Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Friday, January 27, 2012

Kasihnya Qaisara 4


Bab 4
“Jemput makan ye…” Danish menegur mesra tetamu-tetamu yang hadir sambil diiringi oleh Qaisara di sebelahnya. Senang hatinya apabila melihat Qaisara yang bijak melayani kawan-kawannya walaupun tak pernah bertemu muka sebelum ini. Memang isterinya itu pandai bergaul kalau nak dibandingkan dirinya yang agak kaku.
“Danish!”
Danish berpaling ke belakang apabila mendengar namanya dipanggil. Terus melebar senyumannya apabila melihat Raihana merangkap kawan baiknya ketika di luar negara dahulu. Tak sangka yang Raihana sanggup balik ke Malaysia semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinannya.
“Hana! Aku macam tak percaya kau ada dekat sini!”
Raihana ketawa kecil. Qaisara yang melihat tertanya-tanya siapakah gadis cantik di hadapannya sekarang ini.
“Let me introduce you to my wife, Qaisara… Aira, ni kawan baik abang…Raihana,” ucap Danish dengan senyuman. Raihana tersenyum kecil sambil menghulurkan tangan. Qaisara menyambut dan turut membalas senyuman Raihana.
“Aira sangat bertuah sebab dapat suami macam Danish! Walaupun dia ni nampak macam tak berapa nak betul sangat tapi akak yakin dia boleh jaga Aira dengan baik.”
Qaisara tergelak kecil dan mengangguk mengiyakan kata-kata Raihana. “Memang bertuah…”
“Patutlah masa kat oversea dulu, dia tak layan perempuan yang cuba pikat dia. Sekarang ni saya dah tahu sebabnya, rupanya dia dah ada someone dekat Malaysia ni.” Raihana menjeling Danish yang ketawa.
“Aku dengan Aira ni cinta pandang pertama tau.”
“Wow, korang kena cerita kisah cinta korang ni. Oh ye, tadi aku ada nampak seseorang dekat pintu masuk tu. Yang pakai baju warna biru tua tu. Siapa dia?” Soal Raihana sambil memandang ke arah pintu masuk. Lelaki yang dimaksudkan oleh dirinya masih lagi berdiri di situ. Menyambut tetamu yang hadir.
Danish memandang Qaisara yang dah tersenyum simpul. “Abang ipar aku tu, Hana. Dah berkenan ke? Amboi, bukan main kau ye…” Danish ketawa sambil memaut bahu Qaisara yang turut ketawa kecil.
Raihana tersentak. Tak sangka lelaki kacak yang berdiri di depan pintu masuk tu abang kepada Qaisara. Memang diakui, adik-beradik Qaisara memang cantik dan kacak-kacak belaka. Tengoklah Qaisara sendiri! Bukan main cantik lagi.
“Eh, takdelah…”
“Nama dia Redzuan,” ujar Qaisara sambil tersenyum. “Masih single lagi. Abang sulong Aira je yang baru bertunang. InsyaAllah, tahun depan kahwin.”
Raihana mengangguk tapi matanya tak lepas dari memandang Redzuan. Eh, baru dia perasan. Raihana dan Redzuan. Wow, double R! Raihana mengetuk kepalanya sendiri. Jauh sangat dia mengelamun ni!
“Kejap ye, Aira panggil dia…” Belum sempat Raihana nak menghalang, Qaisara sudah pergi mendapatkan Redzuan.
“Eh-eh, Aira…” Raihana tertunduk lemah. Habislah! Nak cakap apa nanti dekat abang Qaisara tu. Raihana mengipas-ngipas mukanya.
“Relakslah Hana. Yang kau gelabah ni kenapa?”
“Mana tak gelabah?! Aku pergi tanya pasal abang dia tu dekat Qaisara! Tak tahu dah nak letak muka aku ni kat mana?”
Danish ketawa melihat reaksi Raihana. Macam-macam perangai Raihana ni sepanjang mereka berkawan baik tapi satu perkara yang dia sangat suka mengenai diri Raihana adalah Raihana seorang yang setia kawan dan sangat memahami. Semasa di luar negara, Raihana selalu membantunya semasa dia di dalam kesusahan. Andailah jodoh Raihana bersama-sama Redzuan, sangatlah dia suka!
“Abang ngah, ni Raihana. Kawan baik Abang Danish.” Redzuan mengukir senyuman untuk Raihana sambil menunduk sedikit tanda hormat. Raihana hanya tersenyum kecil sambil memijak kaki Danish yang tergelak kecil di belakangnya.
“Saya Redzuan.”
“Raihana. Boleh panggil Hana…”
“Awak dah makan?”
Raihana menggeleng. Lepas sampai je tadi, dia terus datang jumpa Danish dengan Qaisara. Sekarang ni bila Redzuan cakap pasal makan, terus perutnya terasa lapar.
“Saya pun belum makan. Jom makan sama-sama,” ajak Redzuan. Qaisara yang berdiri di sebelah abangnya mula tersengih.
“Err… boleh jugak. Jomlah...” Raihana tersenyum sambil mengikut langkah Redzuan ke meja makan. Sempat dia berpaling ke arah Danish dan Qaisara sambil melambai kecil. Tadi malu sangat, sekarang ni siap melambai-lambai tangan lagi.
**
Redzuan

“Buat apa dekat luar ni?” Tegur Qaisara pada suaminya yang sedang duduk bersantai di atas buaian. Danish berpaling ke arah Qaisara sebelum menarik tangan Qaisara untuk duduk di sebelahnya.
“Ambik angin je. Diorang kat dalam buat apa?”
“Tengah minum-minum. Nanti diorang nak suruh kita bukak hadiah…” Qaisara memandang Danish. Dia tersenyum bahagia. Walaupun ramai kawan-kawan dia yang pelik kerana dia kahwin muda tetapi dia gembira. Memang dia dah tak boleh nak bergembira macam dulu. Dah tak boleh selalu keluar dengan kawan-kawan kerana dia perlu lebih mengutamakan Danish sebagai suaminya. Nasib baik, tak ada orang yang membuat mulut yang tak elok-elok mengenai hal kahwin muda dia ni. Mentaliti masyarakat zaman sekarang, selalunya kalau kahwin muda membawa makna, pasangan tersebut dah melakukan sesuatu yang tak elok.
“Dia pulak yang mengelamun…” Danish mengusap lembut pipi Qaisara. Qaisara hanya tersenyum kecil sebelum melentokkan kepalanya di bahu Danish.
Redzuan dan Herman yang sejak dari memerhati Danish dan Qaisara tersenyum kecil. Raihana yang baru keluar dari dapur sambil menatang dulang berisi air, turut memandang ke arah yang sama. Selepas selesai menghidang air, dia segera menghampiri Redzuan dengan Harith.
“Korang tengok apa ni?”
“Tu... pasangan dua sejoli tu,” balas Redzuan sambil menjuihkan bibirnya ke arah Danish dan Qaisara.
“Bukan main romantic lagi si Danish tu. Dulu masa kat U, tak pandang sorang perempuan pun. Sibuk dengan study je tapi sekarang ni, bukan main lagi romantic dia dekat Qaisara,” ucap Raihana.
“Sibuk cakap pasal Danish, awak tu takkan takde yang berpunya? Mat saleh handsome kan banyak dekat sana?” Tanya Herman. Sempat dia mengerling ke arah Redzuan yang turut memandang Raihana.
“Hehehehe! Takde siapa nak dekat saya ni.”
“Baguslah kalau macam tu. Senang adik abang yang sorang ni nak tackle kan?” Ujar Herman selamba sambil menepuk bahu Redzuan yang dah melopong. Dia ketawa kecil sebelum meninggalkan adik lelakinya bersama-sama Raihana yang turut terkedu. Redzuan mengetap gigi. Abang long ni memang kena betul dengan aku!
**
            Serba tak kena Qaisara di dalam bilik. Badan direbahkan di atas katil tetapi masih jugak dia rasa tak tenang. Sekejap dia berkalih ke kanan, sekejap dia berkalih ke kiri. Akhirnya dia bangkit lalu berjalan di sekeliling bilik tidur yang dulunya milik Danish seorang sahaja dan kini sudah menjadi hak milik dia dan Danish. Naik terkejut dia masa masuk dalam bilik ni tadi. Entah siapa punya kerjalah yang pergi letak kelompak bunga ros atas katil tu. Bukan setakat tu je, dekat keliling bilik tu penuh dengan bunga ros! Dah macam taman bunga dah ni! Bukan dia tak suka, suka sangat sebenarnya! Sebab terlampau sukalah, dia tak boleh nak tidur.
            “Aira tak tidur lagi?”
            Qaisara tersentak sebelum berpaling ke arah pintu bilik yang terbuka. Danish sedang berdiri di situ sambil tersenyum.
            “On the way nak tidur. Abang tahu ke siapa yang letak bunga ros ni?”
            “Tahu. Abang yang letak. Aira tak suka ke?”
Qaisara pantas menggeleng. “Suka sangat!”
“Hmm…” Danish menyebak rambutnya ke belakang. Kali pertama melihat Qaisara tanpa tudung, membuatkan dirinya ingin sekali mengusap rambut panjang isterinya. Diakui kecantikan Qaisara ketika bertudung dan ketika tidak bertudung.
“Kenapa bang?”
“Cantik rambut Aira…” Puji Danish ikhlas. Qaisara pantas memegang rambutnya yang dibiarkan lepas.
“Terima kasih…”
“Abang nak sentuh boleh?”
“Boleh boleh!” Qaisara menghampiri Danish yang masih kaku di depan pintu yang sudah tertutup. Dia mencapai tangan Danish lalu diletakkan di atas kepalanya sambil tersenyum manis. Dulu, rambutnya ditutup rapi agar tidak dapat dilihat oleh orang yang bukan mahramnya tetapi sekarang ni, dengan hati yang terbuka dia ingin Danish menyentuh rambutnya.
“Ni pakai syampu apa?”
Qaisara tergelak mendengar soalan Danish. Syampu jenis apa pun nak tahu ke?
“Pakai je syampu apa pun…”
“Rambut Aira buat abang teringatkan seseorang,” ujar Danish sambil tersengih sebelum menarik tangan Qaisara ke katil. “Aira duduk bawah. Abang nak buat sesuatu dekat rambut Aira…”
“Hah? Nak buat apa?”
Danish hanya tersenyum nakal sambil mencapai sikat dan getah rambut di atas meja solek. Kemudian dia duduk di belakang Qaisara yang masih lagi terpinga-pinga.
“You choose, dear… Nak abang ikat tocang kuda ke? Ataupun nak abang buat braids?”
“Wait…wait! Rambut Aira buat abang teringat kat siapa? Your ex-girlfriend eh?” Nada cemburu mula keluar. Tajam Qaisara memandang Danish yang masih lagi beriak selamba dan tenang.
“Rambut Maira. Dulu masa kecik-kecik, abang ikat rambut dia. Tocang kuda or braids? Cepat-cepat!” Tanya Danish sekali lagi sambil menyikat rambut Qaisara.
“Braids.”
“Okey.” Dengan penuh cermat, Danish mengikat rambut Qaisara. Dia tersenyum kecil melihat isterinya yang hanya mendiamkan diri. 
“Dah siap…”
Qaisara bangkit dari duduknya lalu menghampiri cermin. Dia melihat rambutnya yang sudah diikat cantik oleh Danish. Senyuman terus terbit di bibirnya.
“Cantik! Thanks…”
“My pleasure…” Danish dah menguap. Matanya pun dah tak mampu nak bukak luas-luas.
“Dah ngantuk?”
Danish mengangguk sambil menggamit Qaisara supaya berbaring di sebelahnya. Sebaik sahaja Qaisara sudah selamat baring di sebelahnya, dia memeluk erat tubuh isterinya sebelum mengucup lembut dahi Qaisara.
“Good night. I love you…” Bisik Danish perlahan di telinga Qaisara. Terkebil-kebil Qaisara memandang Danish yang dah memejamkan matanya. Tergamam sebenarnya apabila mendengar Danish mengucapkan ‘ I love you’ padanya tadi. Qaisara tersenyum sambil merapatkan tubuhnya pada Danish.
“I love you too…” Dan dia tahu Danish mendengar.


p/s : Comments are loved dan akan menaikkan semangat saya..hehehe!

Photobucket

7 comments:

  1. haish ... suweet gitu . >_<


    next-2 .. nak lagi~

    ReplyDelete
  2. Wahaha~ sweet betol Danish~ Hah! Suka la dengan Hana & Redzuan. Kasi dorang jadi sweet jugak boleh? Hehe :D

    ReplyDelete
  3. wah...best2..sweet btul danish n qaisara.. hana n redzuan pun sama..sambung lagi yer..tak sabar nak tau apa jadi lepas nie..

    ReplyDelete
  4. Sangat sweet la cite ni . Cepat2 sambung eh kak . Ape la dugaan lam hidup dorang ni . Jangan la sampai terpisah . Hihi .

    ReplyDelete
  5. pergh..comel giler pasangan ini ..

    ReplyDelete
  6. Redzuan hensenggg ><
    Awwwww tersengih2 baca . Hehehhe :D
    sambung kak . sambung . weheee

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...