Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Wednesday, June 9, 2010

My Immortal Part 3



Eric memandang Carl yang sejak dari tadi hanya diam seribu bahasa.Carl lebih berminat memerhatikan bulan yang sedang mengambang di luar sana.

"Malam ni dia akan bertukar kan?"tanya Eric.Matanya tajam memandang Carl.

Carl hanya mengangguk.

"Bukan ke kita sepatutnya bersama-sama dia sekarang?"Eric sebak rambut ke belakang.Dia risau memikirkan Flora yang bersendirian di biliknya ketika itu.Jarum jam semakin menghampiri ke angka 12.

"Kau jangan bimbang.Dia tak akan apa-apa."suara Carl tenang seperti selalu.

"Macam mana kalau Creed tiba-tiba datang?"

Pertanyaan Eric kali ini telah berjaya membuat Carl berpaling ke arahnya.Carl menghembus nafas.

"Dia takkan berani datang sini.Aku akan halang dia kalau dia berani dekat-dekat dengan kawasan rumah ni."

"Nanti kalau Flora dah masuk sekolah, pasti dia akan jumpa juga dengan Creed."

"Sebab tu kau kena selalu berada dekat dengan Flora."

Eric diam.Jam telah berdenting menandakan sudah pukul 12.00 tengah malam.Jantung dia tiba-tiba sahaja berdegup kencang.Flora! Dia mesti menemani Flora.

Baru sahaja kakinya ingin melangkah keluar dari bilik itu, Caril bersuara."Kau cintakan adik aku kan?"

Eric berpaling memandang Carl.Dia ingin menjawab pertanyaan Carl tapi entah kenapa susah betul untuk dia membuka mulut.

"Kalau kau betul-betul cintakan dia, jangan pergi.Kita tunggu saja di sini."

"Tapi.."

"Tak ada tapi-tapi Eric..dia akan cari kita dekat sini nanti."

"Macam mana kau tahu?"

Carl mengukir senyuman kecil."Aku kan abang dia.Aku kenal adik aku tu."

"Kuasa kau sama dengan dia ke?"

"Tak..dia lagi kuat."

"Dia lagi kuat?"

"Ya..kuasa dia hampir sama kuat dengan papa aku."

Eric tergamam.Kuasa Flora hampir sama dengan kuasa Tuan! Maknanya, dialah vampire yang kedua terkuat dalam bangsa mereka.

"Dia tahu pasal vampire tak?"soalan Carl menghentikan lamunan Eric.Eric geleng.

"Tak."

"Kalau dia tiba-tiba inginkan darah, kau sanggup beri tak darah kau dekat dia?"tajam pandangan mata biru Carl menikam anak mata berwarna kelabu Eric.

"Aku sanggup.Aku sanggup lakukan apa saja untuk Flora."

"Walaupun terpaksa menjadi salah seorang daripada kami..yang kebanyakan manusia anggap sebagai raksasa?"duga Carl.Eric memang bukan seorang vampire seperti mereka tetapi Eric telah menjadi penjaga bagi keluarga mereka sejak kematian kedua-dua ibu bapa Eric.Sejak itu, papa telah menjaga Eric seperti anak sendiri.Malah hubungan dia, Flora dan Eric telah menjadi sangat rapat.

"Aku...aku..sanggup."

Carl tersenyum."Kalau macam tu, bila Flora masuk nanti..kau pergi dekat dengan dia."

"Kenapa?"

"Sebab dia akan sangat dahagakan darah manusia.Dia seorang vampire kelas atasan, jadi dia boleh buat kau jadi vampire sebenar.Kau dah bersedia?"

"Aku sedia."ucap Eric dengan penuh yakin.Demi Flora, dia sanggup lakukan apa sahaja.

~~~~~

Flora sedang menekan not-not piano.Canon in D Major dimainkan dengan penuh perasaan.

"Arghh!"tiba-tiba dia merasakan kesakitan yang teramat sangat di dadanya.Terduduk dia di sisi piano.

Eric tersentak sebaik sahaja mendengar jeritan Flora.Dia memandang Carl yang sedang mencoret sesuatu di atas kertas.

"Flora, Carl!"

"Dia akan turun nanti."

Flora menekan kuat dadanya yang sakit.Air mata mula merembes keluar.

"Abang!!!"jerit Flora sekuat hati.Darah mula keluar dari mulutnya.Pekat dan berbau hanyir.

"Abang! Sakit!!"jeritnya lagi.Dia merangkak menghampiri pintu.Sunyi sepi keadaan di luar biliknya.Ke mana menghilang semua orang?

"Abang! Mama! Papa!"

Flora merangkak menuruni tangga.Sakit di dadanya terlalu perit.Darah pula tidak habis-habis keluar dari mulutnya.

"Tolong Flora!!"

Flora menghampiri sebuah bilik yang terang.Dia melihat Carl yang sedang memandangnya dengan wajah tanpa riak.

"Abang! Sakit! Kenapa tiba-tiba Flora sakit?"

Carl tidak menjawab pertanyaan Flora sebaliknya menghampiri adiknya itu.Darah yang mengalir di bibir Flora dilap menggunakan sapu tangan.Kemudian dia menghalakan sapu tangan itu ke hidung Flora.

"Flora suka bau ni?"

Flora diam.Tangannya masih kuat mencengkam dada yang masih lagi sakit.

"Suka?"tanya Carl sekali lagi.

Perlahan-lahan Flora mengangguk.Carl menggamit Eric supaya menghampirinya.Dia mengeluarkan sebilah pisau dari poket seluarnya.

"Kau dah sedia?"Carl pandang Eric.

"Dah."

Carl hala pisau ke arah tapak tangan Eric.Dia mengelar sehingga darah merah mengalir keluar dari celah luka itu.

Carl angguk kepala.Perlahan-lahan dia mendekatkan tangannya yang luka itu kepada Flora.Mata Flora tiba-tiba bertukar menjadi warna merah darah.Dia menghidu darah di tangan Eric sebelum menjilatnya.

"Flora.."lembut suara Eric memanggil Flora.Flora angkat kepala.

"Aku sayang kau.Aku akan jaga kau sampai bila-bila."

Flora hanya memandang wajah Eric.Kemudian, dia menghampiri sebelum menyentuh leher Eric.

"Kau nak?"tanya Eric.Flora hanya memandang Eric tanpa menjawab soalannya.

"Ok.."

~~~~~

Flora picit kepalanya yang pening.Dia memerhatikan kawasan sekeliling.Eric sedang tidur di atas sofa.Tangan dan leher berbalut.Segera Flora menyentuh bibirnya.Kejadian semalam masih segar di ingatannya.Dia adalah vampire..

"Kau dah bangun?"

"Dah."

"Ok?"

Flora angguk."Thanks."

"No problem."Eric senyum.

"Aku tak tahu macam mana aku boleh.."

Eric hala jari telunjuk di bibir Flora.Dia menggeleng kepala.

"Jangan bimbang.Aku rela."

Flora menghela nafas."Carl mana?"

"Dia ada dekat bawah."

"Dia pun sama macam aku ke?"

Eric mengangguk."BUkan dia aje..tapi semua ahli keluarga kau."

"Kau?"

"Aku..hmm..baru jadi semalam."

"Semalam?"

Eric tersenyum."Bila kau gigit aku semalam, secara automatik aku pun dah jadi sama macam kau."

Fora pandang lantai.Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya.Semua ini salah dia.

"Aku minta maaf.Ni semua salah aku."

Eric melabuhkan punggung di sebelah Flora.Rambut Flora diusap lembut.

"Jangan bimbanglah..aku yang nak."

'Lagipun aku sanggup lakukan apa sahaja untuk kau.'sambung Eric di dalam hatinya.




p/s: Moon dah tukar warna mata Carl daripada warna hazel jadi warna biru :)

7 comments:

  1. sweet nye eric tu :) tp ensem creed lg xD

    ReplyDelete
  2. Hana~Haha..
    Moon suka Carl :D

    Kumako~Thanks :D

    ReplyDelete
  3. moon, oh, ku jatuh cinta pda carl n eric... kakakakaka!!

    ReplyDelete
  4. huhuhuh
    aku nk eric
    carl pun bole
    mmg mcm VK

    ReplyDelete
  5. Haha..
    Kira~ Sama2 ;)

    itu_aku~Hehe.. :)

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...