Monday, January 23, 2012

Mini novel : Kasihnya Qaisara 1


 Bab 1
            Danish melangkah keluar dari balai ketibaan sambil menanggalkan cermin mata hitam yang dipakainya. Meliar-liar matanya mencari kelibat seseorang sebelum bibirnya mengukir senyuman.
            “Ayah Man!” Panggilnya riang sebelum menghampiri Encik Rahman yang memandangnya dengan pandangan pelik.
            “Danish ke ni?”
            “A’ah. Ni Danish, Ayah Man! Tak cam eh? Makin handsome ke Danish sekarang ni?” Danish tergelak kecil.
            “Ya Allah, Danish! Ayah Man tak kenal kamu tadi.” Terus Encik Rahman memeluk tubuh Danish yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Selepas Danish tinggal bersama-sama neneknya, memang jarang sangat untuk dia bertemu dengan anak sulung Syahrul ni.
            “Umi Imah sihat?”
            “Alhamdulillah sihat. Umi Imah pun rindu kamu. Jom kita balik…”
            Danish mengangguk sambil memaut bahu Encik Rahman. “Ayah Man jadi driver papa lagi ke? Bukan ke papa dah cari orang baru?”
            Encik Rahman ketawa kecil. “Memang ada orang baru tapi Ayah Man rasa rindu pulak nak bawak kereta. Lagipun bosan duduk rumah. Takde apa nak buat. Baik Ayah Man bawak kereta daripada duduk je dalam rumah tu.”
            “Danish dah agak dah!” Danish ketawa. “Hari ni biar Danish bawak kereta. Dah lama tak merempit ni.”
            Terjegil biji mata Encik Rahman. Baru aje dia nak membuka mulut, Danish dah menyampuk terlebih dahulu sambil ketawa.
            “Danish main-main je.”
            Encik Rahman menggeleng kecil sebelum menyerahkan kunci kereta pada Danish. Dia tersenyum kecil mengenangkan perangai Danish yang masih belum berubah. Masih lagi kuat bergurau macam dulu.
            “Oh ye, Aira macam mana sekarang?”
            “Aira dah habis STPM.”
            “Ohh…”
            **
Danish

            “Mak!!!” Jerit Qaisara kuat sambil menampar badan lelaki yang berdiri di muka pintu bilik anak sulung Mama Husna dengan menggunakan kain di tangannya.
            Danish dah terpinga-pinga apabila tiba-tiba sahaja ada orang memukul dia. Rasanya dia takde buat apa-apa salah lagi. Lama Danish memandang gadis comel yang berdiri di hadapannya sekarang. Entah kenapa, senyuman kecil terukir di bibirnya.
            “Pencuri! Kenapa senyum-senyum pulak ni?!”
            “Saya bukan pencuri la…”
            “Haaa…penipu!”
            “Pencuri tak datang mencuri pagi-pagi macam ni, Cik Aira…” Ucap Danish sambil memeluk tubuh.
            Qaisara terus memandang lelaki di hadapannya dengan pandangan mata yang tajam. “Macam mana awak…”
            “Tahu nama awak?”
            Qaisara mengangguk. “Awak ni siapa?”
            “Saya Muhammad Danish. Anak sulung Encik Syahrul dan Puan Husna,”balas Danish sambil tersenyum.
            Qaisara pulak dah tercengang sebelum meramas kain di tangannya. Ikutkan hati, nak je dia hantuk kepala dia dekat dinding. Ya Allah, malunya aku!
            “Saya mintak maaf, Encik Danish. Saya… mintak diri dulu…”
            Terus dia berlari anak meninggalkan Danish. Danish pulak dah ketawa besar di depan pintu bilik sambil memandang Qaisara sehingga Qaisara hilang dari pandangan matanya.
            “Comel…” Bisiknya perlahan, masih dengan senyuman di bibir.
            **
            Qaisara memerhati dari dapur lelaki yang sedang khusyuk membaca surat khabar itu. Niat dia tadi nak ke depan, konon-konon nak tengok televisyen tapi bila nampak Danish turun, terus dia masuk balik ke dalam dapur. Rasa segan nak duduk dekat ruang tamu dengan Danish walaupun dia tahu Danish tak kisah pun.
            “Menghendap siapa tu?”
            Qaisara berpaling ke arah maknya yang turut memandang ke arah ruang tamu. Kemudiannya, terbit senyuman di bibir Puan Rahimah. Terus dicuit pinggang anak perempuannya.
            “Pandai ye sekarang ni.”
            “Mana adalah, mak. Aira nak pergi depan tapi malu nak duduk situ…”
            “Nak malu apa? Bukannya Aira tak kenal Danish tu?”
            Qaisara menggigit bibir. “Kitaorang bukan rapat pun. Tak macam Maira dengan Khairi.”
            “Dulu Aira paling rapat dengan Danish tu tau. Bila dia duduk dengan opah, barulah kamu ni tak rapat. Kalau tak, langsung tak boleh berenggang.”
            Qaisara tercengang. Dia boleh rapat dengan Danish sampai macam tu sekali? Macam tak percaya apabila membayangkan bahawa sekarang ni dia langsung tak bercakap dengan Danish yang baru balik dari luar negara minggu lepas. Qaisara memandang Danish yang masih lagi khusyuk membaca.
            “Pergi je depan. Cubalah sembang-sembang dengan dia.” Puan Rahimah menolak Qaisara supaya ke depan. Akhirnya Qaisara mengalah dan menarik nafas panjang sebelum menghampiri Danish yang berpaling ke arahnya. Ketika Danish berpaling ke arahnya, hampir sahaja dia ingin berlari masuk ke dalam dapur tapi apabila disuruh oleh maknya untuk terus ke depan, dia sekali lagi menarik nafas dan berjalan ke arah sofa yang bertentangan dengan kerusi yang diduduki oleh Danish. Kemudian dia bersila di hadapan almari untuk mencari DVD.
            “Aira nak tengok cerita apa?” Soal Danish tiba-tiba apabila melihat Qaisara sibuk mencari DVD di dalam almari.
            “Err… tak tahu. Encik Danish nak tengok cerita apa?”
            Dahi Danish berkerut. Encik Danish? Kemudiannya dia tergelak kecil.
            “Kita tengok kartun nak?”
            Qaisara memandang Danish. “Kartun?”
            “A’ah.”
            “Kartun apa?”
            Danish bangkit dari duduknya dan bersila di sebelah Qaisara. Laju tangannya mencari DVD yang dirasakan seronok untuk ditonton bersama-sama Qaisara.
            “Takde kartun yang best la…”
            “So, macam mana sekarang?”
            Danish menjongket bahu. Dia pun tak tahu nak tengok cerita apa sekarang ni.
            “Kita tengok Johnny English jelah.” Qaisara menarik DVD Johnny English sambil tersenyum. “Orang cakap cerita ni best tapi Aira belum pernah tengok. Encik nak tengok?”
            Danish hanya mengangguk. Tengok cerita apa pun takpe asalkan Qaisara ada di depan matanya. Bukannya dia tak tahu, Qaisara asyik mengelak dari berjumpa dengannya. Takkan Qaisara malu dengan dirinya? Bukan ke dulu mereka berdua bukan main rapat?
            **
“Ni awak masak ke?” Tanya Danish pada Qaisara yang sedang menuang air ke dalam gelasnya. Qaisara hanya mengangguk sedikit, langsung tidak memandang lelaki yang sedang merenungnya.
“Sedap.” Danish memuji ikhlas sambil tersenyum. “Jom makan sekali dengan saya,” ajaknya sambil bangkit lalu menarik kerusi untuk Qaisara yang sudah berubah mukanya. Dia memandang Danish dengan muka yang terkejut.
“Kenapa pandang saya macam tu?” Soal Danish sambil menceduk nasi ke dalam pinggan Qaisara. Dia tahu Qaisara malu dengan dirinya. Kalau tak malu, takdelah muka gadis itu merah apabila disuruh makan sekali dengan dirinya.
“Saya dah makan tadi, Encik Danish.”
“Ek, saya kan dah cakap jangan panggil Encik Danish. Panggil Abang je,” ucap Danish sambil tersenyum. Qaisara pula terus terdiam. Takkan nak panggil Abang Danish? Macam pelik je!
“Err… saya kenyang lagi sekarang ni. Biar saya panggil Maira ye. Boleh dia temankan err…”
“Temankan siapa?” Sengaja Danish menyoal sambil tersenyum nakal. Makin melebar senyumannya apabila melihat muka Qaisara semakin merah. Comel sangat di matanya.
“Temankan abang makan…” Akhirnya terluah juga ayat itu dari bibir Qaisara. Terasa berdegup kencang jantungnya apabila memanggil Danish dengan panggilan abang. Malu betul dirinya sekarang ini!
“Haa…boleh pun panggil abang.” Danish tersengih sebelum menyuap nasi ke dalam mulut. “Sedap masakan awak… lain kali boleh masak selalu untuk saya.”
“InsyaAllah kalau saya balik, saya akan masak.”
Serentak Danish memandang Qaisara. InsyaAllah kalau saya balik? Qaisara nak pergi mana?
“Aira nak pergi mana?”
“Belajar. Dah dapat tawaran masuk U hari tu.” Qaisara tersenyum.
Terus Danish meneguk air sehingga habis. Tak tenteram hatinya sekarang ini. Lepas ni, makin susahlah untuk dia berjumpa dengan Qaisara. Tak sanggup rasanya untuk berjauhan dengan gadis yang mula mendapat tempat di hatinya ini. Memang dia tahu Qaisara mendapat keputusan yang cemerlang untuk STPM tapi dia tidak menyangka secepat ini, Qaisara ingin meninggalkan rumah ini.
“Bila Aira nak pergi?”
“Hujung bulan ni. Kenapa abang?”
 “Hmm… takde apalah. Abang dah kenyang.” Terus dia bangkit dan menuju ke sinki. Habis hilang selera makannya. Dipandang wajah Qaisara yang agak bingung sebelum dia menghembus nafas panjang. Memikirkan sanggupkah dia untuk berjauhan nanti…
**
Lama Puan Husna memandang Danish yang duduk termenung sejak dari tadi. Sejak anaknya mendapat tahu bahawa Qaisara akan duduk di asrama nanti, terus anaknya berubah laku. Senyap dan asyik termenung. Bukannya dia tak tahu yang anak lelakinya itu menyimpan perasaan terhadap Qaisara tapi setiap kali ditanya, anaknya itu asyik mengelak. Sekarang ni bila Qaisara nak duduk dekat asrama, barulah nak kecoh semacam.
“Kenapa dengan anak mama ni?” Soal Puan Husna sambil melabuhkan duduk di sebelah Danish.
“Takde apa, ma…”
“Kenapa tak cakap je dekat Qaisara yang Danish suka dia?” Puan Husna menyoal lagi tanpa berselindung. Terus berubah riak muka Danish dan yang pasti muka dia memang terasa panas. Merah dan malu!
“Macam mana mama tahu?”
Puan Husna tergelak kecil. “Mama yang lahirkan Danish. Of courselah mama tahu. Mama boleh nampak dari mata Danish.”
Danish mengeluh lemah. “Danish tak tahu nak cakap macam mana… Danish takut dia kata Danish tipu dia. Yelah, Danish kan baru balik tak sampai sebulan. Tiba-tiba kalau Danish cakap yang Danish suka dia… mesti dia ingat Danish ni penipu!”
“Nak mama tolong?”
Danish berpaling ke arah mamanya. Dia sudah menjumpai satu cara yang dikira paling elok dan terbaik tapi dia bimbang. Bimbang dengan penerimaan Qaisara. Bimbang Qaisara menolak dan mengatakan bahawa dia sudah gila! Itu lagi teruk daripada Qaisara duduk dekat asrama. Lagipun, dia memerlukan mama dan Umi Imah untuk berlakon bagi melaksanakan rancangannya ini.
“Danish ada idea tapi mama dengan Umi Imah kena tolong Danish…”
Dahi Puan Husna berkerut. Kalau anaknya sudah melibatkan Rahimah dalam hal ni, maknanya memang penting perkara yang ingin dilaksanakan oleh anaknya ini.
“Nak tolong apa?”
“Tolong pinang Aira…”
Puan Husna terus terdiam. Pinang Aira?

p/s : Mini novel :) Comments are loved ~ ♥

Photobucket

10 comments:

  1. Best2 ! Nak lagi~

    [syaza]

    ReplyDelete
  2. omg . tersenguh-sengih . yeahh Danish nak kawin dengan Qaisara :3 . Hihihi

    ReplyDelete
  3. such an aweeeeesomeeee . want more !

    ReplyDelete
  4. Sweetnye laa si Danish ni. Teros nak masok meminang! Nice, Kak Liya! :D

    ReplyDelete
  5. wawawww.... jadi x kaweng dak dua tuh ? hehehe...

    ReplyDelete
  6. wahhh...
    nak lagi...wait 4 da next n3...
    :)

    ReplyDelete
  7. Cepatnya danish angau~ hehe :) Citer ni sweet la Moon.. suka3.. sambung lagi ;)

    ReplyDelete
  8. mintak lagi!macam sweet tpi macam sedih..huhu..confuse confuse

    ReplyDelete
  9. sweet n best sngt2.... keep it up writer...

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers