Friday, July 9, 2010

My Everything 3 (Mini novel)

HAFIZ mundar-mandir di hadapan televisyen.Esok Aina dah nak berangkat ke luar negara tapi sampai sekarang Aina masih lagi belum memberikan jawapan.Tidakkah Aina tahu yang dia sudah tidak lena tidur kerana menantikan panggilan Aina? Hafiz mengeluh lemah.Telefon bimbit dicapai tetapi baru sahaja dia ingin mendail nombor telefon Aina, diletakkan kembali telefonnya ke tempat asal.Dia tidak ingin memaksa.Kalau Aina dah bersedia untuk memberikan jawapan, pasti dia sudah mendapat jawapannya sekarang.

“Kau okey?”Haris menepuk bahu adiknya sambil tersengih.Kadang-kadang je dapat tengok muka Hafiz macam ni.Selalunya adiknya ini selalu berlagak tenang.Hebat penangan gadis bernama Aina ini rupanya.

“Okey kot.”

“Apa main kot-kot?”

“Entahlah..aku pun tak tahu.Esok dia dah nak bertolak tapi sekarang dia masih lagi tak call aku.Aku…aku takut kalau dia reject aku.”ucap Hafiz disertakan dengan keluhan lemah.Rambutnya diramas sehingga menjadi serabut.

“Aku tak sangka..”

“Apa yang kau tak sangka?”tanya Hafiz pelik.Tiba-tiba sahaja Haris terus ketawa sampai berair-air biji matanya.Dia menepuk kuat bahu adiknya itu.

“Memang sah kau dah angau kan?”

“Maybe..arghh! Aku nak call dia tapi..aku takut.Kan sebelum ni aku dah cakap yang aku takkan paksa dia.Tapi tapi..adoi..pening kepala aku.”

Haris tersenyum kecil.Kepala adiknya diusap lembut.”Sabarlah..insya-Allah kalau memang dia jodoh kau, dia akan datang juga pada kau.Kalau memang dia bukan jodoh kau..kau lepaskanlah dia pergi.”kata Haris dengan lembut.

“Hmm..aku faham.Thanks Haris..”

“No problem.Kau adik aku..”

“Bertuahlah Serina dapat kau.”

“Ek, kau baru tahu ke yang Serina bertuah dapat aku?”Haris tergelak kecil.

“Ceh, perasan!”cebik Hafiz.

“Abang kau jugak.”

“Yelah-yelah..”

AINA memandang telefon di tangan.Semalam dia bersusah-payah menyediakan skrip untuk diluahkan kepada Hafiz tapi dia takut! Takut untuk menyatakan perasaannya terhadap Hafiz.Hujung rambut dipintal-pintal.Esok dia dah nak berangkat dan malam ini mungkin malam terakhir untuk dia menyatakan perasaaanya yang sebenar terhadap Hafiz.Arghh..

HAFIZ baring di atas katil sambil meletakkan tangan di atas dahi.Jarum jam dah menginjak ke pukul 12.00 pagi tapi matanya masih lagi belum mengantuk.Telefon bimbit masih lagi tak beralih dari sisinya.

Awak, kalau nak tahu jawapannya..esok datang jumpa saya dekat airport tau.Pukul 11.00 pagi.Assalamualaikum.

Aina.

Mendadak Hafiz bangun.Berkali-kali matanya dipejam celik untuk memastikan betul ke Aina yang menghantar sms kepadanya.Senyuman terus terukir di bibir.Pantas jarinya mencari fungsi setting sebelum mengunci alarm telefon.Esok pagi! Yes!

Okey.Saya pasti datang esok.Awak tunggu tau.Waalaikumussalam.

Hafiz.

Aina tersenyum lebar membaca sms Hafiz.Beg yang diletakkan di sisi katil dipandang.Hatinya tiba-tiba terasa berat untuk meninggalkan Malaysia.Adakah semua ini disebabkan oleh dia? Aina teringat kembali pesanan ayahnya sebentar tadi.

“Aina betul-betul ke nak pergi luar negara ni?”

“A’ah.”

“Pasti?”

“Insya-Allah pasti.”

“Tak sedih nak tinggalkan Hafiz?”soal Encik Hamid sambil tersenyum.Aina tersentak.Macam mana ayahnya boleh tahu pasal Hafiz?

“Macam mana ayah tahu?”

“Aina, ayah ni pun pernah jadi muda macam kamu juga.Walau macam mana kamu sorok sekalipun, ayah boleh tahulah.Lagipun Hafiz ada jumpa ayah.”jawab Encik Hamid sambil menyisip air kopi pekat.Dia memang suka meminum air kopi pekat sebelum masuk tidur.

Mata Aina membulat.Hafiz jumpa ayah?

“Bila Hafiz jumpa ayah?”

“Hmm…dua minggu lepas.”

Aina diam seketika.Dua minggu lepas? Bermakna ayahnya sudah lama mengetahui yang Hafiz bukan Haris.Aina menepuk dahi.Malunya!

“Kalau kita nak menuntut ilmu, dekat Malaysia pun boleh.Tak payah nak pergi jauh-jauh.Lagipun ayah tahu kamu nak ke sana sebab kamu tengah frust kan?”

Aina menggenggam kuat tangannya.Ayah ada deria ke-6 ke? “Err..Aina bingung ayah.”

“Kalau hati dah berkata ya, buat apa untuk kita menidakkannya? Nanti kalau dah melepas barulah nak menyesal dah tak ada gunanya lagi.Kamu fikirlah apa yang terbaik untuk kamu.Ayah tak nak masuk campur.”

Aina memandang wajah ayahnya.Perlahan-lahan dia menghampiri sebelum memeluk tubuh Encik Hamid.”Ayah memang ayah yang terbaik.”

“Baru tahu ke?”Encik Hamid tersenyum.

“RILEKSLAH bro..Tak hilangnya Aina kau tu.”usik Haris terhadap adiknya itu.Dari tadi kecoh semacam aje.Serina juga tergelak kecil sambil mendukung Aiman.Dia memandang kawan baiknya yang segak memakai sehelai t-shirt POLO berwarna hitam dan berkolar putih.Rambutnya tersisir rapi.Haih, mentang-mentang nak jumpa buah hati.

“Dah nak dekat pukul 11 dah ni.”

Haris kerling jam tangan.”Melampau kau Fiz.Baru pukul 10 lah!”

Hafiz sengih.”Aku tak nak lewat sangat.”

“Haih, susah kalau dah angau ni.”usik Haris.Serina mengangguk bersetuju.

“Kau jangan nak kutuk-kutuk aku.Masa kau bercinta dengan Serina tu, apa kurangnya? Asyik-asyik pegang handphone.”

Haris tersengih malu.Serina dah tak senang duduk.Malu barangkali.

“Dah, jom kita pergi.Aku dah tak sabar-sabar nak jumpa Aina..cepat-cepat!”Hafiz menggesa Haris dan Serina untuk segera bangkit dari kerusi.Dia memimpin tangan Aiman sambil tersenyum lebar.Entah kenapa dia dapat merasakan jawapan positif yang bakal diberikan oleh Aina.Harap-harap macam tulah.

1 comment:

  1. go hafiz!!
    hehe ;)
    best!
    sweetla~~
    aina pon, xyahlah nak study kat overseas tu, kat m'sia pon dh cukup. xdelah hafiz merana kena tggal ;)
    eceh!

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers