Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Thursday, January 13, 2011

Bertemu Cintaku Part 10

BAB 10 : MAAFKAN AKU

Zafran Adha

“Liya, please forgive me.”

ZAFRAN memandang Rina yang sejak dari tadi hanya mendiamkan diri.Sesekali adiknya itu menggaru dagunya seolah-olah berfikir.Cepatlah dik oii, abangmu ini sedang dalam kerisauan ni!

“Dia suka makan apa?”tanya Rina tiba-tiba.Zafran tercengang.

“Apa?”

“Kak Liya.Dia suka makan apa?”

Zafran menggaru kepalanya yang tidak gatal.Rasanya semua benda Liya suka makan.Tolak batu dan kayu je.

“Dia makan semua benda.”

“Yang paling dia suka?”

Zafran kembali berfikir sambil memejamkan matanya.Dia cuba mengingat kembali apa yang Liya suka makan.

Apa kelas makan aiskrim? Aku makan chicken chop je.”

Itu dia! Dia tersenyum gembira.Baru dia teringat yang Liya suka makan chicken chop.

“Dia suka chicken chop.”

Rina tersenyum.Dia mengeluarkan sekeping kertas dari laci meja belajarnya sebelum menulis sesuatu di atasnya.Setelah selesai, dia menyerahkan kertas tersebut kepada Zafran.Perlahan-lahan Zafran menyambut dengan dahi yang berkerut.

10 TAKTIK NAK PUJUK KAK LIYA!

1) Belanja makan.

2) Belikan dia hadiah.

3) Nyanyikan dia lagu.

4) Belikan apa yang dia suka.( Berbeza daripada no 2 )

5) Selalu hantar mesej minta maaf.

6) Cakap pada dia yang abang betul-betul menyesal dan janji takkan bermulut laser macam itu lagi.

7) Beri bunga sebab perempuan suka bunga.

8) Tunjukkan pada dia yang abang ikhlas nak kawan dengan dia.

9) Lakukan aktiviti yang dia suka buat.

10) Luahkan perasaan yang sebenar.

Terbeliak biji mata Zafran selepas membaca kesemua taktik yang dicadangkan oleh Rina.Macam taktik nak pujuk teman wanita berbanding daripada taktik nak memujuk Liya.Daripada 10, banyak yang tidak sesuai.Ada ke patut suruh dia menyanyi untuk Liya? Hish-hish.Sangatlah tidak munasabah.

Zafran mengambil pensel daripada tangan Rina lalu memotong taktik nombor 3 dan 10.Yang nombor 10 tu, paling dia tidak tahan.Ada ke patut suruh luahkan perasaan yang sebenar? Yang lain tu, okey lagi.Rasanya dia mampu melakukannya.

“Kenapa potong nombor 3 dengan 10?”

“Sebab tak logik!”balas Zafran sambil membaca kembali taktik-taktik yang dikemukakan oleh Rina.

“Rina rasa logik je.Yang nombor 3 tu cuma nyanyi je.Abang nyanyi jelah lagu apa-apa yang abang suka untuk dia.Then, yang nombor 10 tu...jangan pendam perasaan abang lama-lama.”ucap Rina sambil mengikat rambutnya.Wajah Zafran dipandang.

“Pendam perasaan yang macam mana, adik oii...Dia kawan jelah.Nak luahkan perasaan mengalahkan Liya tu girlfriend abang pulak.”

Rina mencebik sebelum duduk di hadapan abangnya.

“Abang ingat Liya suruh luahkan perasaan cinta ke? Eww...sorry sikit ye.Luahkan perasaan tu tak semestinya kena cakap “I love you” je cik abang oii...Maksud Rina, bagitahu kak Liya, perasaan sebenar abang.Biar dia tahu yang abang betul-betul tak maksudkan apa yang abang cakap tu.”terang Rina sambil menampar bahu Zafran.

“Auch! Sakitlah!”Zafran mengurut bahunya.Rambut Rina ditarik tetapi Rina berjaya mengelak.Dia tersenyum mengejek.

“Dah faham ke?”soalnya.

Zafran hanya menggangguk.Kemudiannya dia mencapai telefon bimbit.Nombor Liya didail.

Please pick up the phone.”ucapnya sambil mengubah posisi badannya.Daripada berbaring, dia terlentang pula.

“Telefon siapa tu?”

“Liya.”jawabnya sepatah.Dia mengeluh sebaik sahaja panggilan tidak dijawab.Apabila dia mencuba sekali lagi masih juga tidak diangkat.

“Nak pujuk ni perlukan masa, bang.Tapi bukan nak kata memang tak patutlah abang cakap macam tu pasal Kak Liya.Rina tengok dia tak adalah kasar dengan kecoh sangat.Dia lembut je.”kata Rina sambil merebahkan tubuh badan di sebelah Zafran.

“Hmmm....okey.Abang mengaku abang salah.Abang tahu yang abang tak patut cakap macam tu.”balas Zafran sambil meletakkan tangan di atas dahinya.Perasaan serba salahnya semakin menghimpit jiwanya.Dia tahu Liya kecewa dengan sikapnya kerana semua itu dapat dilihat melalui muka Liya yang memandangnya dengan pandangan yang cukup terluka.Dia meraup mukanya.

“Esok, kita mulakan plan kita.Mula-mula sekali, hantar sekeping memo dekat dia.Lebih elok letak bawah meja dia tapi pastikan dia boleh nampaklah.”

Zafran diam seketika.

“Kalau dia buang,macam mana?”

“Cuba jelah banyak kali.”

Zafran menutup matanya tanpa mempedulikan mulut Rina yang masih lagi bercakap.Dia ingin melakukan semuanya mengikut caranya sendiri.Ini semua salahnya, jadi biarlah dia berusaha sendiri.

LIYA hanya memandang telefon bimbit yang berbunyi.Sengaja dibiarkan deringannya sehingga berhenti sendiri.Dia tahu Zafran yang menghubunginya.Kenapa perlu dia menelefon lagi?

“You don’t have to call, I won’t pick up the phone,This is the last straw, Don’t wanna hurt anymore.”

Serentak Liya berpaling ke arah pintu.Risa sedang berdiri berpeluk tubuh sambil menyanyikan lagu You’re Not Sorry.Dia hanya tersenyum sinis melihat keadaan Liya.

“Kenapa tak angkat je telefon tu?”soal Risa sebelum duduk di atas katil Liya.

“Malas.”

“Apa yang dia buat sampai akak marah sangat ni?”soal Risa lagi.

Liya hanya mendiamkan diri.Malas ingin menjawab soalan Risa.Lebih baik dia membaca buku untuk peperiksaannya daripada memikirkan hal yang hanya menambahkan sakit di hati.

“Akak...”

“Risa.Please.”ucap Liya perlahan.

Risa menghela nafas.Tubuh kakaknya dipandang dari belakang.Dia tahu kakaknya bersedih dengan apa yang berlaku.Bukannya dia tidak tahu yang kakaknya itu amat menyayangi Zafran.Sebagai kawan atau lebih daripada itu, dia tidak tahu tapi yang pasti kakaknya menyayangi Zafran.Kalau tidak, takkanlah kakaknya sanggup berjaga malam semata-mata kerana ingin menyiapkan potret Zafran sempena ulang tahun Zafran tempoh hari.Siap warna dengan bingkai lagi walaupun saiznya sederhana.

“Kalau ada apa-apa, beritahu Risa ye.”Risa berpesan sebelum mengatur langkah keluar dari bilik Liya.

Sebaik sahaja Risa keluar dari biliknya, Liya menutup mukanya dengan buku rujukan.Kemudian, sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi.

“Apa kau nak, Zaf?!”tanya Liya kuat.Rimas kerana asyik menerima panggilan telefon daripada Zafran.

“Err...Liya.Ni Asyraf bukan Zafran.”

Liya terkedu.Mukanya diraup.”Oh, minta maaf.Saya ingat Zaf tadi.Kenapa awak telefon dan macam mana awak tahu nombor saya ni?”

“Err...saya terpaksa rahsiakan dari mana saya dapat nombor awk.Saya cuma nak ajak awk join study group esok lepas balik sekolah.”

“Err...siapa lagi yang join?”

“Budak kelas saya.Awak boleh ajak kawan-kawan awak juga.”

Liya diam seketika.Memikirkan sama ada patut atau tidak dia menerima ajakan Asyraf.Ala, bukan berdua tapi ramai.Liya menyedapkan hatinya sendiri.

“Okeylah.Esok nak tunggu dekat mana?”

“Dekat pondok depan kelas awak, boleh?”

“Boleh.Jumpa esok.Assalamualaikum...”terus Liya mematikan talian.Malas untuk berbual panjang dengan Asyraf.

Tik! Tik!

Liya mengerling sekilas ke arah telefon bimbitnya.Apa lagi yang Asyraf inginkan?

Please forgive.I didn’t mean to hurt you.-Zafran-

Liya mencebik sebaik sahaja membaca mesej daripada Zafran.Tiada maaf bagi mu, okey?!

Tik! Tik!

I’m sorry that I told you I loved you and actually meant it.-Zafran-

Liya tersentak.Mesej apa ni? Zafran dah hilang akal ke apa?

Tik! Tik!

Sorry.Salah hantar.Rina punya pasal.-Zafran-

Liya menarik nafas lega.Buat suspens je tadi.Nyaris-nyaris jantungnya berhenti berdegup.

Tik! Tik!

Tapi aku memang sayang kau sebagai kawan J Aku mintak maaf sangat-sangat ye.Memang aku tak ada niat pun nak cakap macam tu.Maafkan aku ye.Tak bestlah kalau kau tak nak kawan dengan aku.-Zafran-

Liya hanya membaca mesej itu berulang kali.Kuatkan hati kau Liya! Jangan mudah menyerah.Tunjukkan pada dia yang kau juga mempunyai perasaan! Tekad Liya dalam hati.

JOM teman aku study dengan 5 Sains 2.”ajak Liya sebaik sahaja Tinah dan Nahi sampai ke sekolah.Dahi mereka berdua berkerut.

“Study dengan diorang? Nak buat apa?”soal Nahi.

“Lah, belajar sama-sama.Apa salahnya?”

“Siapa yang ada?”tanya Tinah pula sambil melabuhkan punggung di atas kerusinya.

“Hmm...Asyraf cakap...”

“Tunggu! Asyraf? Bila masa pulak dia cakap dengan kau? Rasanya semalam kau langsung tak cakap dengan dia pun.”celah Nahi dan sekaligus mematikan percakapan Liya.

“Dia call aku.”jawab Liya tenang.

“Buat apa dia call kau?”suara lain pula yang berkata-kata di belakang Liya.Liya merengus kecil.Kenapalah si perasan ni nak menyibuk?

“Suka hati dialah nak call pun.Bukan handphone kau pun.”balas Liya geram sambil memandang Zafran yang sedang merenung dia dengan tajam.

Zafran diam tidak berkata-kata.Hanya matanya sahaja yang merenung Liya dan bibirnya yang digigit tanda tidak puas hati.

“Sebab tulah kau tak balas mesej aku kan? Sebab sibuk gayut dengan Asyraf!”

Liya menghela nafas panjang.”Ya! Memang pun.”

Kali ini Zafran tidak membalas, tetapi terus keluar dari kelas.Nahi, Tinah, Haikal dan Taufiq tercengang.Nampak sangat dua-dua orang sedang bengang dengan muka yang merah tanda marah.Liya mendengus geram sebelum berlalu ke tempatnya.Kerusi Zafran disepak tanda protes.

“Diorang gaduh-gaduh sayang tu.”tiba-tiba sahaja Rina dan Risa sudah tercegat di luar kelas mereka sambil tersengih.Mereka dah agak pasti akan ada sesuatu berlaku pada pagi itu.Sebab itulah mereka datang ke kelas 5 Sains 1 itu.

“Maksud Rina dengan Risa apa?”soal Haikal dengan dahi yang berkerut.

Mereka berdua hanya tersenyum sambil mengenyitkan mata sebelum berlalu pergi.

“Adik dengan kakak dan abang sama je kan? Suka buat kita pening...”kata-kata Taufiq menyebabkan mereka berempat ketawa.Tapi memang betul pun.


p/s : Z ~ daku dah update ;) HAHAHA... Commentlah ye and sorry sebab buat dua-dua jadi EMO. :)




Photobucket

13 comments:

  1. Tak pe, puaskan je dulu liya sama asyraf biar zafran cmbru n sadar, kalau dia sayang liya bukan kerna sekedar teman tapi ehem ehem~ahaks

    best best nak lagi.!

    Tapi rindu cite hny ingin kau tahu,:-)

    ReplyDelete
  2. zafran....zafran.....tak ngaku.....tapi dah tunjuk jealous!!!!!hehheeeeeeeee

    ReplyDelete
  3. Ema ~Hahaha... :) Kita buat dia jealous habis-habisan ye ;)

    Kak Aqilah ~ Hehe...tulah.malu tapi mahu.

    ReplyDelete
  4. best bia zafran lak yg jeles..... nape byk sgt citer yg hold......

    ReplyDelete
  5. Anonymous ~ Hehe...idea takde lagi.Kalau dh ada moon post :)

    ReplyDelete
  6. suka3 ngan citer ni
    zafran ni pon satu, kasi tau jelah yg dia suka liya
    keke
    :D
    btw, bila nk smbung unforgettable???
    :(

    ReplyDelete
  7. Hana ~ Hehe..TQ :D U? Err..Moon tak tahu bila.Sorry

    ReplyDelete
  8. suke3333x...
    biar la zafran jeles plak...
    hehehe

    ReplyDelete
  9. Lurun nauzi namzar ~ Hehe..terima kasih :)

    ReplyDelete
  10. walaupun diorang tu tengah gaduh.. still kte rse diorg tu comel~ haha

    ReplyDelete
  11. dah lama tunggu sambungan cerita ni...bila nak sambung???...sambung la cepat sikit...plizzz.....

    ReplyDelete
  12. Anonymous ~ Sorry sbb lmbt update.Moon agak busy kblakangan ni.Nnti Moon sambung ye :)

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...