“Umur
kamu dah berapa?” Tanya Mak Lang aku ketika aku sibuk membasuh pinggan dekat
dapur.
“28.
Kenapa Mak Lang?”
“Kamu
tak nak kahwin ke?”
Aku
melepaskan keluhan lemah. Asyik-asyik itu yang ditanya Mak Lang. Bukan setakat
Mak Lang, orang lain pun sibuk tanya soalan yang sama.
“Siapa
yang tak nak kahwin?”
“Dah
tu, kenapa kamu single lagi ni? Takde calon lagi ke?”
Aku
menggeleng. “Belum ada calon.”
“Tulah
kamu, memilih sangat. Nak yang hensem je.”
“Mana
adalah, Mak Lang.” Tiba-tiba rasa panas telinga aku ni.
“Anak
Mak Cik Imah tu. Bijak budaknya…”
Aku
cepat-cepat menggeleng. Nak kahwinkan aku dengan Mak Cik Imah? Haa…tak
payahlah. Si Erman tu nampak je baik tapi perangai dia… MasyaAllah, teruk!
Bukannya aku tak nampak, dia selalu mengelat tak nak pergi masjid. Kalau boleh,
aku nak suami yang kuat agama. Sembahyang cukup, boleh jadi imam. Kan sejuk
hati kalau macam tu?
“Tak
apalah, Mak Lang.”
“Bila
Mak Lang cadangkan siapa-siapa, tu je jawapan kamu. Tak apa..tak apa… Mak Lang
bukan apa. Mak Lang kesian dekat mak kamu tu. Tinggal kamu seorang je yang
belum kahwin.” Kata Mak Lang sambil mengelap tangannya. Aku pulak hanya
mendiamkan diri.
“Nanti
sampailah jodoh Tini.” Balasku akhirnya. Malas nak memanjangkan isu kahwin ni
lagi.
“Suka
hati kamulah…” Aku mengerling Mak Lang sebelum melepaskan keluhan lemah.
Penatlah macam ni!
**
“Aku
dah rimas!” Aku menjerit geram sambil menumbuk bantal. Linda yang memandang aku
dari tadi hanya mampu menggeleng kepala. Aku tahu dia tahu apa yang aku rasa
sekarang ni. Aku rasa tertekan, aku rasa marah, aku rasa macam nak menjerit dan
aku rasa macam nak makan orang!
“Senang-senang
kau kahwin jelah.”
Terus
mata aku memandang Linda dengan muka tak percaya. Linda suruh aku kahwin? Nak
kahwin dengan siapa? Calon pun tak ada, nak suruh aku kahwin!
“Aku
nak kahwin dengan siapa?”
“Yang
tu, leave it to me. Aku akan tolong kau.”
“Tapi…”
“Kau
nak terus biarkan mak cik-mak cik kau tu bising bila kau tak kahwin-kahwin
sampai sekarang?” Soal Linda membuatkan aku terdiam. Aku memang dah tak tahan dengan
bebelan mak cik aku pasal ni. Memang dah tak tahan sangat. Setiap kali ada
kenduri kahwin, soalan yang tak pernah miss dari mulut diorang adalah “Bila Fatini
nak kahwin?” Sangatlah tak berkenan dengan soalan macam tu.
“Tak
nak.”
“Dah
tu?”
“Kau
dah ada calon ke?”
Linda
mengenyit mata sambil mengangguk dengan penuh yakin. “Dia kawan aku.”
“Macam
mana…”
“Macam
mana kalau dia tak suka kau?” Celah Linda lagi. Aku hanya mengangguk lemah.
“Kita
pergi jumpa dia dulu hujung minggu. Lepas tu baru kita decide. Boleh?”
“Hmm…
ikut suka hati kaulah. Aku nak tidur.” Terus aku merebahkan kepala di atas
bantal sebelum memejam mataku rapat-rapat. Nak menenangkan fikiran yang runsing
ni.
**
Aku
menolak perlahan pintu masuk ke dalam KFC. Mata aku mula meliar-liar mencari
tempat kosong. Kata Linda, sekejap lagi dia akan sampai. Kawannya pulak mungkin
dah sampai tapi memandangkan aku tak kenal siapa kawan dia tu, takde mood pulak
aku nak mencari. Aku terus menuju ke kaunter dan memesan satu set combo Toasted
Twister sebelum melangkah ke arah satu tempat kosong di hujung restoran.
Purr!
“Baju
awak!” Aku mula menggelabah sambil memandang lelaki di hadapanku yang terkedu
sambil memandang bajunya yang dah kotor.
“Saya…
maaf… mintak… awak…” Habis berterabur ayat yang keluar dari mulut aku.
“Takpe.
Jangan risau…Salah saya sebab berdiri tiba-tiba tadi.” Jawabnya sambil
mengibas-ngibas baju yang dah basah dengan air strawberi.
Tanpa
berfikir panjang, terus aku keluarkan beg duit dari dalam tas tangan. Mesti
mahal baju orang ni! Tengok gaya pun dah macam orang kaya! Habis aku! Habis!
Mana Linda ni?!
“Eh,
nak buat apa tu?”
“Ganti
rugi untuk baju awak.”
Lelaki
itu hanya ketawa sebelum menggeleng. “Sikit je ni. Basuh nanti, dah hilang.”
Dia tersenyum sedikit. “Saya Farhan. Awak?”
“Senah.”
Dahi
Farhan berkerut. Aku pulak buat muka selamba habis.
“Senah?”
“A’ah.
Kenapa?”
Farhan
menggeleng. “You have a very unique name.” Katanya sambil tersenyum. Aku tak
tahu pujian dia tu ikhlas ke tak.
“Terima
kasih.” Balas aku turut tersenyum. Aku segera melambai-lambai ke arah Linda
yang baru sampai sebelum memandang Farhan di depan aku sekarang.
“Kawan
saya dah sampai. Saya mintak diri dulu.”
“Okey.
Take care Senah. Assalamualaikum…”
Aku
hanya mengangguk sambil tersenyum sumbing dan menjawab salamnya. Rasa macam nak
tergelak pun ada bila dia panggil aku Senah. Bukan tak bersyukur dengan nama
yang mak dengan ayah aku bagi, cuma aku malas nak cakap nama sebenar aku dekat
Farhan tu. Bukannya aku kenal dia pun.
“Siapa
tu?” Tanya Linda sebaik sahaja aku duduk dekat depan dia.
“Aku
terlanggar dia tadi. Mana kawan kau tu?”
“Dia
on the way.”
Aku
mengangguk sebelum mengerling jam di tangan. Haih, lelaki ni dah lewat 20
minit. Aku kurang berkenan sikit kalau lelaki tu jenis tak tepati janji.
“Apa
nama kawan kau tu?”
“Yusri.”
“Ohh…”
Entah
kenapa aku pusing kebelakang dan memandang ke arah Farhan yang masih makan di
situ. Jarak kami pun bukan jauh sangat ni. Aku hanya tersenyum apabila melihat
Farhan melambai.
“Ehem…ehem…
dah berkenan ke?”
Aku
menggeleng. “Baru jumpa tak sampai berapa minit pun.”
“Kalau
dah jodoh tu, kau jumpa sesaat pun dah boleh berkenan…” Bidas Linda balik
sambil tersengih. Aku hanya berdehem.
“Mana
kawan kau ni? Kalau dia lambat, aku nak balik!”
“Sat
naa… Jalan jammed.”
“Jammed…jammed…”
Rungutku sambil memasukkan toasted twister ke dalam mulut. Sedang enak aku
menikmati Toasted Twister, tiba-tiba Linda menendang kakiku.
“Apa?”
“Dia
dah sampai. Tengok belakang…”
Aku
terus berpaling ke belakang. Hampir terbuntang mata aku apabila melihat kawan
Linda ni. Pasti ke yang ni kawan Linda? Rasa macam nak pengsan kat sini pun
ada!
“Kau
biar betul?” Bisikku pada Linda.
“Kenapa?”
“Err…
dia nampak macam too perfect for me. Look at him! Rambut kemas, baju T-shirt
dia! Branded tu, look at his watch! Rolex youuu! Aku ni jam sepuluh hinggit
je!” Aku tayang jam sepuluh ringgit aku dekat Linda. Linda hanya ketawa sambil
melambai-lambai ke arah Yusri.
“Lama
sampai?”
“Nope.
Duduklah…”
Aku
segera membesarkan diri aku. Tak nak bagi Yusri tu duduk dekat sebelah aku.
Linda dah pandang aku macam nak telan. Yusri pulak hanya tersenyum sebelum
melabuhkan punggung di sebelah Linda.
“So
you must be Fatini.”
“Betullah
tu.”
“I’m
Tengku Yusri bin Tengku Ismail.”
Aku
senyum tawar. Dia tak reti cakap Melayu ke? Asyik speaking je dari tadi? “Saya
Nurul Fatini binti Taufiq. Bukan anak Tengku.”
Sekali
lagi kaki aku ditendang oleh Linda. Aku hanya buat muka selamba. Haaa, dah
nampak sangat aku tak berkenan dengan Yusri ni kan? Cancel okey! Cancel!
“You’re
a doctor, right?”
Aku
mengangguk.
“Dia bercita-cita nak jadi pakar jantung.” Celah Linda cuba mempromote aku.
“Wow,
impressive!”
“Terima
kasih, Tengku.” Sekarang ni aku dah melirik pada jam di pergelangan tangan. Dah
tak ada mood untuk aku terus berbual-bual dengan Tengku Yusri bin Tengku Ismail
ni. Aku rasa baik aku balik, lepas tu main dengan Comel daripada duduk sini.
“Excuse
me. Saya kena balik sekarang. Banyak kerja nak kena buat kat rumah. Linda,
jumpa kat rumah. Sorry ye…Assalamualaikum.”
Terus
aku melangkah pergi. Sempat lagi aku menoleh ke arah Farhan yang
tersenyum-senyum. “Nurul Fatini binti Taufiq…” Dia sebut nama panjang aku.
“Err…”
“Jangan
nak gagap, Cik Fatini aka Senah.”
“Okay
fine! Sorry sebab tipu awak tadi.” Aku sempat pandang ke arah Linda dan Yusri
yang masih sibuk pandang aku.
“Nak
cari calon suami ke?”
Aku
tercengang. “Macam mana awak tahu?”
“Boleh
teka. So, he’s the one?”
“Nahh…
too perfect.”
Farhan
tersenyum sambil mengangguk. “Yeah, too perfect… kalau macam saya ni, okey
tak?”
Aku
pandang Farhan. “Hmm… okey kot.”
“Mak
saya cakap, kalau kita dah suka someone tu… baik terus meminang.” Ucap Farhan
lagi.
“So?”
“Give
me your address. Lusa nanti akan ada orang yang datang meminang.”
Aku
mula duduk dekat depan dia. Niat nak balik terus terbantut. Lama aku memandang
muka dia, cuba mencari kalau-kalau ada riak muka yang dia menipu.
“Are
you serious?”
“Muka
saya nampak macam tengah buat lawak ke?”
Aku
menggeleng.
“Terima
tak?”
“Saya
tak kenal awak dan awak tak kenal saya?”
Farhan
tersenyum sebelum mendekatkan mukanya dengan mukaku. Tak terlampau dekat tapi
cukup untuk hanya kami berdua dengar apa yang bakal keluar dari mulut dia.
“Lepas
kahwin, kita boleh kenal antara satu sama lain.”
Aku
terdiam. Nampak macam dia ni bertekad nak kahwin dengan aku. Baru jumpa, boleh
dia ajak kahwin macam tu aje? Haih, aku tengah bermimpi ke apa ni?
“Ni
alamat rumah.” Aku hulur kad nama aku yang memang tertulis alamat rumah aku
sekali.
“Thanks.
Lusa ni saya datang…”
“Hmm…”
“Saya
tahu awak masih ingat yang saya ni main-main kan?”
Aku
mengangguk tanpa berselindung. Memang dia main-main pun kan?
“Call
my friend. Ni nombor dia. Tanya dia pasal saya.” Farhan menghulurkan satu kad
nama. “Her name is Alia. Kawan baik saya… Call dia tau. Saya mintak diri dulu.
Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…”
p/s : Yang full punya, maybe saya akan post dekat penulisan2u :D Enjoy dulu baca promo ni ye.
suka!!x sabar nak tunggu kat penulisan2u but if u dun mind juz nak inform it's quite impossible umur 28 tahun dah jd pakar jantung,,grad doktor umur 24 thn,,HO 2 tahun,,nak jd pakar jantung maybe blajar 4-5 tahun dulu=)))
ReplyDeletewah~~ menarik3..
ReplyDeletehehe..xsabar nak tau ending die..^^
-arisa-
ihihihihi.... *blushing2*
ReplyDeletesyok!!!!!!!!!!
wahh..giler la..btul2 die masuk meminang..mmg gempak la..hehehe
ReplyDeleteEzai : Hahaha! Sorry2. Sy tak tahu. Akan diubah nanti :) Thanks ye.
ReplyDeletebest..unik :D
ReplyDeletex sabar nak baca..
tak sabar ><
ReplyDeletetak sabar nak baca la moon..post cepat2 kat p2u ya?hehe...
ReplyDeletelikeeeeee
ReplyDelete*da post t habaq kt ceq na
hehehe