BAB 2
LIYANA
DAMIA memandang lama pintu pagar di hadapannya sambil
membetulkan kedudukan beg sekolah di bahunya. Sekarang ni memang perasaan dia
bercampur-baur. Sekejap gembira, sekejap sedih, sekejap gemuruh dan tak lama
lepas tu dia langsung tak rasa apa-apa.
“Kenapa tengok je pintu pagar tu?
Nak abang masuk sekali ke?” Soal Harith.
Liya hanya menggeleng perlahan.
“Takpe. Liya masuk sorang-sorang.” Kemudian, dia berpaling ke arah Harith dan
terus menyalami tangan Harith.
“Wish
me luck!”
Harith senyum sambil mengangguk. “Good luck!”
Liya mengukir senyuman sebelum
membuka pintu kereta. Selepas itu, dia hanya melambai kecil sehinggalah kereta
Harith hilang dari pandangannya.
Sekali
lagi dia hanya merenung pintu pagar tersebut sambil menghela nafas panjang.
Tiba-tiba rasa rindu sangat-sangat dekat sekolah lama. Sebenarnya kalau
diikutkan hati dia, dia memang langsung tak nak pindah sini. Dia nak duduk sana
sampailah habis sekolah tapi nak buat macam mana. Ayah kena pindah ke Ipoh pada
tahun terakhir dia bersekolah. Tahun terakhir yang sepatutnya menjadi tahun
yang paling menyeronokkan bagi dia dan dia berharap walaupun dia bersekolah
dekat sini, tahun yang paling menyeronokkan itu akan tetap ada!
“Redha
jelah, Liya oii.” Dia menarik nafas dalam-dalam dan perlahan-lahan kakinya mula
melangkah ke dalam kawasan sekolah.
Sepanjang perjalanan ke pejabat,
sempat juga dia tersenyum ke arah pelajar-pelajar yang lalu-lalang. Ada yang
tengah bersembang dengan kawan-kawan dekat pondok-pondok kecil, ada yang tengah
tolong cikgu angkat barang dari dalam kereta. Ada jugak yang tengah bermain
dekat padang.
“Kak Liyana! Kak Liyana!”
Liya berhenti berjalan sebelum
memandang ke belakang. Seorang pelajar perempuan yang memakai uniform berwarna
kuning sedang menghampirinya dan pelajar perempuan itu mengukir senyuman manis
untuk Liya.
“Akak
ni Liyana Damia kan?”
Liya mengangguk. “A’ah. Adik ni
siapa?”
“Saya Aqila. Akak boleh panggil saya
Qila. PK HEM suruh saya tolong akak hari ni sebab akak kan budak baru. Jadi
hari ni, saya akan jadi pembantu akak,” balas Qila sambil tersenyum.
Liya tercengang. Rasanya dia belum
pekak lagi. Dia mendapat seorang pembantu sebab dia budak baru? Biar betul!
Macam tak percaya pun ada. Ni sekolah apa? Elit ke? Ada ke sekolah yang hantar
pelajar untuk bantu pelajar baru? Macam dalam drama tv pun dah ada! Ke aku yang
tahu memang ada sekolah macam ni?
“Qila sure ke?” Liya menyoal. Manalah tahu kot-kot Qila cakap lain tapi
dia dengar lain. Buat malu je kalau
salah! Dahlah hari ni hari pertama dia dekat sini. Kalau boleh tak naklah buat
hal yang boleh memalukan diri sendiri.
Qila mengangguk pantas.
“Tak menyusahkan ke?” Soal Liya
khuatir.
“Taklah. Jomlah Qila bawak akak
pergi pejabat.”
“Tapi Qila tolong akak hari ni je
tau,” ucap Liya dengan suara yang tegas. Dia kalau boleh tak nak menyusahkan
orang. Lebih suka berdikari.
“Beres kak! No problem.” Jawab Qila sambil tersenyum.
Sampai je dekat pejabat, Liya dan
Qila pergi jumpa dengan kerani yang sedang sibuk menaip dekat komputernya.
“Assalamualaikum Mak Cik Salmah.”
“Waalaikumussalam... Haaa, Qila! Kenapa?”
Qila tersenyum kecil sambil menarik
tangan Liya untuk berdiri di sebelahnya. “Ni ada pelajar baru, mak cik. Nama
dia Liyana Damia.”
Liya tersenyum kecil sambil
menundukkan kepalanya sedikit. Kemudian dia hulurkan borang yang memang dia pegang
sejak dari tadi dekat Mak Cik Salmah.
“Jauhnya kamu pindah.” Puan Salmah
menilik-nilik borang Liya sebelum mencapai telefon. “Tunggu kejap ye. Mak cik
nak call penyelaras. Kamu berdua
duduk dulu dekat sana.” Jari telunjuknya dihalakan dengan sofa berwarna krim
yang terletak di hujung bilik tu.
Liya hanya mengangguk kecil sebelum
pergi dekat sofa tu. Beg sandangnya dibawa ke riba. Dia sibuk perhatikan
keadaan sekeliling dan sesekali dia mengerling dekat Qila yang tengah
bersembang dengan seorang lagi kerani yang lebih muda dari Mak Cik Salmah.
Peramah jugak Qila ni. Patutlah Qila tak kisah nak tolong dia hari ni!
“Liya...” Liya pandang Mak Cik
Salmah sebelum bangkit dari duduknya.
“Penyelaras cakap Liya masuk kelas
Al-Kindi. Kelas tu dekat tingkat atas ni je,” kata Mak Cik Salmah.
Liya mengangguk sambil tersenyum.
“Terima kasih, mak cik! Saya mintak diri dulu.” Terus Liya mencuit tangan Qila
sebelum memuncungkan bibirnya ke pintu keluar. Qila yang memahami, mengangguk
kecil sebelum melambai kecil dekat kakak kerani tu. Liya turut melambai kecil
sebelum mengekori Qila keluar dari pejabat.
Selepas selesai semua urusan di
pejabat, Qila dengan sukarelanya ingin menemaninya sehingga ke kelas 5 Al-Kindi
Dah ditolak pun dia tetap bertegas dengan alasan yang sama.
“Kan
akak dah bersetuju nak biarkan Qila tolong akak. Ni kiranya Qila menolong akak
la...”
Dan seperti tadi, dia hanya
mengiyakan sahaja. Tak nak cakap apa-apa sebab dia pun bukannya tahu sangat
jalan nak ke kelas. Buatnya sesat dalam kawasan sekolah tu, tak ke naya?
Lagipun dalam kepala dia ni macam-macam sedang difikirkan. Macam mana agaknya
perangai budak-budak kelas dia? Baik ke? Jahat ke? Sombong ke?
Buk!
“Adoi, sakit sakit!” Liya mengurut
hidungnya yang terasa sengal. Dia menepuk dinding di hadapannya untuk
melepaskan geram.
“Akak! Ya Allah, kak! Macam mana
boleh langgar dinding tu?” Qila berlari kecil mendapatkan Liya yang terduduk
sambil mengurut hidungnya. Liya hanya tersenyum sumbing.
“Akak memang macam ni. Cuai !”
Perlahan-lahan Liya bangkit sebelum menggalas beg sandangnya kembali. Qila
hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menarik tangan Liya untuk
mengikutnya.
“Ni kelas akak. 5 Al-Kindi. Good luck!”
Liya melihat kelas yang ditunjukkan
oleh Qila dengan pandangan kagum. Memang kagum sebab kelas ni senyap gila!
Kelas lain semua bising-bising tapi kelas ni, teramatlah senyap. Dari luar,
kelas ni nampak sangat menarik dengan cat dinding warna biru lembut dan putih.
Dekat papan maklumat, penuh dengan kertas warna-warni yang mengandungi
info-info penting bagi setiap subjek. First
impression, kelas ni cantik sangat! Dia suka!
“Terima kasih tau Qila sebab tolong akak. Menyusahkan Qila je.” Liya tersenyum.
Mak selalu cakap, ‘Orang berbudi, kita berbahasa’. Lagipun, Qila dah bersusah
payah tolong dia hari ni. Walaupun baru kenal hari ni tapi bersungguh-sungguh
Qila tolong dia
“Eh,
mana ada menyusahkan. Qila suka tolong akak. Lain kali kita sembang panjang tau. Qila pergi dulu...” Ucap Qila
sambil tersenyum.Kemudian dia berlalu pergi sambil melambai tangannya.
Selepas
aje kelibat Qila menghilang dari pandangannya, Liya sudah sesak nafas. Rasa
pernafasan dia dah tak berapa normal sekarang sebab satu-satunya orang yang dia
kenal dekat sekolah baru ni dah pergi tinggalkan dia. Sekarang ni, dia risau
nak bertemu dengan kawan-kawan baru dia. Risau fikirkan macam mana penerimaan
diorang semua nanti!
Relaks Liya ... Relaks... Calm down! Diaorang tu manusia biasa je.
Bukan raksasa ke apa.
“Excuse
me.” Satu suara garau yang bersuara di belakangnya mengejutkan dirinya yang
sedang berusaha menenangkan diri sendiri. Dia berpaling ke belakang sambil
mendongak untuk memandang muka tuan punya badan.
“Kau nak berdiri dekat sini macam
tiang bendera dekat dataran sampai balik nanti ke... ataupun kau nak masuk
kelas sekarang? Soal lelaki itu dingin dengan muka yang serius. Langsung tidak
tersenyum sebaliknya memandang Liya dengan tajam serta dingin.
“Nak...nak...masuk kelas sekarang,”
jawab Liya tergagap-gagap. Dia memandang lelaki di hadapannya. Masamnya muka!
Lelaki itu hanya memandangnya
sekilas sebelum menghampiri pintu kelas.
“Assalamualaikum cikgu.” Pintu kelas
diketuk perlahan sebelum dia melangkah masuk ke dalam. Liya yang tercongok
berdiri di luar cepat-cepat mengekorinya. Serentak, semua kepala mengangkat
muka dan memandang mereka. Liya mula cuak. Sesak nafas pun dah ada ni.
“Siapa yang berdiri dekat belakang
kamu tu, Zafran?” Tanya Cikgu Suhaily sambil memandang ke arah Liya yang
seperti sedang bersembunyi di balik tubuh tinggi lampai milik Zafran.
“Saya pun tak tahu, cikgu. Dari tadi
dia berdiri dekat luar kelas. Mungkin student
baru,” balas Zafran sebelum meminta diri ke tempatnya. Sekarang ni tinggal Liya
yang masih lagi terkebil-kebil di
hadapan kelas sorang diri. Mula-mula dia nak menjerit suruh lelaki tu duduk
sini jugak tapi macam tak patutlah pulak. Buat apa lelaki tu nak teman dia kat
sini kan?
“New
student?” Soal Cikgu Suhaily. Dia tersenyum mesra.
Perlahan-lahan Liya mengangguk
sambil membalas senyuman guru di hadapannya. Matanya melirik ke arah tag nama
guru berkenaan yang tertera nama Suhaily.
“Nama apa?”
“Liyana Damia binti Badrul Hisham,
cikgu. Panggil Liya,” jawab Liya sebaik mungkin. Tiba-tiba dia merasa kurang selesa
apabila semua pelajar kelas itu ralit memandangnya kecuali seorang. Siapa lagi
kalau bukan lelaki yang bernama Zafran tu. Dia seorang je yang sibuk menulis!
“Baiklah Liya. Kamu boleh duduk ...hmm...
dekat mana ye?” Mata Cikgu Suhaily meliar-liar mencari tempat duduk yang
kosong. ”Hah! Dekat sebelah Zafran kosong. Kamu duduk situ ye.”
Liya memandang ke arah tempat duduk
yang ditunjukkan oleh Cikgu Suhaily. Matanya terbeliak apabila melihat Zafran
yang duduk dekat sebelah dia! Dan nafasnya seakan tersekat apabila melihat
pandangan mata Zafran yang sangat tajam. Pandangan mata yang membawa maksud,
“Liya, kau dalam masalah besar! Bersedialah!”
“Pergilah duduk. Kalau ada apa-apa
yang kamu tak faham, boleh tanya Zafran. Dia ketua pengawas sekolah ni,” kata
Cikgu Suhaily lagi.
Ketua pengawas?! Liya makin
terkejut. Orang yang dingin macam ais tu ketua pengawas?! Siapalah yang
‘cerdik’ sangat pergi pangkah nama dia masa pilihan raya? Muka langsung tak
mesra rakyat. Serius memanjang! Kalau aku jadi salah seorang pengundi,
awal-awal mamat ni kena reject. Ke
dia paksa budak-budak kat sekolah ni undi dia?!
Dengan
langkah yang lemah, dia melangkah ke tempat duduknya tanpa mempedulikan
mata-mata yang memandang. Nak tak nak, dia terpaksa jugak duduk dekat situ.
Takkan nak membantah kan? Budak baru tapi dah buat perangai buruk. Tak nak! Tak
nak!
Perlahan-lahan
dia melabuhkan punggung di atas kerusi sambil cuba menerapkan pesanan maknya di
dalam hati dan juga di dalam mindanya.
Kita datang sekolah nak
cari ilmu.Perbetulkan niat dan Insya-Allah kita akan berjaya. Mak yakin dengan
anak mak ni.
Liya
tersenyum kecil setiap kali teringat akan pesanan ibunya itu. Kemudian dia
mengeluarkan buku latihan Matematik dan bersedia untuk memulakan pelajaran.
Semangatnya untuk belajar berkobar-kobar.
“Baiklah.
Bangun semua. Masa cikgu dah tamat.”
Mata
Liya membulat. Lah! Dah habis masa rupanya. Liya tepuk dahi.
“NAH!”
Zafran
meletakkan tiga helai lencana kain di atas meja Liya semasa waktu rehat. Liya
memandang lelaki di hadapannya dengan pandangan yang pelik. Ni kenapa pulak nak
letak lencana atas meja aku?
“Untuk
apa?”
“Untuk
kau pakailah! Takkan nak buat makan pulak?” Jawab Zafran dingin sebelum duduk
di tempat duduknya. Langsung tak senyum. Muka tu pun serius memanjang. Kalau
singa tengok pun, singa takut tau!
“Err...thanks,” ucap Liya perlahan sambil
mengambil lencana-lencana tersebut lalu dimasukkan ke dalam beg sekolah. Orang
dah bagi free buat apa kita nak
menolak kan? Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Dia ketawa kecil.
“Lagi
satu, jangan pakai pin tudung yang terlampau fancy. Yang bergayut-gayut tu. Kalau cikgu ataupun pengawas nampak,
memang kena rampas,” ucap Zafran tanpa memandang wajah Liya. Tangannya lincah
menulis di atas sehelai kertas kajang.
“Okey,”
“And one more thing, cuba keep up.Jangan slow sangat.”
Liya
tercengang. Slow? Maksud dia apa?
Sejak bila aku slow? Ke aku berjalan
perlahan?
“Slow dalam erti kata apa ye?”
“Kami
dekat sini belajar laju. Sebabnya nak cepat habiskan syllabus. Bila dah habis syllabus,
bolehlah ulang kaji banyak sikit. Faham?” Tanya Zafran masih lagi lincah
menulis di atas kertas kajang. Mata dia dah melekat kat permukaan kertas kajang
itu. Sedikit pun tak pandang Liya dekat sebelah ni.
Liya
mengangguk tanda faham. Benda tu memang normal. Cikgu dekat sekolah lama pun
suka ajar laju-laju, biar boleh ulangkaji lama sikit. Kalau ada tajuk yang tak
faham lagi, bolehlah ulang balik masa tu. Lagipun, dia memang kena cover balik tajuk-tajuk yang dia tak
sempat nak belajar. Tu la, nak lagi cuti lama-lama kat rumah tu! Dia
kemudiannya memandang ke luar tingkap. Duduk di sebelah Zafran membuatkan dia
rasa seolah-olah dia ni halimunan. Mana taknya, Zafran diam je dan sibuk
menulis.
“Ambik
kertas ni,” kata Zafran tiba-tiba sambil meletakkan kertas kajang yang sudah
bercoret dengan tulisannya di atas meja Liya.
“Kertas
apa ni?”
“Apa
kata kau baca dulu sebelum tanya apa-apa dekat aku?” Ucap Zafran mendatar
sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain.
Liya
mencebik bibir. Hodoh sangat ke muka aku ni sampai dia tak nak tengok? Memang
sombong betul lelaki ni. Rizwan pun ketua pengawas jugak dekat sekolah lama
dulu tapi takdelah sombong macam dia ni!
Zafran sombong! Dia kemudiannya menatap kertas di hadapannya.
Peraturan ketika duduk di sebelah aku!
Terbuntang
luas mata Liya. Mak aih, ni baru baca tajuk! Belum lagi tengok isi
kandungannya. Kalau dah dah baca isinya mahu tersembur terus bijik mata. Dia
menjeling Zafran di sebelah. Peraturan ketika duduk di sebelah aku? Ceh! Macamlah
kau tu Menteri Besar nak bagi peraturan segala.
1.
Jangan nak tidur dalam kelas.Kalau nak tidur, pergi balik rumah!
2.
Jangan nak bising-bising.Aku serabut dengan orang yang suka membuat bising.
3.
.Jangan kacau aku masa aku tengah belajar.Aku paling tak suka orang ganggu aku!
4.
Jangan mengelamun!
5.
.Jangan selekeh.Orang yang selekeh menyakitkan mata aku!
6.
Jangan nak buat perangai gila depan aku.Aku suka orang yang normal saja.
7.
Jangan nak menyanyi-nyanyi.
Liya mencebik.Suara
aku sedaplah! Kalau aku nyanyi, confirm
kau tidur nanti.Dia mengambil botol air lalu diteguk perlahan.
8.
Jangan cakap dengan aku melainkan kau ada perkara penting yang nak ditanya.
9.
Jangan menyampuk kalau aku tengah bercakap. Sebab apa yang aku cakap adalah
untuk pengetahuan kau.
10.
Dan yang paling penting! Jangan sesekali kau terpikat dekat aku!
Uhuk! Uhuk!
Liya tersedak
sehingga tersembur keluar air dari dalam mulutnya.Nasib baik dia sempat
mengalihkan muka ke luar tingkap. Sakit dada dia sebab tersedak tadi! Kurang
asam masin betullah! Pantas muka lelaki di sebelahnya dipandang dengan tajam.
Gigi diketap tanda geram. Zafran budak perasan! Boleh blah! Hello, ni Miss Hati Batu okey! Tak mudah terpikat dengan
sesiapa pun. Lagipun apa yang istimewa sangat pasal Zafran yang mampu
membuatkan dia terpikat?
Nak kata baik, dia
masih belum berjaya menemui ciri-ciri baik Zafran. Nak kata jahat, adalah sikit
dengan mulut yang laser dan sikap yang terlampau dingin. Tapi dia sendiri pun
jahat jugak. Mulut dia sendiri pun kecoh. Jadi tak boleh nak salahkan Zafran
kerana bermulut laser. Tapi yang tak tahannya, apasal peraturan tu kena ada?
Macamlah aku nak sangat duduk sini! Kalau cikgu tak suruh, tak adanya aku
terhegeh-hegeh duduk sini. Memang confirm
tak duduk sini ye. Kenapalah aku kena duduk sebelah budak yang terlampau
perasan?!!! Waaa! Liya menepuk dahinya. Dahlah peraturan budak-budak dia bagi.
Ceitt!
“Zafran, dengan
senang hatinyanya aku terima semua peraturan yang kau bagi ni dengan hati yang
terbuka. Especially yang nombor 10 tu
sebab aku tahu yang itu mungkin mustahil untuk berlaku dengan perangai kau yang
macam ni. Kuat perasan! Dan lagi satu, ada satu perkara yang aku tak boleh ubah
. Aku ni memang seorang yang cuai sikit dan agak kelam-kabut. Jadi, mungkin kau
akan tension jugak tapi jangan bimbang, aku akan cuba sedaya
upaya supaya aku tak ganggu kau! Harap maklum!” Ucap Liya geram sambil
memasukkan kertas tadi ke dalam beg sekolahnya.
“Apasal kau simpan
kertas tu?”
“Aku nak simpan sebagai
peringatan supaya aku sentiasa ingat peraturan budak-budak kau ni. Tak matured langsung,” balas Liya selamba
sebelum mengeluarkan buku lukisannya dari dalam beg sekolah. Buku lukisan yang
bersaiz sederhana itu diusap lembut. Sebenarnya alasan takut lupa peraturan
budak-budak tu, dia tipu je. Tanpa kertas tu pun, dia dah boleh ingat peraturan
mengarut Zafran. Yang menyebabkan dia nak simpan kertas ni adalah disebabkan
oleh rasa kagum terhadap tulisan Zafran yang kemas tersusun. Kagum terhadap
tulisannya dia je, bukan pada orangnya! Harap maklum sekali lagi!
Tak sangka lelaki
perasan macam Zafran mempunyai tulisan macam ni. Dia mengakui tulisan Zafran
sangatlah cantik. Mengalahkan aku yang perempuan ni tau. Mesti cikgu tak pening
nak check buku dia ni. Tapi aku tak
nak puji dia depan-depan sebab takut dia makin bertambah perasan. Kalau makin
perasan, makin terseksa hidup dia nanti!
“Kalau nak kutuk aku,
jangan kutuk dalam hati...berdosa!” Sekali lagi suara dingin itu berkata-kata. Liya
hanya mampu mengenggam pensel kayunya sekuat hati. Kalau nak diikutkan hati
yang membara ni, dah lama dia cili mulut Zafran tu. Biar tambah merah! Sakit
jiwa! Sakit jiwa! Sakit jiwa!
“Tak ada masa la nak
kutuk kau. Berlambak lagi kerja lain aku boleh buat. Perasanlah kau ni!” Liya
membalas dingin. Zafran hanya mengangkat bahu sebelum kembali menulis. Liya
pelik. Sejak dari tadi Zafran tak habis-habis menulis. Entah apalah yang
ditulisnya pun, Liya tak tahu. Tak letih ke asyik menulis?
“Ni senarai buku yang kau kena ada. Prepare semua tu.” Tiba-tiba Zafran
meletakkan sehelai lagi kertas kajang di atas meja Liya sebelum melangkah ke
tempat duduk kawannya. Liya hanya memerhati langkah Zafran buat seketika
sebelum menatap kembali kertas di tangannya. Semuanya serba lengkap. Segala
keperluan yang dikehendaki sepanjang dia bersekolah di sini telah siap ditulis
oleh Zafran.
“Kenapa aku rasa dia ni macam penjaga aku je?”
Ucap Liya perlahan sambil mengangkat muka untuk memandang ke arah Zafran yang
sedang berbual-bual dengan seorang pelajar lelaki.
‘Dan yang paling penting, jangan sesekali terpikat dekat aku!’
Liya menggeleng
kepalanya laju-laju. ”Takkan terpikatnya!”
“MACAM MANA hari pertama kat sekolah baru?” Tanya
Puan Karmila ketika Liya tengah makan tengah hari. Lepas balik sekolah tadi,
Liya terus naik atas untuk mandi dan solat. Tak sempat pun dia nak tanya-apa
tadi.
Liya pandang Puan
Karmula sebelum menunjuk isyarat ‘OK’. “Semua okey! Kawan-kawan pun baik.” Liya
senyum lebar. “.... tapi...” Tiba-tiba dia teringat dekat mamat perasan yang
duduk dekat sebelah dia tu. Terus rasa tak happy
sangat dah!
“Tapi apa?”
“Ada sorang yang
bermasalah sikit,” ucap Liya perlahan sambil meneguk air.
“Siapa yang
bermasalah tu?”
“Ketua pengawas. Nama
dia Zafran. Ya Allah, mak... teruk gila perangai dia! Tak habis-habis nak
sakitkan hati Liya! Macam manalah dia boleh jadi ketua pengawas?!” Liya
mencebik geram. Setiap kali sebut pasal Zafran, mesti hati dia rasa panas
semacam! Rasa membara macam gunung berapi tu! Tu baru sehari, belum setahun
lagi! Kalau setahun, dia pun tak tahu apa jadi.
Puan Karmila dah
tergelak kecil. “Dia nak main-main je tu. Saja nak mengusik.” Puan Karmila
meletakkan semangkuk bubur jagung dekat atas meja.
“Makanlah bubur
jagung tu. Hari tu kata nak makan.”
Liya terus tersenyum
lebar. Hilang terus pasal Zafran tadi. Dia capai mangkuk tadi. Memang dah lama
sangat dia teringin nak bubur jagung tadi. Walaupun terseksa dengan perangai
Zafran hari ni tapi dia bahagia sebab dapat bubur jagung! Dah tak kempunan dah!
“Dia duduk sebelah
Liya ke?”
Liya mengangguk
sambil menyuap sesudu lagi bubur jagung masuk ke dalam mulutnya. “Situ je
tempat kosong. Yang lain semua dah ada orang duduk.”
“Jangan selalu gaduh
dengan orang tau. Liya tu budak baru. Berbaiklah dengan Zafran tu. Boleh dia
tolong ajar Liya dekat sekolah.”
“Hish, tak naklah
mak! Ramai lagi kawan-kawan yang lain. Kalau nak suruh dia ajar, memang Liya
kena beli kapas banyak-banyak! Boleh sumbat telinga kalau tiba-tiba sakit
hati!”
Puan Karmila dah
tergelak kecil. “Jangan gaduh sangat. Karang tersuka pulak,” kata Puan Karmila
tersenyum-senyum.
Nyaris-nyaris Liya
nak tersedak bila dengar Puan Karmila cakap macam tu. Laju dia mengurut dada.
Sesak nafas tadi! Simpang malaikat 44! Tak sanggup dia!
p/s : Bab 2 agak panjang :) Comments are loved~ ♥ Enjoyyy! Bab 3 tunggu minggu depan pulak ye.
Salam, rasanya macam pernah baca novel ni sblm ni. Si Zafran ni memang suka pd Liya sampai belikan dress untuk di pakai masa majlis harijadi Zafran. Citer memang diolah semula ke?
ReplyDeleteWaalaikumussalam :) A'ah. Betullah citer tu :) Saya dah olah balik. Ni versi baru :)
Deletepatut lah macam pernah baca je....#^_^
ReplyDeletehehehe.. tapi banyak dah berubah :) mss yang dulu tu dah hilang jadi buat yang baru.
DeleteAssalamualaikum.dah masuk bab 2.dah ada Zafran yg cool.bila tgk nmpk mcm sombog tp dye ni jns yg staraight to the point sbnrnya.perangai yg plg akk suka la.hehehee.
ReplyDelete