rupanya Julia akan pergi meninggalkan diri secara mengejut. Dia masih lagi
ingat muka Julia yang nampak sangat tenang sebelum dikafankan malah dia jugak
masih ingat sampai sekarang pesanan Julia yang terakhir.
“Cari cinta abang dan jaga dia baik-baik…” - Izz
**
“Dah hampir empat tahun, Izzah.”
“Hmm…”
“You should have move on,” ucap Wana perlahan. Izzah
hanya diam sebelum menghela nafas panjang.
“Aku dah move on, Wana….”
“Kau tak nak cari cinta baru ke? Kau muda lagi tau.”
Izzah tergelak kecil. Sebenarnya, bukan Wana seorang saja
yang selalu tanya pasal hal ni. Ayah, mak, Acik, Abang Imran… semua asyik tanya
soalan yang sama. Dia sebenarnya bukan tak mencari cinta baru tapi hatinya
masih belum lagi terpikat pada sesiapa selepas
arwah Faizul pergi meninggalkan dirinya.
“Aku tanya betul-betul, dia gelak-gelak pulak!” Wana dah
tarik muncung. Kadang-kadang dia kesian tengok Izzah yang masih lagi
bersendirian. Bukan takat kesian tapi risau. Risau Izzah masih lagi bersedih. Dia
kalau boleh tak nak tengok Izzah sedih. Bila Izzah sedih, dia pun rasa sedih
sekali.
“Jangan risau, Wana. Insya-Allah kalau ada jodoh,
pengganti arwah Faizul akan datang…” ucap Izzah ingin menyenangkan hati Wana.
Dia tahu Wana risaukan dia tapi soal jodoh ni, dia serahkan segalanya pada
Allah. Kalau ada jodoh, insya-Allah adalah. Kalau takde, dia terima segalanya
dengan reda. Dia yakin Allah tahu apa yang terbaik untuk dia sekarang ni.
**
Izz memandang keadaan sekeliling sebelum mengambil beg
yang terletak di kakinya. Pertama kali menjejak kaki di Pulau Pangkor sekarang
ni, satu perkataan je yang terlintas di fikirannya.
“Cantik!”
Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari jeti dan matanya
mula meliar mencari sahabat baiknya, Imran yang dah jadi penduduk tetap kat
pulau ni sejak lima tahun lepas. Sekarang ni, Imran bekerjasama dengan salah
seorang penduduk dekat sini untuk membuka sebuah resort. Dengar cerita resort
Imran ni memang agak popular dekat sini. Memandangkan Izz pun tak pernah datang
sini, kesempatan yang ada digunakan untuk melawat Imran dan sekaligus untuk
menangkap gambar-gambar untuk koleksi dia.
“Izz!” Izz berpaling ke belakang sebelum tersenyum lebar
sebaik saja matanya menangkap kelibat Imran. Pantas tubuh sahabat baiknya
dipeluk erat.
“Apa khabar, Im?”
“Alhamdulillah sihat. Bukan main kau sekarang ye. Aku
dengar kau selalu melancong sekarang ni.”
Izz tersenyum tawar. “Cuma ni satu-satunya cara untuk aku
mengurangkan rasa sedih aku dan alhamdulillah, aku dah makin okey.”
Imran menepuk-nepuk bahu Izz. Dia tahu kisah sedih Izz
yang ditinggalkan isterinya selepas isterinya meninggal dunia dua tahun yang
lepas. Lega hati dia apabila melihat Izz sudah semakin sembuh dari
kesedihannya..
“Jom, aku bawak kau pergi resort.”
“Free kan?” Izz ketawa .
“Yelah…” Imran turut ketawa sebelum mereka berdua
melangkah ke kereta.
**
“Pernah makan kasut tak,
Acik?!” Tanya Izzah bengang. Geram betul bila konsentrasi dia terganggu. Tengah
syok-syok mengukir buah betik ni, tiba-tiba Acik datang kacau. Dah habis hodoh
ukiran dia!
“Kau takde kerja ke apa, Izzah?”
“Ayah bagi aku rehat la!” ucap Izzah bengang. Nasib baik
dia tak lempar buah betik ni dekat muka Acik. Kalau tak, mau lebam kepala tu!
“Izzah, ukiran kau ni hodoh la,” sempat lagi Acik mengutuk
sebelum bergegas lari tapi Izzah dah mencapai selipar di kaki sebelum
melemparnya sekuat hati tapi Acik sempat menunduk dan Izzah dah terdiam apabila
seliparnya tepat mengenai badan seorang lelaki.
“Habislah kau, Izzah!” Entah sejak bila Acik berada di sebelah
dia. Izzah gigit bibir. Imran pulak pandang dia dengan mulut terlopong manakala
lelaki yang berada di sebelah Imran pulak hanya memandang dia tanpa sebarang
reaksi di muka.
“Izzah?”
“Sorry, Abang Im! Acik ni haa… dia kacau Izzah tadi.”
Laju tangan Izzah mencubit Acik dekat sebelah. Acik hanya ketawa bila tengok
Izzah menggelabah.
“Mintak maaf dengan kawan abang. Habis baju dia dah
kotor…”
Izzah menggigit bibir sebelum memandang lelaki di sebelah
Imran. “Saya mintak maaf. Biar saya basuhkan baju awak yang kotor tu.”
“Takpe. Sikit je ni…” balas Izz perlahan, turut memandang
ke arah Izzah. Nama Izzah tu macam selalu dia
dengar ataupun dia ni ke Izzah yang Imran selalu ceritakan tu?
“Oh ye, Izz… ni adik anak Pak Cik Kamil yang jadi rakan
kongsi aku. Nur Izzah. Izzah, ni kawan baik abang… Muhammad Izz.”
Izz tunduk sedikit sebagai tanda hormat manakala Izzah
turut mengangguk kecil.
“Izzah boleh tolong tunjukkan bilik Izz tak? Abang nak
pergi pantai kejap.”
Izzah hanya mengangguk sebelum menyuruh Izz mengikutnya
selepas Imran meminta diri. Izz mengekori dari belakang dengan diam. Rasanya
memang betul dah dia la Izzah yang Imran duk cerita selama ni.
“Imran selalu cerita pasal awak.”
Izzah berhenti melangkah sebelum berpaling untuk
memandang Izz. Dahinya berkerut sedikit. Abang Imran ada cerita pasal aku?
“Abang Im cakap apa?”
“Yang kita sama.”
“Huh?” Makin bertambah kerutan di dahi Izzah. Apa yang
samanya? Baru jumpa pertama kali dah ada banyak persamaan ke?
“Awak kehilangan suami awak dan saya kehilangan isteri
saya.”
Kata-kata Izz membuatkan mata Izzah terbuntang luas.
***
Izzah sejak dari tadi hanya menongkat dagu sambil
memandang laut. Kata-kata Izz masih lagi berlegar-legar di fikiran. Ikutkan
hati, dia nak bertanya dengan lebih lanjut tapi entah kenapa, dia rasa malu
pulak dan akhirnya selepas membawa Izz ke biliknya, terus dia pergi dari situ.
“Izzah! Ayah panggil!” Jerit Acik dari jauh sambil
mengangkut kotak. Izzah hanya mengangguk sebelum bangkit dari duduknya. Baju
yang berdebu di bahagian punggung ditepuk sedikit sebelum dia mula melangkah ke
ruang lobi.
“Izzah,
bawak Izz ni pergi jalan-jalan. Dia nak tangkap gambar. Ajak Taufiq sekali.”
Ucap Encik Rusdi sebaik saja Izzah sampai di lobi.
Izzah memandang Izz yang hanya
berdiri di belakangnya kembali sebelum memandang ayah dan kemudiannya
mengangguk kecil. Dia ambik beg kecilnya yang sentiasa diletakkan di meja
penyambut tetamu sebelum menyuruh Izz supaya mengikutnya. Taufiq pulak berjalan
di hadapan mereka berdua sambil makan aiskrim. Sesekali Izzah memandang Izz
yang tengah menangkap gambar burung enggang yang memang banyak dekat Pulau
Pangkor ni.
“Awak macam arwah suami saya,” ucap Izzah tiba-tiba. Izz
mengalihkan pandangannya ke arah Izzah di sebelah.
“Kenapa?”
“Dia pun suka tangkap gambar.”
Izz terdiam. Perlahan-lahan dia menjatuhkan tangannya
yang sejak dari tadi asyik menangkap gambar dan membiarkan kameranya tergantung
di leher.
“Eh, kenapa berhenti tangkap gambar?”
“Dah banyak tangkap gambar burung.”
“Your wife, bila dia meninggal?” Soal Izzah perlahan.
“Dua tahun yang lepas,” balas Izz sebelum mengerling
Izzah di sebelahnya.
“How old are you?”
Dahi Izzah berkerut. Izz ni agaknya memang suka tanya
soalan yang pelik-pelik. “27 tahun. Berkahwin pada umur 22 tahun dan jadi janda
masa umur 23 tahun,” jawab Izzah panjang lebar. Dia boleh agak yang Izz akan
tanya soalan tu nanti.
“I see. Masih muda…”
“Awak pulak?”
Izz senyum sedikit dengan kening yang terjungkit. “Cuba
teka?”
“32 tahun. Awak kahwin masa umur awak 30 and you lost
your wife a month later.” Itu bukan tekaan tapi kenyataan. Izzah dah berjaya
ambik tahu pasal Izz daripada Imran semalam. Itupun selepas dia terkejut
apabila Izz cakap dia kehilangan isteri dan dia kehilangan suami.
“Korek daripada Imran?”
Izzah mengangguk dengan tenang sambil tersenyum kecil.
Sekarang ni mereka bertiga sudah sampai di pantai dan Ikram tengah sibuk
bermain-main dengan kawan-kawan dia. Akhirnya Izzah bawak Izz pergi duduk dekat
bawah pokok. Petang-petang macam ni memang seronok duduk dekat sini sebab angin
sejuk je.
“Sometimes
you have to be apart from people you love, but that doesn't make you love them
any less. Sometimes you love them more,” ucap Izz sambil memandang Izzah yang
hanya mendiamkan diri.
“The
Last Song?”
Izz
mengangguk.
“Arwah isteri saya suka cerita tu dan quote tu yang
paling selalu dia sebut dekat saya sampaikan saya boleh ingat.”
“Ohh…” Izzah mengangguk. “Memang betul sejak dia pergi,
saya makin sayang dia,” kata Izzah perlahan.
“Isteri
saya meninggal masa usia perkahwinan kami tak sampai sebulan pun. Mangsa ragut
dan walaupun peragut tu dah ditangkap, deep down inside my heart… saya rasa
macam nak tumbuk je peragut tu tapi saya sedar, walau apa pun saya buat… isteri
saya takkan kembali lagi.”
“Sejak
tu ke awak suka melancong? Mencari ketenangan?” Sekali lagi, ini adalah satu
lagi maklumat yang dia berjaya ambik tahu dari Imran.
Izz
mengangguk lagi.
“Kisah
kita hampir sama je kan, Izz? Yang berbeza, saya tahu yang hidup suami saya dah
tak lama, isteri awak pulak meninggal mengejut.”
“Yang
mana lagi teruk dari kisah awak tapi kenapa awak masih lagi terperangkap dalam
dunia lama awak?”
“What
do you mean by that?” Tanya Izzah terkejut. Apa maksud Izz? Apa yang Abang
Imran cakap dekat Izz sebenarnya?
“You’re
still not moving on…”
“Abang
Im cakap ke?”
“Saya
boleh nampak.”
“Awak
tak tahu apa-apa, Izz,” balas Izzah geram.
“Pandang
saya, Izzah.”
Izzah
hanya membatukan diri. Tak ada maknanya dia nak pandang Izz dan biarkan Izz
tahu apa yang dia rasa walaupun dia tahu Izz boleh tahu. Mereka berdua
berkongsi perasaan yang sama. Perasaan kehilangan orang yang tersayang.
“Izzah…”
“It
hurts, Izz. Awak pun tahu apa rasanya kan?”
“Cuba
pandang sekeliling awak, Izzah,” ucap Izz perlahan dan Izzah menurut. Dia
pandang sekeliling sebelum matanya terhenti di muka Izz. Wajah yang kelihatan
sangat tenang walaupun Izzah tahu Izz pun masih lagi bersedih.
“When
you're struggling with something, look at all the people around you and realize
that every single person you see is struggling with something, and to them,
it's just as hard as what you're going through,” perlahan-lahan Izz menuturkan
kata-kata tersebut dan Izzah bagaikan tergamam.
“Sejak
awak bersedih, berapa ramai yang risaukan awak?
“Too
many…” balas Izzah perlahan. Dia baru sedar sekarang. Selepas empat tahun, baru
sekarang dia sedar. Selama ni dia sengaja butakan hati. Butakan perasaan.
Butakan mata. Bukannya dia tak nampak yang ayah dan mak risaukan dia tapi dia
masih lagi dengan kesedihannya walaupun sebelum Faizul meninggal, Faizul dah
mintak dia jangan pernah menangis dan move on dengan kehidupan dia.
“Imran
risaukan awak dan saya tahu kenapa dia cerita pasal awak dekat saya. Dia nak
awak berkongsi apa yang awak rasa since kita berdua kehilangan someone yang kita
sayang.”
Izzah
masih lagi mendiamkan diri. Sekarang ni dia tak tahu nak cakap apa lagi dan
hanya memandang Izz. Izz yang baru semalam sampai ke sini berjaya buat dia
sedar. Mungkin betul cakap orang, orang yang turut merasai kehilangan akan
memahami satu sama lain.
“Izzah,
awak okey?”
Izzah
mengangguk sebelum tersenyum tawar. “Thanks Izz. Awak buat saya sedar banyak
perkara. Izz… saya balik dulu boleh? Kepala saya sakit,” ujar Izzah perlahan
sebelum bangkit.
“Awak
okey?”
“Okey.
Nanti Taufiq bawak awak pergi jalan-jalan ye.”
“Okey.
Take care and sorry.”
Izzah
menggeleng kecil dan senyum sebelum melangkah pergi. Ada satu tempat yang dia
nak pergi sekarang ni. Kubur Faizul.
**
Izzah
melabuhkan duduk di sebelah kubur Faizul sebelum mula menadah tangan. Perlahan-lahan
dia mengeluarkan surah Yassin dari dalam beg kecilnya lalu mula mengalunnya
perlahan. Suasana hening di kawasan perkuburan Islam tersebut langsung tak
mengganggunya kerana dia tahu satu masa nanti, mungkin dia juga akan ditanam di
sini. Meninggalkan dunia ini dan kembali pada-Nya.
Selepas
bacaan Yassin selesai, dia duduk berteleku di situ dan membuang daun-daun
kering di sekitar kubur Faizul. Kemudian dia mengusap lembut batu nisan Faizul
sambil menahan sebak.
“Assalamualaikum
abang. Izzah rindukan abang. Rindu sangat…” Izzah menarik nafasnya dalam-dalam.
Air mata yang mengalir dikesat perlahan.
“Assalamualaikum…”
Izzah
berpaling ke belakang sebelum tergamam apabila melihat Abang Imran dan Izz berdiri
di belakangnya.
Izz
kemudiannya duduk di sebelah kiri kubur Faizul sebelum menadah tangan dan
berdoa. Izzah hanya memerhati tindak tanduk Izz sebelum memandang Abang Imran
yang turut menadah tangan.
“Izz
nak lawat kubur Faizul…” ucap Imran dan sekaligus menjawab apa yang sedang
difikirkan oleh Izzah. Izzah mengangguk kecil sebelum memandang Izz yang
kebetulannya sedang memandang ke arah dia jugak.
“Boleh
saya nak siram kubur Faizul?” Tanya Izz perlahan. Izzah hanya mengangguk kecil
sebelum menghulurkan jug yang dibawanya kepada Izz. Entah kenapa, apabila dia
melihat Izz menyiram kubur Faizul, hatinya terasa tenang. Seolah-olah dia
mendapat kekuatan yang baru.
“Jom
kita balik,” ajak Izz sebelum bangkit. Izzah sekali lagi hanya mengangguk
sebelum mengikut langkah Izz yang berjalan di hadapannya manakala Imran
berjalan di belakangnya.
“Awak
cakap nak rehat. Kenapa datang sini?”
“Sini
tempat saya merehatkan diri…”
Selepas
mendengar jawapan Izzah, Izz terus mendiamkan diri. Apa yang diucapkan oleh
Imran sebelum mereka ke sini masih lagi berlegar-legar dalam kepalanya. Sedikit
sebanyak cadangan yang diutarakan oleh Imran memang telah menyerap masuk ke
dalam otak dan juga hatinya. Cadangan yang bakal mengubah hidup dia dan mungkin
juga hidup Izzah.
***
“Saya
nak ikut awak pergi beli ikan boleh?” Tanya Izz yang tiba-tiba muncul dari
belakang Izzah.
“Nak buat apa?”
“Saja. Nak jalan-jalan…” Izz
tersenyum kecil sambil mengangkat kameranya dan menangkap gambar Izzah.
“Buat apa tangkap gambar saya ni,
Izz?!”
Izz hanya ketawa sebelum melangkah
ke luar terlebih dahulu. Izzah di belakangnya dah mencebik. Sejak akhir-akhir
ni, perangai Izz dah lain macam. Kalau Izz tak ikut Imran ke mana-mana, mesti
Izz akan mengekorinya ke sana ke sini. Kalau sehari dua takpe lagi, tapi ni dah
masuk dua minggu!
“Izz, awak demam eh?”
“A’ah. Demam…”
“Ceria semacam je saya tengok?”
Kalau demam, takde macam ni rupanya. Mesti asyik nak baring atas katil je.
“Saya demam cinta,” balas Izz
perlahan sambil mengenyit mata.
“Hah?”
“Tutup mulut tu. Karang lalat masuk.
Susah pulak saya nanti…” usik Izz masih lagi ketawa. Izzah menjulingkan matanya
ke atas. Makin dilayan sengal Izz ni, makin lambatlah dia ke pasar.
“Izz, Izzah!” Izz dan Izzah yang
baru melangkah keluar dari pintu masuk resort berpaling serentak sebelum Izzah
tiba-tiba ketawa apabila melihat Imran yang dah bersalut dengan pasir dari
rambut sampailah seluar.
“Kenapa ni, Abang Im?”
“Taufiq punya kerjalah ni. Dia
tolaknya Abang Im kat pasir tadi,” Imran mengibas-ngibas pasir di bajunya.
Kemudiannya dia tersenyum nakal sambil memandang Izz dan Izzah.
“Korang nak pergi mana ni? Dahlah
baju sedondon…”
Izzah terus mengerling baju yang
dipakai oleh Izz. Yelah, baru dia perasan yang Izz pun pakai baju warna biru!
“Sweet kan kitaorang?
Izzah kerut dahi. Sweet apa
kebendanya?
“Dah-dah. Jangan nak mengarut, Encik
Muhammad Izz. Boleh kita pergi pasar sekarang sebelum lauk habis? Saya tak nak
pergi pancing ikan,” ucap Izzah geram.
“Ye..ye.. Cik Nur Izzah. Jom kita
pergi sekarang.”
Izzah melambai kecil dekat Imran
yang masih tersenyum lebar sebelum memandang Izz di sebelahnya yang turut
tersenyum.
“Awak nak makan apa hari ni?” Tanya
Izzah dekat Izz.
“Hmm… apa-apa pun boleh.”
“Bagitahulah saya. Senang nak cari
lauk nanti…”
Izz menggaru dagunya sebelum
tersenyum. “Saya dah lama teringin nak makan ikan bakar yang Imran selalu cakap
tu. Yang special tu…”
“Hah?”
“Ikan bakar yang awak buat tu. Saya
nak makan, boleh?”
“Bukan sedap sangat pun…”
“Takpelah. Nak rasa jugak. Please…”
Izz menepuk kedua belah tangannya dan buat muka comel di depan Izzah yang telah
menyebabkan Izzah rasa macam nak gelak kuat-kuat dekat sini. Ingat comel sangat
la buat muka macam tu?
“Izz, awak dah 32 tahun. Bukan 3
tahun. Tak payah nak buat muka comel sangat la.”
“Well, Imran cakap awak akan selalu cair
kalau orang buat muka comel dekat awak…”
Bulat mata Izzah memandang Izz.
Memandai je Abang Im cakap macam tu dekat Izz. Kalau Izz umur 3 tahun, memang
la dia boleh cair tapi ni Izz dah 32 tahun!
“Memang akan cair kalau awak baru
umur 3 tahun.”
“Izz yang berumur 32 tahun pun boleh
buat awak cair tau. Bukan takat cair, jatuh cinta pun boleh…” ujar Izz selamba
sebelum meninggalkan Izzah yang dah tergamam dekat belakang.
**
Izzah mencebik geram sambil membebel tak puas
hati tetapi kakinya masih melangkah untuk mengikut langkah Izz yang dah jauh ke
hadapan. Entah apalah Izz nak agaknya sampai bawak dia ke Lumut ni?! Acik di
belakang pulak sibuk dengan telefonnya. Benci betul kena ikut dua orang manusia
ni!
“Kenapa bawak saya datang sini?”
“Ambik angin. Ayah awak kata awak
dah lama tak keluar dari pulau tu…”
“Malaslah…”
Izz bercekak pinggang di depan
Izzah. “Please… awak perlu lihat dunia luar jugak. Sebagai kembar kepada nama
saya, awak kena teman saya dan Acik pergi jalan-jalan.”
“Apa kaitan dengan nama pulak?”
“Nama korang kan lebih kurang…” Acik
tiba-tiba datang menyampuk. “Boleh buat tajuk cerpen. Izz dan Izzah… Haaa!
Comel tau!” Acik sengih sebelum menjauhkan dirinya daripada Izzah.
“Cubit karang!”
“Jangan garang sangat, Izzah. Tak
comel tau…”
“Awak dengan Acik ni sama je.
Dua-dua suka usik saya…”
“Tapi Acik tak boleh kawan dengan
awak tapi saya boleh. Berbeza…”
Sekali lagi Izzah rasa macam nak
tercekik. Kenapa dengan Izz ni? Kenapa suka cakap macam ni sejak akhir-akhir
ni?
“Jom pergi makan dulu. Laparlah..
Acik, mana kedai makan best kat sini?” kata Izz pada Acik sambil memaut bahu
Acik tanpa mempedulikan Izzah.
**
Sekarang ni sudah hampir satu bulan
Izz tinggal dekat sini. Izzah pun dah naik pelik. Izz ni memang tak bekerja ke
apa sampai boleh cuti sebulan? Nak tanya dekat Izz, dia malu. Sejak
kebelakangan ni, usikan Izz makin menjadi-jadi. Nak kata dia tak suka, tipu
sangatlah walaupun mulut dia ni duk mengutuk setiap kali Izz mengusik dia.
Entah kenapa terselit jugak rasa senang hati tapi dia tak nak terbuai-buai
sangat. Takut dia perasan sendiri dan akhirnya nanti kecewa. Cinta kedua yang
tak menjadi. Pedih bunyinya tau!
“Berangan lagi!”
“Acik!”
Acik ketawa sebelum duduk di sebelah
Izzah. Dia tahu yang kakaknya ni tengah berfikir pasal benda yang
penting…ataupun seseorang yang penting?
“Kau fikir pasal apa ni, Izzah?”
“Acik… kalau aku cerita ni, kau
janji jangan cerita dekat siapa-siapa pun.”
“Yelah. Apa dia?”
Izzah menarik nafas. “Aku rasa aku
dah jumpa cinta baru aku tu…”
“Aku tahu…” ucap Acik selamba.
“Apa?!”
Acik terus ketawa bila tengok Izzah
dah macam nak pengsan bila dia cakap dia dah tahu. “Aku ni adik kandung kau
tau. Aku kenal kau la…”
“Hish kau ni!” Izzah tumbuk perlahan
bahu Acik. Semua benda Acik tahu pasal dia. Hish!
“Tapi Acik… kau tak rasa pelik ke?
Baru sebulan…”
“To be honest, ada sesuatu pasal Izz
yang buat kita semua senang dengan dia. Something yang mungkin arwah Abang
Faizul pun takde.”
“Apa?”
“Aku tak reti nak cakap tapi aku
dapat rasa dia dapat jaga kau dengan baik. Dia petunjuk dari Allah untuk kau.
Cuba kau tengok… Kisah kau dengan dia hampir sama. Nama pun dah dekat nak
sama,” Acik bermain-main dengan hujung jarinya sambil mengerling Izzah di
sebelah.
“Ala Acik… tiba-tiba sangat la.”
“Kalau Allah dah datangkan perasaan
tu pada kau, takde apa yang peliknya.”
“Ingat tak apa yang arwah Faizul
selalu cakap dulu?”
“Ingat. Dia doakan kau jumpa orang
yang akan bahagiakan hidup kau lebih daripada yang dia buat.”
Izzah pandang Acik dengan kening berkerut.
“Kau rasa Izz ke orangnya?”
Acik tersenyum sebelum mengusap
kepala Izzah. “Solat istikharah, kak. Insya-Allah kau akan jumpa jawapannya.”
Izzah senyum sebelum mengangguk. Dia
memaut bahu Acik sebelum mengambil topi Acik lalu diletakkan di atas kepalanya.
“Thanks Acik! Aku sayang kau la!”
“Ewww!”
Bukk! Satu penumbuk Izzah kasi dekat
bahu Acik. Acik hanya ketawa sambil mengusap rambutnya ke belakang.
“Aku sayang kau, kak. Aku bahagia
bila kau bahagia.” Acik tersenyum lebar.
“Acik… kau ni sure ke takde
siapa-siapa dalam hidup kau?”
“Kita tengah cakap pasal kau
sekarang ni. Jangan nak ubah topik.” Topinya di kepala Izzah terus diambil
sebelum dia bangkit.
“Acik, jawablah soalan aku dulu!”
Izzah dah berlari mengejar Acik yang dah berlari terlebih dahulu. Hampeh punya
adik!
**
“Apa ayah?” Tanya Izzah terkejut
sambil bangkit dari duduknya. Bulat matanya memandang Encik Rusdi yang
kelihatan tenang.
“Duduk dulu, Izzah…”
“Izz tu dah tak betul agaknya…”
“Nur Izzah…” Nada suara Encik Rusdi
dah berubah sedikit. Terus Izzah mendiamkan diri dan menunggu ayat-ayat yang
bakal keluar dari mulut ayahnya.
“Ayah dah fikir masak-masak. Rasanya
tak salah kalau ayah terima pinangan Izz.”
“Ayah…”
“Izzah, cuba fikir baik-baik. Ayah
yakin Izz boleh jaga Izzah dengan baik. Dia serius nak jadikan Izzah sebagai
isteri dia.”
Izzah menarik nafas dalam-dalam.
Patutlah perangai Izz makin pelik selama ini. Rupanya dia ada agenda
tersembunyi. Selama ni dia ingat Izz main-main je. Tak sangka pulak rupanya Izz
memang serius.
“Dia bersimpati dekat Izzah je.”
“Dia nak jaga Izzah…”
“Izzah tak nak, ayah… Izzah tak nak
Izz kahwin dengan Izzah sebab dia kesiankan Izzah,” ucap Izzah perlahan. Dia
tak nak Izz kesian dengan dia. Selama empat tahun dia hidup macam ni dan jika
Izz nak kahwin dengan dia disebabkan kesian, mintak maaf awal-awal… dia
langsung tak boleh terima Izz tapi hati dia...
“Ayah tak rasa dia nak kahwin dengan
Izzah sebab kesian. Cuba tengok apa yang dia lakukan untuk Izz selama dia duduk
sini. Dia cuba nak kenal Izzah kan? Dia cuba nak buat Izzah ketawa macam dulu
kan? Setakat ni, hanya dia yang mampu buat Izzah jadi Izzah yang dulu.”
Mata Encik Rusdi tak berganjak dari
memandang anaknya. Dia tahu jauh di sudut hati anaknya itu, Izzah dah mula
sukakan Izz. Dia boleh nampak. Lagipun bukannya dia tak nampak Acik
berbual-bual dengan Izzah dulu. Dia tahu sangat kalau dua orang anaknya tu
bersembang pasti ada luahan mengenai soal hati.
“Biar Izzah fikir dulu, boleh?”
Sebenarnya dah banyak kali dia fikir pasal hal ni. Sejak dari dia selalu solat
istikharah meminta petunjuk pasal Izz lagi.
“Izz balik esok. Apa-apa pun
keputusan Izzah, ayah akan ikut je. Ayah masuk tidur dulu.”
Izzah mengangguk kecil dan
menghantar tubuh ayahnya ke bilik tidur dengan pandangan matanya. Dia
kemudiannya menarik nafas dalam-dalam. Bingung kepalanya sekarang ni. Nak
terima ataupun tolak?
Haa… serabut!
***
Lama
Izz menunggu di jeti sambil memeluk begnya. Imran yang duduk di sebelahnya pun
dah berapa kali menguap. Izz melihat jam di tangan. Mana Izzah ni?
“Im,
kau rasa dia tak datang ke?”
“Izzah?”
“Yelah…”
Imran
angkat bahu. “Entahlah Im…”
Izz
menarik nafas dalam-dalam. Izzah marahkan dia ke? Salah ke kalau dia meluahkan
hasrat untuk meminang Izzah dekat Encik Rusdi? Salah ke kalau dia nak
memperisterikan Izzah? Salah ke kalau dia dah jatuh cinta dekat Izzah?! Ni
bukan rasa kesian tapi rasa cinta!
“Aku
rasa dia tak datang kot.” Izz dah bangkit dari duduknya dengan muka yang
langsung tak bersemangat. Dia ingatkan yang Izzah pun menaruh hati dekat dia
tapi rupanya dia tersilap
“Okeylah,bro.
Apa-apa nanti aku inform kau ye.”
Izz
hanya mengangguk. Dia memeluk tubuh Imran sambil menepuk belakang tubuh Imran.
“Jaga
dia untuk aku…”
“Insya-Allah…”
“Aku
pergi dulu…” Izz baru nak melangkah apabila bahunya diketuk oleh sesuatu.
“Sampai
hati nak pergi sebelum jumpa saya kan?” Dia melihat Izzah sedang bercekak
pinggang sambil memegang payung di tangan. Nampak sangat muka Izzah yang
kemerahan dan nafasnya yang termengah-mengah.
“Awak
berlari ke tadi, Izzah?”
“A’ah.
Sorry lambat…”
Izz
tersenyum sambil menggeleng. “It’s okay. I’m glad that you’re here.”
“So,
you’re leaving?” Tanya Izzah perlahan walaupun dia memang sah-sah tahu yang Izz
memang nak balik.
Izz
mengangguk sambil memandang Izzah. Berat hati dia nak meninggalkan Izzah di
sini. Sepanjang dia berada di sini, hati dia mula jatuh sayang dengan tempat ni
dan yang paling penting, dia mula jatuh sayang pada Izzah.
“Take care.”
“Izzah…”
“Hmm?”
“Please
don't be in love with someone else,” ucap Izz dengan tenang. Imran yang berdiri
di sebelah hanya tersenyum.
“Err...
insya-Allah,” balas Izzah perlahan.
“Izzah…”
“Ya?”
“Adakah
ini bermaksud awak terima pinangan saya?”
Izzah
memandang Izz sebelum tertunduk malu. “Yes. Izz… please come back as soon as
possible.”
Kali
ni giliran Izz tersenyum lebar. “Insya-Allah. Tunggu saya ye.”
**
**
p/s : Okey ke ending macam ni je? Ke nak tambah lagi? :) Enjoy reading!
p/s p/s : Since ramai orang cakap pendek dan suruh sambung, hehehe..sebenarnya panjang lagi cerpen ni. Saya saja post yang ni dulu. Manalah tahu kot2 orang cakap dah okey banyak ni rupanya tak cukup lagi :) So, nantikan sambungan dia ye :)
p/s p/s : Since ramai orang cakap pendek dan suruh sambung, hehehe..sebenarnya panjang lagi cerpen ni. Saya saja post yang ni dulu. Manalah tahu kot2 orang cakap dah okey banyak ni rupanya tak cukup lagi :) So, nantikan sambungan dia ye :)
tambah lagi boleh...hehehehe mesti ada halangkan @sesiapa yang minat izz kw
ReplyDeletehahaha..insya-Allah :D kalau buat konflik cenggitu, makin panjang cerpen ni nanti :D
Deletesmbung lagi cik writer..
ReplyDeleteinsya-Allah akan disambung :)
Deletetambah lg....
ReplyDeletehehehe.. ye2 :) insya-Allah akan disambung :)
DeleteAla sambung lah lagi....
ReplyDeleteheee... okey2 :) insya-Allah akan bersambung lagi~~
Deletetambah lagi.....
ReplyDeleteada lagi insya-Allah :)
Deletemesti x sampai 30 page pun kannn.. smbunglah smpai kahwin.. ada anak.. ada cucuk.. romantik lagi.. kih kih kih.. lebiu lah.. just nice darling.. cuma cpt benor nk habis..
ReplyDeletehahaha! mmg pun. jeles dgn kak sara sbb boleh buat panjang2. adehh -.-
Deleteassalamulaikum liya.jln cter izz n izzah ni mmg dah best tp akk rs too short.tp xsemestinya pnjg nak kena ada konflik berderet.nope.juz rs nya plot dia boleh di kembangkan lagi.apapun ttp menarik n buat akk senyum.izz sngt macho sbb pegi mintk dgn ayh izzah direct.salute la dgn ketulusan n keikhlasan izz.
ReplyDeletewaalaikumussalam akak :) hehehe.. short sebab belum habis lagi. hehehe.. moon saja post konon2 dh habis tapi dalam word, ada je lagi :) terima kasih kak.. nanti kan sambungan dia ye :D
ReplyDeleteAlahai Moon,
ReplyDeletesenyum akak baru nk meleret...
tngok2...
hah, dh abes...
btw, as long as happy ending, it's okay dh...
Setuju sgt kalau ada lg sambungan..ai sokong 110%
ReplyDeletesimple but nice.. like3.. hehe.. wah ramai mintak sambung ni.. gud luck dear! =)
ReplyDeletekat mne nk tgok smbugn cerpen ni?
ReplyDeletedi mana smbungannya
ReplyDeleteSambungan cerpen ni mcm mna? Dah ada ke? Blh bg link
ReplyDeletenak sambungan cerpen ni..klu dah ada nnak link...
ReplyDeleteSalam, sambungan ada ke? Harap sgt ada??
ReplyDeletePatutnya ada tapi tak habis tulis lagi. Idea takde lagi. Hehe
Delete