Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Tuesday, January 4, 2011

Bertemu Cintaku Part 9



BAB 9 : LUAHAN

Zeti Maisarah

"Kalau saya cakap yang saya memang jealous, macam mana?"

Liya memandang Zafran yang sedang menjawab soalan peperiksaan bagi Bahasa Melayu dengan tekun.Hari ini merupakan hari pertama bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi semua tingkatan di sekolah ini dan masuk hari ini sudah hampir seminggu Zafran langsung tidak berbual-bual dengannya.Setiap kali dia bercakap, hanya sepatah sahaja dibalas oleh Zafran iaitu DIAM! Entah apalah masalah mamat perasan tu? Sejak dari hari Ahad yang di mana berlangsungnya majlis hari jadinya hinggalah sekarang, mood lelaki itu seolah-olah telah berubah.Setiap masa Zafran hanya akan membaca buku tanpa mempedulikan kawan-kawannya.Liya kembali melihat kertas soalan di hadapannya.Tinggal beberapa minit sahaja lagi sebelum masa menjawab tamat.Perlahan-lahan dia mula mengikat kertas jawapan sebelum dibuka kembali untuk memastikan tiada soalan yang tertinggal.Setelah yakin dengan jawapannya, Liya meletakkan kertas jawapan ke sebelah kiri meja sebelum mengemas alat tulisnya.

“Baiklah.Letak pen dan pastikan nama kamu dah ditulis pada setiap helaian kertas jawapan.”ucap Cikgu Amran sambil membetulkan kaca mata yang dipakainya.

Liya melihat ke luar tingkap sambil menunggu kertas jawapannya dikutip oleh Cikgu Amran.Dalam hati, dia tertanya-tanya adakah perubahan sikap Zafran ada kaitan dengan hadiahnya? Dia memang sudah dapat mengagak yang Zafran pasti tidak akan menyukai hadiahnya itu.Apalah sangat kalau dibandingkan dengan hadiah jam tangan Zeti..Sekali lagi dia membuat perbandingan.Kemudian dia menghembus nafas kuat.Apa aku peduli? Dah bagi pun kira bertuah.

“Liya, jom pergi kantin.”ajak Fatinah sambil tersenyum.Liya melihat ke tempat Zafran.Kosong.

“Err...aku tak laparlah.”

“Tak lapar?! Biar betul?”Nahi yang baru sahaja sampai terkejut.Pertama kali Liya menolak untuk ke kantin.Selalunya dia yang pertama sekali bergegas ke kantin.

“Kenapa pelik pulak? Biasalah kan?”

“Mana ada biasalah.Kau tu pantang dengar rehat, terus pergi kantin.Hari ni pulak tiba-tiba je cakap dah kenyang.Mana aku tak terkejut.”balas Nahi diikuti oleh anggukan daripada Fatinah.

Liya tergelak kecil.

”Aku kenyang hari ni sebab aku makan nasi goreng banyak sangat pagi tadi.Korang pergilah rehat.Lagipun, aku nak tengok balik buku Komsas ni.”kata Liya sambil menayangkan buku rujukan di tangannya.

“Okeylah kalau macam tu.Sure tak nak pesan apa-apa?”

Liya menggangguk.

“Kami pergi dulu ya.”

Liya hanya memerhatikan langkah kedua-dua teman baiknya itu keluar dari kelas.Buku di tangan dibaca sebelum dia menutupnya kembali.Dia bangkit dari kerusi sebelum melangkah ke luar kelas.Dia ingin membasuh mukanya agar lebih segar.

Tiba-tiba sahaja langkahnya terus terhenti sebelum cepat-cepat dia bersembunyi di balik tiang.Sesekali dia mencuri dengar apa yang dibualkan oleh Zafran dan Zeti.

“Err...kalau saya tanya ni, awak jangan marah tau.”

Zafran memandang Zeti.

“Apa dia?”

“Awak sukakan Liya ke?”

Liya tersentak.Dia makin mendekati mereka berdua supaya dia dapat mendengar segalanya dengan lebih jelas.

Zafran tergelak kecil.

“Apa yang buat awak fikir macam tu?”soalnya sambil menyeluk tangan ke dalam poket seluar.

“Sebab saya tengok awak rapat sangat dengan dia.”

“Awak jealous ke?”

Kali ini giliran Zeti pula memandang Zafran.Dia tersenyum.

“Kalau saya cakap ya, macam mana?”

Liya menggigit bibir.Menanti reaksi Zafran pula.Entah kenapa, dia tiba-tiba jadi kurang selesa mendengar kata-kata Zeti.Kenapa pulak nak cemburu dengan aku?

“Jangan bimbang.Saya tak suka dialah.Kasar dengan kecoh macam tu.Not my taste.Lagipun saya dah sukakan orang lain.”balas Zafran tenang.

Liya menahan rasa sakit di hati.Ikutkan hati nak sahaja dia menendang Zafran sekuat hatinya.Kasar dan kecoh?! Kurang asam betul! Apa kau ingat aku suka kau ke? Liya mula mendengus geram.

“Siapa yang awak suka tu?”

Zafran menarik nafas.Dia berpaling memandang Zeti.

“Saya suka....saya suka....”

“Zaf!! Hei, buat apa kat sini?”tiba-tiba sahaja Haikal menyergah dari belakang.Zafran mendengus geram.Baru sahaja dia nak meluahkan perasaan, ada sahaja yang mengacau.

“Aku ada hal sikit ni.Kau pergilah naik kelas dulu.”ucap Zafran sambil menolak-nolak tubuh Haikal supaya menjauhinya.

Perlahan-lahan Liya mengatur langkah berlalu dari situ.Malas untuk mendengar apa-apa lagi.Lantaklah Zafran nak buat apa sekalipun.Bukan urusannya dan lagipun siapalah dia ni kan? Hanyalah seorang yang kasar dan kecoh.Mana layak nak berkawan dengan orang yang pandai, kacak dan popular macam dia? Tiba-tiba hatinya menjadi sayu.Sakit apabila mengenangkan kembali kata-kata Zafran.Bodoh punya Zafran!

PUAN KARMILA melangkah masuk ke dalam bilik anaknya sambil membawa semug air Nescafe panas.Liya tersenyum sebelum menyambut mug daripada tangan ibunya.Buku latihannya ditutup sebelum dia memandang ibunya yang sudah melabuhkan punggung di katil.

“Dah study habis ke semua subjek?”

“Dah...Liya cuma nak buat latihan je lagi.”

Puan Karmila tersenyum.Anaknya yang seorang ini memang rajin mengulang kaji berbeza daripada abangnya.Kena dipaksa barulah dia membuka buku.

“Mak ada benda nak tanya Liya.”

“Apa dia, mak?”

“Liya...err...Liya suka Zafran ke?”

Liya terkejut.Nyaris-nyaris air yang diminumnya tersembur keluar dari mulutnya.Ibunya dipandang dengan pandangan kurang percaya.

“Mana adalah mak.Kami ka...”Liya tidak jadi meneruskan kata-katanya.Dia lupa yang dia ini tidak layak menjadi kawan Zafran memandangkan dia adalah seorang yang kasar dan kecoh!

“Kami tak ada hubungan apa-apa.”sambungnya selepas itu.

“Mak dulu pun pernah muda macam Liya jugak.Mak pernah rasa apa yang Liya rasa.Kalau Liya ada apa-apa nak cerita dekat mak, jangan malu-malu ye.Mak sedia mendengar semuanya.”kata Puan Karmila sambil berjalan ke arah pintu.

Liya hanya mampu menggangguk.Mug di tangan dipegang kuat.Dia ingin menceritakan kepada ibunya betapa dia sakit hati apabila mendengar kata-kata Zafran.Betapa dia sangat sedih mendengar semua itu.Betapa dia ingin memarahi Zafran dan betapa dia ingin menyatakan kepada Zafran bahawa dia tidak suka dengan sikap dingin Zafran terhadapnya.Entah kenapa dia mula menjadi sangat sensitif padahal sebelum ini, Zafran selalu berkelakuan seperti ini dan mengata dirinya ikut suka hati tetapi kali ini dia betul-betul terluka.Dia merasakan bahawa apa yang berlaku sebelum ini hanyalah satu pembohongan.Mungkin kerana dia sudah menganggap Zafran sebagai salah seorang teman rapatnya.Gaun yang disangkut di pintu dipandang.Pantas dia mencapai gaun tersebut sebelum membawanya turun ke bawah.

“Mak, Liya nak pergi rumah Zafran sekejap.Nak pulangkan baju ni.”

“Kenapa nak pulangkan pulak?”soal Puan Karmila pelik.

“Liya tak nak baju ni.”balas Liya sambil menggigit bibirnya.Entah kenapa setiap kali dia melihat baju ini, hanya wajah Zafran yang kelihatan.Sakit matanya!

“Pergilah.Hati-hati.”

Liya bergegas keluar rumah.Basikal miliknya ditunggang laju dengan gaun pemberian Zafran diletakkan di dalam bakul.

“Assalamualaikum...”

“Waalaikumussalam.Eh, Liya...”Puan Suraya membuka pintu pagar sebelum menjemput Liya masuk ke dalam.

“Tak apalah, mak cik.Liya datang ni pun sebab nak pulangkan gaun ni.”ujar Liya sambil menghulurkan gaun tersebut kepada Puan Suraya.

“Kenapa Liya nak pulangkan? Zafran kan bagi gaun ni dekat Liya.”

“Err...tak ada sebab sebenarnya, mak cik.Tapi Liya tak boleh simpan gaun ni lagi.”balas Liya perlahan.

“Zafran ada dekat dalam tu.Liya nak jumpa dia ke?”tanya Puan Suraya apabila melihat wajah Liya yang mendung.

“Tak apalah, mak cik.Liya tak nak ganggu dia belajar.Liya balik dulu ye.Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”balas Puan Suraya sebelum memerhatikan Liya yang sudah menunggang basikal menjauhi kawasan rumahnya.

Gaun yang berada di tangan dipandang.Dia kemudiannya menaiki tangga menuju ke bilik Zafran.

“Boleh mak masuk?”

Zafran berpaling memandang Puan Suraya sambil tersenyum.

“Masuklah mak.”

Tiba-tiba matanya terpandang gaun berwarna hitam yang dibawa oleh emaknya.

“Kenapa gaun tu ada pada mak? Tu bukan gaun Liya ke?”soal Zafran dengan dahi yang berkerut.

“Dia datang tadi.Dia suruh mak bagi balik gaun ni pada Zaf.”

“Kalau ada masalah, elok bincang elok-elok.”ucap Puan Karmila lagi sambil meletakkan gaun tersebut di atas katil Zafran sebelum melangkah keluar dari bilik anaknya itu.

Zafran menghela nafas sambil memandang gaun yang berada di atas katilnya.Kemudian,potret gambarnya yang sedang tersenyum dipandang.Salah satu hadiah yang paling dia sayangi.Dia kemudiannya memandang tanda tangan di bawah potret tersebut.

Liyana Damia

-Potret seorang teman yang disayangi tetapi perasan!-

Dia menggigit bibir sebelum menggeleng kepalanya.Jangan fikir yang bukan-bukan Zafran! Belajar sekarang. Dia terus membuka buku latihan sambil menyumbatkan earphone ke telinganya.

KENAPA kau pulangkan gaun tu?”soal Zafran tanpa meletak dahulu begnya.Dia memandang tajam ke arah Liya yang sedang membaca buku bahasa Inggeris.Liya hanya memandangnya sekilas sebelum kembali membaca bukunya tanpa mengendahkan pertanyaan Zafran.

“Aku tanya ni, kenapa kau pulangkan gaun tu?”soal Zafran lagi dengan suara yang sedikit tinggi.

“Kenapa tiba-tiba cakap dengan aku ni? Bukan ke kau sibuk dan nak aku diam je? Sekarang ni bila aku dah diam, kau pulak bising.Apahal?”

Zafran meletakkan beg di atas kerusinya sebelum duduk di hadapan Liya.Dia memandang Liya dengan renungan tajam.

“Kau kenapa?”

“Tak ada apa.”

“Tipu.Aku kenal kau.”

Liya tersenyum sinis.”Kau baru kenal aku tak sampai 5 bulan, Zaf.”

“Memang aku kenal kau tak sampai 5 bulan tapi I know you, Liya.Kalau kau marah, macam nilah perangai kau.”kata Zafran.

Liya menghela nafas.Perlukah dia berterus-terang kepada Zafran?

Fine! Aku memang marah! Marah dekat kau.Kenapa kau nak kawan jugak dengan aku? Aku kan kasar dengan kecoh.Bukannya taste kau nak dibuat kawan.So, buat apa nak cakap-cakap dengan aku lagi? Pergilah cakap dengan orang yang sesuai dengan taste kau! Pergi!”balas Liya geram.Dia berdiri sambil memandang Zafran yang terkedu.Dia tidak mempedulikan rakan-rakan sekelas yang memandang.

“Kau curi dengar ke apa yang aku cakap dengan Zeti?”

“Mungkin Tuhan nak tunjuk dekat aku yang kau tak ikhlas nak kawan dengan aku.”

Zafran segera menggeleng.Dia memandang wajah Liya yang kemerahan.

“Aku ikhlas kawan dengan kau, Liya.Apa yang aku cakap tu kau janganlah percaya sangat.Macamlah kau tak kenal aku.”

“Tak! Aku tak kenal kau! Dahlah, pergi tempat kau.Aku nak study.”Liya mendengus sebelum duduk.Dia memandang isi kandungan bukunya tetapi satu pun tidak masuk ke dalam otaknya.Zafran masih lagi duduk di hadapan.Dia dapat mendengar keluhan dari bibir Zafran sebelum lelaki itu berlalu ke tempatnya.

Liya menahan rasa.Kenapa dia boleh jadi sedegil ini? Zafran dah minta maaf tapi dia tetap juga ego.

Tinah dan Nahi datang menghampirinya tetapi dia segera menggeleng kepala.Mereka berdua yang memahami bahawa dia tidak ingin diganggu berlalu pergi.

Zafran memandang Liya.Kerana mulut, badan binasa.Dia mengeluh lemah.


p/s : Liya jealous jugak ke ? Commentlah ye ♥


Photobucket

5 comments:

  1. Liya jealous sama zafran..:-)

    tapi zafran x patut cakap liya mcm tU, hti wanita mudah terusik..

    Liya go go, buatlah zafran jg cmburu..

    Biar padan daun pandan muka zafran nanti,he he

    ReplyDelete
  2. jeles ke x jeles ke bukan prsoalannyer.... tp x patut zafran cakap cam tu memang padan la liya layan cam tu lak kat dia kan3...... batul pun krn mulut badn binasa ...

    ReplyDelete
  3. Ema~Hehe..kita buat dia jeles pulak ye.Padan muka!

    Anonymous~ Moon sokong.Kerana mulut badan binasa :)

    ReplyDelete
  4. moon! tolong wat si liya ni ego sikit lg? bior si zaf ni rasa jap... sbb rasa mcm si zaf ni suka main2kan prasaan si liya la... aritu layan bukan main mcm si liya tu makwe dia.. skg ckp mcm tu plk! tak patut! biar lah si liya ni ajar si zaf ni!

    ReplyDelete
  5. Kira ~ HAHA...I'll try my best :)

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...