Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Sunday, April 17, 2011

Promo cerpen It's Official Perfect Proposal!

“Hello? Ada orang tak? Hello??” Maya dan Hannah yang sedang sibuk mengira stok barangan pengantin yang baru sampai di bahagian belakang kedai tersentak.

“Siapa pula manusia terpekik-pekik kat depan tu? Apa guna kita beli loceng letak kat kaunter kalau tak guna? Dahlah aku hias comel-comel loceng tu.Siap ada reben lagi.” Maya membebel sendirian. Hannah hanya menggeleng melihat.

“Biarlah aku pergi tengok.” Hannah mengalah lalu menapak ke kaunter di hadapan. Kalau biarkan Maya membebel, memang mati kering lelaki yang terjerit-jerit dekat depan tu.


Selalunya mereka mempunyai pembantu yang menjaga di bahagian kaunter, tetapi hari ini kaunter kosong tak berpenghuni kerana penjaganya mengambil cuti kecemasan. Jadi, Hannah dan Maya pula tak cukup tangan menguruskan butik yang telah diusaha bersama selama lima tahun itu.

Walaupun butik mereka kelihatan ringkas. Tapi Butik The Perfect Proposal milik Maya dan Hannah tu sudah mendapat tempat di hati pelanggan tak kira dari orang biasa-biasa sehinggalah berpangkat Datuk ataupun Datin.

“Ye encik? Boleh kami bantu?” Hannah bertanya sambil menekan suara sedikit. Karang tanya kasar-kasar lari pula pelanggan. Sabar Hannah, duit mari! Kemudian Maya pula keluar cuba membantu kawannya di hadapan.

‘Erk!!’

“Mana bos?!” lelaki itu bertanya kasar sambil pandang Hannah dan Maya dari atas ke bawah. Maya dan Hannah sudah berpandangan. Sudahlah rempuh kedai orang lepas tu nak tengking-tengking pula! Ini yang buat teman hangin!

“Nak buat apa jumpa bos?” Hannah bertanya mendatar. Masih mengawal tone suaranya dari naik.

"Adalah! Yang korang sibuk bertanya macam korang pula bos ni kenapa?" lelaki itu masih lagi menjeling jelik kepada Hannah dan Maya. Sudahlah kena paksa dengan Mummy datang sini, diorang ni pulak banyak songeh.

"Sebab, kami lah orang yang encik cari." balas Maya pula. Hai, kalaulah cekik orang sampai mati tak dikenakan sebarang hukuman, dah lama aku cekik batang leher yang putih melepak itu. Muka dah handsome tapi perangai.. erk! Tarik balik! Tak handsome! Tak handsome! If your personality is ugly, then you’re not attractive!

"Huh?!! Jangan nak buat lawak pulak kat sini? Bos butik pengantin terkenal gaya macam ni ke?" bidas lelaki itu balik sambil menunding jari kepada dua tubuh milik Hannah dan Maya.

Dua gadis itu mengepal penumbuk. Pakaian di tubuh dilihat. Salahkah pemilik butik pengantin pakai macam ni? Hannah dengan kemeja lusuh dengan jeans besar dilengkapi dengan tudung bawal hitam biasa. Manakala Maya pula dengan baju T longgar di dalam dan disalut pula dengan kemeja butang bebas di luar. juga ditemani jeans dan tudung bawal biasa.

Apa? Salahkah pakaian macam ni? Macam mana kami tak pakai macam ni? Hannah tu dah namanya Wedding Planner. Mestilah sibuk nak pergi jumpa supplier sana sini. Maya pula Photographer, juga senang nak gerak sana sini dengan pakaian macam ni.

"Encik, cakap baik-baik sikit boleh? Karang ada yang tersungkur depan pintu tu jugak nanti." Hannah memberi amaran. Pantang betul datuk moyang aku ada yang kutuk cara aku dengan kawan aku berpakaian.Yang penting bukan cara kita berpakaian tapi tengok hati ni dulu.Lihat situasilah dulu sebelum berkata-kata!

"Whatever.." angkuh lelaki itu membalas. "Hah! Mana bos?!" Dia bertanya lagi. Malas dia nak layan dua orang manusia yang menjadi mangsa fashion ni tapi baru sahaja Maya dan Hannah mahu membalas, seorang lagi manusia masuk ke dalam kedai.

"Tengku Nazran!" Oh mak oi! Garang giler! Hannah dan Maya dah tersentak. Dan sah-sah lelaki angkuh nak mati tu telan air liur yang terasa seperti pasir.Takut! Padan muka hang! Maya dan Hannah tersengih.

***

"Makcik mintak maaf lah ye Hannah, Maya? Dia ni memang! Kalau dekat rumah dia buat perangai macam ni,memang makcik terus rebus dia je!" kata seorang wanita yang sangat bergaya seperti Datuk Siti Nurhaliza. Hannah dah mengangguk sambil tersenyum manis kepada wanita di hadapannya, tapi bila matanya bertembung dengan mata Tengku Nazran yang sedang duduk bersilang di atas sofa jauh dari mereka, terus aura perempuan shir dikeluarkan.

Maya yang keluar dari belakang sambil menatang dulang air turut tersenyum kepada wanita yang sangatlah lemah-lembut berbanding anak lelakinya itu. Ini mesti jururawat dekat hospital tu salah tukar anak ni! Maya pasti! kemudian dia menjeling tajam ke arah lelaki itu.

"Minum Datin." huu~! Datin tu. jangan main-main. Tapi tak lah berlagak macam anak lelaki dia yang angkuh tak sudah tu. Datin Mira hanya mengangguk sambil menyambut huluran dari Maya.

"Panggil makcik je Maya. Macam tak biasa!" kata wanita bergaya itu lembut. Alahai~ untungnya dapat mak macam ni. tapi kesian Datin sebab dapat anak macam tu! Fikir Maya sambil mengerling tajam lagi kepada Tengku Nazran.

"Sebenarnya, makcik datang sini ada hajat." kata Datin Mira selepas menghirup kopi buatan Maya tadi. Hannah mengerutkan dahi. setahu aku, orang yang cakap 'ada hajat' ni selalunya nak meminang kan? Jangan dia kata nak pinangkan aku untuk anak dia yang tak serupa manusia itu udah! Erk! Apa daa kau merapu ni Hannah?!

"Hajat apa Datin?" tanya Maya tak sabar-sabar dan perkataan Datin itu tetap digunakan. ternyata dia pun terfikir benda yang sama seperti Hannah fikir. Nauzubillah!

"Kamu pun nampak kan perangai ego dan angkuh Naz ni kan?" tanya Datin Mira. Maya dan Hannah sudah mengangguk bagai burung belatuk.

"Mummy! Naz dengar okay?" laung Tengku Nazran sedikit. Mummynya mengumpat pasal dia bukan main rancak lagi, macam dia salah satu patung yang ada di dalam butik ni pula.

"So what? Mummy memang nak kamu dengar pun. Dengar tak? Ke nak mummy ulang balik?" sinis Datin Mira membalas. Terus terdiam Tengku Nazran sambil menarik muka geram.

"Jadi? Datin nak kami tolong apa?" tanya mereka berdua hampir serentak. Datin Mira hanya menarik nafas panjang. Hannah dan Maya pula suspens.

Dup! Dup! Dup!

***

p/s : Ni sebahagian dari cerpen yang saya taip bersama-sama dengan kawan baik saya, Akira Bita.Kami dah post dekat penulisan2u.InsyaAllah esok adalah.Harap-harap macam tu lah ye.Maaf kalau ada banyak kesilapan.First time buat cerpen duet dengan Kira.Harap semuanya enjoy baca cerpen ni ye :)

Photobucket

4 comments:

  1. nice2...tak sabar nak tahu apa hajar datin mira tue...

    ReplyDelete
  2. Moon, kira...cerpen ni dah tarik mata sy cam magnet, sy ni jarang sgt baca cerpen tapi kali ni macam tak sabar pula mau baca...
    Akira=Moon=perfect combination <3
    love u guys! sweet ja diorg tu..hehe

    ReplyDelete
  3. dah baca the full version kat penulisan2u.
    it's very very very beautiful & sweet sangat! <3<3<3

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...