Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Monday, July 23, 2012

Cerpen : Jalan Cinta Part 1


Bila kita akan bertemu dengan jodoh kita? Bagaimana rupa jodoh kita? Bagaimana kisah cinta kita bersama dia yang telah Allah rancangkan? Itu semuanya rahsia Allah. Satu hari nanti, insya-Allah dengan izin-Nya, dia akan datang pada kita. Membawa kita bersamanya. Sehidup dan semati, insya-Allah.
**
MUHAMMAD AMMAR
Bila aku cakap aku nak kahwin, semua gelakkan aku. Kata diorang, terlampau awal untuk aku berkahwin sekarang. Kata diorang lagi, kenapa aku tak enjoy dulu kehidupan bujang aku? So, jawapan aku adalah kerana aku dah bersedia untuk jadi seorang suami. Baik duduk rumah dengan isteri daripada aku merayap tak tentu hala. Alhamdulillah, setakat ni aku berjaya menepis segala godaan kawan-kawan yang selalu ajak aku buat jahat. Contohnya ajak pergi pub! Gila apa?! Memang taklah aku nak pergi kan? Astaghfirullahallazim.
Jadi bila mak aku cakap yang dia dah jumpa calon isteri yang sesuai untuk aku, aku terus setuju. Dan sudah semestinya aku tengok dulu gambar empunya diri. Perkataan yang pertama terlintas dekat kepala, “Comel.”
Tapi aku tak terima cadangan mak aku sebab dia comel je tau. Kata mak aku, Damia ni budaknya baik. Selalu tolong orang tua dan dia selalu mengajar budak-budak mengaji. Entah kenapa, terasa sejuk hati aku ni bila dengar. Akhirnya aku terima la Damia ni tapi dalam hati risau jugak! Takut aku kena reject tapi alhamdulillah tak. Baru beberapa minggu yang lepas, aku dah selamat jadi tunang orang. Tunang kepada Nurul Damia tapi aku tak pergi pun masa tu. Bukan tak  nak tapi biarlah. Tunggu masa akad nikah nanti.
“Esok Abang Long nak singgah dekat rumah Mia kejap. Ada apa-apa nak bagi kat dia?” Soal Abang Long sambil melabuhkan duduk sebelah aku yang sejak dari tadi asyik termenung.
“Hmm... tak tahu lagi. Esok kalau ada apa-apa Am nak kasi kat dia, Am bagitahu Abang Long.”
Abang Long mengangguk sebelum tiba-tiba memaut bahu aku. “Am tahu yang Mia tu pernah jadi tunangan orang?”
Aku mengangguk. Memang mama dah bagitahu aku awal-awal pasal hal ni. Dia risau nanti aku marah pulak bila tahu pasal ni tapi aku nak marah buat apa kan? Benda dah lepas pun.
“Baguslah kalau macam tu.” Abang Long senyum sebelum bangkit. “Kalau ada apa-apa nak bagi kat dia, bagitahu cepat-cepat tau.”
Tiba-tiba aku baru tahu apa yang aku nak bagi. Terus aku bangkit sebelum tersenyum lebar. “Am dah tahu nak bagi apa!”
***
NURUL DAMIA
Aku balik ke kampung ni pun dengan satu tujuan aje. Untuk disatukan dengan lelaki yang telah dipilihkan oleh ibu dan ayah. Haa... mesti orang cakap cliché kan? Takde apa yang cliché bila kita berkahwin dengan lelaki yang dipilih oleh ibu ayah kita. Itu namanya jodoh. Jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Aku tak kisah pun kalau kena kahwin dengan lelaki pilihan keluarga kerana bagi aku, apa yang keluarga aku pilih mestilah yang terbaik buat aku. Ye tak?
“Membebel apa lagi tu? Cepat tolong akak gantung langsir ni!” Jerit Kak Long sambil mencebik. Aku hanya ketawa kecil sambil memanjat kerusi. Kak Long aku ni kecik molek orangnya. Aku ni pulak kemain tingginya. Sebab tu la aku sorang je yang mampu nak gantung langsir ni. Nak harapkan Abang Ngah, memang tak bergantung la langsir ni.
“Akak, bakal suami Mia tu handsome tak?” Aku control muka macho sambil gantung langsir walaupun jantung dah dup dap. Malu kot tanya soalan macam ni kat Kak Long!
Kak Long dah tersengih-sengih. “Handsome.”
“Ohh...”
“Lepas Mia dah siap gantung langsir, akak nak bagi something.”
“Apa dia?” Laju je aku berpaling dekat Kak Long. Tangan pun makin ligat menggantung langsir. Lepas siap, terus aku melompat turun dari atas kerusi dan terus mendapatkan Kak Long.
“Ni ada surat yang bakal suami Mia kasi.”
Dahi aku berkerut tapi tangan aku tetap mengambil surat dari tangan Kak Long. Amboi Inche Tunang, siap bagi surat segala!
 Bila Kak Long dah melangkah ke dapur, aku terus berdesup masuk ke dalam bilik. Surat Inche Tunang ni aku bukak perlahan-lahan. Dup dap dup dap jugak jantung aku dibuatnya.
Assalamualaikum awak,
Apa khabar? Maaf kalau surat saya ni menganggu awak. Kita dah selamat bertunang dan ini merupakan masa yang sesuai untuk kita taaruf dulu bagi mengenali diri masing-masing sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Tersedak aku bila baca alam perkahwinan tu. Terasa membahang pulak muka sekarang ni. Nasib baik dia takde dekat depan mata. Kalau tak, mau dia gelak tengok aku macam ni.
Biar saya perkenalkan diri saya terlebih dulu. Nama saya Muhammad Ammar binti Arif. Umur saya 27 tahun. Saya bekerja sebagai seorang juruterbang. Mungkin awak akan fikir yang bila saya ni seorang pilot, of courselah saya ni playboy kan?
            Aku mengangguk. Pilot kan selalunya playboy?
            Tak baik tau judge orang macam tu. Insya-Allah saya tak macam tu. Saya jadi pilot sebab saya suka awan. Saya kagum dengan keindahan ciptaan Allah. Sama macam saya kagum dengan awak. Lagipun saya tahu malaikat kiri dan kanan bahu saya ni takkan pernah berhenti mencatat segala kebaikan dan keburukan yang saya lakukan. Jangan bimbang. Insya-Allah solat fardhu tak pernah saya tinggalkan dan takkan pernah tinggalkan.
            Tersedak lagi aku. Kagum dengan aku? Hahahaha! Apa yang aku dah buat sampai dia kagum sangat ni?
            Saya tahu awak mesti pelik kenapa saya kagum dengan awak? Sebabnya adalah awak sentiasa tabah dalam hidup awak walaupun awak pernah ditinggalkan oleh tunang awak sebelum ni. Maaf sebab saya bercakap pasal hal ni. Bukan bermaksud nak buat awak terasa atau apa, cuma saya nak cakap, saya kagum dengan awak sebab awak tabah. Ditinggalkan tunang pada saat-saat nak dinikahkan memang pedih. Walaupun saya tak rasa tapi saya tahu.
            Aku mengelap air mata yang tiba-tiba mengalir. Hampeh betul, Inche Tunang ni! Nak buat aku terharu ke apa ni?
            Lagi satu, saya kagum dengan awak sebab awak sudi terima saya walaupun awak tak kenal siapa saya ni. J
            Awak, saya ni kuat makan orangnya tapi saya tak cerewet. Saya akan makan apa je yang awak masak. Insya-Allah saya takkan merungut. Kalau saya merungut, sila marah saya dan tunjuk surat ni dekat saya ye.
            Sebelum saya mengundur diri, saya ada selitkan gambar saya dekat sampul surat. Saya tak handsome, saya ni biasa-biasa je dan saya harap awak akan menjadi pelengkap hidup saya.
            Ayat last tu memang menyentuh kalbu. Okey, aku mengaku yang Inche Tunang sangat sweet. Surat yang dia bagi, aku lipat lalu aku letak dalam kotak comel yang memang aku sembunyikan dalam almari. Gambar dia pulak aku tatap lama. Haaa... memang handsome!
            “Amboi, kemain senyum...” Aku terus pusing belakang sebelum menjerit.
            Macam mana Kak Long dengan Abang Ngah boleh masuk dalam bilik ni?!!
***
MUHAMMAD AMMAR
            Baju uniform yang tersarung di tubuh, aku betul-betulkan sedikit. Hari ni aku kena bekerja selepas dah berehat dekat rumah tiga hari. Beberapa hari yang lepas, aku dah terima surat daripada Damia. Tulisan dia serius comel gila! Tersusun dan kemas. Isi kandungan surat dia pun comel jugak. Dia suruh aku jaga dia baik-baik lepas kami kahwin nanti. Dia jugak pesan suruh aku jaga diri masa bekerja.
            Selepas memastikan segalanya dah okey, terus aku angkut beg roda ke bawah. Mama dan papa hanya tersenyum sebelum mama menuang air teh ke dalam cawan aku. Aku perasan sejak beberapa hari ni, memang mama asyik tersenyum je. Bahagia sangat agaknya sebab anak bongsu dia akhirnya nak kahwin.
            “Lama ke Am pergi Dubai?”
            “Lima hari.” Aku sengih. Tak lama sangat rasanya. Lagipun dalam kepala aku ni, aku dah rancang nak bagi sesuatu dekat Damia. Harap-harap dia sukalah hadiah aku tu nanti.
            “Am tahu kan majlis Am dengan Mia hujung bulan ni?”
            Aku mengangguk. 30 Jun 2012. Dah dekat sangat tu. 3 minggu macam tu je lagi.
            “Dah ready?” Tanya papa sambil tersenyum.
            Aku tersengih sumbing. Nak kata ready tu, boleh la tapi rasa gementar ada jugak. Tapi dalam gementar-gementar tu jugak, sempat lagi aku beli cincin untuk Damia. Cincin nikah nanti tapi aku belum tunjuk dekat mama lagi. Nanti-nantilah kot nak tunjuk.
            “Alhamdulillah dah.”
            “Baguslah kalau macam tu.” Papa senyum je lepas dengar jawapan aku. Suka jugak agaknya bila aku dah bersetuju nak kahwin ni.
            Damia, untunglah awak kan?
            ***
            NURUL DAMIA
Sejak dari hari aku terima surat dari Inche Tunang, mulut aku tak habis-habis senyum. Aku dah selamat balas surat Inche Tunang dan dah selamat jugak aku kasi dekat Kak Long. Kak Long tersengih-sengih je masa aku bagi surat tu. Siap usik aku lagi. Hampeh betul la Kak Long! Abang Ngah pulak tak habis-habis jugak mengusik. Sama je perangai kakak dengan abang!
            “Baju kahwin dah decide nak warna apa?”
            Aku geleng.
            “Haih, bilanya nak decide?” Ibu dah bercekak pinggang. Aku hanya mengekek ketawa. Sebenarnya, aku tak kisah pun baju kahwin warna apa, asalkan cantik dan menutup aurat. Sesuai dengan aku yang bertudung ni.
            “Ikut ibu la. Mia tak kisah...”
            “Tak nak. Kamu pilih sendiri. Esok mak panggil sepupu kamu datang. Nasib baik la ada sepupu yang ada butik pengantin.”
            Aku hanya mengangguk sambil tersenyum. Lawak betullah mak ni! Comel pun comel!
            Pap!
            “Apa ni, akak?! Tetiba tepuk peha orang!” Peha yang pedih aku usap perlahan. Kak Long tersengih-sengih sebelum menghulur telefon bimbitnya dekat aku.
            “Dia takde dekat Malaysia sekarang. Dia suruh Mia baca ni.”
            Aku menyambut telefon Kak Long sebelum menjauh sedikit. Malu nak baca depan Kak Long walaupun aku tahu Kak Long mesti dah baca.
            Assalamualaikum awak, saya harap awak sihat alhamdulillah. Saya nak cakap pasal baju kahwin. Saya tak kisah awak nak warna apa pun. Saya ikut je. Mama pun tak kisah. J Sorry terpaksa susahkan awak.
            Aku tersenyum ceria sebelum mendekati Kak Long dan hulur telefon bimbit dia sambil tersenyum malu.
            “Nak warna apa?”
            “Belah kita, kalau boleh... Mia nak warna krim. Belah Ammar pulak nak warna biru dengan putih.” Aku tersengih. Warna biru tu sebab Inche Tunang kan suka awan. Haaa...mesti comel kan?
            “Nanti cakap dengan Hannah.”
            Aku mengangguk sebelum melangkah masuk ke dalam bilik dan melambungkan tubuh aku atas katil. Tiba-tiba ternampak bayangan wajah Inche Tunang yang tersenyum. Haih, dah jatuh cinta ke aku ni?

p/s : Ni first part. Tak siap sepenuhnya lagi tapi memandangkan dah lama tak post, saya post part by part ye :) Enjoy reading!

Photobucket

14 comments:

  1. hehehe....old skool ...main pas surat.ingat dulu before penggunaan email..dok main pas surat....heehhe...daku terkenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Surat lebih dekat di hati sbb kita tahu org tu susah payah nak menulis surat utk kita :DDD heee!

      Delete
  2. sengih je masa baca..manis macam gula-gula kapas ! hee ^_____^

    ReplyDelete
  3. best~~~
    sgt2 laa sweeeet diorang nih..
    heheh

    ReplyDelete
  4. tiba2 terus rasa nak kahwin cpt..
    hehe..nak rasa perasaan cinta mcm ni.. cinta selepas berkahwin..yup..bertunang tempoh ta'aruf yg disarankan Islam..^^

    ta'aruf yg punya batasnya..sgt indah..xsabarnya nak bercinta dgn
    'dia'..hehe..Inchik Suami.. :)
    rasa nak terbang la~~

    nak lagi n3 baru..hehe..thanks awak..

    _________________________
    I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

    ReplyDelete
  5. anon : heee..insya-Allah awk akan dapat cinta yang diredhai oleh Allah. amin... sy doakan ye :D moga awak dapat bercinta dgn Inche Suami nnti dan ta'aruf dgn dia sebelu kahwin.. heee!

    ReplyDelete
  6. alamak... macam mana boleh terbaca part1 nih..
    kan dah teruja nak tau smbungan.. by da way suka cra mereka menjaga batasan.. Ammar tu x gaya langsung pilot..haha.. penuh gaya gentle n sopan.. pilot kan biasanya gelojoh,..haha

    ReplyDelete
  7. Sweet!!♥♥♥ heheh

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...