Wednesday, January 25, 2012

Kasihnya Qaisara 3


Bab 3
            Alhamdulillah…
            Danish menarik nafas lega. Lega betul hatinya lepas dah selesai akad nikah tadi. Nak tercabut jugak jantung dia masa nak akad nikah tadi. Dahlah Ayah Man jadi wali. Memang terasa perut dia memulas tadi. Nasib baik semuanya dah selesai sekarang dan nasib baik jugak, sekali lafaz je.
            “Danish nak solat sunat sekejap ye…”
            Encik Rahman mengangguk sambil tersenyum. Dia hanya memerhati langkah Danish yang menuju ke ruang masjid yang lengang dan mula menunaikan solat sunat. Terasa tenang hati melihat menantunya.
            Qaisara yang sibuk meramas jari-jemarinya tersentak apabila bahunya ditolak oleh Adawiyah.
            “Apa?”
            “Tu…Suami kau tengah solat sunat.”
            Qaisara memandang ke arah yang ditunjuk oleh Adawiyah. Serentak bibir mengukir senyuman. Kembang kuncup hidungnya apabila Adawiyah memuji suaminya. Tadi pun, bukan main saudara-mara yang lain asyik puji Danish. Puji Danish tu handsome la, baik la, penyayang la… Nasib baik mak cik-mak cik yang puji, kalau sepupu dia yang muda lagi cantik tu, mahu pecah jugak hati dia tadi sebab cemburu. Nampak je dia ni cool je tapi dia pun tahu cemburu tau!
            Berdegup kencang jugak jantung dia apabila Danish datang menghampiri selepas siap bersolat. Memang diakui kekacakan Danish pada malam ini. Memang baju Melayu berwarna putih itu kelihatan sangat sesuai di tubuhnya  yang tinggi lampai.
            “Assalamualaikum…”
            “Waalaikumussalam…”
            Danish tersenyum sambil menyarung cincin di jari Qaisara. Cincin itu adalah cincin pemberian arwah opahnya dulu. Memang opah bagi cincin ini pada dia supaya disarungkan pada isterinya apabila dia sudah berkahwin nanti. Sekarang ni, cincin ini telah menjadi hak milik Qaisara.
            Qaisara segera menyambut tangan Danish lalu dikucup lembut. Hampir saja air matanya mengalir apabila dahinya mendapat ciuman daripada Danish. Cukup tersentuh hatinya sekarang ini.
            “Selamat datang ke dalam hidup abang…” Ucap Danish lembut. Qaisara memandang Danish sebelum mengangguk kecil dan turut membalas senyuman suaminya.
            **
            Danish sejak dari tadi asyik tersenyum sambil mengenggam tangan Qaisara yang sudah selamat menjadi isterinya tadi. Sekarang ni, kebanyakan tetamu untuk majlis pernikahan mereka berdua sudah beransur pulang. Itu pun bukan semua diajaknya, hanya kenalan rapat dan keluarga terdekat yang dijemput.Yang lain-lain dijemput untuk menghadiri majlis persandingannya nanti.
            “Tak penat ke asyik pegang tangan Aira?”
            Danish menggeleng dalam senyuman. Mana boleh penat? Tangan ini yang akan sedia memapah dia apabila dia ingin rebah. Terus tangan Qaisara dibawa ke bibir lalu dikucup lembut.
            Qaisara terkedu. Tak sangka romantik suami dia sampai macam ni sekali? Cepat-cepat dia memandang sekeliling. Bimbang ada mata yang melihat apa yang baru saja dilakukan oleh Danish. Bukannya dia tak suka tapi dia malu.
            “Jom masuk dalam. Tetamu pun dah balik…”
            “Jom!” Qaisara berjalan dulu di hadapan dan Danish mengekori dari belakang.
“Eh katak tergolek!”
            Qaisara berpaling ke belakang sebelum ketawa melihat Danish yang sedang mengurut dada. Bukan main dia ketawa sambil menekan perut. Ingat siapalah melatah tadi. Tak sangka suaminya sendiri yang melatah. Oh, rasa nak ketawa lagi!
            “Aira, apa ni gelakkan suami!” Marah Danish sambil mencubit pipi Qaisara yang masih lagi dengan tawanya.
            “Abang sepak apa tadi?”
            “Batu. Besar gila! Nasib tak tak tersembam tadi…”
            Qaisara ketawa lagi. Dia terus bertinggung untuk melihat kaki suaminya. Mana tahu kot-kot ada luka?
            “Aira tak tahu yang abang melatah…”
            Danish menggigit bibir. Tadi bukan sengaja dia nak melatah tapi terlepas. Dia ingatkan katak tadi, tak sangka rupanya batu je.
            “Kaki abang okey je. Jom masuk dalam…” Danish mencapai tangan Qaisara lalu digenggamnya sehingga ke ruang tamu. Sebaik sahaja sampai di ruang tamu, dia tersenyum sambil membawa tubuh Aira rapat ke tubuhnya.
            “Amboi abang…”
            “Jealous ke?” Tanya Danish sambil tersenyum nakal ke arah Khairi.
            “Tak perlu bang…tak perlu!”
            Serentak mereka semua ketawa. “Kami nak kena bawak Aira balik dah ni…” Ucap Herman.
            “Hah? Dah nak balik?”
            Herman mengangguk. “Nanti esok datang balik…”
            “Tapi…”
            “Tak hilanglah isteri kamu tu…” Usik Encik Syahrul. Danish menggaru kepala sambil tersenyum sumbing. Ala, kalau boleh tak nak dah jauh-jauh dari Qaisara. Dia nak Qaisara selalu ada dekat depan mata dia je!
            “Yelah…”
            Qaisara hanya tersenyum kecil. Makin lama makin terserlah sifat manja suaminya. Walaupun manja tetapi tetap macho di matanya! Seriously, siapa yang tak puji suami dia kan?
            “Kami mintak diri dulu ye, Papa Syah. Esok kami datang balik…” Herman meminta diri sambil bersalam dengan Encik Syahrul dan diikuti oleh Qaisara dan Redzuan. Kemudiannya Qaisara menghampiri pulak Puan Husna.
            “Terima kasih untuk segalanya…” Ucap Encik Rahman sambil menepuk bahu Encik Syahrul.
            “Abang Man, tak perlu nak berterima kasih pada saya. Kita kan dah jadi keluarga.”
            Encik Rahman mengangguk sebelum melangkah ke arah kereta Herman. Sejak mereka semua sibuk dengan persediaan perkahwinan Qaisara, mereka sekeluarga telah tinggal di rumah sewa Herman. Lagipun tak elok dibiarkan Qaisara dan Danish duduk di dalam rumah yang sama selagi belum diakad nikah. Memang dia percayakan Danish tapi dia masih perlu berjaga-jaga dan dia bersyukur menantunya itu memahami tindakannya.
            “Jaga diri. Jumpa esok…” Kata Qaisara sambil menyalami Danish.
            “Okey. You too… Jangan rindu abang tau…”
            Qaisara tergelak kecil. “Aira takut abang yang rindu Aira nanti…”
            “Sudah semestinya!”
            “See you tomorrow! Assalamualaikum…”
            “Waalaikumussalam…” Balas Danish sambil melambai ke arah kereta Qaisara yang sudah mula bergerak meninggalkan perkarangan rumahnya.
            **
Harris
            Mulut Liya tak habis terkumat-kamit memarahi Qaisara yang tak reti duduk diam. Hannah yang sudah sarat hanya mampu tersenyum  melihat gelagat kakaknya. Selalunya dia yang akan melakukan kerja menyolek ni tetapi memandangkan keadaan yang sudah sarat, Liya dengan rela hatinya ingin menggantikan tempatnya. Dia pun setuju je sebab Liya tu pun terror jugak bab-bab nak mekap orang ni.
            “Dah siap ke belum, kak?”
            “Sikit je lagi ni…”
            “Suami akak mana?” Soal Qaisara lagi. Dia memejam matanya apabila Liya ingin menyapu sedikit eyeshadow di atas kelopak matanya.
            “Ada kat rumah. Jaga anak-anak sekejap…”
            “Maaf sebab susahkan akak…”
            Liya cepat-cepat menggeleng. “Mana ada menyusahkan. Danish tu junior kitaorang masa sekolah dulu. Dahlah dia baik dengan kami, lagilah senang hati nak menolong.” Liya tersenyum kecil sebaik sahaja dia selesai menyolek. Cukup berpuas hati dengan penampilan Qaisara. Memang sesuai digandingkan dengan Danish.
            “Pukul berapa kena bertolak pergi dewan tu nanti?”
            “Hmm…dalam pukul 11.30 macam tu. Diorang semua dah tunggu dekat sana,” jawab Qaisara sambil melihat penampilannya di dalam cermin. Nampak lain betul muka dia sekarang ni. Jangan sampai Danish tak kenal nanti sudah! Qaisara ketawa kecil.
            “Kenapa gelak tiba-tiba ni?”
            “Takde apa, kak… Kak Hannah! Lain tak muka Aira?”
            Hannah hanya tersenyum dan mengangguk.
            “Dah…dah… jangan nak syok sendiri. Jom turun bawah,” usik Liya sambil mencubit pipi Qaisara.
            Qaisara tersengih. “Jom!”
            “Excited nak jumpa hubby dia la tu…” Usik Hannah pulak.
            “Of courselah…” Balas Qaisara selamba sebelum mengekek ketawa. Kalau depan Danish, tak berani pun nak cakap yang dia rindu. Memang dia masih lagi rasa malu dekat Danish walaupun Danish dah jadi suami dia.
            “Wah, cantiknya adik abang…” Puji Redzuan sebaik sahaja Qaisara keluar dari biliknya. Tak berkelip mata dia melihat adik bongsunya sudah siap disolek. Entah kenapa hatinya menjadi sebak. Tak sangka adiknya yang comot masa kecil dahulu dah jadi isteri orang.
            “Eh, abang ngah… kenapa macam nak nangis ni?” Tanya Qaisara cemas. Herman yang berdiri di sebelah Redzuan segera mengusap bahu adik lelakinya itu. Dia faham perasaan Redzuan. Dia pun turut sebak sekarang ni.
            “Adik ni memang tak sensitif laa..”
            Qaisara tersenyum sebelum memeluk Redzuan dan Herman. “Abang-abangku yang tersayang, tak maulah sedih-sedih. Hari ni kan hari bahagia adik. Kita semua kena happy!”
            Herman mengangguk. “Abang tak sedih dah. Abang ngah yang sedih…”
            “Mana adalah! Wan dah okey dah…”
            Qaisara ketawa kecil. “Mana mak dengan ayah?”
            “Dah pergi dulu. Nak siapkan apa yang patut dulu…” Jawab Redzuan.
            “Ohh…”
            “Let’s go, princess.” Herman menghulurkan tangannya. Qaisara tersenyum riang sebelum menyambut tangan Herman dan kemudiannya dia menarik Redzuan untuk berjalan bersama-samanya.
            Liya dan Hannah yang melihat mengukir senyuman. Bahagia melihat kemesraan Qaisara dan abang-abangnya.


p/s : Comments are loved ~ ♥ 


Photobucket

8 comments:

  1. tacink la tuh diorg adek pi kaweng awal .. ha ha ha...

    ReplyDelete
  2. cepatnya Moon! tak sabar rasa nak tau apa yg jadi lepas diorang kahwin.. sayu je ngar lagu T-ara & Davichi ni.. :)

    ReplyDelete
  3. haha. comelnya abang-abang dia..haha..suka2!<3

    ReplyDelete
  4. Waaa! Abang2 dia pulak sebak lelebih~ T__T Serius tak sabar nak tunggu apa yg akn jdi lps ni. Hmm, tak dpt nak predict lgsg bile tgok cover mini novel ni :)

    ReplyDelete
  5. wah..best2..sweet btul diorang...sambung lagi yer...

    ReplyDelete
  6. Liya ? err macam watak BC :D
    Comel je Danish melatah wakakka .
    Romantik je diaorang >_<"

    ReplyDelete
  7. kak rin : hahaha! diorg still single :P

    hana : hehehee..kan? lagu ni mmg lagu tema citer ni :D

    mai : hehehe! kemain ye? suka abang2 aira eh? :D hehehe!

    husnina : abang2 dia memang :D hehehe..cover dia bunyi mcm sedih kan? we'll see apa yg jadi lepa sni :D

    lina : hehehe! insyaAllah :D

    qila : hehehe..memang liya BC pun :D Hannah pun Hannah BC.

    ReplyDelete
  8. Baru tau ade entry baru . Hehe . Best2 . Nak lagi~

    [syaza]

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers