Saturday, April 10, 2010

Unforgettable Part 37



"Kau nak luahkan perasaan dekat sape?"ulang Hana lagi sekali apabila Daniel masih lagi membelakanginya.Daniel menelan air liur yang dirasakan seperti pasir dan menarik nafasnya dalam-dalam.

"Luahkan perasaan? Ada ke aku cakap macam tu tadi?"tanya Daniel sambil membuat muka pelik.Dia cuba berlagak tenang walaupun hatinya sudah mau pecah akibat terlalu gementar.

"Aku dengar tadi.Kau cakap kau dah sedia nak luahkan perasaan kau."balas Hana dengan muka yang yang serius.

"Mana ada..betul tak Shin, Carl?"nafi Daniel bersungguh-sungguh.Belum tiba masanya lagi untuk dia membongkarkan semuanya.

Shin dan Carl pantas mengangguk.Hana berpaling memandang Fay dah Haruhi pula."Korang dengar kan apa yang Daniel cakap tadi?"

Fay dan Haruhi memandang satu sama lain sebelum menggeleng."Tak dengar apa pun."

Hana menggaru kepalanya yang tak gatal.Dia pasti dengan apa yang dia dengar tapi apasal semua orang kata tak dengar."Pasti tak dengar?"

Serentak mereka menganggukkan kepala.Seperti sudah berjanji lagaknya.Hana memandang pelik ke arah mereka.Dia cuba menyedapkan hatinya dengan mengatakan apa yang mereka semua cakap tu betul.Mungkin memang benar yang dia tersalah dengar.

"Mana bilik?"Hana mengeluarkan soalan yang bertentangan dengan topik asal.

"Bilik?"

"A'ah, bilik.Aku nak rehat kejap.Letih duduk lama dalam kereta tadi.Naik lenguh badan-badan aku ni."

Daniel mengangguk faham.Dia menyeluk poket sebelum mengeluarkan kunci bilik dan menyerahkannya kepada Hana."Bilik kau dekat dengan laut.Bilik 21"

Kening Hana terjungkit."Laut?"

"A'ah..apasal?"

"Aku nak bilik lain boleh tak?"

"Kenapa?"

"Aku takutlah dekat-dekat dengan laut ni."

Daniel menghampiri sebelum berbisik."Kau takut ada raksasa keluar dari dalam laut ke?"

Pantas sahaja tangan Hana menampar kuat lengan Daniel."Cakap tu elok-elok sikit tau."

"Kalau tak takut, habis tu apa?"tanya Daniel dengan senyuman sinis.Saja ingin menyakitkan hati Hana dan sekaligus mencabar Hana.

"Okay! Aku pergi sekarang.Nanti kalau ada apa-apa, bagitahu aku!"dengan penuh yakin Hana berjalan meninggalkan mereka dan menyahut cabaran Daniel secara tidak langsung.

Fay menghampiri Daniel sebelum menepuk bahunya."Apasal kau suruh dia masuk bilik tu jugak?"

"Sebab ada something untuk dia dalam bilik tu."

~~~~~

Hana melangkah masuk ke dalam bilik sebelum merebahkan dirinya yang keletihan di atas katil.Hidungnya dapat menangkap bauan harum yang memenuhi bilik itu.

"Wanginya!"

Hana memandang kiri dan kanan katilnya dan mendapat berdozen-dozen bunga ros telah disusun di setiap sudut bilik itu.Malah katilnya juga dipenuhi dengan kelopak-kelopak bunga ros.Cepat-cepat dia keluar dari bilik dan melihat nombor biliknya semula.Betul, memang bilik ni bilik nombor 21 tapi kenapa banyak sangat bunga ros ni.Hiasan ke? Dia masuk semula ke dalam bilik sebelum mendail nombor Haruhi.

"Haruhi, bilik kau ada bunga ros tak?"

"Hah? Maksud kau?"

"Bilik kau ada tak diorang letak bunga ros kat katil ke? Kat tepi-tepi bilik ke?"

"Tak ada pun.Kenapa?"

"Kau tau tak bilik aku kan penuh dengan bunga ros.Aku rasa macam tengah duduk dalam taman ros dah ni."

"Kau biar betul? Ni yang buat aku jeles.Apasal bilik kau sorang je yang ada bunga ros? Diskriminasi sungguh!"

Hana tergelak mendengar bebelan Haruhi."Diorang sayang aku lebih."

"Ek eleh..yelah tu.Perasan betullah kau.Oklah aku nak mandi ni."

"Ok.."

"Eh, jap jap..Daniel pesan dekat aku tadi.Dia suruh kau pergi dekat taman bunga pukul 7.00 nanti."

Mata Hana membulat."Apa dia gila suruh aku pergi taman bunga malam-malam?"

"Entahlah Hana.Kau call jelah dia kalau kau ada soalan ye."

"Yelah."

Hana melihat jam dinding yang tergantung berdekatan dengan sliding door.Pukul 7.00? Aisey..tak berani! Segera dia mendail nombor Daniel.

"Hello Daniel.Aku takutlah nak keluar pukul 7.00.Awal sikit tak boleh ke?"

"Kau takut ke? Apalah kau ni! Ratu taekwondo pun nak takut jugak ke?"

Hana menggigit bibirnya.Apa kes dengan Daniel ni? Dari waktu aku sampai sampailah sekarang, kerja dia nak mencabar aku dan menyakitkan hati aku!

"Fine! Pukul 7 tepat aku sampai sana! Kalau kau tak ada, siaplah kau!"ucap Hana dengan geram sebelum memutuskan talian dan mematikan telefon bimbitnya terus.

Daniel mengekek ketawa sebaik sahaja Hana memutuskan talian.Senang hatinya apabila mendapat persetujuan Hana walaupun terpaksa mencabarnya.

~~~~~

Daniel dan yang lain-lain sibuk ke sana ke mari membetulkan apa sahaja yang dirasakan tak kena di mata.Bersungguh-sungguh mereka menyiapkan semua benda sebelum jam menunjuk ke angka 7.00.Daniel sudah mulai menggelabah apabila tinggal lagi 10 minit untuk mereka bersiap.

"Daniel, kau dah sedia? Nilah masanya!"Max tersenyum lebar.

"Aku..hmm..dah ready kut."tergagap-gagap Daniel menyatakannya.

"Ala, relakslah.Kalau kau relaks, semuanya akan berjalan dengan lancar."

"Macam mana kalau dia reject aku?"

"Dia takkan rejectnya."celah Haruhi sambil tersenyum.

***

Hana berjalan dengan penuh berhati-hati.Dia perlu sentiasa berwaspada pada waktu malam.Perlahan-lahan dia mengukir senyuman apabila taman bunga sudah berada di depan mata tetapi senyumannya semakin mengendur apabila melihat sebuah khemah tertutup yang besar berdiri megah di situ.Cahaya lampu yang terang menyerlahkan lagi kecantikan khemah yang sudah dihias dengan begitu indah sekali.

Hana berjalan perlahan-lahan ke arah pintu masuk khemah tertutup itu.Pintu masuk itu kelihatan seperti terowong dan mata Hana membulat apabila melihat kiri dan kanan pintu masuk itu dipenuhi dengan gambarnya bersendirian dan juga gambarnya bersama-sama kawan-kawan yang lain.Ada sekeping gambar yang menarik perhatiannya.Gambar dia dan Daniel yang sedang tidur.Bibirnya mengukir senyuman dan dia pasti gambar itu yang diambil oleh Fay dulu semasa mereka pergi berkhemah.

Gerakan langkah Hana tetap juga perlahan sambil memerhatikan setiap keping gambar.Akhirnya dia sampai di penghujung pintu masuk yang ditutupi dengan langsir dan dia dapat melihat Max dan Carl sedang berdiri dengan memakai kot hitam dan kemeja putih.Mereka berdua sedang tersenyum manis ke arahnya.

"Apa semua ni?"

"Apa kata kau masuk dulu?"

Hana menganggukkan kepala.Debaran di hati usah dikira.Dia memejam matanya rapat-rapat apabila Max menyelak langsir tersebut.Setelah mendengar suara Carl yang menyuruhnya masuk, barulah dia mencelikkan mata dan hampir jatuh terduduk apabila melihat hiasan di dalam khemah tertutup itu.Memang cantik sekali.Dia amat menyukai gandingan emas dan putih yang melatari kebanyakan hiasan di dalam khemah tersebut.

"Kau suka?"lembut bisikan Daniel di telinganya.Hana berpaling memandang Daniel yang kacak memakai kot dan kemeja hitam.

"Kau ke yang buat semua ni?"

Daniel menggeleng.Bibirnya menunjuk ke arah Haruhi, Fay, Max, Carl, Shin, Anne dan Mike.Mereka semua memakai pakaian bertemakan hitam dan putih.Hana menjeling pakaiannya.Langsung tidak sesuai untuk suasana kali ni.

"Jom ikut aku."Haruhi menarik tangan Hana menuju ke belakang sebuah lagi pintu masuk.Dia membawa Hana ke sebuah bilik yang terletak paling hampir dengan taman bunga.

"Ni bilik sape?"

"Bilik aku.Nah, pakai baju ni!"

Haruhi menghulurkan sehelai gaun berwarna putih.Perlahan-lahan Hana menyambutnya dan menyentuh tekstur kain gaun tersebut.Lembut dan halus buatannya.

"Untuk aku ke?"

"Yelah..untuk kau.Kau pakai tau, aku nak pergi luar kejap.Nanti bila dah siap, panggil aku.Kalau kau nak mekap-mekap, alat solek ada atas meja."

Haruhi baru sahaja ingin membuka pintu apabila namanya dipanggil oleh Hana."Kenapa korang buat semua ni?"

Haruhi hanya tersenyum sebelum melangkah keluar.Dia tidak mempunyai hak untuk menjawab soalan Hana itu.Biarlah Daniel yang menjawab segalanya.

~~~~~

Daniel memandang Hana yang duduk di hadapannya ketika mereka sedang menjamu selera.Kawan-kawan yang lain sedang berbual-bual sesama mereka di belakang.Mungkin ingin memberi privasi kepada mereka berdua.

"Hana..aku nak cakap sikit boleh?"

Hana mengangkat muka."Apa?"

"Erk.."

"Oh ye..aku lupa nak tanya.Kenapa korang buat semua ni?"

"Hmm..sebenarnya diorang semua ni tolong aku untuk plan suprise untuk kau."

"Surprise? Birthday aku lambat lagi."

"Bukan untuk birthday kau.Untuk benda lain.."

Hana memandang pelik wajah Daniel."Maksud kau?"

"Kau tunggu kejap."

Daniel menuju ke atas pentas sebelum mencapai gitar.Dia merenung Hana sebelum mula memainkan gitarnya.

Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair
though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

Daniel menarik nafasnya dalam-dalam.Tenang rasanya selepas dia selesai menyanyikan lagu itu dan berharap Hana memahami apa yang cuba disampaikannya melalui lagu itu.

"Sedap kau nyanyi."terasa begitu dekat sekali suara Hana di telinganya.Hampir terlepas gitar yang dipegangnya apabila melihat jarak dia dan Hana yang begitu dekat sekali.

"Kau suka?"

"Suka..I'm lucky I'm in love with my best friend.."Hana menyanyikan sebaris lagu yang dirasakan begitu dekat di jiwanya.

"Aku betul-betul maksudkannya."tutur Daniel dengan muka yang serius.

"Maksudkan apa?"Hana sengaja buat tak faham dengan apa yang dicakapkan oleh Daniel.

"Aku maksudkan apa yang aku nyanyi tadi."

"Bahagian yang mana?"

"I'm lucky I'm in love with my best friend..."

Hana hanya tersenyum."Aku tak nak kau nyanyi.Kau kena cakap betul-betul."

Daniel menarik nafas."I'm in love with you!"

Hana menyentuh hujung rambut Daniel sebelum berlalu pergi.

"Hana! Jawablah dulu apa perasaan kau dekat aku?"

"Esoklah aku bagitahu.Aku dah mengantuk."

"Hana!!"

"Kalau kau nak tahu jawapannya, tengok dekat meja makan..."

Bergegas Daniel menuju ke meja makan mereka tadi.Bibirnya pantas mengukir senyuman apabila membaca tiga baris ayat yang ditunggu-tunggu selama ni.

'I love you..
More than anything in this world..
You're always be my UNFORGETTABLE love..'


p/s : Belum ending lagi :)

Watak untuk Syahmi, Moon dh upload gmbr dia kat intro One Love..

5 comments:

  1. hohohoho....
    akhrnya.....
    nak part romantik lak antra daniel n hana....
    best la crta ni...
    x sbr nak ending ...
    mst pas ni rnd kat hana n daniel...

    ReplyDelete
  2. why not cukupkan 40 episod..
    cam sedey je nak tinggal

    ReplyDelete
  3. romatiknya!!!!
    tp sedey jugak sbb dh nak abis.
    ala Moon....
    panjangkanla lg...

    ReplyDelete
  4. tak sbr na tau kesudahan dia..da lme mnanti nieh..smbg k...

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers