Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Saturday, May 29, 2010

One Love Part 22



"Cuba bawak relaks sikit Mahirah oi.Semuanya dah bereslah."kata Rania sambil tangannya lincah membetulkan tudung Siti yang sejak dari tadi tak habis-habis tersenyum.Mentang-mentang nak bertunang.Kalau kahwin, mesti senyum dia dah sampai ke telinga.

"Aku tengah cari cincin kahwin aku ni."Mahirah dah terbongkok-bongkok di bawah katil.Mata Rania membulat.Cincin kahwin tu!

"Kau letak mana?"sekarang ni dia pun sama-sama terbongkok-bongkok mencari cincin kahwin Mahirah.Siti yang pada mulanya control ayu pun dah mula gelabah.Akhirnya dia pun tolong cari sama.

"Habislah aku! Confirm teruk kena dengan Hanif nanti."air mata dah nak mengalir.Segera Rania menghulurkan tisu kepada Mahirah.

"Cuba kau ingat betul-betul.Mana kau letak cincin tu?"

Mahirah mengelap matanya."Tak ingat.Yang aku ingat tadi ada lagi."

"Haiz..pening kepala aku."kata Siti sambil mengurut kepalanya sehingga tudung yang dipakai senget.

Pap!

"Adoi! Nia, apasal pukul tangan aku?"

"Kau ingat senang ke aku nak elokkan tudung kau."sekali lagi Rania membetulkan balik tudung Siti.Siti sengih sahaja.

"Korang! Tolonglah aku ni."suara Mahirah menyebabkan mereka tersentak.Lah! Baru teringat yang kawan seorang lagi ni ada masalah.

"Macam mana nak kasi tahu dekat Hanif? Memang teruk aku kena nanti."

"Try jelah dulu.Kalau kau senyap je, lama-lama pasti dia tanya."

"Yelah.."Mahirah mengambil tas tangan yang diletakkan di atas katil Siti.Telefon bimbit Sony Ericson w880i dicapai.Rania dan Siti tayang muka pelik.

"Assalamualaikum bang."

"Waalaikumussalam.Kenapa call?"

"Nak call pun tak boleh ke?"tiba-tiba rasa tersentap bila Hanif tanya macam tu.

"Sape cakap tak boleh? Maksud abang kenapa Irah call sedangkan abang ada kat bawah je.You can just go downstairs and talk to me."

Mahirah tepuk dahi.Rania dengan Siti dah mula ketawa.Apalah..suami duduk kat bawah pun tak ingat ke?

"Sorry lupa abang ada kat bawah.Irah turun sekarang."balas Mahirah sebelum memutuskan talian.

"Apasal korang tak cakap tadi? Buat malu aku je."

"Buat apa nak malu, laki kau jugak!"usik Siti sebelum mencuit pinggang Mahirah.

"Banyaklah kau ye..tengoklah nanti.Bila kau dah kahwin dengan Airil, baru kau tahu."

"Lambat lagilah.Tahun depan baru aku kahwin dengan dia.Entah-entah Nia dulu yang kahwin."

Rania tersentak.Apa kes tiba-tiba sebut nama aku ni?

"A'ah...entah-entah kau dulu yang kahwin, betul tak Nia?"Mahirah dah join sekaki.

"Huh, malaslah layan korang.By the way, Puan Mahirah Hanani binti Hamdan isteri kepada Encik Muhammad Hanif Adha bin Ghazali..ingat ye your husband sedang menunggu di bawah."balas Rania selamba.Siap sebut nama ayah sekali tu.

"Eh, eh..lupa.Korang wish me luck!"bergegas Mahirah keluar dari bilik Siti.Siti dah mula pandang Rania.Senyuman yang terukir di bibir Siti menggerunkan Rania.

"Kau jangan sengih macam tu.Menakutkan lah.Dah macam orang tak betul."

"Tell me something I don't know."

"Apa?"

"Kau lah bagitahu."

"Tak ada apa yang aku nak bagitahu."

"About you and Hilman."

"Kenapa? Aku okey je dengan dia."

"Bila kau dengan dia nak together-together?"

"Entah.."

"Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang."Siti menyanyi sambil tangannya memegang telefon bimbit.

"Airil mesej.Dia cakap keluarga dia dah dekat nak sampai."

"So, apa tunggu lagi.Startlah control ayu tu."usik Rania sebelum dilempar dengan bantal.

"Nia!"kuat suara Mahirah memanggil dia diikuti dengan bunyi tapak kaki yang semakin menghampiri bilik Siti.

"Nia, Siti!!! Hanif yang pegang cincin aku dari tadi rupanya."Mahirah dah menyembamkan muka di atas katil.

"Lah..."Rania dan Siti geleng kepala.

~~~~~

"Mama! Tengok abang ni.Suka kacau Nia."Rania memanggil Puan Rohaya.Tangan abangnya masih ligat menggeletek pinggang dan hujung kakinya.Kes sebab kalah main game PS2 je.

"Sudah-sudahlah tu Fiq, Di..pengsan adik kamu karang."

Encik Izhar yang sedang membaca akhbar menggeleng.Perangai macam budak-budak.Padahal dah tua bangka.

"Kamu bertiga tu bukan kecik lagi.Dah besar-besar semuanya.Yang lagi satu, apasal pergi main game budak umur tiga tahun punya.Apa nama game tu? Do...do.."

"Dora the Explorer ma."serentak Rania, Rafiq dan Radi menjawab.

"Hah! Dora the Explorer tu.Patutnya budak besar Ikhwan dengan Batrisya yang main.Ni tidak bapanya jugak yang sibuk nak main.Macam takde kerja."

Rafiq garu kepala.Radi dengan Rania dah start gelak.Tulah abang, kan mama dah sebut nama anak-anak.

"Tulah ma..Nia dah cakap dekat abang jomlah main game tinju.tapi tak nak.Nak juga main game budak-budak."

"Hah tu sorang lagi.Sedarlah sikit diri kamu tu perempuan.Bukan lelaki nak main game gusti-gusti ni."selar mama.Rafiq tayang thumbs up dekat Rania.

Rania jelir lidah.Radi dah terguling-guling ketawa.

"Ma, gusti lah best."

"Apa kamu nak gusti si Man tu nanti bila dah kahwin? Mama kesian dekat Man.."

Rania terdiam.Makin galak ketawa Rafiq dan Radi.Haih..diorang memang suka tengok aku kena bebel dengan mama.

"Oklah..orang tak main dah gusti.Nak main game masak-masak je."

"Ha..kalau nak main masak-masak.Mari tolong mak kat dapur.Senang nanti bila dah kahwin, tak payah makan luar.Nia dah boleh masak kat rumah."

Sekali lagi Rania terkena.Rasa nak hempuk kepala abang-abangnya.Seronok benar mentertawakan dia.Tak malu ke kak Dina dengan Kak Ros tengok.

"Kak Dina dengan Kak Ros tak payah layan diorang ni.Suka sakitkan hati orang."

Kak Ros dan Kak Dina hanya mengukir senyuman.Haiz..lembutnya senyuman kakak iparku ni.Macam mana boleh berkahwin dengan abang aku yang terlebih aktif ni? Tulah kan, jodoh..

"Kak Dina tahu dah perangai abang macam mana..kan sayang kan.."Rafiq menghampiri isterinya.

Seperti biasa Kak Dina hanya tersenyum.

'Haih..nak jadi macam kak Dina dengan kak Ros lah.Senyum je.'getus Rania di dalam hati.

~~~~~

Andai hari esok langit akan runtuh.
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu..

"Seronok nampak.."Rania yang sedang memberi Nemo dan Niki makan tersentak.Sape yang ganggu mood aku ni? Baru nak nyanyi dah ada yang kacau.

"Kenapa tak pandang sini? Comel sangat ke Nemo dengan Niki tu?"suara itu bersuara lagi.

Rania terus berpaling.Ingat nak sembur tapi alih-alih wajah Hilman yang muncul.

"A'ah..memang kucing-kucing ni comel."

"Aku tak handsome?"

"Bolehlah tapi Nemo handsome lagi."Rania membelai bulu Nemo.

"Kucing comellah..mana ada handsome."

"Nemo saya handsome.Dia berbeza."

Hilman dah muncung sedepa.Ada ke patut kucing lagi handsome daripada aku ni?

"Ha.Ha.Ha..tu pun nak tersentap ke encik?"

"A'ahlah.."

"Ngadalah encik ni."

Amboi-amboi, sesedap rasa je nak kata aku ngada.Hilman cekak pinggang depan Rania.

"Malas kawan kang."

"Uwek! Tak kisah."

"Tipu..memang kau kisah."

"Tak.."

"Malas kahwin kang."

"Kahwin dengan Syahmi,apa susah?"

Opss! Rania tekup mulut.Terlepaslah.Muka Hilman dah berubah.Rania tak berani tengok lebih-lebih.Takut!

"Encik, minta maaf tau.Tak sengaja.."kata Rania sambil mengangkat muka.Sedar-sedar Hilman dah tak ada.Bunyi kereta meluncur menandakan Hilman dah berlalu pergi.Rania gigit bibir bawah.

"Arrghh!! tulah Nia, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya."marah Rania terhadap diri sendiri.



p/s: Haha..enjoy jelah ye :D

8 comments:

  1. ha..
    kan da ngajuk..
    nia ni kan..

    ReplyDelete
  2. apala hilman................
    tak macho langsung...............
    gurau sikit pun tak leh.............
    apapun, akak follow....................

    ReplyDelete
  3. adehhh....
    pe la hilman 2....
    sensitif nak mampus....
    adehhh...
    pe lagi nia....
    pujuk la....

    ReplyDelete
  4. alahai si hilman ni, cepat betoi sentap :D hehe

    ReplyDelete
  5. Padan muka hang Hilman..
    Dah ramai tak suka..
    Haha..

    ReplyDelete
  6. best nyer.....
    hilman nie cam budk2 la....
    nak lgi......
    teruskn usaha

    ReplyDelete
  7. nia tu keje ape ek?balik dr UK x kan menganggur kut?

    ReplyDelete
  8. Anonymous : Nia keje dgn ayah dia. :)Sy ada masukkan dalam bab yg seterusnya.

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...