Tuesday, January 24, 2012

Mini novel : Kasihnya Qaisara 2


Bab 2
            “Abang ni dah tak betul ke apa?” Soal Qaisara geram sambil memandang Danish dengan pandangan mata yang tajam. Selepas mak memaklumkan soal Danish yang ingin meminangnya, terus dia pergi jumpa Danish. Rasanya lelaki di depannya sekarang ni dah tak betul! Mereng agaknya!
            “Abang serius nak kahwin dengan Aira…”
            “Abang ni nak mainkan perasaan Aira ke apa?”
            Cepat-cepat Danish menggeleng. Dia dah memang menjangka perkara macam ni akan berlaku. Dah agak yang Qaisara akan menuduh dia penipu, gila dan apa-apa jelah. Memang dah agak dan disebabkan itulah, dia perlukan bantuan mama dan Umi Imah.
            “Abang serius, Aira… Tak tipu pun.”
            Qaisara memeluk tubuh. Betapa terkejutnya dia tadi bila mak cakap yang Danish nak pinang dia. Rasa macam mimpi pun ada! Dia langsung tak pernah terfikir yang Danish nak pinang dia. Langsung tak terfikir!
            “Please… tolong percaya abang. Abang serius. Tanya mama dengan Umi Imah…”
            “Kenapa abang nak kahwin dengan Aira?”
            Danish menghela nafas. “Abang nak jaga Aira…”
            “Aira dah besar. Mak cakap abang risaukan Aira masa kat U nanti. Abang, Aira dah nak masuk 20 tahun. Dah pandai berdikari dan…”
            “Abang sayangkan Aira!” Celah Danish menyebabkan Qaisara terdiam.
            “Abang sayangkan Aira dan abang nak hidup bersama-sama dengan Aira. Abang tak sanggup nak berjauhan dengan Aira…. I need you by my side…” Danish menarik nafas sambil memandang Qaisara yang dah terdiam.
            Qaisara terkedu. Terkejut mendengar kata-kata Danish yang kedengaran sangat tulus dan ikhlas. Entah kenapa, dia kehilangan kata-kata untuk membalas. Terasa seperti kata-kata Danish tadi dah membawa pergi kata-katanya lalu digantikan dengan rasa pelik di hatinya sekarang ini.
            “Abang bagi Aira masa untuk berfikir.” Terus Danish beredar dari situ. Lega hatinya sekarang ini sebab dah berjaya meluahkan segala yang dirasakan terhadap Qaisara. Sekarang ini segalanya terpulang pada Qaisara. Jika Qaisara bersetuju, dia amat gembira sekali tetapi jika Qaisara menolak, dia tetap reda dengan semuanya.
            “Abang…”
            Terhenti langkah Danish. Dia menantikan apa yang ingin diucapkan oleh Qaisara tanpa langsung berpaling.
            “Aira terima…” Ucap Qaisara perlahan. Sebaik sahaja Danish nak melangkah pergi tadi, dia bagaikan terasa sesuatu hilang dari sisinya. Padahal Danish cuma mahu ke biliknya tapi rasanya bagaikan Danish akan pergi ke satu tempat yang jauh. Dalam hati, dia mengakui yang dia turut merasai apa yang dirasakan oleh Danish cuma dia butakan hati. Malu nak mengaku apa yang dia rasakan. Dan hatinya bagaikan memberontak untuk menerima Danish sebagai suami dan akhirnya ayat itu yang terluah dari bibirnya. Memang baru sebulan dia sejak Danish balik dari luar negara tapi bila Allah dah datangkan perasaan itu pada hatinya, dia pasti ada hikmahnya.
            Danish mengucap syukur di dalam hati. Alhamdulillah…
            **
Qaisara

            “Hantaran, pelamin semua nak warna apa?”
            Qaisara yang sedang menumis di dapur terkejut apabila ditanya oleh Danish yang sedang duduk di kerusi makan.
            “Warna apa pun okey je.”
            “Aira suka warna biru kan?”
            Qaisara tersenyum. “Macam mana abang tahu?”
            “Abang tahulah. Semua benda pasal Aira, abang tahu. Abang tahu Aira suka makan nasi ayam. Abang tahu Aira suka warna biru dan abang tahu yang Aira sayang abang…” Ayat terakhir Danish menyebabkan dia ketawa kecil apabila melihat Qaisara menahan malu.
            “Dah..dah… pergi duduk depan. Jangan kacau Aira nak masak.”
            “Aira masak apa?”
            “Ayam masak merah.”
            “Sedapnya bau…” Sedar-sedar Danish sudah berdiri di sebelah Qaisara. Naik terkejut Qaisara dibuatnya. Tiba-tiba je dah tercongok dekat sebelah dia.
            “Masak nasi lebih sikit ye. Rasa macam nak makan banyak je…”           
            “Masak sendiri,” balas Qaisara sambil menjelir lidah.
            “Aik, bukan main ye… Mentang-mentang orang sayang dia. Kerja dia nak membuli je…”
            Qaisara ketawa kecil. “Abang pergi depan. Kemas bilik abang yang dah bersepah tu. Serabut mata Aira tengok. Kesian Kak Wani nak kemas nanti…”
            “Yelah…yelah. Hati-hati memasak tu.”
            “Ye…”
            “Masak sedap-sedap ye…”
            “Ye…”
            “Amboi, kemain dua orang ni…” Redzuan melangkah masuk sambil tersengih-sengih. Qaisara pulak dah merah mukanya. Danish hanya tersenyum sambil menepuk bahu Redzuan.
            “Baru sampai ke?”
            “A’ah. Abang Herman pun ada tapi dia sampai lewat sikit. Dia rindu nak gusti dengan kau.”
            Danish ketawa. Memang dia rapat dengan Herman dan Redzuan sejak dari kecil lagi. Lagipun jarak umur yang tidak begitu jauh makin merapatkan lagi hubungan mereka. Sejak Umi Imah dan Ayah Man bekerja dengan keluarga dia, sudah dianggap mereka sekeluarga itu bagaikan keluarga sendiri. Sebab itulah, apabila Ayah Man sudah semakin berusia, papa dah mencari pemandu yang baru tetapi tetap jugak Ayah Man nak bawak kereta. Yunus pulak hanya memandu untuk mama kalau mama nak pergi mana-mana.
            “Tak padan ke besar. Dah nak jadi suami orang pun nak main gusti lagi…” Bebel Qaisara yang sedang memasukkan ayam masak merah ke dalam mangkuk kristal.
            “Yang mana satu? Danish ke Abang Herman?” Tanya Redzuan dengan nada mengusik dan sekaligus menyebabkan Qaisara terdiam.
            “Abang Man…”
            “Bukan Danish?”
            Danish pulak dah mengekek ketawa. Suka pulak bila tengok Qaisara kena usik dengan Redzuan.
            “Dua-dualah!” Balas Qaisara bengang. Tau tak yang muka aku dah nak panas dekat sini? Abang Wan ni pun kalau nak mengusik, janganlah usik depan Danish! Haish, panas hati! Tapi lagi panas muka dia sekarang ni.
            **
            Lama Danish duduk di depan cermin sambil menarik nafas dalam-dalam. Rasa macam nak tercabut jantungnya sebab terlampau berdebar-debar. Tangannya sekarang ni pun dah seram sejuk.
            “Abang!” Sergah Maira dari belakang sambil ketawa. Seronok melihat muka terperanjat Danish.
            “Eee…budak kecik ni!” Terus dijentik dahi Maira. Dia kemudiannya ketawa besar apabila melihat Maira mencebik.
            “Abangggg!”
            Danish menarik nafas. Dah datang lagi seorang adiknya. Dia menggeleng kepala.
            “Kenapa Khairi?”
            “Abang handsome gila hari ni!” Khairi tergelak kecil sambil melabuhkan duduk di atas katil Khairi. Maira yang masih lagi mengusap dahinya turut merebahkan tubuhnya di atas katil sambil menyanyi kecil.
            “Abang bertuah tau.”
            “Hmm?”
            “Abang bertuah sebab dapat Kak Aira. Seriously, she’s like the best sister in the whole world!” Ucap Khairi sambil melapangkan tangannya.
            Danish tergelak kecil. “Abang tahu…”
            “Abang kena jaga Kak Aira elok-elok tau…” Kata Maira pulak dan disokong oleh Khairi.
            “I will… InsyaAllah. Korang memang kembar yang sangat serasi!”
            “Hahahaha! Abang baru kenal kitaorang ke?”
            “Of courselah abang kenal perangai korang tu. 18 years tu bukan sekejap okey!”
            Maira dan Khairi serentak mencebik. “Abang, kitaorang baru 17.”
            “Haaa… dah sampai tahun baru dah. Jangan nak perasan muda!” Balas Danish sambil ketawa jahat. Tak sedar diri tu dah tua!
            “Abang lagilah perasan. Umur dah 25 tapi perangai macam budak-budak. Nasib baik Kak Aira nak dekat abang. Kalau Maira la kan…” Tidak sempat Maira untuk habis bercakap apabila Danish sudah menggeletek. Khairi yang pada mulanya ingin melarikan diri pun, berjaya ditangkap oleh Danish.
            “Abang! Dah la tu!” Jerit Maira dalam ketawa.
            “Cari pasal lagi…”
            “Okey-okey! Kitaorang mintak maaf. You’re the best brother. Tolong jangan geletek kitaorang dah…” Khairi menepis tangan Danish. Abang dia ni memang banyak tenaga betul! Dua orang lawan seorang tapi abangnya yang selalu menang!
            Akhirnya ketiga-tiga orang terbaring di atas katil sambil ketawa.
            “Tapi ingat, jaga Kak Aira baik-baik…” Pesan Khairi lagi.
            “Yup! Betul tu…”
            “Abang cuba sebaik mungkin untuk jaga dia. InsyaAllah…” Danish memberikan janji sambil memeluk bahu kedua-dua orang adiknya.
            **
            “Adik abang dah nak bertunang dan berkahwin!” Herman berpura-pura mengesat air mata sambil menahan senyum apabila melihat Qaisara yang sedang menahan malu. Redzuan turut tersengih-sengih sambil menepuk bahunya seolah-olah memahami perasaan Herman. Qaisara hanya menjuling mata ke atas. Abang-abang dia ni memang suka main-main!
            “Tapi seriously, adik nampak sangat comel hari ni…” Herman menggosok lembut kepala Qaisara sambil tersenyum manis. Qaisara mencapai tangan Herman dan Redzuan, kemudiannya digenggam erat. Hanya dua orang abang ini sahajalah adik-beradik yang dia ada. Tanpa Herman dan Redzuan, hidupnya mungkin akan terasa kosong.
            “Aira tak percaya yang Aira dah nak bertunang.”
            “Bertunang dan kemudiannya berkahwin…” Sambung Redzuan sambil mencuit hidung Qaisara.
            “Takutlah pulak…”
            “Kenapa nak takut? Abang rasa Danish tu bukan harimau, manusia biasa lagi…” Herman dan Redzuan serentak ketawa. Qaisara pulak dah mencebik. Laju je tangan dia mencubit lengan abang-abangnya. Tak habis-habis nak mengusik!
            “Okey-okey. Abang gurau je. Adik tak payah takutlah. Abang percaya yang Danish akan jaga adik dengan baik. Kalau tak, takdelah cepat sangat dia nak pinang adik. Takut sangat kalau adik tergoda dekat siapa-siapa nanti.” Herman senyum.
            “Tapi okey jugak dah kahwin. Senang takde siapa yang nak kacau. Bila ada orang nak usha, terus cakap ‘Saya dah kahwin ye. Harap maaf.’ Wah, senanglah adik nanti!” Redzuan pulak berkata-kata sambil tersengih.
            Qaisara hanya ketawa.
            “Aira, jom turun bawah…” Puan Rahimah masuk ke dalam bilik sambil tersenyum. Qaisara terus memandang Herman dan Redzuan silih berganti. Lepas acara pertunangan nanti, akan terus diadakan majlis pernikahan. Semua itu di atas permintaan Danish dan dia pun bersetuju je.
            “Selawat banyak-banyak,” bisik Herman lembut.
            “Jangan tinggalkan Aira nanti ye.” Herman dan Redzuan mengangguk.
            “Takkan dik… Takkan…”

p/s : Enjoy! Comments are loved ;)


Photobucket

7 comments:

  1. Awww, cepat je progress hubungan dorang. Tunang teros nikah. Best best! :D Sweet nya la Danish dengan adik2 dia, Qaisara dengan abang2 dia :)

    ReplyDelete
  2. baguslah tu :) lepas tunang, nikah aje terus.. aiseh.. teringat kat Kak Farah Lee ngan Ally Iskandar la pulak :D hehe~ bercinta lepas berkahwin itu lebih indah.. kalo bleh Hana nk jd camtu.. insya-Allah... pepun, nice job Moon.. kalau dikurniakan idea ntuk jdikan ni novel pun xde salahnya.. selagi Dia kurniakan ilham buat kita :)

    ReplyDelete
  3. wewiiiit...haha...teuskan2, akan setia menunggu..haha..best2, nak kawen skang boleh tak?haha

    ReplyDelete
  4. .... jom kaweng ~ *tetiba rasa nak kawen jugak.. herrherr

    taniah korang berdua .. kawen lepas ni elok-2 .. jgn gado-2

    ReplyDelete
  5. Wow ! Cepatnya . Dah nak kawen dah . So sweet . Bercinta lepas kawen la ni lebih kurang . Hee~ Nak lagi nak lagi . Best sangat .

    ReplyDelete
  6. Hehehhehhe
    Tergelak2,tersengih2 baca bab 2 nih .
    Sweet je diaorang .
    Kelakar adik beradik danish dengan qaisara . nak bab 3 . hehhe ><

    ReplyDelete
  7. Nur Husnina : Hehehehe! :D Danish nak kahwin cepat2 :D Thanks :D

    Hana : Hehehehe! Samalah kitaa ;) InsyaAllah.. Doakan Moon ye. :D

    Mai : Heheheh..terima kasih mai :)nak kahwin sekarang? hehehe..dah ada calon eh? :D

    kak rin : hehehehe! dah mcm ibu bagi pesanan dkt anak2 dh ni :D

    anon : hehehehe! yup :D bercinta lps kahwin :D thanks :D

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers