ENCIK Mohd Omar menggeleng-geleng kepala melihat telatah anak-anaknya.Macam tak pernah tengok ayam.Bukannya dekat bandar tak ada ayam, tapi dekat sini juga mereka beria-ia mengejar ayam Pak Cik Mail.Sekali lagi dia menggeleng.
"Kejar ayam tu bang! Kejar!"teriak Qis sambil berlari.Laju bebenor ayam ni.Naik letih aku kejar.Apa bendalah agaknya ayam ni makan? Kalau masuk larian pecut, confirm menang!
"Qis,hang tunggu sana.Abang dengan Iz tunggu sini."kata Imran abangnya yang sulung.Mereka mengepung ayam Pak Mail di tengah-tengah.Senyuman nakal mula terukir apabila ayam tu dah tak boleh lari.
"Ambik hang ayam..hang dah tak boleh lari."Izdihar tayang gigi.
"Udah-udah! Masuk dalam.Dah nak maghrib ni.Mai sembahyang dulu."
Mereka bertiga berpaling memandang ayah yang sedang tercegat berdiri di muka pintu.
"Ok ayah.Tunggu sat. Nak..eh, ayam tu mana? Hang ambik ke Qis?"tanya Imran.
"Mana ada.Tadi ayam tu duduk situ je.Mana ada orang ambik."
Encik Omar garu kepala.Haih..nasib baik anaknya ada tiga je.Kalau ada sepuluh entah apalah nak jadi.
"Dah-dah.Masuk.Lepas sembahyang, kita makan.Opah masuk laut best!"
"Apa yah?"serentak mereka bertiga bertanya.
"Ikan patin masak tempoyak.."
Mereka pandang satu sama lain sebelum melompat-lompat kegembiraan."Yes!! Tempoyak!"
Bergegas mereka naik ke atas rumah.Qis berpaling memandang ayahnya."Sambal ada?"
"Ada.."
"Yes yes!! Opah!!!"Qis menjerit memanggil opah.Encik omar menggeleng lagi.
Nak kata anak-anaknya masih lagi muda.Tak munasabah..sebab Imran pun dah masuk 20 tahun.Izdihar pula dah 19 tahun.Cuma Qis saja lagi yang masih bersekolah.Tu pun dah form 5 tapi perangai sebijik macam budak tadika.Entah bilalah nak matangnya.
Kadang-kadang apabila melihat perangai Qis yang agak kasar kerana sering mengikut abang-abangnya, teringat pula kepada Farah, arwah isterinya.Memang Qis klon ibunya.Encik Omar tersenyum-senyum apabila teringat kembali kisah lalu.Perkenalannya dengan
"Bangun! Jangan nak lembik sangat."suara Farah yang agak kuat itu mengejutkan Omar.Perlahan-lahan dia bangun sebelum tunduk memandang lantai.
"Kenapa hang tak lawan budak tu tadi? Lawan jelah.Badan hang dah cukup besar.Lagi satu bukan ke hang ni budak silat?"
Omar hanya mengangguk.Tak sanggup untuk memandang wajah gadis yang berdiri di hadapannya ini.Siapa yang tak kenal Farah? Budak perempuan yang paling sukar didekati oleh mana-mana lelaki.Kalau dekat, alamatnya kena debiklah.
"Hang tak ada mulut ke?"
"Ada.."
"Habis tu bila aku tanya, jawablah.Jangan senyap aje."
Omar angkat muka memandang Farah.Senyuman yang terukir di bibir Farah mengejutkan Omar.Farah senyum dekat aku! Mahu pengsan dah ni!
"Ok..terima kasih sebab tolong aku."Omar senyum.Suka betul dia melihat senyuman Farah.Comel.
"Hal kecik je.Hang lain kali, jangan lemah sangat.Orang perempuan suka lelaki kuat."
"Hang suka lelaki kuat?"cepat-cepat Omar bertanya.Eh Omar, gatal bebenor hang ye.
"A'ah.Aku suka lelaki gagah."balas Farah.Dia membetulkan ikatan rambut yang sedikit longgar.
"Kalau aku kuat, hang sukalah ye."Omar tekup mulut.Macam mana boleh lancang mulut aku ni? Tak ada corner-corner dah.Terus tanya direct!
"Hang kenalah kuat dulu.Barulah aku suka."ucap Farah sebelum meninggalkan Omar terkebil-kebil di situ.
Encik Omar tersenyum lagi.Dia merindui isterinya.Walaupun sudah hampir 5 tahun meninggalkan mereka, tetapi dia masih dapat merasai kehadiran isterinya.Yang sentiasa tersenyum.
~
DINA QISTINA duduk bertenggek atas skuter abangnya.Sebaik sahaja ternampak kelibat Iz yang keluar dari rumah, dengan pantas dia menjerit.
"Abang, sini sat!"
"Apa? Abang nak pergi kedai."
"Jom naik motor."Qis tepuk motosikal Im.Iz cepat-cepat menggeleng.
"Apa hang nak kena dengan Abang Im? Dia bukan bagi kita bawak motor dia."
Qis mencebik."Ala, sat je.Bukan lama kita nak pergi kedai."
Iz garu kepala yang tak gatal.Kesian pulak tengok muka Qis yang teringin nak jalan-jalan dekat kampung ni.Bukan selalu pun balik sini? Time ayah cuti je.
"Oklah..tapi biar abang pergi ambik kunci motor dengan abang Im.Tak mau dengar dia membebel.Macamlah hang tak tahu dia tu kuat membebel.Kalah opah tau."
Qis hanya tersengih-sengih."Ok-ok.Cepat tau.Qis tunggu sini."
Iz naik atas rumah.Lama juga Qis menunggu sebelum terdengar jeritan Imran.
"Apa?! Hang nak bawak motor abang pergi kedai?"
'Ya ALLAH! Mahu gugur jantung aku dibuat oleh abang Im ni.Kalau ya pun terkejut, janganlah sampai macam tu sekali.Tersembur air liur.'gumam Iz.
"Qis yang nak.Dia suruh Iz bawak.Sian dia bang.Dia nak sangat jalan-jalan tengok kampung."Iz tayang muka kesian.
Im berfikir seketika.Perlahan-lahan dia mengangguk."OK, tapi bawak elok-elok motor tu.Kalau accident, siaplah hangpa nanti."
"Beres bos.Insya-Allah motor tu akan selamat."Iz ambik kunci motor dari tangan Im sebelum berlari keluar.
"Qis!"
Qis berpaling memandang abangnya.Bibir pantas tersenyum apabila melihat kunci motor yang dipegang oleh Iz.
"Kita pergi kedai dulu.Lepas tu baru kita round-round."kata Iz sambil mencucuh kunci motor.Qis yang duduk di belakang hanya mengangguk.
~
ASYRAF EMIR menongkat dagu di jendela.Bosan!Pemandangan di hadapan mata langsung tidak mampu mengurangkan rasa bosannya sekarang.Bukan dia tak suka duduk kampung cuma kadang-kadang tu dia cepat berasa bosan.Kan best kalau bawak PSP.Boleh main.
"Kalau Em bosan, pergilah jalan-jalan kat kampung."ujar opah yang sedang menjahit baju.Sekarang ni hanya tinggal dia dan opah.Mama dan papa entah hilang ke mana.
"Boleh ke opah?"
"Boleh..hang bawak je motor atuk tu.Atuk hang tu pun tengah tidur."
Bibir Asyraf terus mengorak senyuman.Yes! Yes! Kunci motor atuk yang digantung di dinding diambil.Dia mencium dahulu tangan opah sebelum mendapatkan motor atuk yang diletakkan di bawah rumah.
"Bismillahirahmanirrahim."dia start motor.Amin..boleh gerak.
"Opah, Em nak pergi kedai.Ada apa-apa nak pesan tak?"jerit Asyraf dari bawah.
"Tak ada apa.Baik-baik bawak motor."balas opah.Asyraf hanya mengangguk sebelum menunggang motor atuk dengan berhati-hati.
~
"ABANG, lajulah lagi.Slow sangatlah!"Qis tepuk-tepuk bahu Iz.Lambat macam kura-kura.
"Biar lambat asalkan selamat."
"Cepatlah bang.Tak bestlah lambat macam ni.Tak thrill."
Iz ketap gigi.Banyaklah hang punya thrill Qis.Kalau jadi apa-apa kat motor ni, abang jugak yang kena.
"Hang senyap je kat belakang.Abang yang bawak motor jadi biar abang yang pilih sama ada nak bawak laju ke tak."Iz pandang sedikit ke belakang.Qis hanya mencebik sebelum memandang hadapan.
"Abang! Ada motor..."belum sempat dia berkata-kata, sedar-sedar mereka bertiga-tiga dah terlentang atas jalan.
"Adoi!"Qis urut pinggang.Sakit! Iz yang terlentang di sebelahnya dipandang.
"Bang! Bang!"dia cuit Iz tapi tak jugak bangun-bangun.Mata dah mula berair.
"Bang!Bangun!"dia menolak tubuh abangnya.Air mata dah turun macam air terjun.
Asyraf bangun perlahan-lahan sebelum mendapatkan orang yang dilanggarnya sebentar tadi.Darah yang mengalir di siku tidak diendahkan.
"Abang awak pengsan ke?"
Qis hanya mengangguk."Tolong sedarkan dia."
Perlahan-lahan Asyraf bangun lalu menghampiri sebuah rumah.Tak lama kemudian, dia kembali dengan sebekas air di tangan.Direnjis ke muka Iz.
"Air apa pahit sangat tu."
Qis terus peluk Iz.Buat orang sakit jantung je!
"Dah..dah.Hodoh bebenor muka tu bila nangis."sempat lagi Iz usik adik dia.Asyraf tersenyum melihat mereka berdua.Dia tak ada adik.Sunyi bila balik rumah.Nak main dengan sape pun tak tahu.
"Arghh! Motor! Motor abang Im!"Iz bingkas bangun sebelum membangunkan motor Im yang dah terlentang atas jalan.Fuhh! Nasib baik ok.
"Maafkan saya bang.Salah saya."
"Ek taklah.Salah abang.Tak tengok jalan elok-elok tadi.Bukan salah .."
"Asyraf."
"Hah! Bukan salah Asyraf.Tapi salah Qis."Iz jeling Qis yang dah berhenti menangis.Aik! Apa pulak salah aku? Sape yang bawak motor tadi?
"Abanglah yang salah."
"Apa pulak? Nasib baik abang bawak slow, kalau bawak laju tadi entahlah apa yang jadi kat kita bertiga.."
Qis jelir lidah.Tangan Asyraf yang berdarah dipandang.
"Tangan hang berdarah."
Asyraf hanya tersenyum."Sikit je ni.Tak sakit pun."
Dengan selambanya, Qis pergi tepuk luka Asyraf."Auch!"
Qis ketawa."Kata tak sakit.Tu apa..Bukan ke sakit namanya?"
"Tu memanglah sakit.Dah hang pergi tepuk."
"Jom singgah rumah abang.Kita pergi sapu ubat."pelawa Iz sebelum dia start motor.
"Eh, tak apalah bang."
"Tak apa.Jomlah.Qis, hang tolong bawak motor Asyraf.Bawak slow-slow tau! Asyraf, meh naik dengan abang."
p/s: Enjoy :) Nanti Moon reveal watak CQ ni ye :)
lucula moon :)
ReplyDeletesenyum smpai tlinga
;D
kelakar ohh:)
ReplyDelete