Flora berlari sepantas kilat sebaik sahaja mendengar berita yang betul-betul membuatkan jantungnya hampir berhenti berdegup.Air mata yang mengalir tidak diseka.Hatinya pedih dan sakit dengan kenyataan sebenarnya.Benarlah kata orang kenyataan itu menyakitkan.
"Flora, tunggu!"jerit Carl dari belakang.Sekelip mata sahaja dia sudah berada di hadapan Flora.Flora berundur ke belakang.Mata abangnya yang berubah menjadi merah menakutkannya.
"Jangan dekat."ucap Flora dengan tegas apabila melihat Carl yang semakin dekat dengannya.
"Adik kena dengar cakap abang."mata Carl bertukar menjadi normal.Flora merenung jauh ke dalam anak mata berwarna hazel milik abangnya.
"Kenapa? Kenapa baru sekarang Flora tahu semua ni?"
Carl mengeluh.Rambut ikalnya disebak ke belakang.
"Perkara ni bahaya."
"Apa yang bahayanya?"
"Kita bukan macam manusia lain.Adik sendiri tengok tadi.Abang boleh lari laju."jawab Carl sambil memandang Flora.
"So?"
"Adik dengar tak apa yang mama dengan papa cakap?"
"Dengar..tapi adik tak percaya.Semua tu mustahil.Abang ingat mudah ke adik nak percaya yang kita ni..yang kita ni.."Flora tidak mampu menghabiskan ayatnya.Dia masih tidak percaya dan juga masih bingung.
"Yang kita ni vampire?"Carl menyambung ayat Flora.Perlahan-lahan Carl menghampiri Flora sebelum memegang bahunya.
"Pandang mata abang."
Flora teragak-agak.Dia takut untuk menatap sepasang mata abangnya itu.
"Pandang."
Akhirnya Flora mengangkat muka dan cuba memandang mata Carl.Tiba-tiba dia merasakan kesakitan yang teramat sangat.Seluruh tubuhnya menggigil kesakitan.Terasa seperti darah pekat mula mengalir daripada mulutnya.
"Sakit!"jerit Flora sekuat hatinya.Carl mengeratkan lagi pegangannya.Matanya memandang ke langit.Bulan yang mengambang begitu indah sekali di matanya.
Carl mendekatkan tubuh Flora dengan tubuhnya.Baju Flora sudah lencun dengan peluh.
"Abang.."
"Hmmm?"
"Nak."
"Are you sure?"
Flora diam.Entah kenapa tiba-tiba sahaja dia seperti ingin menggigit leher abangnya.Dia seperti dapat menghidu haruman darah yang selama ini amat ditakutinya.
"Yes."
Carl menurunkan sedikit kolar bajunya.Perlahan-lahan dia menganggukkan kepala.Terasa tusukan taring Flora memasuki daging lehernya.Diusap-usap rambut Flora yang panjang melepasi pinggang.
"Sekarang ni umur dia dah 17 tahun.Masanya dah tiba!"ucap Puan Dilia sambil merenung wajah ahli keluarganya yang lain.
"Kita patut bagitahu hal sebenarnya dekat dia."kata Carl.Dia tidak sanggup lagi untuk merahsiakan lagi hal ini daripada pengetahuan adiknya.Sudah lama sangat mereka berahsia.
"Apa agaknya yang akan berlaku kalau dia tahu kita semua ni bukan manusia biasa? tetapi manusia penghisap darah."tutur Mak Cik Clare sambil membetulkan cermin matanya.
"Clare, walaubagaimana pun kita mesti bagitahu dia hal ni.Dia pasti akan bertukar tak lama lagi."
"Siapa yang akan berikan darah kepada dia?"soal Mak Cik Clare tanpa nada.
"Saya."jawab Carl dengan penuh yakin.
Pang!
Mereka semua berpaling ke arah tingkap yang sedikit terbuka.Carl menjenguk ke luar tingkap dan dia dapat mengesan kelibat Flora yang sedang berlari masuk ke dalam hutan.
"Flora, dia dah dengar semuanya."
Kepala Flora sudah terlentok di bahunya.Perlahan-lahan Carl mengangkat tubuh adiknya balik ke rumah banglo mereka yang terletak jauh ke dalam hutan.Papa membina rumah itu agar identiti sebenar mereka tidak akan terbongkar.Wajah Flora yang pucat dipandang.
"Abang akan lindungi adik.Abang janji."
Flora membuka matanya perlahan-lahan.Carl yang tidur di atas sofa dipandang sekilas.Peristiwa semalam masih lagi menganggu fikirannya.Disentuh bibirnya.Dia seperti masih dapat merasai darah Carl.Sungguh dia menyesal kerana terlampau mengikut nafsu.Leher Carl yang berbalut ditenung.
"Flora dah bangun?"Puan Dilia menghampiri anak bongsunya.Diusap lembut kepala anaknya.
"Semalam Flora hisap darah abang."
"Mama tahu.Abang dah bagitahu."
"Flora rasa bersalah."
Puan Dilia mengukir senyuman."Dia yang mahu."
Flora mendiamkan diri.Kepalanya masih sakit kesan daripada semalam.
"Ma, kenapa semalam masa abang suruh Flora tengok mata dia, tiba-tiba je Flora rasa sakit?"
"Flora sakit bukan sebab Flora pandang mata Carl tetapi memang sudah tiba masanya Flora bertukar.Boleh mama tengok mata Flora?"
Flora mengangguk.Mata mamanya tajam menikam anak matanya.
"Hazel.."
"Mata Flora dah bertukar warna.Sebelum ni hitam."kata Flora dengan suara yang perlahan.
"Abang suka mata adik."Carl yang baru bangun dari tidur menghampiri katil Flora.Dicium lembut dahi adiknya.
"Abang, adik minta maaf."
"Kenapa?"
"Sebab hisap dar.."belum sempat Flora menghabiskan kata-katanya, Carl telah meletakkan jari telunjuk di bibirnya.
"Abang yang nak."
"Tahu tapi.."
"Tak ada tapi-tapi.."
"Fine.."
"Sekarang ni adik dah menjadi salah seorang daripada kami.Papa akan bawa adik pergi satu tempat nanti."kata-kata Carl mengejutkan Flora.
"Bawa adik pergi mana?"
"Sebuah sekolah."
"Sekolah? Tapi adik kan dah ada sekolah dekat sini."
"Sekolah tu berbeza.Tak sama macam dekat sini."jawab Puan Dilia bagi pihak Carl.
Flora menunduk.Hatinya resah.Sekolah yang berbeza? Apa maksud mama? Adakah sekolah itu untuk orang seperti aku? Sekolah untuk vampire?
p/s : Moon rasa macam kelakar je cerita ni.Hehe..first time buat citer fantasi.Harap sukalah ye :) enjoy! watak-watak dia kemudian ye Moon post
mcm tgh tgk cte vampire knight. haha. joking2. not bad. ok la.
ReplyDeletemacam best je...^_____^
ReplyDeletet'ingat kat twilight plak :)
ReplyDeletehehe