Wednesday, April 4, 2012

Teaser Bertemu Cintaku.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! :)

Hari ni saya dapat berita yang amat menggembirakan. Alhamdulillah Bertemu Cintaku! dah lulus penilaian dan insya-Allah akan diterbitkan. Bila tu, saya tak sure tapi insya-Allah tahun ni. Thanks pada mereka-mereka yang menyokong selama ni ye :) Bertemu Cintaku! adalah untuk anda semua. ♥ Siapa-siapa yang nak baca teaser-teaser yang mungkin saya akan post, boleh like page saya dan join group saya sebab saya akan post dekat situ. Kalau ada masa, saya akan post jugak dekat blog ni. Maaf sebab lama biarkan blog ni bersarang :) 

Sedikit teaser untuk Bertemu Cintaku!


“AKU NAK MASUK. Kau nak?” Mulut Zafran dimuncungkan ke arah Reptile House. Cepat-cepat Liya menggeleng. “Terima kasih jelah. Aku tunggu luar je.”
            “Kau takut?” Senyuman sinis terukir di bibir Zafran.
            Liya berdehem kecil. “Aku dah penat.”
            “Kalau takut, cakap jelah.”
            Liya mengetap gigi sambil memandang Zafran dengan pandangan mata yang tajam. Nanti ada yang aku humban masuk kandang harimau!
            “Kau nak masuk ke tak nak? Kalau tak, aku nak tengok animal show ni.”
            Terus Zafran ketawa apabila melihat muka cemberut Liya. Dah takut pun, tak nak mengaku jugak. “Fine. Kita tengok animal show.”
            “Jom!” Liya terus memanjat anak tangga meninggalkan Zafran di belakang. Zafran pulak menggeleng kepala. Tak menyempat betul! Macamlah animal show tu nak lari dari dia.
            Selepas mendapat tempat duduk yang agak di hadapan, terus Liya mengeluarkan minuman dari dalam beg. Tekak rasa sangat dahaga. Peluh usah cakaplah. Kalau perah sapu tangan yang dia bawak ni, memang dah penuh satu baldi. Kalau nak kuruskan badan, memang elok datang sini. Sekejap je dah berpeluh!
            “Minum sorang-sorang je,” ucap Zafran sambil mengeluarkan kamera dari dalam beg kameranya. Sempat dia menangkap dua tiga keping gambar Liya yang tengah sibuk mengelap peluh.
            “Kenapa tak beli tadi?”
            “Malas...”
            “Padan muka! Siapa suruh kau malas?”
            Zafran hanya tersengih. Sebaik saja persembahan bermula, dia terus mengambil tempat di sebelah Liya dengan kamera difokuskan kepada tiga ekor burung kakak tua. Liya terus menepuk tangan apabila jurulatih burung kakak tua tersebut memperkenalkan diri dan juga burung-burung di bawah jagaannya.
            “Kau memang suka animal show eh?”
            “Suka! Comel kot tengok haiwan-haiwan ni buat trick. Macam cool gila!”
            “Selalulah kiranya kau tengok animal show?”
            Liya mengangguk. “Lebih kurang... Oh, comelnya!” Liya menjerit teruja apabila burung kakak tua yang bernama Romie berpura-pura mati ketika ditembak oleh jurulatihnya.
            “Pandai betul kan burung-burung ni?”
            Zafran mengangguk bersetuju. Dia sendiri pun teruja. Rugi betul Maya dengan Hannah tak ikut diorang datang sini.
            “Rugi betul Hannah dengan Maya kan?”
            “Memang!”
            Zafran berpaling ke arah Liya yang masih lagi khusyuk memerhatikan aksi burung-burung kakak tua di hadapan mereka sekarang. Secara tiba-tiba, senyuman terukir di bibirnya. Senang dia melihat senyuman di bibir Liya.
            “Apasal kau tengok aku ni?” Tanya Liya. Rasa macam kurang selesa apabila asyik dipandang oleh Zafran.
            “Lapan tahun tak jumpa. Kau nampak lain sikit.”
            “Apa yang lain?”
            “Hmm... kau dah pakai mekap walaupun sikit je.”
            Liya gelak kecil. Pakai mekap pun nak pelik ke? “Tak tebal kan? Cukuplah dengan eyeliner dengan lip balm ni.”
            “Cukup. It suits you well.”
            Liya senyum. Satu lagi perkara baru mengenai Zafran adalah dia senang memuji sekarang ni. Kalau dulu, memang payah nak puji orang.
            “Kau sekarang ni suka puji orang kan?”
            “Aku tak puji kau. Tu memang kenyataan.”
            “Berlagak...”
            Zafran jelir lidah dan kembali menangkap gambar tanpa mempedulikan Liya yang tersengih-sengih dekat sebelah dia.


Photobucket

2 comments:

  1. waaa!!!!! Serius??! Nanti blh jmpk zafran dlm buku!! *btw, ter0ver excited rr! Tahniah!!! :D

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers