Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Thursday, October 27, 2011

Mysterious Clue Collectors 5

Bab 5
            Perlahan-lahan Nurin membuka matanya sambil cuba menahan rasa sakit di kepalanya. Dia memerhatikan keadaan sekeliling yang gelap, yang ada cumalah satu lampu kecil yang tergantung di tengah-tengah.
            “Dah sedar?” Soal seseorang dari arah pintu.
            “Aina, lepaskan aku!” Jerit Nurin bengang apabila menyedari kaki dan tangannya telah diikat kuat.
            “Tak sangka orang yang ada black belt pun boleh pengsan kena ketuk.” Aina ketawa kuat sambil menyepak kaki Nurin.
            Nurin merenung tajam ke arah Aina. Kalau tangan dia tak berikat, sudah lama dia menampar sekuat hati pipi Aina. Perempuan seperti itu perlu diajar!
            “Aku takkan biarkan kau terlepas!” Ucap Nurin tanpa gentar.
            “Kalau aku apa-apakan kau dulu, macam mana kau nak lepas kan? Oh ye, aku nak kenalkan kau dengan someone. Mesti kau rindu dia kan?” Aina menuju ke pintu sebelum menggamit seseorang supaya menghampirinya.
            “Azfar...” Bisik Nurin perlahan. Lama dia merenung Azfar yang sedang tersenyum sinis.
            “Hello Nurin.” Pipi Nurin dicuit. Nurin segera memalingkan mukanya. Jijik disentuh oleh lelaki seperti Azfar.
            “Kau jual mahal ye....” Azfar ketawa sebelum mencengkam leher Nurin. “Aku akan pastikan kau menyesal atas apa yang kau lakukan dulu.” Bisik Azfar di telinga Nurin sebelum dia menghentak bahu Nurin sehingga pengsan.
            “Kita nak buat apa sekarang, sayang?” Tanya Aina sambil memeluk lengan Azfar. Azfar hanya tersenyum. “Tunggu dan lihat jelah...”
            **
            Aniq mundar-mandir sambil mengetuk permukaan telefon bimbitnya. Sudah berkali-kali dia menelefon Nurin tetapi asyik-asyik masuk voicemail. Entah kenapa dia rasa risau. Dia macam dapat rasakan yang Nurin dalam bahaya.
            Bluetooth yang berbunyi menyentakkan Aniq dari lamunannya. “Ada apa?”
            “Aniq, Nurin hilang!” Ucap Alisya penuh resah.
            “Hah?! Bila?”
            “Lepas habis meeting tadi.”
            “Bukan ke dia sepatutnya dengan kau?” Suara Danial pula kedengaran.
            “Dia cakap dia nak pergi satu tempat ni. Aku tak sangka dia boleh hilang. Aku takut...”
            “Relaks Alisya.” Pujuk Hadif cuba menenangkan Alisya.
            “Semua berkumpul dekat bilik MCC. Kita bincang kat sana. Alisya, kau tunggu aku kat sana. Nanti aku datang ambik kau.” Putus Danial dan segera disetujui oleh yang lain.
            **
            “Tak apa ke kau datang ambik aku ni?” Tanya Alisya pada Danial di sebelahnya. Danial hanya mengangguk sedikit. Alisya hanya memandang Danial yang nampak santai dengan t-shirt dan seluar track suitnya.
            “Kau benci aku ke?”
            Tiba-tiba Danial berhenti melangkah. Dia merenung tajam ke arah Alisya yang dah terdiam. 
            “Sebab apa kau rasa aku benci kau?”
            “Sebab kau selalu marah-marah aku.”
            “Kalau marah, maknanya benci lah?”
            Alisya mengangguk. Bagi dia marah itu benci.
            Danial mengangkat bahu. Malas nak menjawab. Kalau itu yang difikirkan oleh Alisya, biarkan. Dia malas nak membangkang.
            Alisya mengetap gigi apabila melihat Danial hanya berjalan meninggalkan dia di belakang tanpa menjawab soalannya. “Benci!”

p/s : Cerita ni entry dia memang pendek-pendek :)




Photobucket

2 comments:

  1. MAC sama mcm cerita PiLiMIT Taiwan

    ReplyDelete
  2. MAC sama mcm cerita PiLiMIT Taiwan

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...