Bab
4
“Jemput makan ye…” Danish
menegur mesra tetamu-tetamu yang hadir sambil diiringi oleh Qaisara di
sebelahnya. Senang hatinya apabila melihat Qaisara yang bijak melayani
kawan-kawannya walaupun tak pernah bertemu muka sebelum ini. Memang isterinya
itu pandai bergaul kalau nak dibandingkan dirinya yang agak kaku.
“Danish!”
Danish berpaling ke belakang
apabila mendengar namanya dipanggil. Terus melebar senyumannya apabila melihat
Raihana merangkap kawan baiknya ketika di luar negara dahulu. Tak sangka yang
Raihana sanggup balik ke Malaysia semata-mata untuk menghadiri majlis
perkahwinannya.
“Hana! Aku macam tak percaya
kau ada dekat sini!”
Raihana ketawa kecil.
Qaisara yang melihat tertanya-tanya siapakah gadis cantik di hadapannya
sekarang ini.
“Let me introduce you to my
wife, Qaisara… Aira, ni kawan baik abang…Raihana,” ucap Danish dengan senyuman.
Raihana tersenyum kecil sambil menghulurkan tangan. Qaisara menyambut dan turut
membalas senyuman Raihana.
“Aira sangat bertuah sebab
dapat suami macam Danish! Walaupun dia ni nampak macam tak berapa nak betul
sangat tapi akak yakin dia boleh jaga Aira dengan baik.”
Qaisara tergelak kecil dan
mengangguk mengiyakan kata-kata Raihana. “Memang bertuah…”
“Patutlah masa kat oversea
dulu, dia tak layan perempuan yang cuba pikat dia. Sekarang ni saya dah tahu
sebabnya, rupanya dia dah ada someone dekat Malaysia ni.” Raihana menjeling
Danish yang ketawa.
“Aku dengan Aira ni cinta
pandang pertama tau.”
“Wow, korang kena cerita
kisah cinta korang ni. Oh ye, tadi aku ada nampak seseorang dekat pintu masuk
tu. Yang pakai baju warna biru tua tu. Siapa dia?” Soal Raihana sambil
memandang ke arah pintu masuk. Lelaki yang dimaksudkan oleh dirinya masih lagi
berdiri di situ. Menyambut tetamu yang hadir.
Danish memandang Qaisara
yang dah tersenyum simpul. “Abang ipar aku tu, Hana. Dah berkenan ke? Amboi,
bukan main kau ye…” Danish ketawa sambil memaut bahu Qaisara yang turut ketawa
kecil.
Raihana tersentak. Tak
sangka lelaki kacak yang berdiri di depan pintu masuk tu abang kepada Qaisara.
Memang diakui, adik-beradik Qaisara memang cantik dan kacak-kacak belaka.
Tengoklah Qaisara sendiri! Bukan main cantik lagi.
“Eh, takdelah…”
“Nama dia Redzuan,” ujar
Qaisara sambil tersenyum. “Masih single lagi. Abang sulong Aira je yang baru
bertunang. InsyaAllah, tahun depan kahwin.”
Raihana mengangguk tapi
matanya tak lepas dari memandang Redzuan. Eh, baru dia perasan. Raihana dan
Redzuan. Wow, double R! Raihana mengetuk kepalanya sendiri. Jauh sangat dia
mengelamun ni!
“Kejap ye, Aira panggil
dia…” Belum sempat Raihana nak menghalang, Qaisara sudah pergi mendapatkan
Redzuan.
“Eh-eh, Aira…” Raihana
tertunduk lemah. Habislah! Nak cakap apa nanti dekat abang Qaisara tu. Raihana
mengipas-ngipas mukanya.
“Relakslah Hana. Yang kau
gelabah ni kenapa?”
“Mana tak gelabah?! Aku
pergi tanya pasal abang dia tu dekat Qaisara! Tak tahu dah nak letak muka aku
ni kat mana?”
Danish ketawa melihat reaksi
Raihana. Macam-macam perangai Raihana ni sepanjang mereka berkawan baik tapi
satu perkara yang dia sangat suka mengenai diri Raihana adalah Raihana seorang
yang setia kawan dan sangat memahami. Semasa di luar negara, Raihana selalu
membantunya semasa dia di dalam kesusahan. Andailah jodoh Raihana bersama-sama
Redzuan, sangatlah dia suka!
“Abang ngah, ni Raihana.
Kawan baik Abang Danish.” Redzuan mengukir senyuman untuk Raihana sambil
menunduk sedikit tanda hormat. Raihana hanya tersenyum kecil sambil memijak
kaki Danish yang tergelak kecil di belakangnya.
“Saya Redzuan.”
“Raihana. Boleh panggil
Hana…”
“Awak dah makan?”
Raihana menggeleng. Lepas
sampai je tadi, dia terus datang jumpa Danish dengan Qaisara. Sekarang ni bila
Redzuan cakap pasal makan, terus perutnya terasa lapar.
“Saya pun belum makan. Jom
makan sama-sama,” ajak Redzuan. Qaisara yang berdiri di sebelah abangnya mula
tersengih.
“Err… boleh jugak.
Jomlah...” Raihana tersenyum sambil mengikut langkah Redzuan ke meja makan.
Sempat dia berpaling ke arah Danish dan Qaisara sambil melambai kecil. Tadi
malu sangat, sekarang ni siap melambai-lambai tangan lagi.
“Buat apa dekat luar ni?”
Tegur Qaisara pada suaminya yang sedang duduk bersantai di atas buaian. Danish
berpaling ke arah Qaisara sebelum menarik tangan Qaisara untuk duduk di
sebelahnya.
“Ambik angin je. Diorang kat
dalam buat apa?”
“Tengah minum-minum. Nanti
diorang nak suruh kita bukak hadiah…” Qaisara memandang Danish. Dia tersenyum
bahagia. Walaupun ramai kawan-kawan dia yang pelik kerana dia kahwin muda
tetapi dia gembira. Memang dia dah tak boleh nak bergembira macam dulu. Dah tak
boleh selalu keluar dengan kawan-kawan kerana dia perlu lebih mengutamakan
Danish sebagai suaminya. Nasib baik, tak ada orang yang membuat mulut yang tak
elok-elok mengenai hal kahwin muda dia ni. Mentaliti masyarakat zaman sekarang,
selalunya kalau kahwin muda membawa makna, pasangan tersebut dah melakukan
sesuatu yang tak elok.
“Dia pulak yang mengelamun…”
Danish mengusap lembut pipi Qaisara. Qaisara hanya tersenyum kecil sebelum
melentokkan kepalanya di bahu Danish.
Redzuan dan Herman yang
sejak dari memerhati Danish dan Qaisara tersenyum kecil. Raihana yang baru
keluar dari dapur sambil menatang dulang berisi air, turut memandang ke arah
yang sama. Selepas selesai menghidang air, dia segera menghampiri Redzuan
dengan Harith.
“Korang tengok apa ni?”
“Tu... pasangan dua sejoli
tu,” balas Redzuan sambil menjuihkan bibirnya ke arah Danish dan Qaisara.
“Bukan main romantic lagi si
Danish tu. Dulu masa kat U, tak pandang sorang perempuan pun. Sibuk dengan study
je tapi sekarang ni, bukan main lagi romantic dia dekat Qaisara,” ucap Raihana.
“Sibuk cakap pasal Danish,
awak tu takkan takde yang berpunya? Mat saleh handsome kan banyak dekat sana?”
Tanya Herman. Sempat dia mengerling ke arah Redzuan yang turut memandang
Raihana.
“Hehehehe! Takde siapa nak
dekat saya ni.”
“Baguslah kalau macam tu.
Senang adik abang yang sorang ni nak tackle kan?” Ujar Herman selamba sambil
menepuk bahu Redzuan yang dah melopong. Dia ketawa kecil sebelum meninggalkan
adik lelakinya bersama-sama Raihana yang turut terkedu. Redzuan mengetap gigi.
Abang long ni memang kena betul dengan aku!
**
Serba
tak kena Qaisara di dalam bilik. Badan direbahkan di atas katil tetapi masih
jugak dia rasa tak tenang. Sekejap dia berkalih ke kanan, sekejap dia berkalih
ke kiri. Akhirnya dia bangkit lalu berjalan di sekeliling bilik tidur yang
dulunya milik Danish seorang sahaja dan kini sudah menjadi hak milik dia dan
Danish. Naik terkejut dia masa masuk dalam bilik ni tadi. Entah siapa punya
kerjalah yang pergi letak kelompak bunga ros atas katil tu. Bukan setakat tu
je, dekat keliling bilik tu penuh dengan bunga ros! Dah macam taman bunga dah
ni! Bukan dia tak suka, suka sangat sebenarnya! Sebab terlampau sukalah, dia
tak boleh nak tidur.
“Aira
tak tidur lagi?”
Qaisara
tersentak sebelum berpaling ke arah pintu bilik yang terbuka. Danish sedang
berdiri di situ sambil tersenyum.
“On
the way nak tidur. Abang tahu ke siapa yang letak bunga ros ni?”
“Tahu.
Abang yang letak. Aira tak suka ke?”
Qaisara pantas menggeleng.
“Suka sangat!”
“Hmm…” Danish menyebak
rambutnya ke belakang. Kali pertama melihat Qaisara tanpa tudung, membuatkan
dirinya ingin sekali mengusap rambut panjang isterinya. Diakui kecantikan
Qaisara ketika bertudung dan ketika tidak bertudung.
“Kenapa bang?”
“Cantik rambut Aira…” Puji
Danish ikhlas. Qaisara pantas memegang rambutnya yang dibiarkan lepas.
“Terima kasih…”
“Abang nak sentuh boleh?”
“Boleh boleh!” Qaisara
menghampiri Danish yang masih kaku di depan pintu yang sudah tertutup. Dia
mencapai tangan Danish lalu diletakkan di atas kepalanya sambil tersenyum
manis. Dulu, rambutnya ditutup rapi agar tidak dapat dilihat oleh orang yang
bukan mahramnya tetapi sekarang ni, dengan hati yang terbuka dia ingin Danish
menyentuh rambutnya.
“Ni pakai syampu apa?”
Qaisara tergelak mendengar
soalan Danish. Syampu jenis apa pun nak tahu ke?
“Pakai je syampu apa pun…”
“Rambut Aira buat abang
teringatkan seseorang,” ujar Danish sambil tersengih sebelum menarik tangan
Qaisara ke katil. “Aira duduk bawah. Abang nak buat sesuatu dekat rambut Aira…”
“Hah? Nak buat apa?”
Danish hanya tersenyum nakal
sambil mencapai sikat dan getah rambut di atas meja solek. Kemudian dia duduk
di belakang Qaisara yang masih lagi terpinga-pinga.
“You choose, dear… Nak abang
ikat tocang kuda ke? Ataupun nak abang buat braids?”
“Wait…wait! Rambut Aira buat
abang teringat kat siapa? Your ex-girlfriend eh?” Nada cemburu mula keluar.
Tajam Qaisara memandang Danish yang masih lagi beriak selamba dan tenang.
“Rambut Maira. Dulu masa
kecik-kecik, abang ikat rambut dia. Tocang kuda or braids? Cepat-cepat!” Tanya
Danish sekali lagi sambil menyikat rambut Qaisara.
“Braids.”
“Okey.” Dengan penuh cermat,
Danish mengikat rambut Qaisara. Dia tersenyum kecil melihat isterinya yang
hanya mendiamkan diri.
“Dah siap…”
Qaisara bangkit dari
duduknya lalu menghampiri cermin. Dia melihat rambutnya yang sudah diikat
cantik oleh Danish. Senyuman terus terbit di bibirnya.
“Cantik! Thanks…”
“My pleasure…” Danish dah
menguap. Matanya pun dah tak mampu nak bukak luas-luas.
“Dah ngantuk?”
Danish mengangguk sambil
menggamit Qaisara supaya berbaring di sebelahnya. Sebaik sahaja Qaisara sudah
selamat baring di sebelahnya, dia memeluk erat tubuh isterinya sebelum mengucup
lembut dahi Qaisara.
“Good night. I love you…”
Bisik Danish perlahan di telinga Qaisara. Terkebil-kebil Qaisara memandang
Danish yang dah memejamkan matanya. Tergamam sebenarnya apabila
mendengar Danish mengucapkan ‘ I love you’ padanya tadi. Qaisara tersenyum
sambil merapatkan tubuhnya pada Danish.
“I love you too…” Dan dia
tahu Danish mendengar.
p/s : Comments are loved dan akan menaikkan semangat saya..hehehe!
haish ... suweet gitu . >_<
ReplyDeletenext-2 .. nak lagi~
Wahaha~ sweet betol Danish~ Hah! Suka la dengan Hana & Redzuan. Kasi dorang jadi sweet jugak boleh? Hehe :D
ReplyDeletewah...best2..sweet btul danish n qaisara.. hana n redzuan pun sama..sambung lagi yer..tak sabar nak tau apa jadi lepas nie..
ReplyDeletesweet je dorang ni...nak lagi..
ReplyDeleteSangat sweet la cite ni . Cepat2 sambung eh kak . Ape la dugaan lam hidup dorang ni . Jangan la sampai terpisah . Hihi .
ReplyDeletepergh..comel giler pasangan ini ..
ReplyDeleteRedzuan hensenggg ><
ReplyDeleteAwwwww tersengih2 baca . Hehehhe :D
sambung kak . sambung . weheee