Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Tuesday, November 6, 2012

Novel : Bertemu Cintaku 1


Ni bab yang diedit dan insya-Allah bakal keluar dalam versi cetak tahun depan. Saya post balik untuk mengingatkan balik kawan-kawan pasal Bertemu Cintaku. Tajuk ni tak sure lagi :) Enjoy, spread the love ♥

BAB 1
            Dear diary,
            Hidup tak selalu membahagiakan tapi tak semestinya kita kena selalu bersedih. Kadang-kadang, kita perlu tolak masalah tu jauh-jauh dan mulakan hidup dengan memikirkan yang tiada masalah dekat dunia ni yang tak boleh diselesaikan. Doa pada Allah supaya dipermudahkan segalanya dan insya-Allah Allah akan bantu kita. Jangan pernah berputus asa sebab sekali kita berputus asa, mesti lepas ni kita akan cepat berputus asa jugak. Teruskan usaha dan insya-Allah, ianya akan berbalas.
            Liya, sekolah dekat mana pun sama je. Yang penting niat. Kalau niat elok, insya-Allah Allah permudahkan segalanya. Jangan risau. Chill je dan tunggu apa yang berlaku. Chaiyok Liya!
            Liya tutup diarinya sebelum merebahkan tubuh badannya di atas katil. Siling putih dipandang lama sebelum dia memejam matanya rapat-rapat. Menguatkan semangat untuk memulakan hari persekolahan di sekolah barunya esok!
            Tit! Tit!
            Telefon yang berbunyi dikerling sekilas. Dengan malasnya, dia mencapai telefon bimbit sebelum melihat siapa yang hantar mesej masa dia tak berapa nak tenang sekarang ni.
            Good luck for tomorrow! Kitaorang tahu kau boleh!
            Liya tersenyum. Cepat-cepat dia membalas mesej Nora.
            Thanks! Doakan aku. J
            Liya menghela nafas sebelum meletakkan telefonnya kembali ke atas meja. Dia memejam matanya sambil meniup semangat ke dalam hatinya. Semua orang cakap yang dia insya-Allah boleh survive dekat sekolah baru tu dan bila semua orang dah cakap macam tu, dah kira doalah kan? Liya menarik nafas dalam. Kau boleh, Liya!


ADIK! BANGUN!
            “Tak nak!”
            “Jangan buat-buat lupa yang awak tu kena pergi sekolah hari ni. Cepat bangun!” Harith dah menarik lengan Liya. Ya Allah, nak kejutkan si Liya bangun pagi macam nak berperang! Mesti riuh-rendah suara dia pagi-pagi!
            “Boleh tak kalau tak nak pergi?”
            Harith terus cubit pipi Liya. Banyak cantik tak nak pergi sekolah?! Duduk rehat dekat seminggu dekat rumah ni, takkan tak cukup lagi kot? Tak takut ke tinggal banyak pelajaran?
            “Dah-dah! Bangun cepat sebelum abang siram guna air!” Harith dah mengugut. Selalunya bila dia ugut, Liya takut tapi kali ni, Liya buat derk je!
            “Adik....” Suara dia dah meleret. Ada yang aku humban masuk dalam bilik air nanti! Degil bebenor pun adik aku yang sorang ni!
            “Fine... Liya bangun sekarang.” Liya gosok mata sebelum turun dari atas. Dikerling sekilas Harith yang berdiri di kaki katil. Dia terus capai tuala dan masuk dalam bilik air.
            “Abang bagi half an hour je!” Jerit Harith dari luar sebelum menutup pintu bilik Liya. Sempat dia tunggu sekejap untuk memastikan yang Liya dah mula mandi. Buatnya Liya bertapa aje dalam bilik air tu nanti, siapa yang naya?
            “Yelah!” Jerit Liya dari dalam bilik air. Dia sangkut tuala dekat penyangkut sebelum memandang muka sendiri dekat cermin.
            “Hari yang baru, sekolah yang baru, classmates yang baru, cikgu yang baru dan pengalaman yang baru,” ucapnya perlahan sambil membuka paip air. 

p.s : Comment sangat dihargai :) Klik reaction pun boleh :D hehehe! 


Photobucket

8 comments:

  1. Assalamualaikum.1st,tq sbb bg peluang tuk bc BC versi edit ni.betul2 men'senyum'kan mlm akk.ayt yg teratur,kemas,menarik.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hehehe.. abang adam you kena tggu dulu ye, jannah. nnti adalah dia tu :D

      Delete
  3. waiting 4 ur novel , darl... gud luck n tahniah sekali lagi.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks tia :D waiting for your novel too :D congrates jugak :D

      Delete
  4. tahniah dek...tak sabar tunggu ur novel kuar dek..

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...