Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Monday, February 6, 2012

Kasihnya Qaisara 5


Bab 5
            “Kamu berdua plan nak pergi jalan ke mana hari ni?” Soal Encik Syahrul ketika mereka semua sedang bersarapan di taman luar rumah. Ini semua Danish punya idea! Katanya dia rindu nak berkelah dekat taman. Nak pergi taman yang memang tempat berkelah, macam tak sempat dan akhirnya mereka semua berpakat bawak barang makanan ke taman luar rumah ni je.
            “Hmm… jalan-jalan je kot, papa. Nak honeymoon pun tak boleh lagi. Cik adik ni dah nak pergi study,” jawab Danish sambil tersengih apabila Qaisara mencubit lengannya.
            “Oh ye, bila Aira pergi sana?”
            “Minggu depan, mama…” Ucap Qaisara dengan senyuman.
            “Kesian la Abang Danish nanti. Takde orang nak teman dah,” Khairi mengusik dan disokong oleh Maira.
            “Amboi, tahu nak mengusik orang je kan?” Puan Husna mencubit manja kedua-dua orang anak kembarnya yang hanya mengekek ketawa. Qaisara pulak hanya tergelak kecil tapi terus terhenti gelaknya apabila Danish memandangnya dengan pandangan mata yang sayu.
            “Kenapa?”
            “Betul cakap Khai. Kalau Aira takde, siapa nak teman abang?” Soal Danish perlahan.
            “Habis selama ni?”
            “Selama ni tak kahwin lagi. Sekarang dah kahwin,” balas Danish sambil mendekatkan dirinya dengan Qaisara. Qaisara tersenyum kecil. Bukan main bertambah manja suaminya sekarang ni!
            “Ala, every weekend kan Aira balik…”
            “Weekend 2 hari je. Hari-hari lain, macam mana?” Danish buat muka kasihan sambil bermain-main dengan jari Qaisara. Langsung tak dipedulikan orang lain. Sekejap aje, dunia dia dah jadi hak milik dia dan Qaisara je. Orang lain tak boleh masuk!
            “Suami Aira kan orangnya kuat, macho, handsome, berani… takkan tak kuat kan?”
            Danish mencebik. “Hmm… apa kata kalau Aira duduk rumah je? Gaji abang dah lebih dari cukup untuk tampung kehidupan kita.”
            “Abang, lupa eh janji masa kita nak kahwin dulu?” Qaisara menggoyangkan jari telunjuknya sambil tersenyum. Danish mengeluh lemah sebelum mengangguk.
            “Apa dia?”
            “Aira boleh sambung study dan abang akan sokong sepenuhnya!”
            “Haa… sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan…”
            “Ehem-ehem…” Tersentak Danish dan Qaisara apabila mendengar deheman kuat yang datang dari arah belakang. Harris dan Redzuan sedang tersengih sambil buat muka comel. Qaisara menggeleng kepala.
            “Please bang. Muka comel langsung tak sesuai!”
            “Muka comel abang ni la yang dah buatkan Kak Ani kau jatuh cinta okey!” Balas Harris sambil tersenyum bangga. Tiba-tiba dia rindu pulak pada tunangnya yang sekarang ni berada di Sarawak. Nak jumpa pun susah tapi tak apalah. Lagipun tak elok jumpa selalu sangat.
            “Kak Ani bila balik sini?”
            “Bulan depan. Lepas tu dia dah masuk kerja!”
            “Suka la tu…”
            Harris ketawa sambil mengusap kepala Qaisara. “Of courselah, dik! Jumpa tunang tersayang. Siapa tak suka?”
            Qaisara hanya ketawa sebelum memandang Redzuan yang sedang memerhati seseorang. “Abang Wan! Tengok siapa tu?” Tanya Qaisara sambil ketawa bersama Harris. Danish yang melihat turut ketawa. Redzuan mula menyebak rambutnya ke belakang. Alamak, kantoilah pulak!
            “Amboi bang… Bukan main ye sekarang ni.”
            Redzuan makin gelisah. Nampak sangat ke yang dia dah suka dekat Raihana? Haih,  dia memang langsung tak pandai nak sembunyikan perasaan dia. Nak diluahkan, takut dia malu sendiri. Dia bukan macam Abang Harris. Kalau Abang Harris pulak, kalau dia suka, dia terus cakap dia suka!           
            “Abang takde apa-apa la…” nafi Redzuan beria-ia. Sesekali dia mengerling ke arah Raihana yang sedang sibuk bersembang dengan mak.
            “Abang ngah jangan nak tipu kitaorang. Dah dekat 25 tahun abang long kenal kenal abang ngah.”
            Qaisara mengangguk mengiyakan kata-kata Harris. “Aira pulak dah kenal abang dekat 19 tahun!”
            “Aku pulak dah kenal kau sejak kau lahir lagi!” Sampuk Danish ikut serta. Umur dia dengan Redzuan bezanya setakat beberapa bulan aje. Dari besar sampailah sekarang, Redzuan dah dianggap macam abang kembarnya!
            “Shhh…korang ni slow down la sikit suara tu! Nak biar semua orang dengar ke?”
            “Tahu pun takut!” Cebik Qaisara sebelum mencuit bahu Redzuan. “Abang suka Kak Hana eh?”
            “Hish, Aira ni! Baru kenal je kan?”
            “Who knows? Love at the first sight!”
            “Takde maknanya…”
            “Aku kenal Hana tu, Wan. Dia baik… InsyaAllah boleh jaga kau.” Danish berkata sambil menepuk bahu Redzuan.
            “Korang ni! Dah-dah la sebut pasal ni. Aku nak masuk dalam dululah…” Redzuan dah bangkit dari duduknya tapi ketika dia ingin mengangkat muka, pandangannya terpaku pada Raihana yang turut memandang ke arahnya.
            “Dah habis makan?” Soal Raihana.
            “A’ah. Dah kenyang…” Jawab Redzuan ringkas sebelum masuk ke dalam rumah. Sempat lagi dia mengusap dadanya bagi mengurangkan debaran. Kau Redzuan! Macam anak dara nak kena pinang!
            Raihana hanya memandang langkah Redzuan sebelum menghela nafas panjang.
            “Trust me, Kak Hana! Abang Wan tu malu… jangan risau ye.” Qaisara member kata semangat sambil melayangkan tangannya ke udara. Raihana tersenyum kecil sebelum mengangguk.
            “Chaiyok!”
            “Hahahaha! Abang long nak jugak! Chaiyok!” Harris tiba-tiba menyibuk sekali.
            “Chaiyok!!!” Jerit mereka bertiga serentak sebelum ketawa riang.
            **
            “Sejuk ke?” Soal Danish sambil mengenggam tangan Qaisara yang hanya tersenyum.
            “Sikit je.”
            “Nasib baik Khai dengan Maira tak ikut tadi. Kacau daun je diorang tu,” ucap Danish sambil ketawa kecil. Qaisara hanya mencubit lengan Danish sebelum memeluknya erat.
            “Abang... nak strawberi coklat.”
            “Nak berapa?”
            Qaisara mengangkat dua jari. Memang dia suka makan strawberi coklat. Setiap kali Haris atau Redzuan datang ke Cameron Highlands, memang abang-abangnya selalu belikan strawberi coklat untuk dia.
            Qaisara memasukkan strawberi coklat ke dalam mulutnya sambil mengunyah dengan penuh nikmat. Sempat dia mengerling ke arah Danish yang merenung ke arah dia sebelum dia memasukkan sebiji strawberi coklat ke dalam mulut Danish.
            “This is my first time makan strawberi coklat.”
            “Aira dah makan untuk kali keberapa entah...”
            “Dulu masa sekolah pernah pergi Cameron tak?”
            Qaisara mengangguk. Dia memang selalu pergi lawatan ke Cameron Highlands. Pantang ada lawatan, memang dia akan pergi.
            “Dengan siapa?”
            “Dengan kawan-kawan sekolah...”
            “Boyfriend?” Soal Danish perlahan tapi Qaisara dapat mengesan nada cemburu suaminya.
            “Boyfriend? Sejak bila Aira ada boyfriend?” Qaisara mengetuk hujung bibirnya sambil tersenyum.
            “Takde eh?”
            Qaisara menggeleng. “Tak minat.”
            “So, abanglah orang pertama dekat hati Aira ni?”
            “Yelah. Yang pertama dan yang terakhir,” ucap Qaisara sambil mengeratkan pelukan di lengan Danish.
            Danish tersenyum bahagia sambil mengusap kepala Qaisara. Genggaman di tangan Qaisara semakin dieratkan.

p/s : Sorry sebab pendek :) Hehehe! Enjoy!


Photobucket

7 comments:

  1. Takpe la pendek . Janji ade jugak . Lama tunggu . Hee~ Best2 !

    [syaza]

    ReplyDelete
  2. suka3 :D sweet sgt diorang lepas kahwin ;) sambung lg Moon~

    ReplyDelete
  3. Alalala sweet nya dorang dua :DD Terleboh manja pulak Danish ni xD Kasi lah Abang Wan dengan Raihana~ Hehe :DD

    ReplyDelete
  4. Yg pertama, yg terakhir <3 <3 sweet gile >_<

    ReplyDelete
  5. Bercinta selepas nikah memang sesangat sweetlah >< atototoot

    ReplyDelete
  6. sweetness of falling in love adalah lepas kahwin..haha...sweetlah mereka..

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...