Liyana Damia Badrul Hisham gadis biasa yang sempoi tetapi kecoh! Dan Zafran Adha Mohd Hakimi adalah lelaki yang paling kurang disenanginya.Kerana apa? Kerana peraturan budak-budak yang diberikan oleh Zafran ketika mereka duduk bersebelahan di dalam kelas.
“Ingat! Jangan pernah jatuh cinta dekat aku!” – Zafran Adha.
Perasan gila! Nak muntah Liya dibuatnya.Boleh si mamat perasan buat peraturan macam tu?! Memang berlagaklah! Porrahh! Ni Liyana Damia lah! Perempuan berhati batu.Tak cairnya dengan muka handsome si mamat perasan tu.
“Apa yang hebatnya dengan Zafran Adha sampaikan aku yang berhati batu ni boleh terpikat?” – Liyana Damia.
“Aku tak suka budak kecoh!” – Zafran Adha.
“Aku tak suka budak perasan!” – Liyana Damia.
Tapi lama-kelamaan Zafran bukan lagi menjadi lelaki yang kurang disenangi oleh Liya.Malah lelaki itu mula mendapat tempat di hatinya.Semakin diusir perasaan halus yang bertandang, semakin kuat pula perasaan itu menyerang.Kehadiran Zeti Maisarah, seorang gadis yang comel membuatkan Liya menahan perasaannya.
“Aku sukakan Zeti.” – Zafran Adha.
Bertahun berlalu selepas masing-masing telah membawa haluan sendiri.Liya telah berjaya menjadi pemilik kepada sebuah kedai cenderahati. Zafran menghilang entah ke mana.Sudah puas ditanya pada kawan-kawan yang lain tetapi masing-masing pun tidak tahu ke mana menghilang Zafran.Akhirnya Liya pasrah.Zafran Adha bukan untuknya.
“Izinkan saya menjadi suami awak, Mia.” – Amer Zarif.
Lelaki itu memang pandai menjaga hatinya.Selalu membuat dia ketawa.Dan setiap kali dia memandang wajah Ameer, dia merasakan seolah-olah dia melihat Zafran dan hal itu sering kali membuatnya tewas dengan perasaan sendiri.
Mampukah dia menerima Ameer sedangkan hatinya masih lagi belum dapat melupakan Zafran walaupun mereka hanyalah teman semata-mata? Dia ingin bertemu cinta yang sejati.Dia ingin disayangi dan dicintai oleh seorang lelaki yang bergelar suami.Adakah Ameer lelaki yang dicari selama ini?
“Bila saya tengok awak, awak mengingatkan saya pada seseorang.Saya tak tahu dia hilang ke mana.Semua orang tak tahu dia pergi mana.Dia hilang macam tu je.” – Liyana Damia
“Saya tahu saya tak seistimewa Zafran dalam hati awak tapi saya akan cuba buat awak bahagia.InsyaAllah...” – Ameer Zarif.
“Liya, jaga diri baik-baik tau.InsyaAllah kita jumpa lagi lepas ni.Jangan lupakan aku!” – Zafran Adha.
Keikhlasan Ameer semakin membuatkan Liya pasrah untuk menerima jejaka itu. Dia terima dengan seikhlas hati jika memang Zulfiqar untuknya.
“Saya harap awak terima saya seadanya, Ameer.” – Liyana Damia
Kejutan demi kejutan yang berlaku hampir menghentikan denyutan jantungnya. Siapa sangka, di sebalik kesedihan ada bahagia yang menanti...
No comments:
Post a Comment
♥ Thanks for the comments.