BAB
3
BAM!
Spontan
Zafran mengangkat kepala. Bunyi bising yang agak kuat menganggu dirinya yang
sedang sibuk membaca buku ni. Dia berpaling ke sebelah kiri. Haikal tengah
khusyuk bukan main buat karangan Bahasa Melayu. Memang bukan dia dah yang buat
bising! Terus dia berpaling ke sebelah kanan. Sah! Memang minah kecoh ni yang
buat bising. Dia menundukkan kepala sambil memandang ke arah Liya yang tengah
mengusap kepalanya di bawah meja.
“Kecoh.”
Liya mendongak dari bawah meja
sambil memandang Zafran dengan tajam. Dia mengetap gigi. Apa kau ingat aku
pekak ke?! Asyik nak sakitkan hati aku je!
“Sibuk!” Balas Liya geram sambil
duduk di atas kerusi. Kepalanya yang masih sakit diusap lembut. Mulut
terkumat-kamit mengutuk Zafran yang tak habis-habis nak sakitkan hati dia ni.
Apa benda yang dia cakap semuanya macam arrghhh!!!
Sangat-sangat menyakitkan hati okey! Langsung tak boleh nak cakap baik-baik.
Dari semalam sampai sekarang ni, Zafran masih jugak nak cakap itu ini pasal
dia.
Serius
dia cakap! Siapa yang undi dia jadi ketua pengawas memang nak kena ceramah
betul dengan dia! Arghh! Semuanya tak
betul dekat mata dia. Liya buat apa pun semua dia nak kritik! Patutnya dia ni
jadi pengkritik tau tak?! Classmates
lain okey je. Takde pun banyak kerenah macam dia ni. Itu salah, ini salah. Baru
dua hari Liya dekat sini tapi tahap kebencian dia terhadap lelaki bernama
Zafran ni dah banyak sangat! Macam dia dah sekolah dekat sini 5 tahun tau!
“Kau nak ambik apa kat bawah meja
tu?”
“Ni hah!” Liya tayang pemadam yang
berada di tangannya.
“Kenapa tak suruh Zul yang ambik?”
Soal Zafran. Pensel kayu yang berada di tangan diketuk-ketuk di atas meja.
“Kau tak nampak ke Zul tengah buat
apa tu? Dia tengah tidur,” balas Liya sambil menjuihkan bibir ke arah Zulhilmi.
Zafran memandang Zulhilmi. Mamat ni
kalau dah start tidur, cuma sorang je
boleh kejutkan dia. Tak lain dan tak bukan si Emilia. Suara Emilia memang power! Badan je kecik tapi suara besar!
“Fine.
Lepas ni jangan bising dah. Duduk je diam-diam kat situ. Aku nak study pun susah!” Zafran kembali
menghadap buku di hadapannya.
Liya mencebik bibir. Macamlah aku
sengaja nak buat bising! Daripada layan Zafran yang perasan bagus sangat, baik
dia melukis. Sekurang-kurangnya tenanglah jugak hatinya yang sedang membara
macam gunung berapi sekarang ni.
Dia mengeluarkan buku lukisannya
yang terkoyak sana-sini dari beg sekolah dan menyimpan buku latihan
matematiknya. Satu-persatu helaian diselak sehinggalah dia terhenti di helaian
terakhir.
Apakah?!
Liya menekup mulutnya.Bulat matanya
memandang lukisan itu.Zafran disebelah dipandang dengan muka yang terkejut.
Kenapa gambar mamat perasan ada kat
sini?!
“BENCI! BENCI! BENCI!” Kertas di tangan
digumpal-gumpal lalu dilempar ke dinding. Puas hati aku!
Tak lama lepas itu, dia mengutip
balik kertas kajang yang dah berkedut seribu itu sebelum dirapikan kembali.
Tulisan kemas Zafran kembali terlayar di mata.
Peraturan ketika duduk di sebelah aku!
1.
Jangan nak tidur dalam kelas. Kalau nak tidur, pergi balik rumah!
2.
Jangan nak bising-bising. Aku serabut dengan orang yang suka membuat bising.
3.
.Jangan kacau aku masa aku tengah belajar. Aku paling tak suka orang ganggu
aku!
4.
Jangan mengelamun!
5.
.Jangan selekeh.Orang yang selekeh menyakitkan mata aku!
6.
Jangan nak buat perangai gila depan aku.Aku suka orang yang normal sahaja.
7.
Jangan nak menyanyi-nyanyi.
8.
Jangan cakap dengan aku melainkan kau ada perkara penting yang nak ditanya.
9.
Jangan menyampuk kalau aku tengah bercakap.Sebab apa yang aku cakap adalah
untuk pengetahuan kau.
10.
Dan yang paling penting! Jangan sesekali kau terpikat dekat aku!
Sepuluh kali Liya
baca balik peraturan kurang cerdik Zafran dan sepuluh kali jugak dia kutuk
mamat perasan tu. Arghh! Tension tau
kena duduk sebelah dia.Geram! Sakit hati! Dahlah perasan gila! Mulut pulak
memang langsung takde insurans. Dia
main cakap apa je dia rasa nak cakap. Kalau discan hati dia sekarang ni, dah bernanah dah pun!
Buku lukisan yang
diletakkan di atas meja belajar diambil sebelum dibuka sehingga ke helaian
terakhir. Laju saja dia melukis raut wajah Zafran sekali dengan tahi lalat di
bawah mata kanannya itu. Di bahagian bawah lukisan itu, dia menulis ‘MAMAT PERASAN PALING KEJAM!’
“Puas hati aku!” Liya
menutup buku lukisannya dengan hati yang lega.
PERISTIWA semalam menyedarkan Liya kembali. Dia
menghela nafas kasar. Macam mana dia boleh tak ingat yang semalam dia lukis
gambar si Zafran sebab terlampau geram?! Dia menepuk dahinya sendiri sambil
memandang Zafran. Tersentak apabila melihat pandangan pelik Zafran terhadapnya.
Cepat-cepat dia menutup buku lukisannya.
“Kau melukis ke?”
Tanya Zafran sambil memandang Liya. Sebelah tangannya digunakan untuk menongkat
dagu sambil jari-jemarinya mengetuk meja.
“Err...a’ah.Kenapa?”
“Nak tengok boleh?”
Liya dah kelam-kabut.
Kalau Zafran tengok buku lukisan ni, mesti dia jumpa gambar tu nanti. Bila dia
dah jumpa, mulalah dia fikir yang bukan-bukan. Dan bila dia mula fikir yang
bukan-bukan... arghh! Habislah aku!
“Nak buat apa?”
“Nak tengoklah.Takkan
nak buat makan pulak,” balasnya sambil tersenyum sinis. Apa punya soalan?
Sah-sah dia cakap nak tengok. Haih... Lainlah kalau cakap bahasa Jerman ke apa.
“Aku bukan tak nak
bagi tapi...”
Liya menggigit
bibir.Kenapa susah sangat nak sebut “Tak boleh!” Liya mengeluh lemah.
“Tapi apa?”
“Aku tak nak bagi
mamat perasan tengok!” Akhirnya terlontar jugak jawapan yang memang menyakitkan
hati. Liya mengenggam tangannya kuat. Haaa...kau saja nak cari pasal, Liya!
Zafran hanya diam
sambil memandang Liya dengan pandangan mata yang dingin.
“Fine then!” Ucap Zafran sebelum kembali membaca bukunya. Liya
menggigit bibir. Takkan Zafran sentap kot?!
Serba-salah betul dia sekarang ni. Bagi jelah buku lukisan kau tu, Liya!
“Zafran ...err... tunggu
kejap.” Liya berpaling membelakangi Zafran. Lukisan Zafran tadi dikoyak dengan
berhati-hati. Sekali-sekala dia berpaling ke belakang untuk memastikan Zafran
tidak cuba mengintai apa yang sedang dia lakukan.
“Apa kau buat tu?”
Tanya Zafran apabila melihat Liya yang seperti menyembunyikan sesuatu.
“Kejaplah.”
Liya menarik nafas
lega. Dia tersenyum sambil berpaling menghadap Zafran. Eh? Hilang? Mana mamat
perasan tu pergi?
“Bila masa kau lukis
gambar aku ni?”
Tiba-tiba kedengaran
suara Zafran di belakangnya. Dia menggigit bibir sambil mengenggam tangannya
kuat-kuat. Habis! Habis! Macam mana dia boleh ambik lukisan tu?
Dengan teragak-agak
dia berpaling ke arah Zafran yang sedang memegang lukisan potretnya. Pandangan
Zafran yang tajam dan agak menggerunkan itu membuatkan Liya kecut perut. Dia
tersenyum sumbing.
“Err...”
“Kau ni stalker eh? Main lukis-lukis gambar aku
pulak dah!” Celah Zafran.
Cepat-cepat Liya
menggeleng kepala. ”Mana adalah!”
“Dah tu, ni apa?
Tanya Zafran sambil menayang kertas lukisan tadi betul-betul di depan muka
Liya.
“Itu...err...susah
nak terangkan dekat kau,” ucap Liya teragak-agak sambil memintal hujung
tudungnya.
“Jangan cakap dengan
aku yang kau dah...” Sengaja Zafran membiarkan ayatnya tergantung. Dia pasti
Liya faham apa yang dia nak cakap.
“Please la! Apa yang kau ingat tu memang jatuh meleset, tergolek,
terlentang dekat atas tanah. Takde maknanya aku nak suka kat kau! Kenal pun
tak!” Balas Liya dengan tegas. Takde maknanya nak suka kat dia! Puhhleeassseee!
“Jadi tolong bagitahu
aku sebab yang sebenarnya.” Zafran sudah duduk di tempatnya kembali. Sengaja
dia menarik kerusinya supaya lebih dekat dengan Liya. Serentak Liya menarik
nafas dalam-dalam. Tak selesa okey!
“Tak ada sebab yang
spesifik. Aku saja nak lukis.”
“Selagi kau tak bagi
tahu aku sebab kau lukis gambar aku ni, selagi tu aku akan duduk sini,” ugut
Zafran cuba menakutkan Liya.
“Duduklah. Ada aku
kisah?”
“Betul ke kau tak
kisah?” Duga Zafran sambil mendekatkan kerusinya dengan Liya.
“Tak!”
“Betul?” Duga Zafran
lagi. Dia tersenyum sinis apabila melihat pipi Liya memerah.
“Tak kisah langsung!”
Liya terbatuk-batuk. Nada suaranya juga semakin perlahan. Jantungnya berdegup
kencang secara tiba-tiba. Benci betul main ugut-ugut macam ni!
Zafran tergelak kecil
sebelum menarik kerusinya menjauhi Liya. Dia mengerling ke arah Liya yang hanya
mendiamkan diri. Spontan bibirnya mengukir senyuman.
‘Macamlah aku tak
tahu yang kau takut.’ Bisik hatinya perlahan dengan bibir yang masih mengukir
senyuman.
“ASSALAMUALAIKUM…” Zafran duduk di muka pintu sambil menanggalkan kasut dan stokingnya.
“Umi…”
Senyap.
“Umi…”
“Ya…umi ada kat
belakang ni.” Puan Suraya menyahut panggilan anak lelakinya.
Zafran berjalan ke
belakang rumah sambil menggalas beg sekolah. Dia tersenyum apabila melihat Puan
Suraya tengah terbongkok-bongkok menanam di belakang rumah. Umi memang suka
menanam. Bunga-bunga yang ada dekat halaman rumah ni pun umi yang tanam. Umi
cakap rumah akan lebih ceria bila ada banyak bunga yang cantik-cantik! Dia
mengaku, memang nampak ceria pun!
“Macam mana sekolah
hari ni?” Tanya Puan Suraya sambil melabuhkan punggung di kerusi santai
berhadapan dengan sebuah kolam ikan buatan manusia. Jus oren diminum untuk
mengurangkan lelahnya.
“Okey je.”
“Macam mana dengan
budak perempuan yang Zaf cerita semalam?”
Dengar aje soalan umi,
terus Zafran tersenyum lebar. Bila ingat balik apa yang berlaku dekat sekolah
tadi, terus dia rasa macam nak tergelak. Kali pertama mengusik budak perempuan.
Entah datang dari mana keberanian untuk mengusik Liya dan yang paling dia suka bila
muka Liya jadi merah.
“Dia pun okey.”
“Zaf ada kacau dia
tak?”
Kening Zafran
bertaut. Kacau?
“Maksud umi?”
“Zaf ada buat dia
marah tak?”
Zafran menjungkit
kening. Hebat! Umi macam tahu-tahu aje!
Zafran mengangguk.
”Tapi taklah teruk
sangat. Kacau macam tu je. Dia tu kecoh sangat.”
Puan Suraya menggamit
Zafran supaya duduk di hadapannya. Dia memandang lama wajah anaknya sebelum
tersenyum kecil.
“Sejak bila anak umi
reti nak kacau anak dara orang ni?”
Zafran tergelak
kecil. ”Sejak hari ni.”
“Kenapa dia?” Soal
Puan Suraya. Dia hairan macam mana Zafran boleh tertarik dengan Liyana Damia?
Dan yang paling menghairankan, kenapa peraturan pelik tu boleh wujud? Apa motif
anaknya yang sorang ni?
“Kenapa dia?” Soal
Zafran kembali kurang mengerti soalan ibunya.
“Zaf suka dia eh?”
Air yang diminumnya
nyaris-nyaris nak tersembur dekat muka Puan Suraya. Dada terasa sakit sebab
tersedak. Wajah maknya dipandang dengan pandangan kurang percaya. Aku, Zafran Adha sukakan Liyana Damia, minah
kecoh tu? Huh…impossible!
“Impossible. Tak langsung!”
“Habis tu, kenapa mak
tengok Zaf macam minat je dekat dia? Dahlah bagi peraturan pelik dekat dia.
Nanti confirm dia ingat Zaf ni perasan. Mak pun ingat anak mak
ni dah perasan tau.”
“Dia dah memang ingat Zaf ni perasan, mak,” ucap
Zafran perlahan.
“Iya?”
“A’ah…Dia panggil Zaf
mamat perasan.” Jawab Zafran sambil menyebak rambutnya ke belakang.
Puan Suraya ketawa
besar. Padanlah kamu berdua.Seorang mamat perasan, seorang lagi minah kecoh.
Lepas ni, apa lagi ya?
assalamulaikum.nak gelak dulu se'round'. hahahaha. Suka ngn gelagat Zaf dan Liya. Zaf yg giat mengusik tp maintain gaya cool n dingin plus liya yg sdg bengang tp terusik.comel.Mak cepat jer dpt tangkap apa yg Zaf rs tuh.mmg 1 tabiat pelik luar alam lah bila Zaf yg macho tiba2 buat perangai usik anak dara org kannn. ^^
ReplyDeletewaalaikumussalam :D hehehe! zaf macho? takde maknanya dia tu nak macho :p
Deletebestlah citer ni... x sabar nk baca sambungannya...
ReplyDeleteterima kasih :D hehehe..bln 1 nanti insya-Allah kuar versi cetak under JS :)
Deletebest sngt suka kat watak zaf n liya,usik mengusik tu kn bawa bahgia....mulut kata lain,tapi ati lak kata lain!susah nyer kalu soal ati neh.....
ReplyDeletemmg susah bila libatkan hati ni :) terima kasih kak :)
Deleteaaaa.. habeslahhhhh... tia jatuh suka pada zafran!!! dia sangat macho okie, kihkih....
ReplyDeleteeh ada typo ek antara 'umi' dengan 'mak' dekat part last. hehe..
papepun thumbs! cerita ni comel ^_^