BAB 2
APABILA sampai
dekat depan rumah Encik Ahmad, Hilman dah mula teragak-agak nak keluar dari kereta tapi
akhirnya dia keluar jugak selepas ditarik oleh Puan Maznah. Dia memandang lama
rumah kayu yang berdiri teguh di hadapannya sekarang dan hati dia mulalah
berdebar-debar macam baru lepas lari 100 meter. Ya Allah, betul ke keputusan
dia ni? Tak lama lepas tu, ada seorang lelaki dan seorang wanita yang lebih
kurang sebaya dengan papa dan mama turun dari tangga rumah tu.
“Assalamualaikum
Mad.” Terus Encik Yusuf bersalaman dengan Encik Ahmad sebelum memeluk tubuh
sahabat baiknya itu. Dah lama jugak mereka berdua tak berjumpa. Kali terakhir
pun masa Encik Ahamd datang melawat pejabat dia beberapa bulan yang lepas.
“Waalaikumsalam
Yusuf. Kau sihat?”
“Alhamdulillah
sihat.”
Puan
Maznah pula bersalam-salaman dengan Puan Rohana. Rania yang dari tadi memerhati
dari atas rumah dah berpeluh-peluh walaupun baru lepas mandi. Sungguhlah dia
tak bersedia nak jadi babysitter anak kawan ayah tu. Kenapalah ayah baru nak
bagitahu hari ni? Kenapa tak bagi dia masa untuk mempersiapkan mental dan
fizikal dulu?! Akhirnya dia melangkah turun ke bawah selepas menarik nafas
berulang kali. Tak apa Nia! Tak apa. Setakat budak bandar tu, insya-Allah kau
boleh handle. Jangan takut. Jangan risau.
“Haa..
ni anak aku. Rania.. ni Pak Cik Yusuf dengan Mak Cik Maznah.” Encik Ahmad
memaut bahu Rania yang dah berdiri di sebelahnya. Rania terus bersalam dengan
Puan Maznah sambil tersenyum dan pandangan matanya terlekat pada lelaki yang
berdiri di sebelah Encik Yusuf. Ni mesti budak bandar tu kan? Masya-Allah,
kereknya muka!
“Rania…
ni Hilman.” Mata bertentang mata. Perlahan-lahan Rania mengukir senyuman
walaupun agak payah sebenarnya. Tak nak tunjuk perangai tak elok. Nanti tak
pasal-pasal kena piat telinga depan Makcik Maznah dengan Pakcik Yusuf ni.
“Jemputlah
naik. Hilman, jemputlah naik sekali.” Encik Ahmad memaut bahu Encik Yusuf dan
beriringan naik ke atas rumah. Hilman hanya mengangguk kecil sambil tersenyum.
Sempat dia mengerling Rania yang tengah pandang dia dengan muka tak puas hati
sebelum turut naik ke atas.
Rania
dekat belakang dah ketap gigi. Belum apa-apa lagi dia dah rasa aura kerek budak
bandar ni. Macam manalah dia nak menjaga budak ni nanti? Suruh duduk dalam
kandang lembu kot baru boleh insaf sikit?
“Nia,
meh tolong mak dekat dapur ni.”
Segala
idea yang ada untuk menginsafkan budak bandar tu terus berterbangan apabila
kena panggil dengan mak. Tapi tak apa sebab Rania Adila insya-Allah sentiasa
ada idea!
DARI TADI
Hilman pandang gadis di hadapannya dengan pandangan kurang selesa. Kenapa Pak
Cik Ahmad suruh budak tak cukup tinggi ni jaga dia? Takde orang lain ke yang
lebih dewasa dan matang? Mampu ke dia ni nak tolong aku nanti? Hilman dah mula
tak sedap hati. Dia kerling Encik Yusuf dan Puan Maznah yang tengah
bersembang-sembang dengan Pakcik Ahmad dan Makcik Rohana dekat meja makan
sebelum mengalihkan pandangan pada budak perempuan tak cukup tinggi ni balik.
“Nama kau apa?” Soal Rania tiba-tiba
setelah lama mereka berdua berdiam diri. Tak main guna ‘saya awak’ dengan
lelaki ni. Kena guna cara yang nampak santai tapi tegas. Eh, ada ke cara tu?
Haa… apa-apa ajelah Rania! Abang Reza pulak dari tadi asyik menjeling-jeling
sampaikan dia naik bosan! Konon aje baca surat khabar padahal nak curi dengar!
“Hilman Danish.”
Rania mengangguk. Sedap nama tapi
muka berlagak. Nasib baik ayah dan mak dia baik. At least tak la sakit sangat
hati aku! Dahlah sakit hati apabila kena jadi babysitter lelaki ni tapi dia
cuba ikhlaskan hati sebab sayu dengar permintaan Makcik Maznah tadi. Nampak
sangat yang Makcik Maznah betul-betul perlukan bantuan dia.
“Rania
tolonglah anak mak cik tu. Kerja-kerja berat ni memang dia langsung tak reti
nak buat. Makcik dengan pakcik dah tak tahu nak buat apa. Makcik harap Rania
dapat tolong dia sebaik mungkin.”
“Kau?” Tanya Hilman pulak.
“Rania Adila…”
Hilman memandang Rania dengan muka
tenang. “Panggil apa?”
“Rania. Aku panggil kau Man eh?”
Tersedak air liur Hilman dibuatnya.
Man aje? Nama dia bukan main sedap tapi budak ni nak panggil Man je?!
“Call me Hilman.”
Rania mencebik. Amboi, nak speaking
pulak dengan aku! Duduk lama dekat oversea la katakan. Mestilah selalu speaking
aje masa dekat sana.
“Hilman
panjang sangat. Man pendek dan senang.”
Hilman
merengus. Itu menipu namanya. Nama dia bukannya panjang sangat pun. Budak tak
cukup tinggi ni sengaja nak cari alasan!
“Aku
nak tidur mana ni?” Tanya Hilman sambil menggeliat. Penat tubuh badannya duduk
dalam kereta berjam-jam lamanya.
“Apa
tidur?! Kau kena ikut aku pergi tengok kandang dulu.” Rania dah menjegil biji
mata. Banyak cantik nak tidur ye, cik abang? Sekarang ni waktu bekerja, malam
nanti barulah waktu tidur!
“Kandang?”
Berkerut dahi Hilman. Kandang apa kebenda pulak ni?
“Kandang
lembu dan kambing ayah aku!”
Terbeliak
bijik mata Hilman. Kandang lembu dan kambing ayah dia?!
“Biar
betul?” Soal Hilman tak percaya. Mulut pun dah terlopong.
“Iyelah!
Sekarang ni baru pukul 4. Lepas Asar, kita terus gerak pergi sana. Kau pakai
baju biasa-biasa je tau. Kasut-kasut mahal tu nanti semua simpan, tu pun kalau
kau sayanglah dengan kasut-kasut kau tu. Kalau tak sayang sangat, boleh bawak
pergi kandang nanti.” Sempat lagi Rania menyindir sambil tersenyum. Sengaja nak
menyakitkan hati Hilman sebenarnya.
“Kau
main-main je kan?”
“Muka
aku nampak macam main-main ke?”
Hilman
menggeleng. Muka diraup kasar. Masalah betul! Baru aje dia nak rehatkan badan
tapi tiba-tiba kena pulak pergi kandang lembu, tempat yang dia langsung tak
pernah jejakkan kaki sebelum ni. Argh, budak ni tak tahu ke penat tau tak duduk
dalam kereta berjam-jam lamanya?!
“Bagus.
Sekarang ni kau boleh bersiap. Jangan lambat!” Selepas selesai bagi arahan
mandatori, terus Rania bergerak ke arah mak ayahnya. Reza pulak dah tahan gelak apabila tengok muka
Hilman yang dah masam mencuka. Nasiblah Hilman… dapat babysitter garang macam
tu.
“Ros,
nanti ikut akak pergi kandang.” Sempat Rania berpesan dekat adik perempuannya
yang tengah tengok televisyen. Adik bongsu yang baru lepas habis periksa Sijil
Peperiksaan Malaysia (SPM) baru-baru ni.
“Okey!”
RANIA dah
menggeleng kepala tengok Hilman yang nampak sangat tak pernah masuk tempat-tempat
macam ni. Dari tadi asyik tampar nyamuk je. Tak macho langsung! Aku yang
perempuan ni pun tak macam tu. Ros tu pun okey aje. Mamat ni seorang aje yang
banyak masalah.
“Berapa
lama lagi kau nak duduk sini?” Hilman bertanya dengan nada bengang campur
penat. Muka pun dah habis bintik-bintik merah sebab kena gigit dengan nyamuk.
Argh!
“Sekejap
la…”
“Banyak
nyamuk la!” balas Hilman geram. Budak ni pun satu! Buat apa nak tengok
lembu-lembu ni lama sangat?!
Ros
dah tergelak kecil tengok gelagat Hilman. Pandai ayah pilih orang untuk jagakan
Abang Hilman ni. Tersangatlah sesuai! Kak Ngah dia tu memang nampak selalu
nampak garang tapi sangatlah baik hati. Kalau nak tengok sisi dia yang baik
hati tu, tunggu apabila kita dah lama kenal dia.
“Kau
kena biasa dengan nyamuk-nyamuk ni semua. Sepanjang kau tinggal dekat sini, kau
kena ikut aku datang sini! Kalau kau degil, aku report kat mak ayah kau. Biar
kau tak dapat elaun kau!” ucap Rania sambil tersenyum sinis. Bajet aku tak tahu
yang dia datang sini sebabkan elaun yang ayah dia janji nak kasi tu! Semua
benda Encik Yusuf dah ceritakan sebab nak bagi senang sikit kerja Rania nak
handle si Hilman tu nanti.
Hilman
pandang Rania dengan pandangan tajam. Papa ni pun satu! Kenapa semua benda nak
kena cerita dekat budak tak cukup tinggi ni?
“Cepatlah!”
gesa Hilman lagi. Lagi seminit dia duduk sini, memang habislah darah dia
dikerjakan nyamuk-nyamuk ni! Kalau nyamuk Aedes yang gigit dia macam mana?
“Yelah-yelah.
Macam pak cik betullah kau ni.” Rania mengemas barang-barangnya sambil membebel
dengan nada suara yang perlahan. Susah kalau kena jaga budak bandar macam ni! Kerja
tahu merungut aje.
“Kau
pandai bawak moto tak?”
Hilman
mengangguk.
“Nah,
bawa moto aku ni balik.”
“Kau
balik dengan apa?”
Rania
memuncungkan mulutnya dekat sebuah lagi moto buruk yang ada dekat tepi kandang.
Moto tu sebenarnya moto Farouk tapi Farouk dah beli moto lain jadi dia letak
moto tu dekat sini. Senang kalau tiba-tiba nak guna dua buah motor.
“Ros,
balik rumah dulu. Nanti akak ikut dari belakang.”
“Ros
ingat nak singgah rumah Pak Leman. Nak jumpa Zati tapi sekejap jelah. Lepas tu
terus balik rumah.”
“Okey
tapi jangan lama sangat tau.”
Ros
mengangguk kecil sebelum menyuruh kakaknya supaya berdiri dekat dengannya.
“Susah jugak kan nak jaga budak bandar?”
“Baru
tahu ke?” Rania dah jegil biji mata. Dia dah tahu lama dah kot!
Ros
akhirnya ketawa sebelum mengayuh basikalnya. Sempat jugak dia mengenyit mata
dekat Rania sambil melambai kecil.
“Pandai
ke kau bawak moto?” Tanya Hilman setelah Ros dah jauh ke hadapan.
“Eh,
kau! Jangan pandang aku sebelah mata. Aku ni ratu motor kampung ni dan nasib
baik motor aku tu ayah aku bawak datang sini tadi sebelum nak pergi pekan.
Kalau tak, kau kena jalan kaki tau!” balas Rania sambil menolak motor Farouk.
“Fine.
Tunjuklah dekat aku macam mana kau bawak motor!”
Rania
menyentuh hidungnya sebelum tersenyum senget. Kau cabar aku ye. Saksilah
kehebatan Rania Adila membawa motor!
“DEGIL! DEGIL!
Mak dah kata jangan bawak laju-laju tapi kamu degil.” Ucap Puan Rohana geram
sambil meletakkan ubat dekat luka Rania. Terkejut dia tadi apabila Hilman bawak
balik Rania dengan luka dekat siku dan kaki. Lepas tu pandai pula berahsia
bagai pasal hal ni. Sedar-sedar aje Reza dah bawak balik naik kereta. Motosikal
pulak Hilman yang tolong bawakkan. Cuma motosikal Farouk aje yang ditinggalkan
dulu. Dia dah agak dah yang mesti anak dara dia yang sorang ni akan buat
perangai. Suka sangat bawak motor macam pelesit!
Hilman
yang duduk dekat muka pintu menahan gelak apabila tengok muka cemberut Rania.
Nak sangat ajak lawan tadi, akhirnya dia terkulai dekat tepi jalan. Pokok yang
bukan main besar tu pun dia tak nampak. Boleh pulak pergi langgar pokok tu!
Nasih baik luka tak teruk. Tu pun mulut tak reti duduk diam. Asyik nak membebel
aje walaupun tengah sakit.
“Kau
nak gelak ke apa tu?!” Sergah Rania dekat Hilman. Bajet dia tak nampak Hilman
yang tengah tahan nak ketawa tu.
“Hish
kamu ni! Cuba buat perangai sopan sikit…” Puan Rohana dah menepuk lengan
anaknya.
Rania
mencebik. Buat apa nak sopan-sopan dengan mamat berlagak tu!
“Hilman…
pergilah makan dekat dapur tu. Nia pun pergi makan. Tadi makan apa je. Lepas tu
mandi, kita solat Maghrib berjemaah…” ucap Puan Rohana sambil menutup botol
minyak gamat. Rania dan Hilman mengangguk sebelum cepat-cepat Rania ke dapur.
Memang perut dia berkeroncong dari tadi. Laju je dia bukak sarung saji sebelum
tersenyum lebar.
“Sedapnya!
Ada sambal belacan!”
Hilman
yang baru muncul dekat dapur berdiri di sebelah Rania. Dia tengok lauk-lauk
yang disediakan oleh Puan Rohana. Semua lauk yang ada dekat atas meja dia
jarang tengok sebenarnya.
“Ni
apa?” Tanya Hilman sambil menunjuk ke arah mangkuk yang isinya berwarna hijau.
Macam cili yang dilumatkan pun ada.
“Melampau
kau ni! Sambal belacan pun tak tahu!” terkejut Rania dibuatnya. Ni dah kes
naya! Sambal belacan pun tak tahu memang teruk la! Ni la makanan yang paling
sedap di dunia tau!
“Manalah
aku tahu. Mama tak pernah buat pun.”
“Sedap
tau. Kalau makan dengan ikan goreng plus dengan nasi panas-panas, memang pergh!”
Nak meleleh air liur Rania bila dia bercerita keenakan sambal belacan dengan
ikan goreng.
“Tak
pedas ke? Ni macam cili je?”
“Tak
pedas! Duduk kat sana.”
Rania
terus menceduk nasi ke dalam pinggan Hilman sebelum mencedok sesudu kecil
sambal belacan. Tak boleh nak bagi banyak-banyak kat dia sebab nanti tak cukup
untuk diri dia. Sempat lagi nak tamak sambal belacan tu.
Hilman
yang tak tahu apa-apa pasal sambal belacan terus gaul nasi dengan sambal
belacan tu sementara Rania pergi ambik air dalam peti sejuk. Tanpa berfikir
panjang, terus dia masuk dalam mulut. Mula-mula memang sedap tapi lama-lama,
rasa nak terbakar lidah dia!
“RANIA!
What have you doneee?!”
Rania
tercengang apabila tengok Hilman mengipas-ngipas mulutnya. Kemudian Rania
memandang pinggan Hilman. Astaghfirullahallazim… patutlah macam cacing
kepanasan dah ni!
“Yang
kau pergi gaul sambal belacan dengan nasi, kenapa?!” Cepat-cepat Rania menuang
air ke dalam gelas dan memberikannya dekat Hilman. Sekali teguk je, habis air
dalam gelas. Dia hulur gelas dekat Rania, mintak dituangkan lagi air sejuk ke
dalamnya.
“Kau
cakap tak pedas!”
“Tak
pedas kalau makan sikit-sikit!”
Hilman
merengus geram. Pijar lidah dia sekarang ni! Mengadu kat mama nanti baru padan
muka si Rania ni nanti!
“Lain
kali kalau tak reti nak makan, tunggu aku dulu. Jangan nak makan
sorang-sorang…”
“Pedas
wei! Pedas!”
Rania
cuba nak menahan gelak. Kelakar bila tengok muka si Hilman. Naik merah macam
warna tomato!
“Ya
Allah, Hilman! Kenapa dengan Hilman ni, Nia?” Cepat-cepat Puan Rohana
mengeluarkan ais daripada peti ais dan menyuruh Hilman kunyah.
“Dia
gaul nasi dengan sambal belacan. Cool tak mak? Nia yang suka sambal belacan pun
tak mampu buat macam apa yang Man buat ni.” Rania ketawa sambil memandang
Hilman yang tengah pandang dia dengan muka tak puas hati.
“Hah?
Kamu gaul nasi dengan sambal belacan?” Puan Rohana pun dah naik terkejut.
Patutlah muka Hilman merah sangat!
“Saya
tak tahu, makcik. First time makan sambal belacan ni.”
Rania
cuba nak tahan ketawa tapi akhirnya dia tak mampu dan dia terus gelak. Hilman
memang lawak. Sangat lawak. Gelak punya gelak sampaikan siku yang luka tadi
terkena bucu meja. Rasa macam nak jerit sekuat hati!
Kali
ni Hilman pulak yang ketawa. Haa… padan muka! Ini karma namanya. Gelakkan
sangat orang akhirnya dia sendiri dapat balasan.
p/s : Enjoy! Comments are loved ♥
padan muka mamat bandar kerek tu :p hahahaha! mula2 kena kiss bite dek nyamuk, pastu merah muka sebab sambal.. sambal pun kau tak kenal eyh? hehe
ReplyDeletegood job Moon (Y)
Lepas ni makanan fav dia sambal belacan tau :3 hahaha!
Deletebest... dah lama tak makan sambal belacan... ;-)
ReplyDeleteterima kasih :D takpe, lepas ni boleh start makan sambal belacan balik.
Deletehahaha... klakar la part sambal belacan and siku terkena bucu meja... memang the best la cerita ni..
ReplyDeletememang klakar la part sambal belacan and siku terkena bucu meja... cerita ni memang the best la
ReplyDeleteBest... Tpi nak bca kafe damia la...
ReplyDelete