Monday, July 19, 2010

Bertemu Cintaku (Sipnosis)

Err..tak tahu nak cakap macam mana.Enjoy jelah ya! :)Commentlah ya.

"Ambil kertas ni."

Kertas apa ni?”

“Apa kata kau baca dulu sebelum tanya apa-apa.”kata Zafran mendatar.

Liya mencebik bibir.Sombong! Dia menatap kertas kajang di hadapannya.

Peraturan ketika duduk di sebelah aku!

1. Jangan nak tidur dalam kelas.Kalau nak tidur, pergi balik rumah!

2. Jangan nak bising-bising.Aku serabut dengan orang yang suka membuat bising.

3. .Jangan kacau aku masa aku tengah belajar.Aku paling tak suka orang ganggu aku!

4. Jangan mengelamun!

5. .Jangan selekeh.Orang yang selekeh menyakitkan mata aku!

6. Jangan nak buat perangai gila depan aku.Aku suka orang yang normal sahaja.

7. Jangan nak menyanyi-nyanyi.

Liya mencebik.Suara aku sedaplah! Kalau aku nyanyi confirm kau terus tidurlah.

8. Jangan cakap dengan aku melainkan kau ada perkara penting yang nak ditanya.

9. Jangan menyampuk kalau aku tengah bercakap.Sebab apa yang aku cakap adalah untuk pengetahuan kau.

10. .Dan yang paling penting! Jangan sesekali kau terpikat dekat aku!

Liya yang ketika itu sedang meneguk air botol tersedak sehingga tersembur keluar air dari dalam mulutnya.Nasib baik dia sempat mengalihkan mukanya ke luar tingkap.Pantas wajah lelaki di sebelahnya ini dipandang.Giginya diketap tanda geram.Wajah lelaki itu yang selamba menyakitkan hati Liya.Zafran budak perasan! Boleh blah! Lagipun apa yang istimewa sangat pasal dia sehingga mampu membuatkan aku yang memang hati batu ni terpikat dengannya.

~~~~

Liyana Damia ~ " Cuba kau bagitahu sikit, apa yang istimewa sangat tentang dia sampai membuatkan aku yang hati batu ini boleh terpikat?"

Nahiyatul Syahirah ~ "Kau jangan cakap sebarangan Liya.Kalau kau dah kenal dengan Zafran nanti, barulah kau tahu apa yang special tentang dia.Dia tu ramai peminat tapi dia je tak layan."

Nur Fatinah ~ "A'ah.Betul apa yang Nahi cakap tu.Kalau kau nak tahu, dah berapa orang bagi surat cinta dekat dia tapi habis semua dia buang.Memang kalau diikutkan tak patut dia buat macam tu tapi aku kenal dia Liya.He's different!"

Zafran Adha ~ " Kau dah lupa ke dengan peraturan aku tu? Biar aku ingatkan kau lagi sekali ya! Jangan sesekali terpikat dengan aku!"


p/s: Yang ni baru sipnosis je. :) Tak ada idea untuk menyambung enovel yang lain.

Photobucket

5 comments:

  1. Liya...my nickname also...hehe...
    Sound nice jer peraturan tue...
    xsabar nk bc...

    ReplyDelete
  2. waa moon!
    haha, sukanye sinopsis ni :)
    sorang stail selekeh n' clumsy, sorang lg cool giler!
    waa, cam citer korea!

    ReplyDelete
  3. even x kenal moon skalipun tp sy suka crita moon..hopefully bleh buat novel n that time sy mmg akn beli!!!buat smbgn ye..(tp lps spm la..gud luck 4 your spm!!!)

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers