BAB 3
AMMAR memang tak tipu pasal udara
dekat kampung memang jauh lebih segar daripada dekat bandar. Sekarang ni
barulah dia reti nak bersetuju. Hari tu ego tinggi melangit tak nak mengaku perkara
yang satu ni. Rasa segar badan ni apabila dapat hirup udara yang bersih dari
pencemaran. Hilman pandang jam dinding dekat dalam bilik tetamu ni. Lagi
beberapa minit dah nak pukul 7.15 pagi dan lepas tu dia kena pergi ikut Rania
dengan Ros pergi kandang lagi sekali. Awal-awal Subuh tadi, Reza dah ketuk
bilik dia bagitahu pasal hal ni. Walaupun mula-mula rasa nak merungut tapi
akhirnya dia redha ajelah. Merungut sampai esok pun, dia tetap jugak kena ikut
si budak tak cukup tinggi tu.
Tok! Tok!
Hilman melangkah ke pintu dan
tersenyum apabila melihat Puan Rohana sebaik sahaja pintu bilk dibuka.
“Jom makan, Hilman. Makcik dah masak
nasi lemak.”
Hilman mengangguk dan mengekori
langkah Puan Rohana ke dapur. Orang pertama yang dia nampak dekat meja makan,
tak lain tak bukan, budak yang jatuh motosikal semalam. Tengah makan nasi lemak
dengan penuh berselera sambil mulut comot pun tak sedar.
“Mulut tu lap. Habis comot…” Puan
Rohana hulur sehelai tisu dekat Rania yang baru perasan kehadiran Hilman di
belakang maknya.
“Rania, cedukkan nasi dalam pinggan
Hilman.”
Rania dah pandang Puan Rohana dengan
mata terbeliak. Cedukkan nasi untuk Hilman? Walaupun hati memberontak tak nak
buat tapi dia tetap capai mangkuk nasi lemak dan menceduknya ke dalam pinggan
Hilman.
“Cukup tak ni?”
“Cukup.”
“Hari ni kita tak jadi pergi
kandang.”
“Betul ke?” Hilman dah mula
tersenyum lebar. Yeay! Seronoknya tak payah pergi kandang! Rasa macam nak
melompat dekat sini aje sekarang ni.
“A’ah. Kita pergi resort Abang
Reza.”
“Nak buat apa pergi sana?”
“Ikut jelah. Adalah kerjanya nanti…”
Rania ceduk nasi lemak ke dalam pinggannya untuk kali kedua. Nasi lemak buatan
air tangan Puan Rohana memang kegemarannya. Tak sah kalau tak menambah.
“Kenapa kau kerja dekat kampung?”
Soalan yang keluar dari mulut Hilman mengejutkan Rania. Tak sangka sebenarnya
yang Hilman boleh nak tanya soalan macam ni.
“Sebab aku suka.”
“Bukan sebab kau tak dapat kerja
dekat bandar?” Kali ni Hilman mengangkat muka untuk memandang Rania.
“Tu pun salah satu sebab tapi aku
tak kisah pun sebab duduk dekat kampung ni best.”
“Tapi kat sini tak moden macam
bandar?”
Rania tersenyum nipis. Dulu dia
pernah jugak fikir macam tu tapi apabila dia makin dewasa, dia mula sedar yang
dia tak perlukan semua kemodenan dekat bandar tu. Sekurang-kurangnya dekat sini
bolehlah jugak dia menolong mak ayah dengan abang.
“Kadang-kadang tu moden sangat pun
susah. Aku suka duduk dekat sini. At least, aku takdelah terlalu exposed dengan
benda-benda yang senang nak buat orang terpengaruh. Do you know what I mean?” Nanti takut syok
sendiri pula bercakap. Dia faham lain, Hilman faham lain.
“I see…”
Kiranya Hilman fahamlah apa yang dia
cuba nak sampaikan kan?
“Dulu kat US ambik apa?” Soal Hilman
tiba-tiba.
“Business.”
“I see…”
“Kau?”
“Business jugak.”
Rania mengangguk kecil. Kali pertama
dia dan Hilman bercakap secara damai dan dia mula rasa awkward tapi elok
jugaklah macam ni. Dia pun tak larat nak bergaduh setiap hari dengan budak
bandar ni. Boleh kering air liur!
“Cepatlah makan.”
“Okey.”
“WHERE do you think you’re going, Miss Rania?” Hilman bertanya apabila melihat
Rania berjalan dengan terhencut-hencut. Takkan nak jalan dengan kaki sakit
macam tu? Rasanya Reza dah pesan suruh naik kereta tadi.
“Moto Farouk kan tak ambik lagi.
Nanti hilang pulak.”
Dahi Hilman dah berkerut sebelum dia
menggeleng kecil. Macam-macamlah Rania ni!
“Kau tunggu dalam rumah. Biar aku
pergi ambik moto Farouk tu. Lepas tu kita terus pergi resort Reza.”
“Tak apa ke?”
“Kalau tak boleh, takdelah aku offer
nak pergi ambik. Nanti luka kat kaki kau makin teruk pulak. Tak pasal-pasal
nanti aku kena marah dengan mama dan papa sebab buli kau.”
Kunci kereta diserahkan kepada Rania
yang tengah pandang dia dengan muka tak percaya. Buat baik pun tak boleh ke?
Dia tak adalah kejam sangat nak biarkan wanita yang kesakitan berjalan kaki nak
pergi ambik moto.
“Thank you, Man!” Rania tersengih.
Alhamdulillah! Sebenarnya memang dia berhajat nak suruh Hilman yang pergi ambil
moto tu tapi dia segan. Takut pulak Hilman cakap dia membuli tapi kalau tuan
badan sendiri yang dah offer, dia terima dengan hati yang terbuka.
“Kau panggil aku Man lagi sekali,
aku suruh kau pergi ambik moto!” Hilman dah bagi pandangan maut dekat Rania.
Tak habis-habis nak panggil dia Man. Hilman tu susah sangat ke nak sebut?
Rania sengih lagi sekali sebelum
melambai tangan dekat Hilman. “Jaga diri elok-elok. Kalau ada orang tak kenal
tegur, jangan layan tau.”
Sekali lagi Hilman bagi pandangan
maut dekat Rania. Ingat dia budak ke apa?
SAMPAI
aje dekat resort Sayang Selamanya, orang pertama yang Rania nampak adalah Reza
yang dah menanti dekat receptionist dan kemudiannya bersalaman dengan Hilman.
Rania pula cepat-cepat menghulurkan tangannya dekat Reza, minta dipapah ke
kerusi. Saja nak bermanja dengan abang sendiri.
“Bukan teruk sangat dah kaki tu.
Saja nak ngada-ngada.”
Rania jelir lidah. “Biarlah. Bukan
selalu pun…” Dia mengangkat tangan dekat Nadia yang berada di receptionist
sebagai tanda menyapa.
“Kenapa dengan kaki tu, Kak Nia?”
Soal Nadia dengan dahi berkerut.
“Jatuh moto semalam…”
“Hahaha… kena piat telinga tak?”
Rania sengih sambil mengangguk.
“Haruslah kena. Oh ye, ni Hilman.” Terlupa pulak nak memperkenalkan Hilman
dekat Nadia.
Hilman mengukir senyuman sebelum menunduk
kecil.
“Ni la anak kawan Pak Long Mad yang
Abang Reza cakap tu ke?”
Reza mengangguk. “Nilah orangnya. Ni
pulak babysitter dia.” Jari Reza dihala ke arah Rania yang dah mencebik.
Babysitter la sangat!
“Babysitter?”
“Bukanlah. Pandai-pandai je Abang
Reza ni. Usah dilayan dia sangat,” balas Rania dengan nada bosan sebelum
mencubit lengan abangnya. Tak habis-habis nak panggil dia babysitter! “So, apa
kerja kita orang hari ni?”
“Nia ajar Hilman macam mana nak
kemas bilik boleh? Kalau kaki tu sakit sangat, abang boleh panggilkan si Amy
tu.”
Cepat-cepat Rania menggeleng.
“Insya-Allah kuat lagi ni, bang. Kalau suruh Amy yang tolong, Nia tak sure
sampai ke petang Hilman tahu kemas bilik ke tak. Macamlah abang tak kenal Amy
tu kan?” Amy tu pantang nampak lelaki dahi licin sikit teruslah nak
tergedik-gedik. Tapi nasib baik bukan gedik yang melampau cuma misi Amy memang
nak mencari lelaki bandar yang kaya dan kacak untuk dikahwini supaya dia boleh
tinggalkan kampung ni dan itu yang buat Rania risau nak tinggalkan Hilman
dengan dia. Nanti Puan Maznah dengan Encik Yusuf ingat dia tolong carikan jodoh
untuk Hilman pula daripada melatih Hilman untuk jadi lebih berdikari.
Reza terus ketawa. Ni kalau Amy
dengar, mahu bergaduh lagi! Tak sah kalau tak gaduh walaupun sehari. Adik dia
ni memang suka cari gaduh agaknya.
“Yelah. Nia tahu kan apa nak buat?”
Rania mengangguk kecil dan
perlahan-lahan bangkit dari duduknya. “Jom Man. Kita ambik barang-barang dulu.”
“Aku dah cakap jangan panggil aku
Man.” Hilman dah mengetap gigi. Tak faham bahasa betul budak sorang ni. Rasanya
dah berpuluh-puluh kali dia cakap benda yang sama.
“Ala, nama kau jugak kan?”
“Penat la nak cakap dengan kau.”
Akhirnya Hilman dah malas melayan. Baik dia pergi buat kerja daripada melayan
Rania.
“Dekat mana barang-barang tu, Reza?
Biar aku pergi ambik.”
“Dekat utility room. Jom ikut aku.
Biar aku bawak kau pergi sana.”
“Nia ikut…”
“No, stay where you are!” Suara
tegas Hilman buat langkah Rania terhenti. Amboi, garangnya pak cik ni!
“Lagi banyak kau berjalan, lagi
teruk bengkak kat kaki kau tu nanti. Duduk je situ.” Terus Hilman tinggalkan
Rania dekat situ dan mengekori langkah Reza. Rania hanya mampu mendiamkan diri
sambil bermain dengan jarinya sementara menanti Hilman.
“Caringnya dia.” Satu suara yang
begitu dekat dengan telinga buatkan Rania tersentak. Dia berpaling ke belakang
dan melihat Amy yang tengah tersengih.
“Muka pun sedap mata memandang. Not
bad…”
“Kau jangan, Amy. Dia tu di bawah
jagaan aku tau. Jangan nak lebih-lebih. Karang aku debik kau, nak?”
Amy terus ketawa sebelum mengenyit
mata dekat Rania dan Rania tahu yang Amy memang sengaja nak cari pasal. Dia
orang memang suka bergaduh tapi belum sampai tahap benci-membencilah. Lagipun
dia orang dah berkawan sejak dari kecil lagi.
“Aku main-main jelah. Jangan risau,
Nia. Dia tu kau punya.”
“Apa kau? Aku dengan dia tak ada
apa-apa pun. Jangan nak buat kontroversi. Nanti tak pasal-pasal mak aku ingat
aku berkenan dengan dia.”
“La, kalau kau suka dia pun apa
salahnya?” Amy mencucuk-cucuk bahu Rania sambil senyum mengusik.
“Aku baru kenal dia dua hari kot!”
“So?”
“Dah-dah. Jangan banyak cakap. Dia
dah datang sini.” Rania pandang Hilman yang tengah menolak troli dan Reza pulak
tengah membelek fail.
“Tak banyak sangat bilik pun yang
Nia dengan Hilman kena kemas. Yang lain-lain tu biar staff yang handle. Nombor
bilik yang Nia kena pergi semua abang dah tanda.” Fail dah bertukar tangan.
Rania mengangguk kecil sebelum menyuruh Hilman untuk mengikutnya.
“Kau memang buat macam-macam kerja
kan?”
“Maksud kau?”
“Jaga kandang, housekeeping,
babysitter aku.”
Rania pandang Hilman. Perlu ke babysitter tu
nak dimasukkan sekali? Yang tu bukan kerja rasmi dia. Tu kerja untuk enam bulan
sahaja!
“Pengalaman tu penting. Kau buat
banyak kerja, insya-Allah bertambah ilmu pengetahuan kau.”
“Hmm…” Hanya itu yang mampu Hilman balas.
P/s : tak sempat nak edit :) harap enjoy!
P/s : tak sempat nak edit :) harap enjoy!
Enjoy ssgt...hehe
ReplyDeletebest2...cpt2 smbg
ReplyDeleteTak cukup! Nak lagi..haha..
ReplyDelete- u know me - :p