BAB 2
MULUT
aku dari tadi terkumat-kamit menahan geram. Kenapa tak ada sesiapa pun yang
cakap yang hari ni Abang Wan balik dari outstation dan aku yang kena jemput
dia? Tiba-tiba pukul 10.00 tadi, Kak Huda telefon tanya sama ada aku dah
bertolak nak ambil Abang Hazwan ke belum. Nasib baik hari ni hari Sabtu, kalau
tak memang dah lama aku menjerit dekat dalam studio tadi.
“Kenapa tak ada orang bagitahu yang
abang balik hari ni?” ucap aku sebaik sahaja Abang Wan angkat telefon.
“Abang ingat Hana tahu.”
“Hana tak tahu langsung. Ingat abang
balik lusa. Kak Huda dengan Humaira tak cakap apa-apa pun. Nasib baik hujung
minggu tau. You’re so lucky, abang!”
Abang Wan dah ketawa di hujung
talian. “Ya, abang sangatlah bertuah sebab dijemput oleh adik abang yang cantik
dan manis bernama Hana binti Taufiq ni. Come join me at Secret Recipe. Lapar
sangat dah ni!”
“Hana dari tadi tunggu abang dekat arrival ni
tapi rupanya abang tengah sedap makan dekat sana ye. Sampai hati! Hana pun
lapar jugak…”
Abang Wan ketawa. “Abang belum makan
lagi la. Jomlah makan sekali. Abang tunggu Hana.”
“Sayang abang!” Aku ketawa kecil. “Okey…
okey. Hana nak lasagne please? Nak pergi ladies kejap.”
“Anything else, sis?”
“Orange juice,” jawabku selepas
berfikir beberapa minit.
“Okey…”
SEBAIK
sahaja aku sampai dekat Secret Recipe, mata aku mula mencari Abang Wan. Apabila
nampak aje dia yang tengah baca surat khabar dekat sudut bahagian belakang, perlahan-lahan
aku berjalan ke arah dia sambil tersengih.
“Sorry
lambat.” Aku sengih lagi sebelum mencapai tangan dia untuk bersalam. Abang Wan
hanya jungkit kening sebelum meletakkan surat khabarnya ke tepi dan menolak
lasagne yang masih panas tu ke arah aku.
“Makanlah…”
“Abang
makan tu je?” Aku menjuihkan mulut ke arah pinggan Abang Wan yang berisi fish
and chips. Kenyang ke abang aku ni nanti kalau makan fish and chips aje?
“Abang
dah makan kek tadi.”
“Sejak
bila abang suka makan kek?” Tanya aku pelik. Selama ni kalau aku beli kek, tak
pernah pula Abang Wan nak makan sebab abang aku ni bukan peminat kek. Kalau
makan pun, sesudu aje. Tu pun aku yang suapkan.
“Sejak
abang kena tunggu adik abang pergi toilet. Hana buat apa lama-lama sangat?”
“You
know…hal perempuan.” Sekali lagi aku sengih. Memang kerja aku tersengih jelah
hari ni. Abang Wan dah tayang muka bosan.
“Fine…
makan cepat.”
Laju
aje lasagne masuk dalam mulut. Memang sesuai sangatlah abang ajak makan dekat
Secret Recipe sebab aku memang dah lama mengidam nak makan lasagne ni. Tambah
pula sekarang ni waktu lunch, memang elok sangat la kan?
“Assalamualaikum
Wan.”
Tiba-tiba
Abang Wan bangun dari duduknya sambil tersenyum. Aku pula terus berpaling ke
belakang dan memandang lelaki tinggi lampai yang berdiri di belakang aku
sekarang ni.
“Waalaikumsalam
Izz! Long time no see…”
“Kau
apa khabar?”
“Alhamdulillah
sihat. Kau?”
“Alhamdulillah.
Eh, jomlah duduk sekali. Oh by the way, ni Hana.” Ingatkan Abang Wan dah lupa
yang aku ada lagi dekat sini. Aku hanya senyum sebagai tanda menyapa dekat
kawan abang tu sebelum mencapai jus oren.
“Your
wife?”
Aku
yang tengah minum terus tersedak. Ya Allah, perit tekak aku! Abang Wan laju aje
menggosok belakang aku sambil tahan ketawa.
Hampeh Abang Wan! Berani dia gelakkan adik dia sendiri!
“Bukanlah.
She’s my sister…”
“Ohh…
sorry.”
“It’s
okay,” ucapku perlahan sambil menggosok dada yang terasa perit.
“Okey
tak ni?”
“Okey…
okey. Tersedak sikit je ni.” Sempat lagi aku tengok baju yang Izz pakai. Lepas
tu, aku tengok pulak beg roda yang terletak elok dekat sebelah kanan meja yang
kita orang duduk ni dan ada peak cap yang di atasnya.
Aku
pandang Izz yang tengah khusyuk bersembang dengan Abang Wan. So, he’s a pilot!
“HANA
tak pernah tahu abang kawan dengan pilot.”
Abang
Wan pandang aku sekilas. “Tak pernah tanya. Hana, signal belah mana ni? Abang
lupa…”
Aku
angkat kening. Amboi, mentang-mentanglah bawak kereta aku, terus lupa signal
belah mana.
“Kanan.”
“Kenapa
tiba-tiba Hana tanya abang pasal Izz ni?” Soal Abang Wan sambil tersenyum
walaupun matanya masih lagi fokus ke arah jalan.
“Saja
jelah tanya sebab Hana tak pernah tahu yang abang kawan dengan pilot.”
“Dia
sekelas dengan abang masa dekat MRSM dulu. Dah lama kita orang tak jumpa. Last
jumpa masa reunion hari tu la. Eh, takkanlah Hana tak nampak dia?”
Dahi
aku dah mula berkerut. Kalau dia sekelas dengan abang, maknanya dia senior aku
jugak la kan? Tapi kenapa muka dia sangatlah tak familiar?
“Tak
ingatlah bang. Ramai sangat senior.”
“Kalau
abang tunjuk gambar nanti, abang rasa Hana kenal dia tu.”
Kali
ni aku terus berpaling ke arah Abang Wan dengan muka pelik. Apa maksud abang
ni?
“Kalau
Hana kenal dia, mesti Hana dah tegur dia. Abang ni biar betul?”
“Balik rumah nanti abang tunjuk. Just
wait and see…” Abang Wan sengih sebelum kenyit mata dekat aku. Wait and see?
Haa… ini yang bikin suspens!
ALBUM
GAMBAR yang berwarna hitam itu aku pandang lama. Ni album gambar aku, jadi
kenapa gambar Izz kawan abang boleh ada dalam ni? Abang Wan masih lagi duduk
dekat depan aku dan nampaknya dia memang tak sabar-sabar nak suruh aku tengok
balik gambar-gambar dalam album ni sebab dari tadi dia asyik tayang muka
teruja.
“Abang sure gambar dia ada dalam
ni?” Soalku sekali lagi. Manalah tahu kut-kut Abang Wan tersalah bagi album
gambar. Patutnya dia bagi yang dia punya tapi tersalah ambik yang aku punya ke?
“Absolutely!”
“Buat apa gambar dia ada dalam album
Hana?”
“Kenapa tanya abang pulak? Hana yang
letak gambar dia dalam album tu,” balas Abang Wan tenang. Senyuman di bibir dia
pulak langsung tak hilang dari tadi.
Sekali lagi aku memandang album
gambar tu dengan rasa tak percaya yang gambar Izz boleh ada dalam album gambar
aku ni tapi perlahan-lahan aku selaklah juga satu-persatu gambar. Semuanya
gambar aku dan kawan-kawan masa dekat MRSM Taiping dulu. Makin aku menyelak ke
belakang, tiba-tiba ada beberapa keping gambar yang buat aku berhenti menyelak.
Gambar seorang lelaki yang tengah
buat origami kapal terbang kertas sambil duduk atas bangku dekat tepi padang.
Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku boleh tangkap gambar budak lelaki ni
walaupun aku langsung tak kenal dia.
Abang Wan berdeham kecil dan aku
terus angkat muka memandang dia yang tengah mengangkat kening.
“Gambar Izz tak ada pun dalam ni…”
“Jadi gambar siapa yang Hana tengah
tengok tu?”
“Hana tak kenal dia… He’s just
someone…” Mata aku terus membulat dan aku pandang Abang Wan sambil menggeleng
kecil. Tolong jangan cakap yang ni gambar Izz!
Tapi apabila Abang Wan angguk kepala, makin bulat mata aku.
“Tulah Izz. The same person yang
kita jumpa tadi. Nampak lain kan?”
Laju aku mengangguk. Lain sangat
kut! Kalau aku letak gambar lama Izz ni dengan gambar dia yang sekarang,
mungkin orang akan ingat yang lelaki dalam gambar-gambar tu adalah dua orang
yang berbeza.
“Sangatlah lain…”
“Dulu chubby sikit, sekarang dah
kurus. Dulu rambut serabut sikit, sekarang dah kemas.”
Aku angguk tapi kalau tengok
lama-lama gambar Izz ni, memang nampak persamaan Izz yang lama dan Izz yang
baru. Nak-nak dekat bahagian mata dan hidung tu. Dah nama pun orang yang sama.
“Abang sebenarnya dah lama nak tanya
Hana pasal gambar-gambar ni. Kenapa Hana tangkap gambar dia?”
“Sebab… dia nampak menarik kut pada
masa tu. Masa orang lain tengah sibuk buat kerja masing-masing, tiba-tiba dia
duduk dekat padang sambil buat kapal terbang kertas,” ucapku perlahan.
Kemudiannya aku tutup album gambar tu dan terus pandang Abang Wan.
“Jangan bagitahu dia yang Hana
pernah tangkap gambar dia tau.”
“Takut ke?”
“Takdelah takut tapi risau nanti dia
ingat Hana syok kat dia pulak.”
Abang Wan hanya senyum sebelum
mengangguk kecil. “Yelah. Abang tak ada niat pun nak bagitahu dia. Abang naik
atas dulu ye. Penat!”
“Okey. Hana pun nak balik dulu ni.
Kunci pintu ni…”
“Awalnya nak balik.”
“Nak pergi cari barang sikit.” Aku
salam tangan Abang Wan dan mula bergerak ke pintu tapi entah kenapa, aku pusing
balik dan ambil album gambar tu. Sila jangan tanya kenapa aku buat macam tu
sebab aku pun tak tahu!
Menarik.... #^_^
ReplyDeleteOkey.. Interesting! Hehehehe
ReplyDeleteWe want moreeeeeeeeeeee xD
~m.a~
Arghhh... Sweet... ^_^
ReplyDeletenice n cute...nak next entry..^^
ReplyDeletenice and sweet..next please..hihi..
ReplyDelete^^
hai... kite datang... hehe.. ^_^
ReplyDeletemenarik...
ReplyDelete