Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Sunday, March 6, 2011

One Love Part 27


HILMAN memandang ke luar tingkap wadnya dengan hati yang kosong.Sekosong-kosongnya tetapi ada satu perasaan lain yang menyelit.Perasaan rindu terhadap seseorang.Sudah lama sangat dia tidak bertemu dengan Rania.Sejak dari hari dia melarang gadis itu daripada melawatnya lagi sampailah sekarang, rindunya tidak pernah surut sebaliknya semakin mekar. Semakin bertambah dari sehari ke sehari.Sakit hatinya menanggung beban ini.

What happened between you and Nia, Man?” Farisya yang baru melangkah masuk ke wadnya bertanya dengan wajah yang serius.Hilman memandang sekilas ke arah Farisya sebelum mengalihkan pandangannya kembali ke luar tingkap.

“I tak ada jodoh dengan dia.”

Farisya melangkah menghampiri Hilman sebelum menarik kuat lengan baju Hilman supaya menghadapnya.Wajah Hilman yang sedikit pucat dipandang dengan hati yang sakit.

“Apa you cakap ni? Kenapa tiba-tiba ni?!”

Hilman menarik nafas dalam-dalam.”I dah buat keputusan untuk melepaskan Nia.Dia tak perlukan I.Dia perlukan Syahmi.Syahmi told me yang Nia dah pilih dia.They want to get married, Risya! Married! Papa Nia pun bagi green light dekat Syahmi!”

PANG!

Farisya terkedu apabila melihat Hilman ditampar oleh seseorang.Dia memalingkan kepala memandang ke arah seorang gadis yang sedang berdiri di sebelah mereka.Berombak dada gadis itu menahan marah.

“Danila...” Hilman mengusap pipinya terasa pijar.Wajah Rania merah menahan marah.Dia memandang tajam ke arah Hilman yang sedang berdiri di hadapannya sekarang ini.Sakit sangat hatinya apabila mendengar kata-kata Hilman.

“Apa kau buat dekat sini?” Soal Hilman.

“Saya bodoh! Sangat-sangat bodoh! Bodoh sebab rindukan encik! Bodoh sebab tetap nak datang sini walaupun encik tak nak jumpa saya.Bodoh sebab cintakan encik sedangkan encik langsung tak mempercayai saya.Saya...” Rania tidak dapat menyambung kata-katanya lagi.Air mata yang mengalir di pipi disapu kasar.Hilman dipandang dengan rasa benci yang meluap-luap.

I hate you!”

Terus Rania berlari keluar dari wad Hilman.Air mata yang mengalir laju dibiarkan sahaja.Hilman kejam! Kejam kerana mempertikaikan cinta dia.Tak cukup ke bukti yang menunjukkan betapa dia menyayangi dan mencintai Hilman.Kenapa Hilman harus mempercayai orang yang sememangnya ingin memporak-perandakan hubungan mereka? Kenapa dan kenapa? Hatinya sakit dan pedih.Kecewa dengan sikap Hilman.

Hilman yang masih memandang ke arah pintu yang terbuka luas terduduk di lantai sambil menekup mukanya menggunakan kedua-dua belah tapak tangan.Farisya yang berdiri di sebelahnya menghela nafas.

She’s gone. Dia bencikan I.” Ucap Hilman perlahan sambil memandang ke arah Farisya dengan mata yang berkaca.

“Well...semuanya salah you! You yang salah! Yang bodoh sangat pergi percayakan Syahmi tu kenapa? Bukannya you tak tahu yang Syahmi tu memang nak musnahkan hubungan you dengan Nia!”

Hilman hanya mendiamkan diri.Selalu sangat dia menyakitkan hati Rania.Mungkin lebih elok dia melepaskan gadis yang amat dicintainya itu.Sekurang-kurangnya dia tidak akan menyebabkan Rania menangis lagi.Hatinya pedih saat melihat air mata yang bergenang di pipi mulus Rania.Seolah-olah separuh nyawanya melayang pergi.

“Mungkin ini yang terbaik.I dah selalu lukakan hati dia.She deserves to be happy “

Farisya menggelengkan kepala melihat Hilman yang kelihatan seperti sudah berputus asa.Apa agaknya diucapkan oleh Syahmi sehingga membuatkan Hilman menjadi seperti ini? Sepupunya itu memang kejam! Sanggup menghancurkan kebahagiaan orang lain demi kepentingan diri sendiri.

“Sebenarnya bukan Nia yang bodoh! Tapi you yang bodoh! Sanggup melepaskan orang yang paling you cintai.Dah berapa lama you suka dia? 10 tahun kan?!”

Please Risya.Leave me alone.” Hilman meraup mukanya.

Farisya menarik nafas dalam-dalam.

“Man, cuma satu je I pesan.Fikir betul-betul dan jangan menyesal lepas ni.” Ucap Farisya sebelum mencapai beg tangannya dan melangkah keluar dari wad Hilman.

RANIA berkurung di biliknya tanpa mempedulikan rombongan meminang di tingkat bawah.Dia benci dengan semua ini.Kenapa Syahmi harus juga menghantar rombongan meminang sedangkan dia sudah menolak mentah-mentah sebelum ini?

“Nia...bukak pintu ni.” Rania melangkah perlahan-lahan ke arah pintu sebelum membukanya supaya Puan Rohaya dapat melangkah masuk.Puan Rohaya memandang anaknya yang sudah tidak bermaya sejak akhir-akhir.Nak melihat senyuman di bibirnya sahaja sudah cukup payah.

“Mama...”

“Nia tak nak, ma.Nia tak nak kahwin dengan Syahmi.Mama suruh jelah diorang balik.” Rania bersuara sebelum melabuhkan punggung di atas katil.

“Nia pasti?”

Rania hanya mengangguk.Mustahil untuk dia menerima pinangan Syahmi selepas apa yang dilakukan oleh Syahmi terhadap dirinya dan juga Hilman.Bila disebut soal Hilman, pasti hatinya kembali sakit.Lelaki itu lebih mempercayai Syahmi daripada dirinya.

“Mama minta maaf.Semua ni salah mama.Kalau mama tak setuju dengan cadangan papa dulu, pasti Nia tak kecewa sampai macam ni.Mama minta maaf, Nia.” Puan Rohaya tersedu-sedan.Perlahan-lahan Rania menghampiri ibunya sebelum memeluk tubuh ibunya erat-erat.Dia mengelap air mata yang mengalir di pipi Puan Rohaya.

“Bukan salah mama.Papa pun tak salah.Sebenarnya tak ada siapa pun yang salah dalam hal ni.Semua ni ketentuan Tuhan.Memang Nia tak ada jodoh dengan Encik Danish.Nia reda ma.” Balas Rania sambil tersenyum tawar.

“Nia sabar ye, sayang.Mama pasti satu hari nanti akan ada seorang lelaki yang akan menyayangi Nia.”

“Hmm...mama..”

“Ya sayang?”

“Nia dah tak nak mencari.Boleh tak mama yang tolong carikan? Nia takkan membantah.Siapa yang mama dengan papa pilih, Nia akan terima je cuma jangan pilih Syahmi.Nia tak nak dia.” Ucap Rania sambil memandang Puan Rohaya.Puan Rohaya teragak-agak untuk menjawab.Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.

“Tapi Nia...”

“Mama, please...”

“Mama tak nak benda yang terjadi pada Nia dengan Man berlaku lagi.Mama tak sanggup tengok Nia sedih.” Balas Puan Rohaya.

Rania tersenyum.Cuba untuk menyakinkan ibunya yang dia sudah nekad dengan keputusannya.

“Nia nak mama yang pilih calon suami untuk Nia.Nia dah tak nak pilih.”

“Nia...”

“Please ma.” Celah Rania terlebih dahulu.Tahu sangat yang ibunya masih lagi berbelah bahagi.

“Okey. Tapi Nia jangan bantah pun keputusan mama nanti.”

Rania mengangguk kepalanya sebelum memeluk erat tubuh ibunya.Kali ni dia malas lagi ingin memikirkan apa-apa.Terutama sekali mengenai Hilman.

“Mama turun bawah dulu ye.Nanti mama berbincang dengan papa pasal hal ni.”Puan Rohaya mengusap kepala Rania sebelum melangkah keluar.Perlahan-lahan pintu bilik ditutup dan dia kembali melayan perasaannya.Dia merebahkan tubuhnya di atas katil sebelum mengiring ke sebelah kanan.Dulu di sisi katilnya, dia pernah meletakkan gambar Hilman tetapi sekarang gambar Hilman itu telah dibuang.Walaupun gambar Hilman dah dibuang tetapi wajah itu masih melekat di hatinya.Dia langsung tidak dapat melupakan Hilman.Air mata yang mengalir di pipi dibiarkan saja dan akhirnya dia terlelap.

ABANG pelik! Apa yang hebatnya Man sampai Nia tak boleh terima abang?!” Syahmi melurut rambutnya dengan kasar sambil berjalan mundar-mandir di hadapan Sofi.Sofi hanya berpeluk tubuh sambil menggelengkan kepala.

“Man is special, bang.Dia bukan macam abang.” Ucap Sofi sambil bangun lalu memandang ke luar tingkap.

“Apa yang special sangat? Tell me!” Suara Syahmi meninggi secara tiba-tiba.Adik dia sendiri memuji Hilman.

“Dia tak suka memaksa macam abang.Abang suka paksa Nia untuk terima abang sampaikan abang buat macam-macam untuk putuskan hubungan diorang.Dan abang terlalu pentingkan diri sendiri.Abang langsung tak fikirkan perasaan orang lain.Yang abang tahu, abang nak menang jugak walau macam mana sekalipun.”

Syahmi memandang Sofi dengan pandangan yang tajam.Kata-kata yang diucapkan oleh Sofi memang diakui kebenarannya.Dia memang ingin selalu menang.

“Dia langsung tak layak untuk memiliki Nia!”

“Apa yang membuatkan abang layak untuk memiliki Nia?” Soal Sofi kembali sambil berpeluk tubuh.

I’m way richer than him.Abang boleh bagi apa saja yang Nia nak.”

“Abang ingat Nia tu pentingkan harta sangat ke? I don’t think so.Family dia pun dah cukup kaya.Dia tak perlukan duit abang tu.” Bidas Sofi sambil memandang Syahmi dengan tajam.

“Kenapa adik macam ni? Adik tak nak Hilman ke?”

Sofi tersenyum sinis.”Nak sebab dari dulu Sofi sayang dia tapi...mencintai tak semestinya memiliki.Sofi dapat tengok sendiri betapa terlukanya Nia bila Hilman cakap tak nak jumpa dia dah.Sofi nampak betapa sedihnya Hilman lepas Nia keluar dari wad dia.Dia menangis, abang.Sofi tak sanggup nak musnahkan hubungan diorang.”

Syahmi terdiam sambil memandang Sofi yang menunduk.Entah kenapa hatinya terusik.


p/s : Sorry sebab entry OL sangat pendek. Saya kena rombak banyak benda supaya boleh jadi panjang :) TQ sangat-sangat untuk comment-comment anda semua.Saya sangat hargainya :) Dan maafkan saya sekali lagi kerana jarang post entry baru.Keadaan tidak mengizinkan saya untuk selalu menulis.Jangan marah kalau saya lama tak post entry ye.Sememangnya saya takde niat pun nak buat orang tertunggu-tunggu entry baru.Cuma sejak kebelakangan ni, saya tak berapa nak sihat.Sorry ye :) Btw, OL ni panjang lagi.Saya sedang cuba tulis balik.Hehe..


Photobucket

17 comments:

  1. eeee.... geram gler dgn Hilman ni..
    Moon, kte nk lempang Hilman sekali lagi! tak puas hati!! biar dia sedar btul². haha XDD

    ReplyDelete
  2. Kiwi : hehe..boleh je lempang dia.Nnti dia sedarlah tu :)

    ReplyDelete
  3. x suke2...geram nya kat hilman ni...
    rasa nk flying kick je kat hilman ni...ops..sory moon t'over ckit..hehehhehe

    ReplyDelete
  4. HILMAN!!
    AKU MENCI KO..MENCI KO!!!
    *emo jap..

    tp ttap nak dye ngn NIA..

    moon : jngn2..org yg parent dye plih t HILMAN ea..

    *__^

    ReplyDelete
  5. kui kui kui! syahmi! uweek!! nia taknak ko! hahahahaha!! :P

    suka ak!

    erk?? spe yg mama nia nak pilih? ish! man2.. sejak bila dia jd seorang yg mengalah ni? huwaaa!!!

    ReplyDelete
  6. Eiyy geramnyaaa dengan si Syahmi tuuu, dah taknak. taknak lahh. suka-2 je paksa. Hope lepas dea denga kate si Sofi tu dea insaf lah. NAK HILMAN NGAN NIA BALEKK! Hihi. nak lagi. Hihi.

    Rindu pulak kat Liya and Zafran :P

    ReplyDelete
  7. Huwa rindunye dgn cite ne
    nak hilman n nia jugak..
    Menci syahmi.,heEe

    ReplyDelete
  8. Sue : Haha..takpe2 :) Buat je apa yg ptt dkt Man :D

    Liyana : Woo..Haha..sabor2..
    Hehe..kita tggu dlu ye ;)

    Kira : Haha..uweekk kat Syahmi :D

    nanie : Hahaa..yup.Hrap2 dia sedarlah yg ramai org meluat dgn prangai dia :)

    Liya & Zaf pun rindu semua org.Hehe..

    Ema : Hehe...insyaAllah kalau ada jodoh tak ke mana :D

    ReplyDelete
  9. apasl la hilman nie jd mcm 2..sian nia...

    ReplyDelete
  10. boleh x emi nk lempang hilman n syahmi tu??????tgh geram nie !!! >.<

    ReplyDelete
  11. Emi : Lempang je! :D Hehe..sabor2

    ReplyDelete
  12. kalau Nea_124 nak lempang, boleh tak Hana tendang je terus??? geram tol ngan diorang...
    adoyai....
    :(

    ReplyDelete
  13. Hana : Sabar..hehe.blh tendang Man tp jgn tendang Siwon. Hehee..

    ReplyDelete
  14. jom kita ramai2 lempang hilman ..krg ok balik le tu...geram betul....

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...